Ilyani Dakroh Ilyani Dakroh: January 2012

Thursday, January 5, 2012

::MeNjAdI LeBiH BaIK::


DOA AWAL TAHUN

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

"Segala pujI bagi Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w dan keluarga baginda dan sekalian para sahabatnya. Ya Allah Engkaulah yang kekal abadi, demi kelebihan Engkau yang Maha Agung dan kemurahan Engkau yang melimpah, sesungguhnya pada tahun baru ini aku memohon kepada Engkau perlindungan daripada syaitan, kuncu-kuncunya, tentera-tenteranya dan penolong-penolongnya. Dan aku memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan aku dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diri kepada Engkau. Wahai Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan. Wahai Tuhan yang lebih penyayang daripada segala yang penyayang.

Salawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w dan ke atas keluarga baginda dan sekalian para sahabatnya. Segala puji bagi Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian Alam." 

Alhamdulillah hari ini sudah masuk 05.12.2012, hmm sudah lima hari kita dalam tahun baru dan masih belum terlambat kiranya jika mahu mendoakan kebaikan untuk tahun ini. Sebenarnya, ingin juga post untuk akhir tahun lepas tetapi hajat tidak kesampaian =(. Tetapi Alhamdulillah diberi kesempatan pagi yang sunyi ini untuk menukilkan sesuatu di dalam ruangan ini.

Syukur tidak terhingga kerana diri ini masih dapat menghirup udaranya dan menikmati segala pemberianNya. Ya Allah sungguh tidak terhitung banyaknya. Terima Kasih wahai Tuhanku.  Akhir tahun 2011 kuharapkan ianya menjadi penutup tahun yang terbaik InsyaAllah. Dapat nikmat  Ilmu serta dapat berkumpul bersama-sama orang soleh dalam ertikata lain (menyambut tahun baru dengan cara Islamik). Mengalunkan nama-nama Allah kemudiannya dibuka tahun baru dengan DOA. 

Ya Allah semoga permulaan Doa itu menjadi tahun ini lebih baik dari tahun lepas. Perhimpunan Ummat  yang seramai ini, dapat ku bayangi beginilah keadaan di Mekah dan di padang Mahsyar kelak. Ribuan manusia yang tagih Ilmu Allah. Alhamdulillah. Begitu ramai sekali. Bukan sahaja dapat berhibur tapi yang penting dapat Ilmu, tak kiralah melalui ceramah santai atau lirik lagu. Tetapi mendapat pedoman dan mendapat keberkatan dariNya InsyaAllah. Tak kurang juga aktiviti ditempat lain. Semua telah membuat pilihan masing-masing kerana peluang itu sentiasa ada, cuma diri kita sahaja yang perlu memilih mana yang terbaik untuk kita =). Kalau tersalah pilih, itu adalah pilihan kita juga. SMILE!

Sekarang ini merupakan minggu peperiksaan Sem 1 2011/2012, sungguh cepat masa berlalu kan? Final Exam saya sem ini agak santai. Means ada gap yang terbaik punya. Kalau tak guna sebaiknya, memang satu  kerugianlah. Terima Kasih Ya Allah. Sudah berlalu 3 paper dan tinggal 3 paper lagi. Semoga segalanya dipermudahkan olehNya. Disini juga saya ingin mendoakan sahabat-sahabat yang dalam fatrah yang sama Semoga kalian mendapat kejayaan dan berusaha sebaik mungkin selagi masih punya waktu. Semoga Allah bersama-sama kita.(^_^)

Apa ya Azam saya tahun ini? Tak boleh detail sangat sebab it's too private ok!! (Bajet artis la tu) haaa mai dah bahasa tak formal dia. Bak kata ecah (my kazen yang cakap pandai tu) STOPPPPPP!!! Rindu ecah, minggu ni tak balik umah m.tam hehehe weeeeee rindu plak budak kecik tu.... Cukuplah saya katakan saya ingin menjadi lebih baik (baik kah saya???) Alhamdulillah mungkin berkat doa mama dan baba dulu kot. Jemaah ini adalah yang terbaik buat saya. Banyak sangat kekurangan diri ini berbanding mereka semua. Siapalah saya ini. Cuma hamba yang hina. Biarlah apa pun yang terjadi, saya tetap saya, cuma kena renovate sikit ja. Sudah baik nak jadi baik,untuk menjadi lebih baik, lebih baik dan lebih baik. Dalam erti kata lain Solehah~ PEACE NO WAR!!! 

“Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik”.
( Al-Ankabut 29 : 69)

Ok la. cukuplah setakat itu dulu. Semoga apa yang kita semua impikan merupakan pilihan yang terbaik untuk kita. Dan ianya mendapat Rahmat, Keberkatan dan Keredhaan darinya. Aminnn


.~Mujahadah adalah kunci (pintu) hidayah, tidak ada kunci hidayah selain mujahadah~
 "MUJAHADAH diri  mencari kebaikan dan sertai dengan  
MUHASABAH yang menjadi pedoman dalam kehidupan "
Continue Reading