Ilyani Dakroh Ilyani Dakroh: May 2011

Thursday, May 26, 2011

Salam Persahabatan..


Jom kita renungi kata-kata kat dalam video neh....
hmmm muhasabah malam neh
InsyaAllah mudah-mudahan kita diberikan kekuatan..
Teruskan kehidupan
Mencari dan terus mencari
Mencari Sinar Kasih Ilahi~
Jom la sama-sama kita...
Moga kita temui cinta sebenarnya..

Renungi kata-kata ini...

"Sahabatku sayang, Cinta Allah tak akan hadir ke dalam hati kita, jika masih ada walaupun sedikit cinta manusia. Caranya, kena bersungguh-sungguh berazam untuk tingggalkan 'si dia'. kerana kita takutkan Allah. Jika kita berusaha menjaga hati kita.. Allah akan campakkan rasa nikmat dan puas dalam melaksanakan 'mujahadah' ini, Hatimu akan rasa betapa nikmatnya mensucikan hati.

Sahabatku sayang, jika terus bergelumang dalam maksiat (cinta yang tak diredhai Allah). Kita bimbang jika Allah tak mau lagi pedulikan kita"

Terima kasih kazenku.. Rabiatul Adawiyah atas mesej ini~

~Kejarlah cinta Allah dulu, sebelum mencintai yg lainnya~
Continue Reading

Wednesday, May 25, 2011

Kenangan Abadi

Itu saya... sedang menunggu turn...hihi (^____^)
tq my super kamerawoman hahaha
berjaya snap curik2

Hari ni, hari test moto setelah 2 minggu p belajaq cara-cara untuk jadi penungggang yg berhemah, bersopan santun dijalan raya ecehhh.. tapi dlm 2 minggu neh just 4 kali p.. hmmm macam2 ujian la nk p belajaq neh, bila nak p esoknya, rasa malas plak.. tapi bila nk p, tunggu2, cikgu lupa nak amik la… ujian-ujian!! Tapi tak salahkan cikgu pon.. besala anak didik ramai... Nasib pagi sem ni kosong, no class in the morning….. so pagi digunakan dengan sebaiknya…hehehe

Sepanjang belajaq moto ni, ada jugak la kenangan-kenangannya. First day… huhu seluarku terkoyak…oppppsss tak perasan plak, patut rasa kaki panas-panas ja.. nasib tak kena kulit… ada stoking tebal…so tak rasa, sampai bilik baru terperasan hihi… First day jugak, tanpa dikawal, moto yang ditunggang menaiki tembok taim dekat selekoh tajam.. hebatkan? Sungguh hebat, I'm the superwoman…hehe nasib cikgu ada, cikgu tolong tarikkan~ pastu bila p taim ari sabtu, selasa… huh ramai toksah nak kata laaa… Sabtu ramai sebab pakat-pakat cuti, Selasa plak, rabu hari test.. so masing-masing buat pra test… so kena tulis nama n ikut turn, cikgu panggil sorang-sorang… sampai sana pon dah pukul 10, bila sampai turn, matahari atas kepala la, buat plak pakai black.. huh double panaih…tangan toksah nak kata la.. sudah bertukar gelap sikit, bukan seperti biasa.. sabar ja la, semuanya memerlukan kesabaran… belajarnya sat ja… menunggu lebih lama… masa banyak habis untuk menunggu… hehehe chill la beb…

“Sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar”.

Pra Test: Moto tak dapat dikawal, moto hari ni meragam kot, orang tak pulas minyak pun nak laju.. huhu sampai kat titi…. “Aku boleh..aku boleh” dalam hati berkata-kata… tiba-tiba, pup.. jatuh!! Moto jatuh atuh dari titi, nasib orangnya tak jatuh sekali.. hmmm tak dapat nak imbang badan, so moto pon terjatuh dari titi, nasib latihan ja…. Gurpp..gurp.. Hmm isyarat plak.. last day tu baru la.. sepenuhnya faham, cikgu terangkan berkali-kali.. apa yang cikgu pesan tu kena ingat dan buat.. kalu cikgu merepek or cakap something dengaq ja… hehehe "so esok aku kena buat yang terbaik, yang lupa-lupa tu kena ingat dah esok" InsyaAllah...

Malam sebelum test.. hurmmm camna ni, tak pandai stat moto? Tadi pon dah swuh orang tolong statkan… nasib depa terer…. Bagus la adik2 tu… mintak tolong, trus buat, padahal depa pon dok atas moto, tunggu nak masuk litar.. malu memang malu, tapi setelah di usaha berkali-kali, tetap dia tak mau hidup, terpaksala tebalkan muka suruh orang… kalu tak reti cakap tak reti, buat apa nak ego… hihi tapi malam ni memang risau semacam, mintak tips kat kawan2 fb la.. hmm dapat la jugak sikit2.. double stand pon risau, tapi kak long kata, takyah buat pon takpa… so kita tengok esok camna..hihi

Hari Test: Sedih la, kena ponteng kelas, financial management… huhu sori madam, saya memang tak berniat, tak kan saya nak ponteng kelas ni, madam dah pesan aritu, kalu kamu ponteng, kalu akan banyak ketinggalan.. Kalu ikutkan hati ni nak ja p sesi pagi, test tu.. kejap ja pon testnya.. tapi pihak sana dah susun, tup..tup dapat petang, sesi 3, start pukul 2 camtu.. rasa cam nak teriak ja taim tengok ketas yang ditampal tu, rasa nak koyak pon ada!! Hahaha tapi pikir-pikir balik.. ni takdir, so kena terima la, nak buat macam mana kan.. nasib kelas internet application arini takdak.. hehehe hmm melalut la plak, okay sampai-sampai, disebabkan excited sangat, haa kan dah silap nak p daftar kat tempat orang yang nak test keta, wat malu ja… hahaha sampai cikgu mai, aikkk mana yani… yani tempat daftar test moto kat belakang, ni keta… ooo ya ka..hihi (^_^)… Saya tak pegi sorang hari ni, ditemani kak long, waa ada sokongan moral dari kak long tersayang… semangat-semangat!!

"Okay, kamu no 17, duduk amik jaket wana ijau, pakai tag number tu.. tunggu giliran kamu"… uikk ramai gak tak mai arini, so even orang ke-17, tiba-tiba jadi orang ke-6.. gurp..gurp.. Alhamdulillah engin sedang dihidupkan cikgu.. tak perlu risau lagi.. oyeay… "kamu, 17.. tu ada moto lagi satu tu, cepat p"… "ehh saya ka?".. "hmm ya la.. tak kan kakak kamu".. hahaha tapi moto saya? Kena start sendiri la… sob2.. sebab excited sangat topi keledar tak pakai… "dik, topi kamu mana?" Okay, "cikgu-cikgu, tolong startkan, saya nk p amik topi"<-----alasan!!… hehehe yes, Alhamdulillah, tak yah risau lagi.. tunggu turn nak gerak ja.. Suma doa dibaca, doa naik kenderaan, doa makan… uittt hahaha Dalam hati ni, LA TAKHOF WALA TAHZAN INNALLAHAMA ‘ANA… hehehe ingat dulu-dulu sebelum nak lawan coral speaking pon baca doa neh la… rasa tenang dan selamat ja… InsyaAllah Tawakal jer.. Pastikan titi ni okay.. Alhamdulillah.. tengok-tengok dpt 7.85 saat..Alhamdulillah, okay la tu.. tapi napa ada pangkah satu neh.. kesalahan: tak menggunakan brek kaki dan tgn kat litar kecemasan.. huhu jpj ni pakai tick ja tu.. takkan nk bagi fullmark.. so dapat 19/20.. Litar jalan raya plak… suma okay… kesalahan: tak memberi laluan kepada kenderaan berat”..hahahaha ada lori ka tadi?? Seyes tak nampak.. memang sah la.. dia kena pangkah ja mana-mana.. tapi seyes betul jpj pompan neh, mcm saya jugak, jarang senyum!! maybe dia tengah concentrate tu… "ok terima kasih cik".. saya dapat 13/14..Senyum lebor saya (^___^) … tertera pada dua-dua kertas: LULUS!! Alhamdulillah… syukur pada Allah.. Dia dengar apa yang aku luahkan semalam… (^_^) Thank You Allah.. dan terima kasih jugak kat kawan-kawan yang mendoakan saya.. dan bagi tip-tip suma.. terima kasih.. ni baru moto.. keta plak, takut-takut, sangat takut.. tinggal lagi dua kelas lagi, maybe 22/6/2011 test.. tapi kalu clash ngan class @ exam.. nak postpone la, lepas abis sem.. senang sikit.

Alhamdulillah berakhir satu masalah hati, jiwa dan fikiran yang setelah lama dipendam… diluahkan~

Wassalam…

This my result... Alhamdulillah
Yang merah tu kesalahan... setiap orang ada kesalahan, cuba baiki lagi.. insyaAllah you will learn something from that mistake.. Please try again.. Don't give up my dear friend..
Allah sentiasa bersama-sama kita, Dia Maha Berkuasa, Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui...

~Aku LULUS disebabkan Dia, Semuanya DariNya~

Continue Reading

Generasi Hari Ini


Generasi hari ini

Bijak bestari lahir memenuhi alam duniawi

Celik computer, pakar bahasa,

Hidup mengikut arus modenisasi

Tapi generasi Al-Quran sedikit cuma

Bersopan santun, beradab mulia

"Malu jika tidak pandai speak English

Tapi tak malu plak kalau tak pandai

Baca Al-Quran" ni ayat ustazah kelas tilawah..

Nauzubillah

Generasi hari ini

Kemana perginya generasi beragama

Kebanyakan lari mencari duniawi

Yang bukannya kekal abadi

Sedih menanti hari disana

Menunggu waktu dicabut nyawa

Rugi sungguh rugi generasi hari ini

Tahu tetapi seperti buat-buat tak tahu

Belajar tapi tak mengamalkan apa yg diajar

Generasi Hari ini

Marilah kita semua jadi generasi belia beragama

Bukan belia Negara memimpin bangsa

Tapi belia Negara cintakan ilmu agama

Mempraktikkan apa yang diajar

Menjadi pemuda pemudi harapan agama

Pemuda harapan pembela agama tercinta

Pemudi srikandi tiang agama

Mari sama-sama suburkan Islam dalam diri

Moga kita semua tak dipersoalkan diakhirat nanti


“Apakah sumbangan kamu ketika didunia?”

“Apakah duit yang kamu perolehi, digunakan dijalan Allah?”

“Apakah yang kamu lakukan semasa hayat kamu?”

Ya Allah bisakah lisan kami menjawap persoalan2Mu kelak?

Adakah dengan mudah dan tenang?

Hanya kita saja yang tahu, siapa kita hari ini.

Moga kita bermula dengan permulaan yang baik

dan pengakhirnya juga baik

Berdoa dan bermujahadahlah

generasiku...


Wahai generasi hari ni..

Bangunlah kamu semua kerana agama

Kelak senang kamu disana

Dunia ini hanya sementara cuma.

Tempat mencari bekalan, yang penuh duri kehidupan

Yakinilah syurga Allah yang kekal abadi

Masih belum terlambat sebelum nyawa dikandung badan

Ayuh semua kita bina semangat perjuangan dalam diri

Bukan hanya pada bangsa tapi pada Islam terrcinta


iman_nur 1025pm 250511


~menjadi generasi beragama impianku~

Continue Reading

Monday, May 23, 2011

Didiklah Wanita Baik-Baik

Muslimah Pilihan

Hati itu penuh kelembutan
Diciptakan bukan seperti lelaki
Walaupun dari rusuk kiri mereka
Wanita dicipta untuk dilindungi, disayangi

Bimbingan perlu kelembutan dalam ketegasan
Penuh kecintaan, kasih serta sayang
Fitrahnya malu ciptaan Tuhan
Punya nilai keanggunan setiap diri

Wahai wanita hiasan duniawi
Pandanglah dengan mata hati
Jagalah maruah diri pemberian ilahi
Kelak tak menyesal kemudian hari

Wahai pemuda harapan agama
Didiklah kami, pimpinlah kami
Bimbinglah kejalan redhoNya
Moga sama menuju syurga Ilahi

Kecantikan diri kesantunan budi
Jadi ukuran buat muslimah sejati
Jadilah bunga yang mekar ditaman
Cantik dimata subur dihati

iman_nur 1216pm 230511


Jangankan lelaki biasa, Nabi pun sunyi tanpa wanita. Wanita adalah pendamping terbaik seorang lelaki, kerana itulah Allah menciptakan makhluk ciptaannya berpasang-pasangan. Wanita juga ibarat sayap kiri lelaki. Sayap kanan pula adalah perjuangan dalam mencari kebenaran. Tanpa wanita, hati, perasaan dan fikiran lelaki akan resah,masih mencari walaupun ada segala-galanya. Apa lagi yang tiada disyurga, tetapi Nabi Adam a.s tetap ridukan Siti Hawa. Kepada wanitalah, lelaki memanggil, ibu, isteri dan puteri. Dijadikan wanita dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan lelaki bergelar ayah, suami hatta abang mereka. Tetapi andai lelaki sendiri pun tak lurus, tak mungkin mampu meluruskan mereka. Tak logik, kayu yang bengkok dapat menghasilkan bayang-bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjukkan oleh Allah s.w.t kerana mereka diciptakan sedemikian rupa oleh Allah Taala. Didiklah mereka dengan panduan dariNya. Jangan cuaba jinakkan mereka dengan harta dunia, nanti mereka akan makin liar, jangan hiburkan mereka dengan kecantikkan, nanti mereka semakin menderita. Yang masalah itu tidak dapat diselesaikan dengan masalah. Kenalkan mereka kepada Allah s.w.t. Zat yang kekal, itulah suiznya. Jangan sama-sama mengajak kearah kejahilan, buruk padahnya. Sama-samalah membimbing kearah kesejahteraan hidup insani.

Akal senipis rambutnya, tebalkanlah dengan ilmu. Hati separuh kaca, kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak mulia. Suburkanlah kerana dari situlah mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan berbahagialah hati wanita walaupun mereka tidak menjadi ratu cantik dunia, presiden, perdana menteri Negara atau women gladiator. Bisikan ditelinga bahawa kelembutan bukanlah satu kelemahan. Itu bukan diksriminasi Tuhan tetapi kerana disitulah disebalik kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah yang melahirkan lelaki-lelaki, negarawan dan wan-wan yang lainnya.. hmmm jugak tokwan kita..hehehe Tidak lahir superman tanpa superwoman. Wanita yang lupa hakikat kejadian pasti tidak terhibur dan menghiburkan. Tanpa llmu, Iman dan Akhlak, mereka bukan sahaja tidak dapat diluruskan bahkan mereka akan membengkokkan.

"Lebih ramai lelaki yang dirosakkan oleh perempuan daripada perempuan yang dirosakkan oleh lelaki, sebodoh-bodoh perempuan boleh menundukkan sepandai-pandai lelaki"

Itulah bahana apabila wanita tak kenal Tuhan, pencipta mereka. Mereka tidak akan diri sendiri apalagi mengenal lelaki. Bahkan anak akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri, dan bapa kehilangan puteri. Dan itulah yang berlaku pada hari ini, masa ini zaman ini.. Apa sudah jadi? Wanita hari ini kurang bimbingankah atau salah didikkan? Siapa yang patut disalahkan? Ketuk minda, tanya iman masing-masing... Bila wanita derhaka, dunia lelaki akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah, rosaklah hati, jantung, dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharapkan ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah, pimpinlah diri sendiri dahulu kepadaNya. Jinakkan diri dengan Allah s.w.t., nescaya akan jinaklah segalanya dibawah kepimpinan dan bimbinganmu. Wanita juga binalah perisai iman dalam diri, moga maruah diri terjaga, supaya dapat menegur salah silap sesama sendiri. Masing-masing punya peranan masing-masing. Yang paling penting letakkan Allah yang pertama, InsyaAllah segalanya akan berjalan dengan baik mengikut ketetapNya.

Wallahu'allam


~Lead me, Guide me, Ya Rabb~


Continue Reading

Friday, May 20, 2011

Hidayah milik Allah

Assalamualaikum w.b.t.

Terima kasih sebab singgah ke blog yang tak seberapa neh, moga kunjungan anda semua ke blog saya ni, sedikit sebanyak dapat jugak ilmu yang ingin saya kongsikan bersama-sama anda semua. Semoga bermanfaat~


"Jom kita sama-sama berdoa dulu"

|
|
|
|
V
“HIDAYAH MILIK ALLAH”

Tadi lepas abis kelas moto pagi tadi, pegi balik tb sat.hmm biasa la, hari ni ari jumaat, kan ada Al-Hidayah kat tv3 pukul 1. Nak taw tajuk apa? Tu tajuk kat atas tu.. hmmm kenapa taw, arini banyak sungguh cita yang tunjuk pasai hidayah, kat fb, video ustaz Asri menjemput Syam kamikaze yang dah mendapat hidayah, utk cerita pengalaman dia. Pastu bukak plak tv3, cerita pasal hidayah. And cerekarama malam ahad ni pon cerita seorang lelaki mendapat hidayah.. -----apa ilahi taw.. tak ingat, tapi macam best jugak~

So sempat jugak la, salin sket2, point yang ustaz tu ceritakan dalam slot Al-Hidayah tadi… Jom baca, semoga anda juga mendapat input seperti saya~

Firman Allah dalam surah Al-Fatihah ayat 6,

Maksudnya,
Tunjukilah [8] kami jalan yang lurus.

[8] Ihdina (tunjukilah kami), dari kata hidayaat: memberi petunjuk ke suatu jalan yang benar. Yang dimaksud dengan ayat ini bukan sekedar memberi hidayah saja, tetapi juga memberi taufik.

Rupa-rupanya, setiap hari kita berdoa memohon kepada Allah, sebab tu kita kena faham maksud apa yang kita lafazkan dalam solat. Dan bila kita faham, baru la kita dapat hayati solat kita, maksudnya kita dapat la khusyuk dalam solat tu kan? Jadi tiap kali solat, secara tak langsung, Kita sering memohon kepada Allah, agar kita diberi petunjuk. Ya la.. kalu tak dapat petunjuk, macam mana kita nak menuju jalan Allah, jalan yang diredhai, Jadi perlulah kita menurut peraturan dariNya, sebab tu Al-Quran tu merupakan salah satu panduan dalam hidup kita. Jadi, setiap hari jangan tinggalkan Al-Quran, Cuba la baca walaupun sikit. semoga hidup kita beroleh keberkatan. InsyaAllah... Amin.

Petunjuk adalah bimbingan dari Allah.

Hidup penuh ujian dan halangan.. Jadi, petunjuk itu sgt perlu, perjalanan kita ni sungguh panjang dan apa yg kita lalui ni adalah jalan yang penuh onak diri, jadi kita perlu membimbingan dariNya,

Surah Al-‘araf, ayat 43, maksudnya,

“Dan Kami cabut segala macam dendam yang berada di dalam dada mereka, mengalir di bawah mereka sungai-sungai dan mereka berkata: "Segala puji bagi Allah yang telah menunjuki kami kepada (surga) ini. Dan kami sekali-kali tidak akan mendapat petunjuk kalau Allah tidak memberi kami petunjuk. Sesungguhnya telah datang rasul-rasul Tuhan kami, membawa kebenaran." Dan diserukan kepada mereka: "ltulah surga yang diwariskan kepadamu, disebabkan apa yang dahulu kamu kerjakan."

Allah lebih tahu jalan kita, kehidupan kita kerana Dialah yang menciptakan kita. Jadi kepada Dialah sahaja tempat kita memohon untuk mendapat Taufiq dan HidayahNya.

Bagaimana nak dapakan Hidayah Allah tu?

· Mintaklah petunjuk dengan sentiasa berdoa, Bila mintak insyaAllah, Dia akan bagi. Allah lebih mengetahui apa yang dalam hati kita, sekecil-kecil zarah pon dia mengetahui.

· Bila bagi salam kat orang, ucapkan mudah-mudahan Allah bagi taufiq dan hidayah, Jadi orang yang dapat salam tu pon insyaAllah akan mendoakan kita jugak.

· Hidayah ni adalah petunjuk yang guide orang nk jadi baik, yang berkeinginan untuk berbuat baik, tapi melalui hati sahaja.

· Taufiq ni pulak, adalah kesungguhan, keazaman dan kesanggupan bilamana kita ada kudrat dan kemahuan membuat kebaikan tersebut.

Contohnya, seorang tu da tengok ada iklan ceramah, dan dia ada rasa nak pi, tu maksudnya dia dah dapat hidayah, belum lagi taufiq, bilamana jejak kakinya ketempat ceramah tu, barula namanya, dia telah mendapat taufiq dan hidayah.

Ada jugak orang yang just ada taufiq tapi tak dak hidayah, contohnya, orang tu diberinya Allah kesihatan tubuh badan untuk membolehkannya pergi solat jemaah tapi disebabkan tak dapat hidayah Allah tu. Dia rasa malas nak p. Tak dak rasa kemahuan, mungkin jugak hidayah Allah secara berperingkat, Jadi, apa perlu kita lakukan berdoa, moga kita diberi kekuatan untuk membuat kebaikan tersebut. Jangan terlalu drastik, secara sikit-sikit, itu lebih baik.

Apa plak, tanda-tanda orang yang dapat hidayah ni??

· Dari tak tahu, dia jadi tahu… dapat belajar dari ustaz-ustaz, masjid, tempat dimana dia boleh menimba ilmu.

· Dari tak paham, dia jadi paham. Contohnya baca quran… tp tak paham maksud, lama-lama baru da tahu intipati Al-Quran kalu dia selalu membaca tafsir. Even tak baca banyak, tapi bila baca Al-Quran, tafsir pon dia tengok. Jadi dia dapat ilmu kat situ, Kalu tak pandai baca Al-Quran, dia usaha cari guru mengajar dia Al-Quran. Sebab apa? Adanya kemahuan didalam diri dia.

· Dulu dia suka bergaduh sesama sendiri,tapi bila dia dapat hidayah, dia jadi orang yang suka bersilaturrahim, suka berkasih sayang sesama manusia, sesama kawan-kawan.

Dari Wahbah Zuhaili, Beliau berkata hidayah ni ada 5:

1. Hidayah Tabi’ie : iaitu hidayah naluri kita kita (atas kemahuan kita)

2. Hidayah Inderawi (pancaindera) : iaitu perasaan kita, bila kita dapat berita gembira, kita senyum, bila dapat berita sedih, kita menangis atau tak dak mood. Tak dak aih bilamana, orang yang dapat berita sedih dia, gelak…. Tak dak!!

3. Hidayah Akal : suka berfikir-fikir dan mencari idea.. dia dapat kemudian dia mengerah keringat dia.

4. Hidayah Ad-Deen,( agama) : Hidayah ni standard, do and don’t, apa yg disuruh oleh Allah dan apa yang ditegahnya. Kita buat apa yang Dia suruh, kita tinggal apa yang dilarangNya.

5. Hidayah Taufiq : Hidayah yang paling tinggi, 100% terus dari Allah. Contoh: Ada orang ajak dia p usrah, dan dia rasa seronok sangat dan terus ikut. Tu namanya, dia dah dapat hidayah taufiq, mcm contoh kat atas tadi gak la....


Bkn mudah nak dapat Taufiq, Firman Allah dalam Surah Al-Ankabut :69

Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar- benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik”

Means,

· Kita kena berusaha dan berjuang, berjihad serta perlu mujahadah yang tinggi

· Jadi dengan jihad, sungguh-sungguh kita tu, Kami (Allah) akan tunjuk jalan-jalanNya yang Dia sediakan,iaitu bukan jalan mudah, tapi mencabar penuh onak duri. Kalau orang tu tak dapat menahan sedikit ujian dari jalan itu, maka rugilah ia. Kena sentiasa berwaspada dan kena hati-hati agar tak tersasar dari jalanNya.

· Berdoa dan terus berdoa kepadaNya, bersungguh2, insyaAllah Dia sentiasa bersama kamu susah dan senang, jangan pernah lupakanNya, Jika Dia sentiasa dihatimu, InsyaAllah, Kamu akan merasa Dia sentiasa dekat denganmu.


~Berjihadlah dan berdoalah dalam melakukan kebaikan~

Continue Reading

Thursday, May 19, 2011

Luruskanlah Hatiku

Ya Allah terima kasih sahabatku... seringkali aku putarkan nasyid kumpulan mawaddah tu.. sayu dan sebak benar... kita sepatutnya tidak harus berbangga dengan apa yang kita ada hari ini, seharusnya kita bersyukur kepadaNya kerana Dialah yang memberikan kita segala-galanya.. Seharusnya juga, Moga kita semua tak putus-putus berdoa agar segala amalan-amalan kita diterima olehNya.
"Doa kan senjata orang mukmin"

ya la, Takut sangat nanti, bila kita bertemu dengannya kelak.. kosong!!! kosong!!!.. Ya Allah, sheikhh.. ana takut sheikh.... hmm moga kita dikuatkan.. bercakap semestinya nampak seperti senang, tapi bayangkan diri kita... kita yang tahu siapa diri kita sebenar.. kuatkah kita?.. Apa yang kita rasa? tanpa teman-teman yang baik, yang sentiasa mengajak kita kearah kebaikan.. dapatkah kita melakukannya seorang diri??.. Dok rasa diri dah baik, padahal, masih banyak kekurangan, masih banyak Ya Allah... bermain dengan janji tapi tahukah? bilamana janji tak ditepati.. mukmin kah kita?.. sentiasalah kita muhasabah diri, dan berdoa... Moga kita dikuatkan berada atas tali agama Allah, berada dijalanNya, jalan yang diredhai.. supaya kita tak disesatkan, lagi menyesatkan.. Nauzubillah..


Semoga tak jugak berangan-angan kosong serta bercakap-cakap kosong, paling ditakutkan sekali bilamana kita berbicara tentang kebaikan, semestinya Dia akan menguji kita dahulu. Jadi harus berwaspada.. Jom kita sama-sama selami bait-bait lagu ini~

LURUSKAN HATIKU

Ya.. Allah dengan berkat Nabi-Mu dan berkat guruku
Luruskanlah hatiku, agar agamaku lurus
Betulkanlah hatiku, agar ku ikhlas selalu
Tetapkanlah hatiku, agar ku tak tergugat
Dengan ujian yang menimpa

Ya.. Allah, Tuhan yang
mencipta hati
Bersihkanlah hatiku, agar mazmumahku
Tidak merosakkan agamaku
Dan juga tidak merosakkan kehidupan orang lain

Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati kuatkanlah hatiku
Agar keyakinanku tak berubah
Supaya aku sentiasa tabah

Tuhan, Engkau resapkanlah hatiku
Sentiasa bersama-Mu
Supaya aku rasa, ada kawan meli
ndungku
Agar aku tak rasa sepi di dalam hidupku
Aku merasa malu melanggar perintah
Dan aku sentiasa siap siaga menunaikan suruhan-Mu

Ya... Allah, Tuhan yang menjaga hati
Baikilah hatiku, agar seluruh hidupku menjadi baik
Supaya tidak khianat, dan tidak hasad dan tidak
berdendam sesama manusia

Tuhan, limpahkan kedalam hatiku
Ilmu dan hikmah
Hingga aku dapat menyuluh hati dan menyuluh kehidupanku
Supaya lahir batinku bersyariat
Agar lahir batinku menjadi taat
Tuhan aku harap Engkau kabulkanlah doaku ini

Lagu: dari kumpulan Mawaddah



~Ya Allah, Luruskanlah hatiku ini, Ya Allah~


Continue Reading

Monday, May 16, 2011

SeLaMaT HaRi GuRu


Gambar ihsan dari pok cik google, thanks pok cik,
Hadiah Bunga Kekwa, tapi macam bunga Matahari, terimalah gambaq bunga ini dariku..
Matahari simbolik bagiku: bagai guru yang menyinari hidup kami, anak-anak didikmu, biar panas, tetap teguh berdiri disitu wahai guru, sama-sama berpanas!! hihi...

Guru adalah insan paling berjasa buat kita semua, mereka mendidik mengasuh tanpa penat dan jemu, Guru, adalah profesion yang mulia disisi Islam kerana mereka adalah insan-insan yg berhati mulia, insan yang penuh dengan kasih sayang,tak pernah jemu dalam mendidik anak bangsa walaupun kelihatan mereka seperti garang, tidak semua guru begitu, masing-masing ada cara tersendiri. Peribadi yang ditunjukkan kepada anak didik itu, mungkin akan menjadikan mereka sebagai ikutan (role model) suatu hari nanti.

Yang pasti sebagai seorang pendidik mereka sedaya upaya menggalas tanggungjawab yang diberi dengan penuh amanah dan dedikasi. Tak pernah pula mereka merunggut dengan apa yang telah mereka curahkan sehingga ke hari ini.. Sudah pasti, apa yang mereka mahukan adalah melihat kejayaan anak-anak didik mereka. Mereka bukan sahaja tekun tetapi semangat mereka juga tidak penah luntur dek klorox yang menghakis warna dibaju. Sudah pasti mereka berbangga dengan kejayaan pelajar-pelajar mereka, bukan sahaja dari segi akedemik malahan peribadi pelajar-pelajar mereka juga. Itulah hasrat seorang guru.

Guru bukan sahaja guru disekolah sahaja tetapi yang terutama pada anak-anak, Guru mereka yang pertama adalah ibubapa mereka sendiri, dari kecil mereka dibesarkan dan dilindungi oleh ibubapa yang penyanyang, dan pelbagai kaedah digunakan untuk mendidik anak mereka menjadi anak yang soleh dan solehah, segala kemahuan cuba dipenuhi dan perlu pula adil kepada setiap jasad yang mereka besarkan itu. Takut-takut akan disoal pula, "siapa yang mendidik aku menjadi seperti ini??" Jadi dengan rasa amanah tu, amanah yang datang dari Allah, yang mengikat kasih sayang lagi antara dua hati, suami dan isteri, tanpa penat jemu, mereka cuba memberi sepenuh perhatian kepada anak-anak mereka, tak kira dari segi pendidikan di rumah ataupun disekolah sekolah.

Anak-anak yang masih kecil akan diberi penuh kasih sayang, kemudian bila besar sedikit, mereka akan menunjukkan ketegasan supaya anak-anak menghormati mereka dan tidak pula melawan cakap mereka. Pabila meningkat dewasa, anak-anak dijadi kawan, tempat meluah tekanan ditempat kerja dan mereka juga menjadi tempat anak-anak merujuk dan meluahkan masalah, mereka saling berkongsi dari segala aspek. Komunikasi merupakan cara mudah untuk mendekati anak-anak remaja yang mungkin sudah matang dan mahukan kebebasan, bukan dikongkong tetapi mereka akan sentiasa mengawal anak-anak mereka supaya tidak terjerumus ke jalan yang salah. Pengorbanan mereka tidak perlulah kita sangkal lagi, berpuluh-ribu duit sudah dilaburkan untuk anak-anak tercinta. Semuanya kerana merekalah guru antara ribuan guru yang telah menabur bakti. Berterima kasihlah kepada kedua ibubapa kita~

Dear,

Terima kasih Mama dan Baba atas didikkan yang diberi kepada kami 7beradik selama ini. Kami hari ini adalah berkat doa, kasih sayang, pengorbanan yang ma dan ba curahkan, Doakan kami supaya menjadi anak yang soleh dan solehah, berjaya di dunia dan Akhirat. Dan semoga kami semua sempat membalas jasa baik kalian berdua.
(Anak-anakmu)

Guru secara tidak langsung ini juga boleh jadi, sesiapa juga yang pernah mengajar kita sesuatu ilmu atau skill. Mungkin sahabat-sahabat juga merupakan seorang guru, kerana mereka juga selalu menasihati kita dan mengajar kita sesuatu ilmu yang baru, ilmu Allah itu luas, segala ilmu yang kita dapat adalah ilmu yang di ilhamkan melalui seorang guru, yang sebenarnya datang dari pencipta kita, Allah Taala. Jadi, sentiasalah bersyukur dan berterima kasih kepada mereka yang telah menjadi guru kita. Kalau kita terkasar bahasa atau tersalah laku, cepat-cepatlah memohon maaf kepada mereka semua. Semua orang tidak sempurna tetapi dia boleh belajar untuk menjadi lebih baik dengan seorang guru yang baik..

Buat cikgu-cikgu yang mengenali diri ini, di tempat-tempat ini:

Taski Abim Kuala Pegang (1996-1998)
Sek Keb Kuala Pegang (1997-2002)
Sek Keb Lanai KAFA (2002)
Sek Men Keb Agama Baling (2003-2007)
Pusat Asasi Uiam, Nilai (2008-2009)
Uiam, Gombak (2009-sekarang)


SELAMAT HARI GURU kepada semua cikgu yang pernah mengajar diri ini, Halalkan ilmu yang saya pelajari dan saya memohon kemaafan dari cikgu-cikgu semua. Maafkan saya ya cikgu-cikgu sekalian.. Semoga hidup cikgu semua diberkati Allah dan dilimpahkan rezeki dariNya dan semoga cikgu-cikgu semua gembira disamping keluarga tercinta.

TERIMA KASIH CIKGU
(Tulus Ikhlas dari anak didikmu, Ilyani)


Tidak lupa jugak kepada Keluarga cikgu, anak menantu, cucu Haji Zakaria Bin Lebai Awang
Mak teh, Faridah Zakaria
Pak Teh, Yusof
Baba, Mohd Dakroh Bin Yaso
Pak Njang, Mohd Noor Bin Zakaria
Mak Njang, Che Aini Binti Mohamad
Mak Tam, Fauziah Binti Zakaria
Pak Da, Abdul Ghafar Bin Zakaria
Mak Da, Munirah Binti Abdullah
Pak Ndak, Mohd Zulkifli Bin Zakaria
Mak Ndak, Nurul Asyikin Bin Hanafiah
Pak cik, Abdul Hayin Bin Zakaria
Mak Cik, Rosmayati Binti Ibrahim
dan adik bongsu baba,
Wan Nor Husmawati Binti Wan Hussin
last but not least, all my kazen: 
Nur Hidayah Binti Jamaludin
Najwa Binti Saiden
Nur Hasni Binti Jamaludin
Terbaru 2013
Fareqah Mohd Dakroh
Robeatul Adawiyah Yusof
Ammar Dirkhan
Hamzah Mahadi
Mohamad Zhafri
akan datang? mungkin..

"Ilmu yang diajar secara berhikmah itu 
umpama akar pokok yang bergerak perlahan
tetapi dapat menembusi batu dan tanah yang keras,
Teruskan perjuangan murni mendidik,
semoga Allah merahmati dan memberkati kalian"
Continue Reading

Saturday, May 14, 2011

Munajat Malam

BIMBING DAKU MENUJUMU
YA ALLAH

Diri ini insan lemah dan lupa
Perlu bimbingan setiap masa
Ingin sujud di malam hari
Mengadap, menadah tangan kepadaMu tanpa jemu

Tapi apakan daya, lemah
Biar lemah, asal cekal semangat
Punya niat yang jelas
Yang ternyata lebih baik

JalanNya dibuka luas
Positifkan minda, tekad dihati
InsyaAllah bantuan akan menjelma
hanya dariNya, untuk dirimu
Takbirr...
ALLAHU AKBAR

iman_nur 0230am 14052011


BEDAH BUKU IBADAH PULAK SEMENTARA KITA SEMAI CINTA ALLAH DLM DIRI

Even buku rahsia & keajaiban cinta Allah tak abis g kan… tp nak bedah buku ni gak!!

Disebabkan suka sangat beli buku ni la akibatnya, tak taw mana nak baca dulu, dan masih byk buku lagi yang tak baca. Tapi sekarang ni saya tengah mendalami buku MUNAJAT MALAM yang dikarang oleh YUSNI A.GHAZALI

Sebab beli buku ni:

  • Menarik
  • Nak jadikan tahajud sebagai amalan
  • So bila kita bangun awal, subuh pon AWAL…
  • Ada banyak tips didalamnya
  • Doa-doa memudahkan diri menghadapi ibadah malam, sebelum, semasa dan selepas tidur
  • Sebab kat depan ada tulis, bimbingan lengkap ibadah malam...hihi
Dan juga....

Tertarik dengan kata-kata dari penulis dimuka hadapan..

" bukan SEKADAR PANDUAN, tetapi PENGHAYATAN "


Saya cadangkan siapa yg belum ada belila..bukan mahal pun, RM8.00 ja.. pelaburan yang penguntungkan diri kita sendiri insyaAllah..

Rasulullah bersabda, "waktu Allah paling hampir dengan hambaNya ialah dipertengahan malam yang terakhir, jika kamu mampu untuk melakukan zikir mengingati Allah SWT (dan solat) pada saat itu, maka lakukanlah."

(Riwayat At-Tarmizi)


PERSIAPAN HATI

Hati mestilah terkandung niat yang baik lagi murni... tegaskan dalam hati "kebaikan akan menjadi pilihan yang terbaik dalam kehidupan kita.

  • TAKWA
"Sesiapa yang bertaqwa, pati Allah akan tunjukkan jalan keluar baginya"
(At-Talaq:2)
  • TAWAKAL
Kebergantungan hati kita pada Allah SWT atas segala urusan yang kita hadapi.

".......dan ingatlah, sesiapa berserah diri bulat-bulat pada Allah, Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakinya. Allah telah pun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu."
(At-Talaq:3)

Tips persiapan jasmani
  • Jauhi maksiat
Memastikan setiap anggota badan melawan hawa nafsu yang terdorong kepada kejahatan
  • Tidak banyak ketawa
Bukan tak boleh ketawa, boleh, tapi tak berlebihan, ini keran banyak ketawa boleh mematikan hati dan melenyapkan cahaya keimanan diwajah seorang.

"Rasulullah sendiri tidak pernah ketawa hingga terbahak-bahak dan mengeluarkan suara"

Tips untuk Bangun Malam
  • Bersederhana ketika makan malam
  • Makan makanan yang halal
  • Sucikan badan, hati dan jiwa sebelum tidur (muhasabah diri dan maafkan semua orang)
  • Segera tidur selepas Isyak

Tips Tatacara Tidur
  • Tidur mengiring sebelah kanan
  • Tidur tanpa selimut (tak manjakan diri ketika tidur, bermula tempat, cara dan niat tidur)
  • Berdoa sebelum tidur (byklah doa dlm buku neh, pasrahkan diri kepada Allah kerana kita tidak tahu apa yang akan terjadi sewaktu kita tidur, adakah kita akan bangun atau tidur utk selama-lamanya). Jadi persiapkan diri kita sebaiknya...
  • Ikhlaskanlah diri
  • Paksa diri untuk bangun. " jika sudah paksa, jiwa kita akan cenderung kepada kebaikan"
  • Usaha perlu ada, seperti alarm nset or jam loceng anda.
Dan buku ini juga ada menerangkan solat-solat sunat secara terperinci seperti Solat Iftitah, Solat Tahajud, Solat Witir dan Solat Subuh... Selebihnya adalah keutamaan solat Witir dan keutamaan solat-solat sunat serta kelebihan Solat Tahajud dan Solat Subuh.


" Sila dapatkan buku ini di toko-toko buku berhampiran dengan anda, InsyaAllah bermanfaat terutamanya bagi insan yang ingin dekat dengan Allah dan mengamalkan Tahajud.


~Semoga kita semua dapat amalkannya bersama-sama~


Continue Reading

Saturday, May 7, 2011

Hamba Mu - Mawi dan Akhil Hayy -


Senikata yang sangat memberi motivasi, kitalah hambaNya.. DariNya kita datang, Kepadanya jua kita akan kembali... Imam muda dua dah start... go go kedah~ IM Ammar..... kalu sapa ada astro bleh la tgok, takat neh belum dapat tgok lagi... kalu ada org upload kat youtube t, bleh la tgok2, amik pengajaran@ belajar something dari program neh... sapa taw setakat neh. sapa yang paling menyerlah?? cer citer... cer citer...

Jom hayati bait-bait kata lagu neh...

Owh ho..Owh ho…
Mawi:
Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati

Usaha dengan doa itu,
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

C/O (dua-dua)
Suluhkan cahaya hati di terang
Tunjukkan jalan
Seandainnya hilang
Tegakkan perjalanan
Yang bakal ditempuh

Tegakkan semangat bila runtuh,
Setibanya disisimu ku berserah,
Terimalah aku
Hamba mu Allah

Owh ho owh ho
Hambamu Allah…..

Mawi

Sekiranya takdir menguji
Cekalkan hasrat dihati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus azam

Akhil Hayy

Usaha dengan doa itu,
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya hati di terang
Tunjukkan jalan
Seandainnya hilang
Tegakkan perjalanan
Yang bakal ditempuh

Tegakkan semangat bila runtuh,
Setibanya disisimu ku berserah,
Terimalah aku
Hamba mu Allah

~Aku HambaMu~

Continue Reading

Friday, May 6, 2011

I Love You.....


Salam 'alaik~

Sarangae yo... i love pink... so dah upgrade blog neh.. bagi cute sket.. lepaih ni rajin la cket post kan? hahaha cute tak?? tulisan post dah ubah dan ada lagi yang nak buat neh.. tengah explore lagi... chaiyok2..

Alhamdulillah.. aku juga sangat mencintaiNya dan Ingin makin dekat denganNya. Terima Kasih Ya Allah Kau kabulkan permintaan hambaMu ini.. Walaupon tak setara mana, aku sangat berpuas hati. Mungkin Kau akan mengujiku lagi? Aku terima Ya Allah andai itu yg terbaik buatku dan jika ia akan membuatkan aku lebih dekat denganMu dan ilmu2Mu.. Aku akan sedaya mungkin, berubah sedikit demi sedikit dan aku perlukan sokongan dan perhatian dari sahabat-sahabatku, untuk membimbingku ke jalan yang diredhai.. yang mereka itu, tidak pernah kesal bersahabat denganku dan sentiasa bersamaku susah dan senang.. terima kasih atas segalaNya.. bertemu disini tiada akhirnya~

I love you Mama, banyak sangat salah dan silap k.ngah cuti neh... I'm really sorry,ma... syaitan durjana selalu sahaja menghasut nafsu amarahku walaupun tak terluah melalui kata, tapi hati ini masih byk titik2 hitam, maafkan k.ngah kerana menyakiti hatimu ma... Semoga aku juga akan mendapat kunci kebahagiaan seperti sahabatku itu~I'll always make you happy~ l love you forever.. baba jugak.. sangat..sangat sayang, tanpa ma & ba, siapalah k.ngah didunia ini~

Then nak kongsi satu lagu neh.. sebenarnya lagu arab.. tapi telah di translatekan oleh seorang pakar bahasa~

Kisah seseorang yang dari kejahilan yang memohon ampunan kepada Allah kerana dia sedar dia berada dijalan yang salah lalu dia bertaubat... dan bersyukur kerana mendapat hidayah kurniaan Allah dan hanya Allah penyelamat dan tempat pergantungannya~

Hidayah tidak akan datang tanpa usaha dari diri kita untuk berubah, sentiasalah berdoa, memohon agar Allah kurniakan kita taufiq dan hidayahNya..pintalah tanpa jemu.. insyaAllah Dia sentiasa bersama kita..


FIL LAILATIN MINAL LAYAL

OLEH: Muhammad Al-Husyan

Di suatu malam dari malam malamku
Aku tak tahu apa yang menimpa diriku, Wahai Tuhan
Kegelapan memenuhi diriku, Wahai Tuhan
Bumi dan langit dirasakan sempit
Dan hatiku tak menjumpai cahaya
Dan airmataku sentiasa mengalir, Wahai Tuhan

Aku ingkar dan berdosa besar
Dan sesungguhnya aku dalam kesedihan yang amat
Dibelenggu oleh dosa, Wahai Tuhan
Dan adakah layak keampunan bagi orang yang berdosa?
Orang yang sentiasa dalam noda, Wahai Tuhan

Engkau yang menjadikanku, mengasihiku, dan mengurniakanku rezeki
Wahai Tuhan, Engkau selalu bersama-samaku
Tetapi aku jauh daripadaMu
Dan aku berjalan pada jalanku Ya Allah

Dan pada hari ini Wahai Tuhan, aku kembali
Daripada kegelapan di belakang batasan-batasan agama
Dan hatiku kecewa dan jalanku binggung
Dan aku telah tenggelam tetapi aku telah menyedari
Tiada penyelamat bagiku melainkan ENGKAU
Tiada penyelamat bagiku melainkan ENGKAU
YA ALLAH, YA TUHANKU

"Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa"
(Ali-Imran 3:133)


~Pulanglah ke pangkal Jalan, Jalan yang diredhai~
Continue Reading

Sunday, May 1, 2011

Simpulan Persahabatan

Ikatan simpulan itu biar kemas

Biar utuh didasar sanubari

Biar dilambung ombak badai

Ia kekal utuh tak pernah putus..

Hati-hati itu bertemu atas namaMu


Kau eratkanlah genggaman atas taliMU

Jiwa-Jiwa ini sentiasa pengharapan pengampunan

Keredhaan, keberkatan dan kasih-sayangMu

Agar simpulan ikatan hati-hati ini

Teguh dan mekar ke taman RaudohMu


Ikatan ini semurni setulus kasih rabbani

Seinteam simpulan persahabatan

Seunik pertemuannya yang terbina

Agar ia kekal selamanya dihati

Bersatunya disini

Tiada pengakhirnya~


~iman_nur~

0653pm (010511)

Continue Reading

Selamat Hari Pekerja


Assalamualaikum..hari ini hari pekerja kan? even today is labor day but ada jugak yang tak cuti kan? takpa la... kerja tu biaq la ikhlas hehehe...besa la nak jadi pekerja yang hebat, cara bekerja pon mestila hebat kan... cehhh macam dah kerja plak!! tapi penah jugak bekerja taim lepas spm dulu..rasa jugak la... kena rajin, amanah, punctual..baru la dpt bonus lebihhh..ya dak boss hehehe
Alhamdulillah takat neh suma pengalaman bekerja dapat bos yang pemurah.... hihi kepada bos saya, selamat bercuti boss!!!

Dulu before study about economics, ingatkan buruh tu just pekerja-pekerja binaan ka yang angkut2 barang...rupa-rupanya, buruh itu ada kata ganti untuk pekerja..hihi (^___^),and in economics, labor is one of the factor of economics....patut la ada dalam kalender, selamat hari buruh..lawak2...kiki

Sebagai pekerja Muslim, kita mesti menerapkan nilai Islam dalam pekerjaan seperti jujur, amanah, taat, tekun, dedikasi dan bijak. Kita juga mesti mempunyai tekad serta keazaman bagi menghadapi masa depan dengan lebih baik bermula dari hari ini.

Jom baca artikel diambil dari beritaharian (29/4/11)...(just sebahagian ja)

Islam sentiasa mendorong, memotivasi dan menganjurkan umatnya berusaha serta berikhtiar penuh ketekunan bagi mencapai kesejahteraan dan kegemilangan dalam kehidupan seharian.

Ingatlah, perubahan menuju hasanah (kebaikan) bermula dari dalam diri setiap individu. Pekerja kurang berkemahiran perlu mempertingkatkan keupayaan mereka. Jika tidak, mungkin ada antara mereka ini tidak lagi diperlukan dalam perkhidmatan.

Sebagai pekerja, kita juga mesti berusaha memberi sumbangan kepada kemajuan negara dan kesejahteraan masyarakat. Kita mestilah memainkan peranan dalam mencapai kesejahteraan bukan beban yang menyusahkan orang lain.

Tingkatkan kemahiran, tambahkan pengetahuan, hanya dengan cara ini kita mampu melaksanakan tugas sebenar sebagai khalifah di muka bumi. Allah menetapkan dalam sunnah kehidupan kejayaan itu hasil daripada kerja tekun dan dedikasi. Inilah jihad dituntut Islam.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Sesungguhnya Allah sangat suka (bahkan cinta) jika seseorang daripada kamu, melakukan kerja, maka dia bekerja dengan tekun.” (Hadis riwayat al-Baihaqi)

Umumnya, manusia berperibadi cemerlang berjaya menyempurnakan tugasnya berdasarkan kekayaan ilmu pengetahuan, penghayatan, pengamalan ilmu serta melaksanakan tugas mencapai atau melepasi ukuran cemerlang.

Mereka juga digambarkan melalui tingkah laku berhemah, berbudi pekerti mulia dan menerima tanggungjawab sebagai amanah seperti firman Allah bermaksud:
“Katakanlah: Mahukah kami khabarkan kepada kamu akan orang yang rugi amal perbuatannya? Orang yang sia-sia usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul pada apa yang mereka lakukan. Merekalah orang yang ingkar akan ayat Tuhan mereka dan pertemuan dengan-Nya; maka gugurlah amal mereka; maka Kami tidak akan memberi timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari Kiamat kelak.” (Surah al-Kahfi, ayat 103-105)

Berdasarkan maksud ayat ini dapat difahami ‘mereka yang rugi’ itu termasuklah yang tidak amanah. Sifat amanah adalah pakaian khalifah Allah. Sebagai khalifah kita bertanggungjawab mengurus alam dan segala isinya supaya keberkatannya dapat dinikmati.

Justeru, bagi memakmurkannya, kualiti pengurusan dalam pelbagai aspek kehidupan sangat diperlukan. Kualiti itu adalah tuntutan bekerja secara profesional melalui perancangan strategik dari sudut masa, wang dan tenaga yang semuanya berteraskan nilai amanah serta integriti. Rasulullah SAW adalah contoh pekerja dan pengurus unggul berkeperibadian tinggi yang sentiasa melakukan perubahan untuk maju.

~SeLaMaT hArI pEkErjA~


~Jadilah pekerja yang amanah dan menjadikan Rasulullah sebagai teladan~
Continue Reading