Ilyani Dakroh Ilyani Dakroh: December 2012

Sunday, December 30, 2012

Inteam - Jatuh Bangun

Lirik Lagu Jatuh Bangun - Inteam
Video Lagu 

Duhai... Tuhanku
Jatuh bangun ku menghambaMu
Kadang cinta, kadang ku melupa...
Tega ku menyiksa hidup sendiri...

Duhai... Tuhanku
Untuk yang kesekian kali
Ku bersujud meminta kembali
Hati yang dipijar indah cinta Mu...

Tuhan...
Aku tanpa Mu, hidup ku menderita..
Sunyi hati, kelam jiwa bagai terpenjara

Tuhan...
Biar kan kini, aku dalam rahmatMu
Meski jatuh dan terbangun...
Ku tetap bertahan...


Komposer & Penulis Lirik: Aden Edcoustic
Continue Reading

Senyum semua =)

Assalamualaikum w.b.t. 


Lama tidak ku menyulam kata, secebis rasa dekat blog tercinta kan? "What? awat post tahun 2012 hanya belas-belas sahaja? ilham, idea semakin menghilang? kurang berfikir? Apa sudah jadi sama ini "tuan punya blog"?"

 Objektif bedah buku pun tak terlaksana mengikut visi dan misi nya. Oh, tidak mengapa, itu bukanlah alasan untuk tidak productif kn?. Sebenarnya ianya terletak pada diri kita (diri ini), mood kita, fikiran kita, tingkah laku kita, Insha Allah kalau di izinkan Allah, kita cuba lagi yang terbaik dan dimasa akan datang untuk sentiasa meperbaiki apa yang terkurang. Sudah tentunya, semuanya bergantung pada NIAT utama kita yakni hanya kerana ALLAH Taala. Bukan untuk suka-suka, bukan untuk berhibur, bukan untuk luahan rasa, dan juga, bukan kerana manusia tetapi KERANA ALLAH TAALA, Why?

  • Kerna ALLAH la sebaik-baik penilai kita, bukannya manusia =)
  • .Bertujuan untuk berdakwah, yakni mengajak sesama insan kearah kebaikan dan menjauhi kemungkaran.
  • Dan bertujuan untuk menikmati hidup di alam ciptaanNya. Sentiasa bersikap positif dan memberi motivasi kepada diri dan orang lain. 
Semuanya atas usaha dan niat suci kita, Biarlah orang tak mengenali diri kita pun atau memandang rendah akan diri kita, yang penting, pandangan Allah terhadap diri kita. Allah lebih mengetahui siapa kita dan kita lebih tahu bagaimana diri kita sebenarnya. Ada kelebihan dan ada kelemahan. =) Senyum, yang penting sentiasa berfikiran POSITIF dan TENANG dan cuba memperbaiki segala kekurangan dan kelemahan kita (^_^)

Oh ya, sekarang ini musim peperiksaan kan? Saya pun sedang bergelut dengan situasi  yang sama, mula-mula tengok jadual exam, serabut jugak, 3 papers decentralize, gap sikit, berderet-deret bak gerabak kereta api, habis awal pulak tu. Oh, tidak mengapa, bertenang, positif, fokus dan terima takdir Ilahi dengan hati yang terbuka, redha dan yakin bahawa kita mampu melakukannya =) Semua yang berlaku pasti ada hikmahnya. Apa-apa pun masa tetapkan berjalan, dan kita "terpaksa" melalui detik-detik itu juga kan? Memang Allah sayangkan kita dan ingin menguji hamba yang disayanginya itu. So, nak kongsi sikit ni, antara tips yang dapat saya "ceduk" dari insan-insan cemerlang :

  1.  Dekatkan diri pada Allah Taala (bukan masa exam ja tau, selalu juga, istiqhamah itu penting)
  2. Mohon maaf pada ibubapa, guru-guru, sahabat handal dan sedara mara =)
  3. Sucikan diri, niat perlu dijaga sentiasa.
  4. Susun jadual belajar untuk setiap subjek.
  5. Cari sumber motivasi, kalau perlu "reward" diri jika kita berjaya mencapai target kita.
  6. Usaha dan terus berusaha. (mengulangkaji)
  7. Berdoa dan bertawakal kepada Allah.
Haa, tu la antara tips yang boleh dikongsikan, yang lain cari sendiri la noh!! hahaha XD

Ini jadual exam saya, cun tak? cun kan? =)


YOK, KITA STUDY JOM =)

Saya doakan semoga kita semua akan mendapat kejayaan di dunia dan akhirat, Ameen.
Dan jangan dilupakan, setiap usaha kita itu perlulah kita susuli dengan sentiasa berdoa kepada AllahTaala. Kerna Dialah sebaik-baik penolong dan "doa itu merupakan senjata orang mukmin".
Last sekali barulah, bertakawal (berserah) kepadaNya.
^______^

"Kalau mood study kita mai, layankan ja, sebab bila mood tidoq mai "the end"
"Jaga kesihatan, tidur yang cukup dan makan yang berpada"
Continue Reading

Wednesday, December 12, 2012

FOR YOU MY LOVELY SISTER

KAD KONVO UNTUK KAK LONG
BULAN 10, 2012

Rasa macam baru semalam ja p konvo ang, tapi hujung minggu ni, ang dah nak berlepas p dah. K.ngah ada praktikal skill pulak hari ahad ni. So,tak dapat la nak hantaq kat KLIA. Takpa la, nak buat lagu mana kan, doa k.ngah akan mengiringi pemergian k.long. Terharu dak? Please terharu, sebab nanti aku mesti rindu nak makan makanan ang masak, sapa nak masak nanti kalu aku balik? Aku la plak kena belajaq masak. hmmm sapa yang nak buat pizza, roti-roti etc, kek cheese, mesti kami akan rindu suma tu. Sob.. sob..sob.. T_T

Serius sedih, tak leh nak subway2 dah ngan hang!!  hahaha usik-usik manja, gaduh-gaduh sayang. Luahan hati dan perasaan =(   

Hari ni 12.12.12, so pilih tarikh hari ni (rabu)  nak post something khas untuk k.long,
sweet nya I XP


 TAHNIAH ATAS KEJAYAAN 
DAN SELAMAT MENERUSKAN PERJUANGAN DI SANA,
KOTA KINABALU, SABAH. 
HAVE A SWEET MEMORY THERE
LOVE YOU
MY SIS.


 Sedih ka gembira pun tak tau. My sis dapat tawaran j-Qaf kat seberang sana. Apa pun tahniah k.long, rezeki dari Allah tu, menjadi seorang guru adalah profession yang mulia. sambutlah dengan seikhlas hati dan peganglah amanah dari Allah itu sebaiknya untuk mendidik anak bangsaa dan menyebarkan dakwah di sana. Semoga diberkati Allah. Mendapat ganjaran mulia disisiNya. Ameen

P/S: Jaga diri, jaga hati, jaga iman, jaga ibadah dan jaga segala yang berkaitan. =)
~Allah itu tuhan kita, letakkan segalanya pengharapan kepadaNya, mohon perlindungan, kekuatan padaNya tika kita susah dan senang, Semoga Allah lancarkan dan permudahkan perjalanan kita di dunia ini, Ameen~

Continue Reading

Saturday, December 8, 2012

ZAKAT



PENGERTIAN ZAKAT
Dari sudut bahasa :
Kebersihan, kesucian dan memperbaiki
Kesuburan dan pertambahan

Dari sudut syarak :
Zakat membawa maksud mengeluarkan sebahagian dari harta tertentu untuk diberikan kepada orang-orang yang berhak menerimanya apabila telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
"Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah, supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk), dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka, dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."
Surah At-Taubah (ayat 103)
Dari ayat di atas, amat jelas tentang kewajipan berzakat dan sesiapa yang mengingkari atau meragui kefarduannya, maka ianya terkeluar dari agama Islam.

Sejarah telah membuktikan bahawa Khalifah Abu Bakar telah memerangi orang-orang yang mengingkari membayar zakat. Mereka yang kaya dan berada juga harus menyedari bahawa wujudnya hak orang-orang fakir dan miskin di dalam harta yang mereka miliki.

HUKUM ZAKAT

Islam- Zakat hanya dikenakan kepada orang-orang Islam sahaja. Yang memiliki harta/wang simpanan, wang emas atau perak, saham, ahli perniagaan, menternak, bertani (padi) dan bekerja sama ada di jabatan kerajaan atau swasta yang memperolehi gaji bulanan. 

 Merdeka -Orang Islam juga mestilah merdeka sepenuhnya. Syarat ini tetap dikekalkan sebagai salah satu syarat wajib. 

Sempurna milik-Harta yang hendak dizakat hendaklah dimiliki dan dikawal sepenuhnya oleh orang Islam. Bagi harta yang berkongsi antara orang Islam dengan orang bukan Islam, hanya bahagian orang Islam sahaja yang diambil kira di dalam pengiraan zakat. Pemilikan ke atas harta tersebut mestilah sempurna (yakni tidak ada hutang dan bebas untuk menggunakannya). 

Cukup Nisab- Nisab adalah nisbah ataupun paras minimum yang menentukan sesuatu harta itu wajib dikeluarkan atau tidak. Nisab menggunakan nilai emas harga semasa iaitu 20 misqal emas bersamaan 85 gram emas atau 196 gram perak. 

 Cukup Haul- Bermaksud genap setahun iaitu selama 354 hari mengikut tahun Hijrah atau 365 hari mengikut tahun Masihi. Dalam zakat pendapatan, jangkamasa setahun merupakan jangkamasa mempersatukan hasil-hasil pendapatan untuk pengiraan zakat pendapatan. Harta yang dimiliki itu juga mesti cukup tempoh satu tahun Hijrah (354 hari).

 Niat Untuk  berniaga-Orang yang menjalankan perniagaan/perkhidmatan mempunyai niat untuk berniaga iaitu mendapatkan keuntungan (Zakat Perniagaan)

 HIKMAH ZAKAT
 Di antara hikmat disyariatkan zakat ialah:
Dapat beribadah kepada Allah SWT. Mensucikan jiwa manusia dari sifat kikir, bakhil, rakus dan tamak. Seterusnya melahirkan ciri-ciri masyarakat mukmin sebagaimana firman Allah s.a.w. yang bermaksud:
"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".
(Surah at-Taubah, Ayat: 71)

Membantu fakir miskin dan meringankan beban mereka yg dalam kesusahan dan kesulitan. Pengurusannya mampu memperbaiki kedudukan masyarakat dari sudut moral dan material di mana ia dapat menyatukan anggota masyarakat sehingga menjadi seolah-olah sebatang tubuh.

Zakat merupakan ibadat material dan penyebab untuk mendapat rahmat Allah. Seperti FirmanNya yang bermaksud:
"Dan rahmatKu meliputi tiap-tiap sesuatu, maka Aku akan menentukannya bagi orang-orang yang bertakwa dan yang memberi zakat.
(Surah al-A'raaf, Ayat: 156)

Membatasi jurang perbezaan kekayaan yang keterlaluan dalam masyarakat Islam. Ia merupakan syarat untuk mendapatkan bantuan daripada Allah sebagaimana firmanNya yang bermaksud:
"Dan sesungguhnya Allah akan tolong sesiapa yg menolong agamaNya (agama Islam), sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa. Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat".
(Surah al-Hajj, Ayat: 40, 41)

Zakat juga merupakan syarat persaudaraan di dalam agama Islam. Zakat turut digelarkan sebagai salah satu sifat orang yang mengimarahkan rumah Allah (masjid). Zakat ini jugalah yang dianggap sebagai ciri-ciri mukmin yang berhak mewarisi syurga firdaus sebagaimana firmanNya yang bermaksud:
"Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu)".
(Surah al-Mu'minuun, Ayat: 4)

 Dah nak masuk tahun baru 2013 ni. Sesiapa yang belum keluarkan zakat harta, sila lah tunaikan tanggungjawab anda ya =) 
Nantikan sambungan zakat, to be continue......

Continue Reading