Ilyani Dakroh Ilyani Dakroh

Thursday, October 25, 2018

VITA C SUSTAINED RELEASE BY SHAKLEE

Assalamualaikum w.b.t

Yani harap semua pembaca blog yani sihat-sihat selalu.
Tapi kalau tak sihat susahla kan.. Ni yani nak share vitamin C yang yang ambil sejak Jun 2017.


Apa yang best sangat tu yani?

Memang best sebab vitamin C ni buat kulit yani lebih cerah. Dan kesan yang lebih gempak bila yani ambil vitamin C dengan ESP. Sebab kulit makin gebu dan cerah, parut-parut kian pudar, Ok nanti yani cerita di lain pos mengenai ESP pulak.




Gambar atas ni bukan sebab cahaya tapi perubahan tu yani sendiri rasa bila muka makin berseri, tak kusam.kulit jadi gebu dan mulus. ish tak tak la nak cakap macam mana hampa kena cuba dan rasai perbezaannya sendiri. Pelanggan yani selalu repeat vitamin C dan cakap vitamin C ni terbaik dan tak perlu vitamin C lain. Jimat pun jimat nak beli? roger yani ok.

*******************************************************
Kelebihan Vita-C Plus Sustained Release

Apa yang membezakan vitamin C shaklee lain dari yang lain adalah ianya menggunakan teknologi yang di panggil sustained release.

Yang bermaksud setiap satu jam 100mg dilepaskan secara berperingkat dalam badan. Sebiji vitamin C mengandungi 500mg. Maksimum pengambilan bergantung tahap keperluan, sekurang-kurangnya 500mg. maksimum pengambilan adalah sebanyak 4 biji sehari iaitu sebanyak 2000mg.

Jadi kalau kita tak ambil supplement kita kena ambil cukup dari sayur dan buahan.



Jadi  tidaklah hanya membazir seperti sesetengah Vitamin C yang lain yang hanya akan memproses 100mg pada waktu yang sama kemudian akan keluar melalui air kencing kita. Bijaklah memilih vitamin C kita ok 😃

Jadi kalau kita tak ambil supplement kita kena ambil cukup dari sayur dan buahan sebab badan kita tidak dapat menghasilkan vitamin C, tetapi vitamin C terdapat dalam buahan dan sayuran. Jika kita kurang mengamalkan pengambilan sayuran dan buahan, makanya badan kita akan kekurangan Vitamin C. maka eloklah sekiranya kita mengambil supplement seperti vitamin C yang mengandungi bioflavoid.

Dan Vitamin C semulajadi ini dipakejkan dengan biloflavonoid yang berfungsi menlindungi vita,in C dari dirosakkan dalam saluran pencernaan kita dan ianya membantu penyerapan vitamin C.



Semua orang perlukan vitamin C untuk lengkapkan nutrisi dalam badan tapi bergantung kategori masing masing. Vitamin C sangat membantu untuk menghasilkan kolegen. bagi siapa yang nak kulit cantik berseri, kena la amalkan.
Bulan ni promosi vitamin C tau, nak dapatkan vitamin C dengan harga jimat. Cepat wasap yani tinggal beberapa hari lagi promosi vitamin C akan berakhir.






BUKAN YANI JA SUKA VITAMIN C NI ↷

Ramai yang sukakan dan ianya selamat berkesan.







Continue Reading

Friday, October 19, 2018

ILYANI KEMBALI MENGARANG POST DI BLOG



 Assalamualaikum

Ya Allah rindunya zaman bloging 2010-2013
Kalau dulu tak kira masa mai ja ilham..
Yani bukak lappy yani karang, lappy masa kat uia dulu memang kat meja ja.
Ada lagi cumanya retak dia punya LCD sebab terpijak masa mamai bangun tidur

Kalau ada follower yang perasan blog yani dah berubah wajah
Yani buat comeback kerana yani minat bisness dan yani fokus pada bisnes
Yani nak gunakan medium blog ni nak share info shaklee.
Juga still luahan kehidupan yani selepas berkahwin.

Sebenarnya ada draft yani lepas balik umrah ,lepas kahwin dan ada beberapa info
masih dalam ni tapi tak di posting hihi
tergendala. Selalu tulis then krik krikk ☺

Yani ni style lebih suka meluah di tulisan dari di mulut.
cara yang menghargai dan ingin memberi
bagi yani blog ni akan kekal sampai bila-bila
anak cucu boleh tengok baca ceritera ummi dan tokmi depa nanti kan

Masa yani menaip ni yani pakai taip ja apa yang terlintas dalam kepala
yang nak diluahkan dari lubuk hati yani
Of course la apa yang yani share beri manfaat dan bermakna bagi yani
Yani ni seorang yang tulus dan jujur
sangat nak menjaga perasaan orang tapi kadang yani tak tau la if 
raut wajah yani ni mungkin ada yang menyakitkan 
maaf ya teman-teman budiman yang mengenali ilyani dakroh
Selingan sikit gambar ibu anak sorang ni.

ilyani dakroh versi 2018 
ilyani dakroh versi 2017
Back to the topik, stay tune untuk membaca dan menerima input dari yani
So tolong jangan jemu ya if blog ni menyinggah dimana-mana.
boleh share tapi credit blog yani ok.
Continue Reading

Tuesday, November 5, 2013

Dua Hati Menjadi Satu

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah
Lagi Maha Penyayang.

Sabda Rasulullah S.A.W
“Sesiapa yang berkahwin seperti dia telah
menyempurnakan sebahagian daripada agamanya.
Maka hendaklah dia bertakwa kepada Allah
bagi sebahagian yang lain yang masih tinggal”
(Riwayat Al-Bauhaqi)


Ya Allah Ya Tuhan Kami
Andai kau berkenan, limpahkanlah kepada mereka
Cinta yang Kau jadikan pengikat rindu,
Rasulullah dan Khadijah Al-Qubra yang Kau
Jadikan penghias keluarga Nabi-Mu yang suci.

Ya Tuhan kami Yang Maha Pengasih
Andai semua itu tak layak bagi mereka, maka
Cukuplah dengan redha-Mu,
Jadikanlah mereka sebagai suami isteri yang saling
Mencinta di kala dekat dan jauh,
Saling menjaga kehormatan dikala jauh,
Saling menghibur dikala duka,
Saling mengingat di kala bahagia,
Saling mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan,
Saling menyempurnakan dalam ibadah.

Ya Tuhan kami Yang Maha Penyayang
Sempurnakanlah kebahagiaan mereka dengan menjadikan
Perkahwinan mereka ini sebagai ibadah kepada-Mu
dan bukti pengikutan dan cinta mereka kepada sunnah Rasul-Mu
Sesungguhnya Kaulah Yang Maha Pemurah
Lagi Maha Penyayang

Jadikanlah pasangan ini yang berbahagia
dan berkekalan hingga ke akhir hayat dan kurniakanlah kepada mereka
zuriat yang sempurna, beriman dan beramal soleh
sesungguhnya engkau maha berkuasa atas segala sesuatu.

Amin Ya Rabbal Alamin.


Terimalah lagu nasyid dari kak ngah:
HIJJAZ
MESTICA
DEHEARTY
RABBANI
~Apabila dua hati bertemu atas satu matlamat kerana Allah
maka dari situlah lahirnya kebahagiaan, ketenangan dan kasih sayang~
Continue Reading

Monday, October 14, 2013

Make me strong



I know I’m waiting
Waiting for something
Something to happen to me
But this waiting comes with
Trials and challenges
Nothing in life is free
I wish that somehow
You’d tell me out aloud
That on that day I’ll be ok
But we’ll never know cause
That’s not the way it works
Help me find my way

My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
I know the road is long
Make me strong

I know I’m waiting
Yearning for something
Something known only to me
This waiting comes with
Trials and challenges
Life is one mystery
I wish that somehow

You’d tell me out aloud
That on that day you’ll forgive me
But we’ll never know cause
That’s not the way it works
I beg for your mercy

My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
I know the road is long
Make me strong



Continue Reading

Friday, June 28, 2013

KIRIMKAN AKU AL-QAWWAM


Kata bijak pandai,
"If Allah is all you have, you have all you need" maksudnya, 
"jika kita memiliki cinta kepada Allah, kita akan memiliki segala-galanya"
~Nice quote~

Ya Allah kurniakanlah kepadaku Al-Qawwam, pendamping hidup yang dapat membimbingku ke jalan redhamu yakni syurga-Mu. Si dia yang sedia mengajarku tentang ilmu-ilmu mu, yang dapat berkongsi susah senang denganku, yang dapat menerima segala kekuranganku ketika bersamaku.Ya Allah, hanya Engkaulah lebih mengetahui apa yang terbaik buatku. Ameen.

Si dia, siapakah si dia?
Hanya Tuhan yang tahu
bak lirik unic.
Muslimah ini, setia dan sedia menanti cinta hati yang ditakdirkan Ilahi
Pesan sahabat, teruskan istikharah.

"Jika ALLAH tidak memberikan seseorang yg kamu impikan..
Semoga ALLAH menghadiahkan seseorang yg mengimpikan dirimu..

Bila ALLAH tidak memberimu seseorang yg kamu rindukan...
Semoga ALLAH menghadiahkan seseorang yg merindukan dirimu..

Bila ALLAH tidak memberimu seseorang yg kamu dambakan...
semoga ALLAH memberimu seseorang yg mendambakan dirimu..

Bila ALLAH tidak menyatukanmu dgn seseorang yg kamu cintai..
Semoga dia menghadiahkan seseorang yg mencintai dirimu.."

~Checklists~
1. Solat
2.Cintai Ilmu
3. Bermanfaat kepada orang lain
4. Akhlak
5. Hubungan dengan Allah




اللهم سخرلي زوجا صالحا وأن يخطبني ويتزوجبي وأن يكون صاحبا في الدنيا والأخرة


allahumma sakkhorli zaujan soolihan, wa an yakhtubni wa yatazau wajubi wa an yakuu na soohiban fid dunya wal akhirat

"YA ALLAH YA TUHANKU, PILIHKAN DAKU SUAMI YANG SOLEH, DIA MEMINANGKU DAN MENGAHWINIKU SERTA JADIKAN DIA SAHABATKU DI DUNIA DAN DI SYURGA."

MARRIAGE IS NOT ABOUT LOVE, IT'S ABOUT MAKING UMMAH.. :)
Continue Reading

Tuesday, June 4, 2013

Yang Terindah Buatmu

Baba,
Anugerah terindah buat kami sekeluarga,
Dialah ketua, imam kami sekeluarga,
Dialah pendidik, di rumah juga di sekolah,
Dia adalah seorang ayah dan suami.
Yang memikul amanah Allah.
Membimbing kami ke jalan Allah.

Peribadinya yang luhur dan sangat disenangi,
Seorang yang cool dan kelakar
Buat kami sentiasa terhibur.

Orang kata, seorang bapa perlu bersikap garang,
tapi tidak dengan baba

Baba seorang yang ceria
Dia tahu bila situasi
Ada ketika perlu menghibur
Ada ketika perlu mendidik dan mengajar
mengajar dengan caranya

walaupun misai macam Dato. K, nampak garang
tapi baba penyayang orangnya
Tapi
Bila sekali marah, bertempiaran lari anak-anaknya
waaaa lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiii~

Ku syukuri adanya dia
Anugerah terindah
Dialah babaku dan aku anaknya
Kami, aku dan dia, Allah punya
Kami sekeluarga saling cinta
Semoga kasih ini hingga ke syurga.


To my hensem baba, Mohd Dakroh Yaso
Selamat UlangTahun kelahiran ke-51
Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.
Semoga Allah beri kekuatan dan istikhamah~terus berkerja utk Islam.
You are my super duper man in this world.
Terima kasih membesarkan kami adik-beradik dgn sebaiknya.
Love You Selamanya.
"Happy Birthday, Semoga Allah merahmati dan memberkati hidup baba"

"SURPRISE"

tadaaaa
|
|
|
V
Al-Quran, hadiah dihari lahirmu
Dapat gambar dulu, nanti akan dikirimkan
^_^

"Merindukan alunan suara merdumu mengalunkan ayat-ayat Allah
Nah, hadiah untuk ramadhan dan hari-harimu"
~Baba, dialah teman, dialah sahabat, dialah cinta kasih kami sekeluarga~
Continue Reading

Saturday, May 25, 2013

Coretan Hati

.
 Aku menulis.....

bukan lah kerana, 
aku seorang yang bijak menulis,
bukan juga seorang penulis terkenal,
tetapi dengan kudrat jua minatku,
aku cuba untuk menulis,

menulis dengan isi hatiku,
menulis dengan pengetahuan, pengalamanku,
dan menulis dengan ilham yang Allah kurniakan buatku.

Aku berkarya bukanlah kerana aku sesiapa,
aku menulis hanya kerana Allah,
kerana aku ingin berdakwah,
walaupun aku bukanlah seorang ustazah atau sesiapa pun,

Tetapi kerana.....
Aku ingin jadikan wadah ini kenangan terindah dalam hidupku,
aku ingin setiap coretan aku bermanfaat untuk semua,
Aku ingin keluargaku tahu isi hatiku dan betapa kasihnya aku kepada mereka,
Aku ingin sahabat-sahabatku tahu,
 mereka amat bermakna dalam hidupku.

Dan yang teramat penting,
Aku ingin memdidik diri ku ini dan orang lain untuk menjadi lebih baik
kerana ilmu itu amat penting
ilmu itu cahaya dan bekalan sebuah kehidupan

Kehidupan ini adalah sebuah perjalanan
Yang tidak tahu kesudahan
Penuh halangan dan rintangan jua ragamnya
Setiap hari adalah pelajaran dan ujian.

Aku menulis..............
Bukan kerana aku mahukan nama
Bukan kerana aku mahukan kemahsyuran
Bukan juga untuk bermegah-megah

Aku menulis..............
Kerana aku hanyalah HAMBA
Aku hanya hamba Allah yang lemah
yang senantiasa ingin mencari hikmah perjalanan kehidupan ini.

25052013 2100pm
iman_nurkasih



~Biarlah nanti bila aku mati
Kehadiran aku dirasai disini
Kerana disini aku tetap hidup.
Bernafas dengan setiap coretan qalbi~
Continue Reading