Ilyani Dakroh Ilyani Dakroh: December 2010

Wednesday, December 29, 2010

Tak sibuk sgt pun tapi buat-buat sibuk

Kesibukan diri makin terasa... dah mula dengan exam tadi, sampai assignment nk kena buat pon terlupa. kenapa tak ingat ekk? tak study la tu, tak bukak balik buku lepas kelas kan??...hmmm mmg pelupa pon~ Nasib kena hantar next week, Alhamdulillah tu la tanda kasih sayang Allah padaku..terima kasih ya Allah, jika kita ikhlas keranaNya, Allah akan bantu kita, Yakinlah!! semalam tak sempat habis stadi tapi sempat lagi pegi ngaji kitab. Alhamdulillah, rasa nak pegi tiap-tiap minggu untuk pengisian rohani yang ibarat kering-kering lembap, jom kawan-kawan kita isi hati kita dengan masjis-majlis ilmu yang bermanfaat...

Oleh sbb kelas fie tak dak.. Alhamdulillah sempat habis baca marketing tadi dan masuk jawap exam dengan lega~ weekday ni kena finishkan apa-apa yang perlu siap-siap, jangan bertangguh lagi, tiada masa lagi untukku berpangku tangan dan tidur seperti puteri raja lagi... masa untuk kita berubah...moh la kita~
"kita tidak akan berubah selagi tiada kemahuan, paksaan, keikhlasan diri"
"Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka yang sendiri yang ingin mengubahnya"
Jadi, jom-jom pakat ubah diri kita tu, dari malas jadi rajin, suka tidur jadi kurangkan tidur, mulakan sikit-sikit dan ikut kemampuan diri~
"Buang yang keruh, ambillah yang jernih"
~insan biasa yang ingin jadi luar biasa~
Continue Reading

Monday, December 27, 2010

Senandung Al-Fatihah

Album : Nur Irsyad
Munsyid : Nur Irsyad
http://liriknasyid.com


Dengan menyebut nama Mu ya Allah
Yang Maha Pengasih, Penyayang
Segala puji bagi Mu ya Allah
Pemelihara seluruh alam raya

Engkaulah Maha Pengasih dan Penyayang
Yang menguasai Hari Pembalasan
Hanyalah kepada Mu kami menyembah
Dan pada Mu kami mohon pertolongan

Tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus
Jalan orang-orang yang Kau beri nikmat
Bukan jalan mereka yang Kau murkai
Dan bukan pula jalan mereka yang sesat

Senikata & Lagu : Ibu Fatah
Lagu ini merupakan terjemahan surah Al Fatihah.
Ditulis oleh seorang penggubah lagu terkenal di Indonesia, Ibu Fatah.

Continue Reading

Sunday, December 26, 2010

Kata Hati

YA ALLAH,

begitu besar rahmat kasih sayangMu,

Bukan hanya padaku tetapi seluruh umat manusia,

tiada kata dapat kututurkan,

tiada ayat yang bisaku ungkapkan melainkan

ALHAMDULILLAH...

Terima Kasih ya ALLAH

Sungguh kasihMu begitu luas,

Sungguh tak terhitung kiranya,

Sungguh tak tercapai dek akal,

kerana

aku hambaMu yang lemah lagi hina

lagi tiada terdaya,

selalu khilaf dalam melayari hidup di dunia milikMu ini...

Ya ALLAH

tiada apa ku pinta dariMu,

Melainkan ingin menjadi hambaMu yang bertaqwa ,

menjadi anak yang solehah,

aku sentiasa ingin menjadi lebih baik,

sesungguhnya ku tahu disebaliknya

tersembunyi hikmah yang tersendiri,

AKU YAKIN!! Aku Yakin PadaMu Ya ALLAH~

25122010@0131a.m

Jika diberi ujian, ku tahu ada kesilapan, tetapi masih belum mengerti,masih mencari jawapan pasti, diberinya lagi ujian itu, seperti sahabatku ceritakan... sewaktu kita kecil bilamana ketika kita sedang demam, mengapa ibu kita bersusah payah menyuapkan ubat ke mulut kita, sedangkan ibu kita tahu yang mana ubat itu pahit?? Mengapa kawan2 sekalian... Mengapa ibu kita menyuap ubat itu?? Sedangkan kita juga menepis-nepis tangan ibu...MENGAPA?? Kerana ibu kita sayang kan kita sahabat-sahabat sekalian.. dan kita pula, kenapa kita menelannya???kerana yang pahit itulah sebenarnya mengajar kita erti kehidupan, walaupun sedikit cuma ditelan, pahitnya tetap dirasa... pahit juga menjadi pengalaman dan pedoman kepada kita..

Jadi disini sahabat-sahabat, saya dapat relatekan kasih sayang ibu kita itu adalah sepertimana kasih sayang Allah Taala kepada kita, tetapi kasih sayang Allah itu tersangat la luas lagi mendalam terutamanya kepada hamba-hambaNya yang patuh perintahNya dan meninggalkan apa yang dilarangNya. So, that means, orang yang selalu ditimpa ujian itu, adalah kerana Allah sangat kasih padaNya,bukan saja-saja diuji, tetapi untuk menguji ketabahan, keyakinan kita kepadaNya. Dan yang paling penting kerana Allah ingin menguji tahap keimanan kita sebagai hambaNya...

So, sahabat-sahabat sekalian, kita janganlah cepat berputus asa, setiap kali dugaan mendatang, jangan cepat mengalah, kuatkan semangat, bersikap tenang dan kita dekatkanlah diri kita kepadaNya, jangan sekali-kali kita menjauh tinggalkanNya,kerana semakin kita jauh dengan Allah, semakin jauh jugalah Allah dengan kita... sebab apa sahabat-sahabat??? Bak kata lecturer kelas MANAGEMENT INFORMATION SYSTEM @MIS saya,

“ ALLAH DON’T NEED US, BUT WE ARE REALLY NEED HIM”

walau dimanapun kita berada, ingatlah, kita ini akan tetap kembali kepadaNya... semua yang ada didunia ini, bukan kepunyaan kita, hanya pinjaman sementara cuma.. semuanya tidak akan kekal yang kekal hanyalah Allah dan kehidupan di akhirat sana... sama-samalah kita muhasabah diri.. hmm takutnya cakap pasai ni.. semoga diri ini akan sentiasa ingat nukilan ini, bila lupa sama-sama kita ingatkan tak pun paling kurang ingat kata-kata dalam ni..sebelum kita tidur kita amik masa sekejap dan MUHASAH DIRI~

~Insan lemah lagi hina~

Continue Reading

Tuesday, December 21, 2010

Duit ooooo Duit


Tak lambat lagi duit ptptn akan masuk..banyak betoi perancangan kewangan yang saya dok fikir, sebelum terlebih belanja.. baik rancang baik-baik wang tu..ya la takut over bajet orang kata~

Seseorang ahli falsafah pernah berkata:

“ Wang bukan segala-galanya tetapi hampir segala-galanya memerlukan wang” atau dalam bahasa org putihnya “money is not everything but money is everything"

haaa dengaq tu.. so apa lagi..kita kena la bijak berbelanja, jangan boros sangat nanti padah jadinya..sian pulak kat mak ayah kita, dah besaq-besaq ni, pandai la hidup berdikari, ramai lagi tanggungan depa kat rumah tu..macam saya ni, adik da lagi 4, 2 orang sekolah menengah, 2 orang sekolah rendah, cukup-cukup la pau bila cuti..hehehe bila dok university tu, pepandai la cari makan..huhu peringatan buat diri la... sbb kadang tu terpaksa jugak mintak..sori ek mama baba..huhu

1. Kena la ada matlamat kewangan

· Sebagai panduan bagi plan dan tindakan sebab wang adalah terhad manakala kehendak pula tidak terhad, tu yang kadang-kadang jadi berbelanja lebih tu sebab tidak ada perancangan awal

2. Apa keperluan kita?

· Keperluan asas

· Keperluan sampingan

3. Apa pula kehendak kita?

· Ingin hidup lebih selesa.

· Kalu tak dak pon bley hidup lar orang kata.

TIP-TIP KEWANGAN:

1. Kalu bley buat buku catatan keluar masuk bagi yang rajin lar.

· Saya ada buat...hmm malu nya, kalu orang tau memang orang kata kedekut, bukan kedekut tapi nak taw, dalam sebulan berapa wang yang telah keluar. Ni saya amalkan dari sekolah menengah lagi. Hehehe malunya~

2. Pastikan anda membuat perbandingan harga dan berbelanja mengikut keperluan.

3. Amalkan sikap berjimat cermat, jujur dan amanah.

4. Amalkan sikap suka membantu

· contohnya suka menderma, tolong kawan dalam kesusahan, sebab nanti kalu kita pinjamkan duit kita, maybe duit yang kita pinjamkan tu bley bantu kita plak. Kononnya kawan kita ni jadi tabung sementara la.

5. Elakkan sikap suka berhutang.

· Kalu berhutang, cepat-cepat bayar bila dah ada duit, tak baik berhutang lama-lama, lagipon orang yang dihutang tu segan nak mintak balik taw!! So bila dapat duit bayar terus ek kawan-kawan~ saya pon xsuka jadi org berhutang sebab tenson memikirkan duit itu, jadi bila kita bayaq tu, selesai satu masalah,LEGA, bagi saya lar!

6. Simpan resit bila draw duit. Untuk memudahkan penyemakkan duit yang kita keluarkan dan baki kat dalam tu, kalu bleh tulis kat atas resit tu, tujuan pengeluaran.

7. Simpan jugak resit-resit perbelanjaan. Untuk semakan selepas pembelian dan catatan kita.

8. Sediakan bank khas untuk tabungan. So kena ada dua bank. Satu utk kemudahan keluar duit satu lagi untuk bank simpanan.

9. Simpan syiling lebihan makanan dalam bekas asing sebagai tabungan sampingan.

10. Berpakat dengan sahabat untuk menabung seminggu RM10, dia simpan untuk saya, saya simpan untuk dia. Ukhuwwah kan namanya~

· Bayangkan 14minggu bersamaaan 14x10=rm140 LUMAYAN JUGAK TU!!

· bley simpan dalam bank simpanan.hehehehe

Matlamat kewangan saya kali ni..

Sem ni bajet-bajet dapat RM32oo.

Ptptn-simpanan=perbelanjaan

Balance sem lepas rm150

SIMPANAN:

· Lebihan sem lepas RM150

· Hutang bank simpanan

o Buku- RM55

o Belanja taim takdak duit-RM30

o Guna duit tabung syiling sem lepas-RM45

o So, kena masukkan balik RM130

· RM150+130= RM280

PTPTN-YURAN-SIMPANAN-HUTANG=PERBELANJAAN & UTK SHORT SEM

BAJET SIMPANAN RM600+rm130=RM730

HUTANG DENGAN MAMA= RM100

HUTANG DIRI SENDIRI: PERFUME RM60

YURAN: RM1130

=RM2020

Wow 2020 tu, amazing hehehe semangat tahun 2020!! (^_^)

RM3200-RM2020=RM1180

Adoiii cik mek molek, hmm cmna ni, kehendak pulak sem lepas, Alhamdulillah terlaksana, jam dan kasut. Kira puas hati lar. Sem ni kalu diikutkan hati berkehendak nset baru, kamera digital, or hard disk.. so nampaknya kena korbankan dulu la, maybe beli kamera dulu kot. Sebab nset still okay, hard disk bukan keperluan sangat!! Bajet kamera dalam RM500, hmm nampaknya kena ada keja sampingan macam ni...hehehe

PERBELANJAAN BULANAN: RM150x4=RM600

SO, RM1180-RM500-RM600=RM80

RM80???? untuk sotsem...immpossible!!! apa-apa pon ni just anggaran, kena kurengkan yang mana patut, maybe kamera, lagipon ada duit simpanan utk sotsem dalam bank simpananan~hehehe

~berbelanjaan la dengan berhemah~

Continue Reading

Wednesday, December 15, 2010

Chatting with someone~


Selepas saya dapat result yang lalu saya telah chat dengan seorang sahabat untuk meluahkan perasaan saya, result yang saya perolehi membuatkan saya termenung sejenak, muhasabah diri saya, saya rasa Allah msih sayangkan saya kerana dia sentiasa menguji saya dengan akedemik, membuatkan hati saya berbolak-balik, tetapi saya akan tetap yakin, kemenangan dan kejayaan sentiasa ada untuk saya suatu hari nanti, janji saya jangan cepat putus asa, sentiasa meletakan ALLAH yang pertama, pengharapan dah pergantungan hanya padaNya... saya selalu berharap supaya saya tidak hanya pandai berkata-kata tetapi saya berdoa apa yang saya kata ini sentiasa saya ingat dan mempratikkannya.. SEMOGA SAYA TERUS KUAT DAN BERTAHAN... Saya mohon sangat-sangat! saya juga merasa bertuah kerana mpunyai keluarga yang sentiasa menyokong saya, tidak pernah melarang saya aktif untuk buat perkara yang bermanfaat utk diri terutamanya dalam soal menimba ilmu.. saya pon tidak pernah salahkan apa-apa, tetapi diri sendirilah yg menjadi penyebabnya. Saya sangat-sangat bertuah kerana ada keluarga yang sentiasa faham dan support..tak lupa jugak pada sahabat-sahabat yang sentiasa memberi semangat, care ngan saya dan membantu dalam study saya.. terima kasih bebanyak sahabat semua.. saya just nak kongsi apa yang telah disembangkan bersama seorang sahabat saya, Sakinah, doktor wanna be insyaAllah..thanks sgt2 ek kinah.. lagi pon malam tu saya just pick ja sapa yg online, tengok2 sahabat lama online, apa lagikan, saya pon menyapanya, alhamdulillah respon yang baik dari kinah~
Antaranya:

Kinah: yani kena cocentrate dan rajin
insyaAllah
start dgn positif thinking
dan terus kuat

Saya : cmna nk naik kna balik ni?

Kinah: yani,
yg lepas jadikan teladan
tak gna klau nak nyesal sgt2
cuba muhasabah
apa yg ang kurang
pastu pastikan sem depan
ang tak ulang benda yg sama
jgn risau
kalau kita usaha
insyaAllah boleh
jgn risau

Saya : hmm terima kasih kinah atas nasihat ang

Kinah: tak da apa2
kita kan kawan
yani, ang kuat kan..
insyaAllah
aku yakin ang boleh
ang kena kawal perasaan

Saya : insyaAllah

Kinah: dan kuatkan semangat
perjalanan kita jauh lagi
dan setiap kali kita jatuh
cuba bangkit balik

Saya : cmna ang bhgi masa ek?
Dengan persatuan, stadi, masa sendiri?

Kinah: tak perlu ada jadual sgt pun
yg penting
peruntukan masa utk belajar
contoh 3jam sehari
camna pun
pastikan ang belajar 3jam
sejam lepas subuh
masa free
b4 tidur
taupun tgh naik bas
janji dengan diri bg cukup 3jam
masa sendiri
utk telefon family
check email
amiklah lepas asar
sebab time tu tak sesuai nk belajar
cukuplah sejam
tak yah lama2
pastu pegi lah riadah sket
nk bg badan sihat n fresh
hehe

Saya : ok tq
ang tdoq poki bpa?

Kinah: 12mlm smpai 5
cukuplah 5jam
tak leh lebih sgt
nti letih
tp jgn kurang
nti ang cepat letih n ingatan tak kuat

Saya : lepaih tu tak tdoq dah?

Kinah: selalunya tak dah
sampai lah malam pulak
tak sempat lah yani
kelas pack
ari ni pun 8 sampai 4
full
tak rehat
ni baru balik kelas
jgn tidur lepas subuh
nti ang rasa tak segar

Saya: Aku selalu gak tdoq lwt
aku nk kena stat tdoq awai la cmni?

Kinah: awat tidoq lewat?
fb kena kurgkn
pukul 12 ang dah kena tidoq
Janji kat aku

Saya : hmm nk kena muhasabah diri balik ni
yap janji
janji

Kinah: nanti ang akan lebih fokus
lepas subuh cuba study
insyaAllah fresh

Saya : kalu tak dak apa2 berkaitan@xpenting aku tdoq
awai
hmm ok
tq
sayang ang
tq kinah

Kinah: sayang ang jugak

Saya : aku xtaw nk luah sapa
kwn aku yg uia tkut depa pon da mslh
bek aku cari kwn len
tba2 tgok ang on9
hehehe

Kinah: hehe
ang kuat
dulu kan ang rajin study
teruskan
cari semangat
ingat mak ngan ayah ang
insyaAllah

Kinah: okeh yani
aku ada kerja lepas ni
hehe
all da best
semangat tau
assalamualaikum
sayang ang

Saya: waalaikummussalam
sayang kinah^_^
ok tqvm

22:43 (06122010)

Hmm ari tu saya ada janji nak bagitaw plan saya @ apa yang perubahan yang saya rancang kan, Alhamdulillah dah ada tapi saya tak akan post sini.. dan suma tu saya rangkulkan untuk polisi diri, peningkatan akedemik dan peningkatan ibadat dan its private too hehehe~ rasanya melalui chat ni pon ada gak skit2 ja lar.. i hope i can do it insyaAllah, semoga dipermudahkan segalanya Amin...

~Hidup ini memerlukan Matlamat dan Tujuan~
Continue Reading

Thursday, December 9, 2010

Mirwana - ku hadir padaMu

jom layan mirwana plak~

Kuhadir Pada-Mu

Album :
Munsyid : Mirwana
http://liriknasyid.com


Izzat:
Tuhanku...daku hadir..daku pasrah...
Mengenangkan diri ini yang penuh dosa..
Tuhanku...ku sedari...
Namun kealpaan menyelubungi
Lantas ku sujud menyerah padaMu
Agar disirami cahya kasihMu...

C/O:
Dikaulah harapanku
Dikaulah kekasihku
Dikaulah segalanya
Tempat ku mengadu..ku hadir padaMu...



Faizal:
Tuhanku...Kau pengasih...Kau pemurah...
Mengurniakan daku rahmat dan kasihMu
Sungguh aku tak layak untuk SyurgaMu
Namun tak pula sanggup untuk ke NerakaMu
Kerna itu ku sujud menyerah padaMu
Agar disirami cahya kasih

C/O:

Bridge:
Faizal:
Tuhan selangkah ku rapat kepadaMu
Seribu langkah kau padaku
Ku tahu pengampunanMu melangit tinggi
Engkaulah...engkaulah....ooo...

meaningful song to my live........
Continue Reading

Thursday, December 2, 2010

Aku Ingin Terbang Tinggi

AITT
Aku ingin jadi orang hebat..
tapi hebat kah aku?
Aku hanya insan biasa,
yang tidak mengerti apa-apa,
tetapi tidak pula bodoh,
aku juga tidak mahu jadi manusia bodoh,
yang hanya mahu menghirup udaraNya,
tetapi tidak mengambil hikmah disebaliknya.
yang diberi akal,
tetapi tidak mengasahnya,
yang diberi segala-galanya,
tetapi tidak pernah bersyukur.

Aku ingin terbang tinggi,
ingin jua seperti helang,
yang gagah melayang di udara,
biarlah menjadi pipit yang kecil,
tetapi pipit yang tabah dan cekal,
pipit yang tidak mudah berputus asa,
sentiasa yakin dengan rahmat EsaNya,

Aku ingin terbang tinggi,
menggapai awan dilangit biru,
menyedar hakikat hidup insani,
mengutip dewasa dibawa sendiri.
Ayuh semua,
terbang bersama,
menuju destinasi yang satu,
hakiki yang kekal abadi.


Continue Reading

Wednesday, December 1, 2010

Meraih CintaNya


Ya Rabbi..
Jadikankan cinta kami
berlabuh dipersada rahmatMu,
Mendamba kasih yang tidak berhujung,
Mengutip sayang di hamparan cinta suci,
Mengharap mardhotilah,
Merindu syahid fisabilillah,
Inilah getaran hati memburu cinta,
Stanza qalbi merindu Ilahi.

Thabatkanlah hati-hati kami
untuk terus berjuang,
Menolong agamaMu,
Jadikan kami insan-insan yang terpilih
untuk setia disisiMu
Dan terhimpun dalam golongan
yang Kau cintai..

Allah menguji keikhlasan hati kita
bila kita bersendirian.
Allah memberi kedewasaan
bila kita ditimpa masalah.
Allah melatih kita dengan
kesabaran dalam kesakitan.
Allah tidak pernah mengambil
sesuatu yang kita sayang kecuali
dengan menggantikannya
dengan yang lebih baik.

Ya Allah..
Jadikan kami insan yang
tidak hanya berhati mulia di dunia,
tetapi kurniakanlah jua,
kemuliaan di akhirat sana.

Kau peliharalah iman dan hati kami ini,
Teguhkanlah ketaqwaan kami,
agar sentiasa tenang jiwa kami,
dalam
Mendamba keredhaan serta cintaMu.

~Bersama Kita Menuju KeredhaanNya~
Continue Reading