Ilyani Dakroh Ilyani Dakroh: November 2010

Sunday, November 21, 2010

Untuk Kita-kita | Tekad-Hazami

Khas utk seorang sahabat baikku...
dan buat semua yang bergelar pelajar..

HAZAMI-TEKAD

Perjalanan kehidupan
Di kiri kanan dugaan Cabaran
Keseorangan menempuh ujian
Meneruskan perjuangan

(korus)
Takdir Maha Esa
Restu ayah bonda
Mencapai cita-cita

Usah putus asa
Kelak kau berjaya
Membela nasibmu
Masamu kan tiba
Keimanan keyakinan
Sinar cahaya penunjuk haluan
Walaupun payah kau harus tabah
Demi mencapai segala impian
(ulang korus)
(bridge)

Jika satu ketika
Langkah tidak terdaya
Berkat doa usaha
Tuhan Maha Esa
Menggapai cita-cita
(ulang korus)
Continue Reading

Saturday, November 20, 2010

Dalam Kegembiraan terselit sedikit musibah

ssalamualaikum dan salam aidiladha buat semua..

Alhamdulillah raya hari kali ni, kami sekeluarga dapat meluangkan masa bersama-sama beraya di kampung halaman baba di kampung kubang kiat, ketereh kelantan. Kami bertolak dari rumah pada pukul 4 petang hari selasa. Masa tu semua ada kecuali adik yang kat nilai, kak teh dan kakak, yang ngaji kat maahad perempuan kat kelantan. Yang kat nilai tu, dia balik dengan bas Perdana dan di jangka sampai malam tu jugak, turun kat nilam puri, yang adik yang ngaji kat kelantan tu, dia terus balik umah tok ayah, menanti kedatangan kami semua. So alhamdulillah hari tu dpat jugak puasa sunat 9 zulhijjah even tengah musafir, ya la bukan saya yg bawak keta, just tidoq ja dalam keta, baik posa kan. Alhamdulillah, berenti semayang maghrib sekali gus bukak posa dan kami selamat sampai jam 9.30 malam kat umah tok ayah.


Tapi just berenti jap jer dan kami tidoq rumah pak sedara yang dekat ja rumah dia dengan rumah tok ayah, ya la, suma dah besaq2 tak kan nk tidoq kat ruang tamu macam dulu-dulu, sebab suma bilik kat umah tok ayah dah penuh. So bila masing-masing dah penat, kami p la melabuhkan diri kat rumah yang agak baru jugak lar. Tapi mama ngan baba tak leh tidoq g sebab nak pi amik kak teh kat nilam puri. Tu la salah satu pengorbanan mak ayah kita kan? bangun pagi esoknya, mama cita k.teh smpai 4 pagi, pa lagi memang tidoq dalam keta la tunggu dia. 12 jam tu, hmm mmg lama noh? sian anak-anak kelantan,baru taw perasaan perantauan kelantan kn kak teh? hehehe tapi disebabkan kerinduan pada kelurga tercinta, apa-apa pon bley lar..hehehe

HARI RAYA
Hmm bangun2 cepat dah raya haji neh, cepat-cepat jom pi balasah (madrasah@surau) depa semayang pukoi 8. Alhamdulillah kali ni dapat jugak semayang sunat hari raya aji , then pastu apa lgi pekena nasik berlauk lar. Then naik lar umah tok ayah yang just sebelah balasah tu jar. Pastu baba p amik depa yang tak p semayang dan berkumpoi kat umah tok ayah, memang seronok la berkumpoi ramai-ramai, bersalam-salaman bermaaf-maafan lar dipagi mulia. Adik-adik apa lagi p tengok orang semelih lembu la kat tali air seberang umah tok ayah. kami kat dalam umah ni tak tau nk buat apa, just tolong sket-sket la apa yang patut, xmau la dok saja, tolong bancuh ayaq utk org yang mai, pastu basuh pinggan. Nak masak? tak payah dah, ramai sgt dah yg dok dapuq tu, lagi pon ada chef jemputan khas (ayah yie) hmm mmg ummp la masakan daging lada itam dia tu, kak teh yang tak makan daging pun jadi boleh makan..hehehe

Petang tu pulak, kami sekeluarga p umah sedara mara, umah tok long, kakak kepada arwah tok jah, pastu p umah mok naih.. dok situ lama jugak la sampai malam, makan nasik kat situ, malam pulak kami sama-sama cucuk sate dan makan sate. Pastu
balik la. tidoq..Zzzzz

REUNION

Esoknya pulak, taim kegembiraan baba, dimana dia jejak kasih dengan sahabat2 maktab dia dulu, roommate rumah sewa baba kat kuala terengganu dulu. Ya la apa yang tak siok pulak, dah 25 tahun tak jumpa, mmmg rindu abis lar, teman serumah plak tu, yang dok kongsi suka duka hari-hari bersama kn? hmm mula2 p cari cg nasir a.k.a busu, baba kata,mmg banyak jugak berenti tanya org, 6 kali berenti sebelum smpai rumah dia. last-last jumpa jugak, pekena nasik kat umah pak cik busu. Even satgi ada reunion baba pkoi 3 kat umah cg nasir a.k.a Ayah.. tapi baba kata xpa lar, mok cik zaharah dah masak tu, kita makan dulu, pastu kami dua keluarga ni, konvoi sama-sama p pasir putih umah ayah pulak. Sampai sana, pak cik norani dari jerteh dah ada, tapi kat situ just berkumpoi 5 dari 6 kwn baba. kat situ makan-makan, berkenalan, beramah mesra la dengan keluarga kawan-kawan baba. Lepas rumah tu p rumah pak cik sorang g pulak. so complete lar 6 org teman rumah baba tu. Kira-kira 4buah rumah jugak lar..Walaupon dah lewat sempat jugak p wakaf che yeh hehehe beli belah, suma dah dapat baju neh, k.ngah ngan anim ja xdpt huhu xpa lar. balik rumah pukoi 2 pagi jugak lar..huhu Zzzzz

HARI KEJADIAN

Hari ni dah nak balik kedah, tapi sebelum tu kita p pekena nasik umah mok cik dekat umah tok ayah tu,kata mama, dah kenyang pakat lepak umah tok ayah plak, ya lar, kemarin sehari tak pi sana kan... dok sampai pukoi 3 jugak lar. then saya nampak spek mama atas tv, ish mama ni, satgi tinggai la spek dia tu, hmm tepat jangkaan saya, mmg kena patah balik la pi amik, pastu, adik turun nak p amik tapi saya cakap tak yah la adik, mai k.ngah p la amik..bila nak turun tangga tu, tah mata tengok mata, tiba-tiba terjatuh, baba kata, saya turun, dua tangga sekali. hmm mmg tragis,pastu apa lagi tersembam, disebabkan tangan terlipat, so xdapat tahan muka, dan nk jaga spek, aku pusing kanan, menyebabkan muka tergongsor sebab keadaan tangga tu macam bukit dan simen kasaq, so, luka dan calar pada muka sebelah kanan, kat tepi mata sket, lengan kanan, jari kelinking bengkak sebab telipat, dan lutut jadi biru kebiruan ntah lar..ini la pengajaran kpd diri ini supaya hati2 di lain masa....dan sebagai muhasabah diri jugak. ni baru sket, dah sakit, kalu kemalangan haa.. tah macam mana rasa sakitnya.. tiba-tiba diri ni yang tak rasa nak teriak, mula menitiskan air mata keinsafan, saya rasa ni jugak sebagai peringatan buat diri yang selalu alpa dan leka dengan nikmat pemberiannya. Aku semakin jauh, maybe dengan musibah ni, aku akan rasa lebih dekat denganNya.

kata k.long : hati aku terluka tengok ang jatuh tadi
kata k.teh : jangan la teyak, ang teyak, aku pon nak teyak jugak taw..
kata abang : k.ngah muka ang memang smart n rock habis lar!
kata kakak : just buat muka simpati..huhu
kata udin : sampai tak terkata lar.
kata adik : k.ngah, k.ngah kena pakai purbah dah lar, baru tak nampak calar2 tu, adik bukan purbah, purdah lar..hahaha boley lagik dia buat lawak..

~~Musibah sebagai peringatan dan pengajaran~



Continue Reading

Friday, November 5, 2010

Cinta Iman & Hati


Al-kisah sebuah percintaan antara IMAN dan HATI..

“Kadang-kadang hati kering tanpa sinar hidayah daripadaNya..

Oh iman, janganlah tinggalkan hati..

Hati sayang iman..

Hati rindu iman..

Andai iman pergi tinggalkan hati,

Pasti hati terluka..

Imanlah penawar hati..

Keranamu iman,

Hati mengenal Sang Pencipta Yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,

Yang telah mengurniakan iman pada hati..

Iman, hati perlukan mu iman..

Iman lah yang telah banyak menasihati tatkala hati berduka,

Iman la ibarat pelindung bagi hati..

Ya Allah,

Kau peliharalah imanku ini Ya Allah..

Imanlah sebaik-baik teman yang indah sekali buat hati,

Kau eratkan la hubungan hati dan iman..

Agar hati dan iman sentiasa bersama hingga ke akhirat sana..”

Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

“ Hati yang paling Allah kasih adalah hati yang paling lembut untuk saudaranya, paling bersih dalam keyakinannya dan paling cekal dalam beragama”

“ Lihatlah pada lautan yang bergelora..begitulah juga iman kita yang ada pasang surutnya.. bila ia pasang maka bersyukurlah kerana ia telah membasahi pepasir hati yang gersang, moga-moga hati ini terus dibasahi iman selamanya”

~Suburkan iman didalam hati~

Continue Reading