Ilyani Dakroh Ilyani Dakroh: November 2013

Tuesday, November 5, 2013

Dua Hati Menjadi Satu

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah
Lagi Maha Penyayang.

Sabda Rasulullah S.A.W
“Sesiapa yang berkahwin seperti dia telah
menyempurnakan sebahagian daripada agamanya.
Maka hendaklah dia bertakwa kepada Allah
bagi sebahagian yang lain yang masih tinggal”
(Riwayat Al-Bauhaqi)


Ya Allah Ya Tuhan Kami
Andai kau berkenan, limpahkanlah kepada mereka
Cinta yang Kau jadikan pengikat rindu,
Rasulullah dan Khadijah Al-Qubra yang Kau
Jadikan penghias keluarga Nabi-Mu yang suci.

Ya Tuhan kami Yang Maha Pengasih
Andai semua itu tak layak bagi mereka, maka
Cukuplah dengan redha-Mu,
Jadikanlah mereka sebagai suami isteri yang saling
Mencinta di kala dekat dan jauh,
Saling menjaga kehormatan dikala jauh,
Saling menghibur dikala duka,
Saling mengingat di kala bahagia,
Saling mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan,
Saling menyempurnakan dalam ibadah.

Ya Tuhan kami Yang Maha Penyayang
Sempurnakanlah kebahagiaan mereka dengan menjadikan
Perkahwinan mereka ini sebagai ibadah kepada-Mu
dan bukti pengikutan dan cinta mereka kepada sunnah Rasul-Mu
Sesungguhnya Kaulah Yang Maha Pemurah
Lagi Maha Penyayang

Jadikanlah pasangan ini yang berbahagia
dan berkekalan hingga ke akhir hayat dan kurniakanlah kepada mereka
zuriat yang sempurna, beriman dan beramal soleh
sesungguhnya engkau maha berkuasa atas segala sesuatu.

Amin Ya Rabbal Alamin.


Terimalah lagu nasyid dari kak ngah:
HIJJAZ
MESTICA
DEHEARTY
RABBANI
~Apabila dua hati bertemu atas satu matlamat kerana Allah
maka dari situlah lahirnya kebahagiaan, ketenangan dan kasih sayang~
Continue Reading