Ilyani Dakroh Ilyani Dakroh: May 2012

Thursday, May 17, 2012

10 Pra-syarat kemenangan Islam

Islam itu adalah panduan dalam kehidupan kta, panduan yang sangat lengkap dan dengan mempertingkatkan Islam sepenuhnya kita akan menjadi umat yang disegani. Kita haruslah meneruskan perjuangan Rasulullah yang mana Baginda dan para sahabat telah mempamerkan keindahan Islam sehingga dapat menarik minat ramai orang kafir memeluk agama Islam dan menjadikan Islam serta pengikutnya disegani oleh masyarakat dunia. Umat Islam tidak diajar untuk pernah mengalah dan berputus asa dalam mengharungi perjuangan dan ujian daripada pelbagai pihak.

 Firman Allah Taala dalam surah Ali-Imran: 139,
"Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (bersungguh-sungguh) beriman."

Tetapi persoalannya, mengapakan umat Islam sekarang ini tidak dipandang tinggi oleh masyarakat dunia? Mengapakah ajaran yang dibawa oleh Rasulullah dahulunya hebat kurang menyinar dihari ini? Hakikatnya adalah sebahagian umat Islam tidak lagi mengikut Islam secara SYUMUL (menyeluruh), hanya mengambil kebahagian ajaran Islam dalam beribadah tetapi tidak mengamalkan Islam dalam segenap aspek dalam kehidupan mereka. Dan yang paling teruk, ada yang tidak langsung mengamalkan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.Mereka lebih selesa dengan peraturan ciptaan manusia  seperti mengagung-agungkan sistem yang direka oleh Barat dan mudah pula terpengaruh dengan budaya yang tidak bersesuaian dengan ajaran Islam. Nauzubillah. "Jauhilah diri kami dari sifat ini Ya Allah, Lindungilah kami dari tipu daya syaitan Wahai  Tuhan sekalian 'Alam".

Justeru, adalah menjadi kewajipan bagi semua umat Islam untuk mengembalikan semua kedudukan Islam yang sebenarnya. "Daulah Islamiyah". Disini ini berkongsi Pra-syarat kemenangan Islam berdasarkan Firman Allah Taala dalam surah Al-Maidah : 54-56, bagi memastikan Islam akan terus menyinari kehidupan muslim dan terus subur dalam jiwa mukmin, gemilang dan disanjung tinggi. 

Bismillahirahmanirrahim

Maksudnya:

"Wahai orang-orang yang beriman! Barangsiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamaNya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan sesuatu kaum, Dia mencintai mereka dan mereka pun mencintaiNya, mereka bersikap lemah lembut terhadap orang-orang beriman tetapi bersikap keras terhadap orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan kepada orang yang suka mencela. Itulah kurniaan Allah yang diberikanNya kepada siapa yang dikehendakiNya. Dan Allah Maha Luas (pemberiaanNya) lagi Maha Mengetahui" 

"Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah, dan RasulNya, dan orang-orang beriman, yang melaksanakan solat dan menunaikan zakat, seraya tunduk (tunduk menjunjung perintah Allah)". 

"Dan barang siapa menjadikan Allah dan RasulNya dan orang-orang beriman sebagai penolongnya (maka berjayalah dia), maka sungguh, pengikut (yang berpegang kepada agama) Allah itulah yang menang".

Ayat-ayat  di atas  menjelaskan pra-syarat untuk menjamin kegemilangan umat Islam seperti berikut:

  1. Kita mestilah mencintai Allah lebih daripada segalanya sehingga Allah juga mencintai kita.
  2. Kita mesti bersikap lemah lembut terhadap orang mukmin di mana kita mesti tolong menolong sesama kita atas dasar iman dan kebaikan.
  3. Umat Islam hendaklah bersatu padu. Perpecahan dan perbalahan sesama sendiri akan melemahkan umat Islam sehingga musuh menggunakan kelemahan ini untuk terus menjajah dan menindas umat Islam.
  4. Umat Islam hendaklah bersikap tegas terhadap orang yang memusuhi Islam sehingga mereka tidak berani menghina Islam dan menindas umat sesuka hati.
  5. Umat Islam mestilah berjihad di jalan Allah tanpa merasa takut dan gentar kepada musuh Islam kerana hanya kepada Allah kita semua berserah diri.
  6. Ciri-ciri cekal dan sabar dalam perjuangan hendaklah disemai dan diterapkan dalam setiap diri kita dan hanya sifat-sifat inilah yang menjamin perjuangan samapi kepada matlamatnya.
  7. Berani berhadapan dengan risiko perjuangan seperti terpaksa berhadapan dengan musuh dan halangan yang sentiasa menguji semangat juang dan keimanan pejuang-pejuang Islam.
  8. Berkeyakinan dan berharap kepada Allah sehingga segala serangan dan ujian dapat ditangkis dengan mudah dan tenang.
  9. Menjadikan Rasul dan orang-orang yang beriman sebagai pemimpin dan rujukan dalam perjuangan.
  10. Sentiasa bertawakal dan berharap hanya kepada Allah Taala.
~Rujukan Risalah Maahad Ad-Da'wah Al-Islamiyyah~



~Bila nak dekat pilihanraya,  terbaca dan terbelik balik risalah ni,
Sedang menghitung detik-detik untuk mengundi PRU13 yang entah bila ya tarikhnya 
(masih menjadi persoalan), Sabaq ja la~
Continue Reading