Ilyani Dakroh Ilyani Dakroh: 2010

Wednesday, December 29, 2010

Tak sibuk sgt pun tapi buat-buat sibuk

Kesibukan diri makin terasa... dah mula dengan exam tadi, sampai assignment nk kena buat pon terlupa. kenapa tak ingat ekk? tak study la tu, tak bukak balik buku lepas kelas kan??...hmmm mmg pelupa pon~ Nasib kena hantar next week, Alhamdulillah tu la tanda kasih sayang Allah padaku..terima kasih ya Allah, jika kita ikhlas keranaNya, Allah akan bantu kita, Yakinlah!! semalam tak sempat habis stadi tapi sempat lagi pegi ngaji kitab. Alhamdulillah, rasa nak pegi tiap-tiap minggu untuk pengisian rohani yang ibarat kering-kering lembap, jom kawan-kawan kita isi hati kita dengan masjis-majlis ilmu yang bermanfaat...

Oleh sbb kelas fie tak dak.. Alhamdulillah sempat habis baca marketing tadi dan masuk jawap exam dengan lega~ weekday ni kena finishkan apa-apa yang perlu siap-siap, jangan bertangguh lagi, tiada masa lagi untukku berpangku tangan dan tidur seperti puteri raja lagi... masa untuk kita berubah...moh la kita~
"kita tidak akan berubah selagi tiada kemahuan, paksaan, keikhlasan diri"
"Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka yang sendiri yang ingin mengubahnya"
Jadi, jom-jom pakat ubah diri kita tu, dari malas jadi rajin, suka tidur jadi kurangkan tidur, mulakan sikit-sikit dan ikut kemampuan diri~
"Buang yang keruh, ambillah yang jernih"
~insan biasa yang ingin jadi luar biasa~
Continue Reading

Monday, December 27, 2010

Senandung Al-Fatihah

Album : Nur Irsyad
Munsyid : Nur Irsyad
http://liriknasyid.com


Dengan menyebut nama Mu ya Allah
Yang Maha Pengasih, Penyayang
Segala puji bagi Mu ya Allah
Pemelihara seluruh alam raya

Engkaulah Maha Pengasih dan Penyayang
Yang menguasai Hari Pembalasan
Hanyalah kepada Mu kami menyembah
Dan pada Mu kami mohon pertolongan

Tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus
Jalan orang-orang yang Kau beri nikmat
Bukan jalan mereka yang Kau murkai
Dan bukan pula jalan mereka yang sesat

Senikata & Lagu : Ibu Fatah
Lagu ini merupakan terjemahan surah Al Fatihah.
Ditulis oleh seorang penggubah lagu terkenal di Indonesia, Ibu Fatah.

Continue Reading

Sunday, December 26, 2010

Kata Hati

YA ALLAH,

begitu besar rahmat kasih sayangMu,

Bukan hanya padaku tetapi seluruh umat manusia,

tiada kata dapat kututurkan,

tiada ayat yang bisaku ungkapkan melainkan

ALHAMDULILLAH...

Terima Kasih ya ALLAH

Sungguh kasihMu begitu luas,

Sungguh tak terhitung kiranya,

Sungguh tak tercapai dek akal,

kerana

aku hambaMu yang lemah lagi hina

lagi tiada terdaya,

selalu khilaf dalam melayari hidup di dunia milikMu ini...

Ya ALLAH

tiada apa ku pinta dariMu,

Melainkan ingin menjadi hambaMu yang bertaqwa ,

menjadi anak yang solehah,

aku sentiasa ingin menjadi lebih baik,

sesungguhnya ku tahu disebaliknya

tersembunyi hikmah yang tersendiri,

AKU YAKIN!! Aku Yakin PadaMu Ya ALLAH~

25122010@0131a.m

Jika diberi ujian, ku tahu ada kesilapan, tetapi masih belum mengerti,masih mencari jawapan pasti, diberinya lagi ujian itu, seperti sahabatku ceritakan... sewaktu kita kecil bilamana ketika kita sedang demam, mengapa ibu kita bersusah payah menyuapkan ubat ke mulut kita, sedangkan ibu kita tahu yang mana ubat itu pahit?? Mengapa kawan2 sekalian... Mengapa ibu kita menyuap ubat itu?? Sedangkan kita juga menepis-nepis tangan ibu...MENGAPA?? Kerana ibu kita sayang kan kita sahabat-sahabat sekalian.. dan kita pula, kenapa kita menelannya???kerana yang pahit itulah sebenarnya mengajar kita erti kehidupan, walaupun sedikit cuma ditelan, pahitnya tetap dirasa... pahit juga menjadi pengalaman dan pedoman kepada kita..

Jadi disini sahabat-sahabat, saya dapat relatekan kasih sayang ibu kita itu adalah sepertimana kasih sayang Allah Taala kepada kita, tetapi kasih sayang Allah itu tersangat la luas lagi mendalam terutamanya kepada hamba-hambaNya yang patuh perintahNya dan meninggalkan apa yang dilarangNya. So, that means, orang yang selalu ditimpa ujian itu, adalah kerana Allah sangat kasih padaNya,bukan saja-saja diuji, tetapi untuk menguji ketabahan, keyakinan kita kepadaNya. Dan yang paling penting kerana Allah ingin menguji tahap keimanan kita sebagai hambaNya...

So, sahabat-sahabat sekalian, kita janganlah cepat berputus asa, setiap kali dugaan mendatang, jangan cepat mengalah, kuatkan semangat, bersikap tenang dan kita dekatkanlah diri kita kepadaNya, jangan sekali-kali kita menjauh tinggalkanNya,kerana semakin kita jauh dengan Allah, semakin jauh jugalah Allah dengan kita... sebab apa sahabat-sahabat??? Bak kata lecturer kelas MANAGEMENT INFORMATION SYSTEM @MIS saya,

“ ALLAH DON’T NEED US, BUT WE ARE REALLY NEED HIM”

walau dimanapun kita berada, ingatlah, kita ini akan tetap kembali kepadaNya... semua yang ada didunia ini, bukan kepunyaan kita, hanya pinjaman sementara cuma.. semuanya tidak akan kekal yang kekal hanyalah Allah dan kehidupan di akhirat sana... sama-samalah kita muhasabah diri.. hmm takutnya cakap pasai ni.. semoga diri ini akan sentiasa ingat nukilan ini, bila lupa sama-sama kita ingatkan tak pun paling kurang ingat kata-kata dalam ni..sebelum kita tidur kita amik masa sekejap dan MUHASAH DIRI~

~Insan lemah lagi hina~

Continue Reading

Tuesday, December 21, 2010

Duit ooooo Duit


Tak lambat lagi duit ptptn akan masuk..banyak betoi perancangan kewangan yang saya dok fikir, sebelum terlebih belanja.. baik rancang baik-baik wang tu..ya la takut over bajet orang kata~

Seseorang ahli falsafah pernah berkata:

“ Wang bukan segala-galanya tetapi hampir segala-galanya memerlukan wang” atau dalam bahasa org putihnya “money is not everything but money is everything"

haaa dengaq tu.. so apa lagi..kita kena la bijak berbelanja, jangan boros sangat nanti padah jadinya..sian pulak kat mak ayah kita, dah besaq-besaq ni, pandai la hidup berdikari, ramai lagi tanggungan depa kat rumah tu..macam saya ni, adik da lagi 4, 2 orang sekolah menengah, 2 orang sekolah rendah, cukup-cukup la pau bila cuti..hehehe bila dok university tu, pepandai la cari makan..huhu peringatan buat diri la... sbb kadang tu terpaksa jugak mintak..sori ek mama baba..huhu

1. Kena la ada matlamat kewangan

· Sebagai panduan bagi plan dan tindakan sebab wang adalah terhad manakala kehendak pula tidak terhad, tu yang kadang-kadang jadi berbelanja lebih tu sebab tidak ada perancangan awal

2. Apa keperluan kita?

· Keperluan asas

· Keperluan sampingan

3. Apa pula kehendak kita?

· Ingin hidup lebih selesa.

· Kalu tak dak pon bley hidup lar orang kata.

TIP-TIP KEWANGAN:

1. Kalu bley buat buku catatan keluar masuk bagi yang rajin lar.

· Saya ada buat...hmm malu nya, kalu orang tau memang orang kata kedekut, bukan kedekut tapi nak taw, dalam sebulan berapa wang yang telah keluar. Ni saya amalkan dari sekolah menengah lagi. Hehehe malunya~

2. Pastikan anda membuat perbandingan harga dan berbelanja mengikut keperluan.

3. Amalkan sikap berjimat cermat, jujur dan amanah.

4. Amalkan sikap suka membantu

· contohnya suka menderma, tolong kawan dalam kesusahan, sebab nanti kalu kita pinjamkan duit kita, maybe duit yang kita pinjamkan tu bley bantu kita plak. Kononnya kawan kita ni jadi tabung sementara la.

5. Elakkan sikap suka berhutang.

· Kalu berhutang, cepat-cepat bayar bila dah ada duit, tak baik berhutang lama-lama, lagipon orang yang dihutang tu segan nak mintak balik taw!! So bila dapat duit bayar terus ek kawan-kawan~ saya pon xsuka jadi org berhutang sebab tenson memikirkan duit itu, jadi bila kita bayaq tu, selesai satu masalah,LEGA, bagi saya lar!

6. Simpan resit bila draw duit. Untuk memudahkan penyemakkan duit yang kita keluarkan dan baki kat dalam tu, kalu bleh tulis kat atas resit tu, tujuan pengeluaran.

7. Simpan jugak resit-resit perbelanjaan. Untuk semakan selepas pembelian dan catatan kita.

8. Sediakan bank khas untuk tabungan. So kena ada dua bank. Satu utk kemudahan keluar duit satu lagi untuk bank simpanan.

9. Simpan syiling lebihan makanan dalam bekas asing sebagai tabungan sampingan.

10. Berpakat dengan sahabat untuk menabung seminggu RM10, dia simpan untuk saya, saya simpan untuk dia. Ukhuwwah kan namanya~

· Bayangkan 14minggu bersamaaan 14x10=rm140 LUMAYAN JUGAK TU!!

· bley simpan dalam bank simpanan.hehehehe

Matlamat kewangan saya kali ni..

Sem ni bajet-bajet dapat RM32oo.

Ptptn-simpanan=perbelanjaan

Balance sem lepas rm150

SIMPANAN:

· Lebihan sem lepas RM150

· Hutang bank simpanan

o Buku- RM55

o Belanja taim takdak duit-RM30

o Guna duit tabung syiling sem lepas-RM45

o So, kena masukkan balik RM130

· RM150+130= RM280

PTPTN-YURAN-SIMPANAN-HUTANG=PERBELANJAAN & UTK SHORT SEM

BAJET SIMPANAN RM600+rm130=RM730

HUTANG DENGAN MAMA= RM100

HUTANG DIRI SENDIRI: PERFUME RM60

YURAN: RM1130

=RM2020

Wow 2020 tu, amazing hehehe semangat tahun 2020!! (^_^)

RM3200-RM2020=RM1180

Adoiii cik mek molek, hmm cmna ni, kehendak pulak sem lepas, Alhamdulillah terlaksana, jam dan kasut. Kira puas hati lar. Sem ni kalu diikutkan hati berkehendak nset baru, kamera digital, or hard disk.. so nampaknya kena korbankan dulu la, maybe beli kamera dulu kot. Sebab nset still okay, hard disk bukan keperluan sangat!! Bajet kamera dalam RM500, hmm nampaknya kena ada keja sampingan macam ni...hehehe

PERBELANJAAN BULANAN: RM150x4=RM600

SO, RM1180-RM500-RM600=RM80

RM80???? untuk sotsem...immpossible!!! apa-apa pon ni just anggaran, kena kurengkan yang mana patut, maybe kamera, lagipon ada duit simpanan utk sotsem dalam bank simpananan~hehehe

~berbelanjaan la dengan berhemah~

Continue Reading

Wednesday, December 15, 2010

Chatting with someone~


Selepas saya dapat result yang lalu saya telah chat dengan seorang sahabat untuk meluahkan perasaan saya, result yang saya perolehi membuatkan saya termenung sejenak, muhasabah diri saya, saya rasa Allah msih sayangkan saya kerana dia sentiasa menguji saya dengan akedemik, membuatkan hati saya berbolak-balik, tetapi saya akan tetap yakin, kemenangan dan kejayaan sentiasa ada untuk saya suatu hari nanti, janji saya jangan cepat putus asa, sentiasa meletakan ALLAH yang pertama, pengharapan dah pergantungan hanya padaNya... saya selalu berharap supaya saya tidak hanya pandai berkata-kata tetapi saya berdoa apa yang saya kata ini sentiasa saya ingat dan mempratikkannya.. SEMOGA SAYA TERUS KUAT DAN BERTAHAN... Saya mohon sangat-sangat! saya juga merasa bertuah kerana mpunyai keluarga yang sentiasa menyokong saya, tidak pernah melarang saya aktif untuk buat perkara yang bermanfaat utk diri terutamanya dalam soal menimba ilmu.. saya pon tidak pernah salahkan apa-apa, tetapi diri sendirilah yg menjadi penyebabnya. Saya sangat-sangat bertuah kerana ada keluarga yang sentiasa faham dan support..tak lupa jugak pada sahabat-sahabat yang sentiasa memberi semangat, care ngan saya dan membantu dalam study saya.. terima kasih bebanyak sahabat semua.. saya just nak kongsi apa yang telah disembangkan bersama seorang sahabat saya, Sakinah, doktor wanna be insyaAllah..thanks sgt2 ek kinah.. lagi pon malam tu saya just pick ja sapa yg online, tengok2 sahabat lama online, apa lagikan, saya pon menyapanya, alhamdulillah respon yang baik dari kinah~
Antaranya:

Kinah: yani kena cocentrate dan rajin
insyaAllah
start dgn positif thinking
dan terus kuat

Saya : cmna nk naik kna balik ni?

Kinah: yani,
yg lepas jadikan teladan
tak gna klau nak nyesal sgt2
cuba muhasabah
apa yg ang kurang
pastu pastikan sem depan
ang tak ulang benda yg sama
jgn risau
kalau kita usaha
insyaAllah boleh
jgn risau

Saya : hmm terima kasih kinah atas nasihat ang

Kinah: tak da apa2
kita kan kawan
yani, ang kuat kan..
insyaAllah
aku yakin ang boleh
ang kena kawal perasaan

Saya : insyaAllah

Kinah: dan kuatkan semangat
perjalanan kita jauh lagi
dan setiap kali kita jatuh
cuba bangkit balik

Saya : cmna ang bhgi masa ek?
Dengan persatuan, stadi, masa sendiri?

Kinah: tak perlu ada jadual sgt pun
yg penting
peruntukan masa utk belajar
contoh 3jam sehari
camna pun
pastikan ang belajar 3jam
sejam lepas subuh
masa free
b4 tidur
taupun tgh naik bas
janji dengan diri bg cukup 3jam
masa sendiri
utk telefon family
check email
amiklah lepas asar
sebab time tu tak sesuai nk belajar
cukuplah sejam
tak yah lama2
pastu pegi lah riadah sket
nk bg badan sihat n fresh
hehe

Saya : ok tq
ang tdoq poki bpa?

Kinah: 12mlm smpai 5
cukuplah 5jam
tak leh lebih sgt
nti letih
tp jgn kurang
nti ang cepat letih n ingatan tak kuat

Saya : lepaih tu tak tdoq dah?

Kinah: selalunya tak dah
sampai lah malam pulak
tak sempat lah yani
kelas pack
ari ni pun 8 sampai 4
full
tak rehat
ni baru balik kelas
jgn tidur lepas subuh
nti ang rasa tak segar

Saya: Aku selalu gak tdoq lwt
aku nk kena stat tdoq awai la cmni?

Kinah: awat tidoq lewat?
fb kena kurgkn
pukul 12 ang dah kena tidoq
Janji kat aku

Saya : hmm nk kena muhasabah diri balik ni
yap janji
janji

Kinah: nanti ang akan lebih fokus
lepas subuh cuba study
insyaAllah fresh

Saya : kalu tak dak apa2 berkaitan@xpenting aku tdoq
awai
hmm ok
tq
sayang ang
tq kinah

Kinah: sayang ang jugak

Saya : aku xtaw nk luah sapa
kwn aku yg uia tkut depa pon da mslh
bek aku cari kwn len
tba2 tgok ang on9
hehehe

Kinah: hehe
ang kuat
dulu kan ang rajin study
teruskan
cari semangat
ingat mak ngan ayah ang
insyaAllah

Kinah: okeh yani
aku ada kerja lepas ni
hehe
all da best
semangat tau
assalamualaikum
sayang ang

Saya: waalaikummussalam
sayang kinah^_^
ok tqvm

22:43 (06122010)

Hmm ari tu saya ada janji nak bagitaw plan saya @ apa yang perubahan yang saya rancang kan, Alhamdulillah dah ada tapi saya tak akan post sini.. dan suma tu saya rangkulkan untuk polisi diri, peningkatan akedemik dan peningkatan ibadat dan its private too hehehe~ rasanya melalui chat ni pon ada gak skit2 ja lar.. i hope i can do it insyaAllah, semoga dipermudahkan segalanya Amin...

~Hidup ini memerlukan Matlamat dan Tujuan~
Continue Reading

Thursday, December 9, 2010

Mirwana - ku hadir padaMu

jom layan mirwana plak~

Kuhadir Pada-Mu

Album :
Munsyid : Mirwana
http://liriknasyid.com


Izzat:
Tuhanku...daku hadir..daku pasrah...
Mengenangkan diri ini yang penuh dosa..
Tuhanku...ku sedari...
Namun kealpaan menyelubungi
Lantas ku sujud menyerah padaMu
Agar disirami cahya kasihMu...

C/O:
Dikaulah harapanku
Dikaulah kekasihku
Dikaulah segalanya
Tempat ku mengadu..ku hadir padaMu...



Faizal:
Tuhanku...Kau pengasih...Kau pemurah...
Mengurniakan daku rahmat dan kasihMu
Sungguh aku tak layak untuk SyurgaMu
Namun tak pula sanggup untuk ke NerakaMu
Kerna itu ku sujud menyerah padaMu
Agar disirami cahya kasih

C/O:

Bridge:
Faizal:
Tuhan selangkah ku rapat kepadaMu
Seribu langkah kau padaku
Ku tahu pengampunanMu melangit tinggi
Engkaulah...engkaulah....ooo...

meaningful song to my live........
Continue Reading

Thursday, December 2, 2010

Aku Ingin Terbang Tinggi

AITT
Aku ingin jadi orang hebat..
tapi hebat kah aku?
Aku hanya insan biasa,
yang tidak mengerti apa-apa,
tetapi tidak pula bodoh,
aku juga tidak mahu jadi manusia bodoh,
yang hanya mahu menghirup udaraNya,
tetapi tidak mengambil hikmah disebaliknya.
yang diberi akal,
tetapi tidak mengasahnya,
yang diberi segala-galanya,
tetapi tidak pernah bersyukur.

Aku ingin terbang tinggi,
ingin jua seperti helang,
yang gagah melayang di udara,
biarlah menjadi pipit yang kecil,
tetapi pipit yang tabah dan cekal,
pipit yang tidak mudah berputus asa,
sentiasa yakin dengan rahmat EsaNya,

Aku ingin terbang tinggi,
menggapai awan dilangit biru,
menyedar hakikat hidup insani,
mengutip dewasa dibawa sendiri.
Ayuh semua,
terbang bersama,
menuju destinasi yang satu,
hakiki yang kekal abadi.


Continue Reading

Wednesday, December 1, 2010

Meraih CintaNya


Ya Rabbi..
Jadikankan cinta kami
berlabuh dipersada rahmatMu,
Mendamba kasih yang tidak berhujung,
Mengutip sayang di hamparan cinta suci,
Mengharap mardhotilah,
Merindu syahid fisabilillah,
Inilah getaran hati memburu cinta,
Stanza qalbi merindu Ilahi.

Thabatkanlah hati-hati kami
untuk terus berjuang,
Menolong agamaMu,
Jadikan kami insan-insan yang terpilih
untuk setia disisiMu
Dan terhimpun dalam golongan
yang Kau cintai..

Allah menguji keikhlasan hati kita
bila kita bersendirian.
Allah memberi kedewasaan
bila kita ditimpa masalah.
Allah melatih kita dengan
kesabaran dalam kesakitan.
Allah tidak pernah mengambil
sesuatu yang kita sayang kecuali
dengan menggantikannya
dengan yang lebih baik.

Ya Allah..
Jadikan kami insan yang
tidak hanya berhati mulia di dunia,
tetapi kurniakanlah jua,
kemuliaan di akhirat sana.

Kau peliharalah iman dan hati kami ini,
Teguhkanlah ketaqwaan kami,
agar sentiasa tenang jiwa kami,
dalam
Mendamba keredhaan serta cintaMu.

~Bersama Kita Menuju KeredhaanNya~
Continue Reading

Sunday, November 21, 2010

Untuk Kita-kita | Tekad-Hazami

Khas utk seorang sahabat baikku...
dan buat semua yang bergelar pelajar..

HAZAMI-TEKAD

Perjalanan kehidupan
Di kiri kanan dugaan Cabaran
Keseorangan menempuh ujian
Meneruskan perjuangan

(korus)
Takdir Maha Esa
Restu ayah bonda
Mencapai cita-cita

Usah putus asa
Kelak kau berjaya
Membela nasibmu
Masamu kan tiba
Keimanan keyakinan
Sinar cahaya penunjuk haluan
Walaupun payah kau harus tabah
Demi mencapai segala impian
(ulang korus)
(bridge)

Jika satu ketika
Langkah tidak terdaya
Berkat doa usaha
Tuhan Maha Esa
Menggapai cita-cita
(ulang korus)
Continue Reading

Saturday, November 20, 2010

Dalam Kegembiraan terselit sedikit musibah

ssalamualaikum dan salam aidiladha buat semua..

Alhamdulillah raya hari kali ni, kami sekeluarga dapat meluangkan masa bersama-sama beraya di kampung halaman baba di kampung kubang kiat, ketereh kelantan. Kami bertolak dari rumah pada pukul 4 petang hari selasa. Masa tu semua ada kecuali adik yang kat nilai, kak teh dan kakak, yang ngaji kat maahad perempuan kat kelantan. Yang kat nilai tu, dia balik dengan bas Perdana dan di jangka sampai malam tu jugak, turun kat nilam puri, yang adik yang ngaji kat kelantan tu, dia terus balik umah tok ayah, menanti kedatangan kami semua. So alhamdulillah hari tu dpat jugak puasa sunat 9 zulhijjah even tengah musafir, ya la bukan saya yg bawak keta, just tidoq ja dalam keta, baik posa kan. Alhamdulillah, berenti semayang maghrib sekali gus bukak posa dan kami selamat sampai jam 9.30 malam kat umah tok ayah.


Tapi just berenti jap jer dan kami tidoq rumah pak sedara yang dekat ja rumah dia dengan rumah tok ayah, ya la, suma dah besaq2 tak kan nk tidoq kat ruang tamu macam dulu-dulu, sebab suma bilik kat umah tok ayah dah penuh. So bila masing-masing dah penat, kami p la melabuhkan diri kat rumah yang agak baru jugak lar. Tapi mama ngan baba tak leh tidoq g sebab nak pi amik kak teh kat nilam puri. Tu la salah satu pengorbanan mak ayah kita kan? bangun pagi esoknya, mama cita k.teh smpai 4 pagi, pa lagi memang tidoq dalam keta la tunggu dia. 12 jam tu, hmm mmg lama noh? sian anak-anak kelantan,baru taw perasaan perantauan kelantan kn kak teh? hehehe tapi disebabkan kerinduan pada kelurga tercinta, apa-apa pon bley lar..hehehe

HARI RAYA
Hmm bangun2 cepat dah raya haji neh, cepat-cepat jom pi balasah (madrasah@surau) depa semayang pukoi 8. Alhamdulillah kali ni dapat jugak semayang sunat hari raya aji , then pastu apa lgi pekena nasik berlauk lar. Then naik lar umah tok ayah yang just sebelah balasah tu jar. Pastu baba p amik depa yang tak p semayang dan berkumpoi kat umah tok ayah, memang seronok la berkumpoi ramai-ramai, bersalam-salaman bermaaf-maafan lar dipagi mulia. Adik-adik apa lagi p tengok orang semelih lembu la kat tali air seberang umah tok ayah. kami kat dalam umah ni tak tau nk buat apa, just tolong sket-sket la apa yang patut, xmau la dok saja, tolong bancuh ayaq utk org yang mai, pastu basuh pinggan. Nak masak? tak payah dah, ramai sgt dah yg dok dapuq tu, lagi pon ada chef jemputan khas (ayah yie) hmm mmg ummp la masakan daging lada itam dia tu, kak teh yang tak makan daging pun jadi boleh makan..hehehe

Petang tu pulak, kami sekeluarga p umah sedara mara, umah tok long, kakak kepada arwah tok jah, pastu p umah mok naih.. dok situ lama jugak la sampai malam, makan nasik kat situ, malam pulak kami sama-sama cucuk sate dan makan sate. Pastu
balik la. tidoq..Zzzzz

REUNION

Esoknya pulak, taim kegembiraan baba, dimana dia jejak kasih dengan sahabat2 maktab dia dulu, roommate rumah sewa baba kat kuala terengganu dulu. Ya la apa yang tak siok pulak, dah 25 tahun tak jumpa, mmmg rindu abis lar, teman serumah plak tu, yang dok kongsi suka duka hari-hari bersama kn? hmm mula2 p cari cg nasir a.k.a busu, baba kata,mmg banyak jugak berenti tanya org, 6 kali berenti sebelum smpai rumah dia. last-last jumpa jugak, pekena nasik kat umah pak cik busu. Even satgi ada reunion baba pkoi 3 kat umah cg nasir a.k.a Ayah.. tapi baba kata xpa lar, mok cik zaharah dah masak tu, kita makan dulu, pastu kami dua keluarga ni, konvoi sama-sama p pasir putih umah ayah pulak. Sampai sana, pak cik norani dari jerteh dah ada, tapi kat situ just berkumpoi 5 dari 6 kwn baba. kat situ makan-makan, berkenalan, beramah mesra la dengan keluarga kawan-kawan baba. Lepas rumah tu p rumah pak cik sorang g pulak. so complete lar 6 org teman rumah baba tu. Kira-kira 4buah rumah jugak lar..Walaupon dah lewat sempat jugak p wakaf che yeh hehehe beli belah, suma dah dapat baju neh, k.ngah ngan anim ja xdpt huhu xpa lar. balik rumah pukoi 2 pagi jugak lar..huhu Zzzzz

HARI KEJADIAN

Hari ni dah nak balik kedah, tapi sebelum tu kita p pekena nasik umah mok cik dekat umah tok ayah tu,kata mama, dah kenyang pakat lepak umah tok ayah plak, ya lar, kemarin sehari tak pi sana kan... dok sampai pukoi 3 jugak lar. then saya nampak spek mama atas tv, ish mama ni, satgi tinggai la spek dia tu, hmm tepat jangkaan saya, mmg kena patah balik la pi amik, pastu, adik turun nak p amik tapi saya cakap tak yah la adik, mai k.ngah p la amik..bila nak turun tangga tu, tah mata tengok mata, tiba-tiba terjatuh, baba kata, saya turun, dua tangga sekali. hmm mmg tragis,pastu apa lagi tersembam, disebabkan tangan terlipat, so xdapat tahan muka, dan nk jaga spek, aku pusing kanan, menyebabkan muka tergongsor sebab keadaan tangga tu macam bukit dan simen kasaq, so, luka dan calar pada muka sebelah kanan, kat tepi mata sket, lengan kanan, jari kelinking bengkak sebab telipat, dan lutut jadi biru kebiruan ntah lar..ini la pengajaran kpd diri ini supaya hati2 di lain masa....dan sebagai muhasabah diri jugak. ni baru sket, dah sakit, kalu kemalangan haa.. tah macam mana rasa sakitnya.. tiba-tiba diri ni yang tak rasa nak teriak, mula menitiskan air mata keinsafan, saya rasa ni jugak sebagai peringatan buat diri yang selalu alpa dan leka dengan nikmat pemberiannya. Aku semakin jauh, maybe dengan musibah ni, aku akan rasa lebih dekat denganNya.

kata k.long : hati aku terluka tengok ang jatuh tadi
kata k.teh : jangan la teyak, ang teyak, aku pon nak teyak jugak taw..
kata abang : k.ngah muka ang memang smart n rock habis lar!
kata kakak : just buat muka simpati..huhu
kata udin : sampai tak terkata lar.
kata adik : k.ngah, k.ngah kena pakai purbah dah lar, baru tak nampak calar2 tu, adik bukan purbah, purdah lar..hahaha boley lagik dia buat lawak..

~~Musibah sebagai peringatan dan pengajaran~



Continue Reading

Friday, November 5, 2010

Cinta Iman & Hati


Al-kisah sebuah percintaan antara IMAN dan HATI..

“Kadang-kadang hati kering tanpa sinar hidayah daripadaNya..

Oh iman, janganlah tinggalkan hati..

Hati sayang iman..

Hati rindu iman..

Andai iman pergi tinggalkan hati,

Pasti hati terluka..

Imanlah penawar hati..

Keranamu iman,

Hati mengenal Sang Pencipta Yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,

Yang telah mengurniakan iman pada hati..

Iman, hati perlukan mu iman..

Iman lah yang telah banyak menasihati tatkala hati berduka,

Iman la ibarat pelindung bagi hati..

Ya Allah,

Kau peliharalah imanku ini Ya Allah..

Imanlah sebaik-baik teman yang indah sekali buat hati,

Kau eratkan la hubungan hati dan iman..

Agar hati dan iman sentiasa bersama hingga ke akhirat sana..”

Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

“ Hati yang paling Allah kasih adalah hati yang paling lembut untuk saudaranya, paling bersih dalam keyakinannya dan paling cekal dalam beragama”

“ Lihatlah pada lautan yang bergelora..begitulah juga iman kita yang ada pasang surutnya.. bila ia pasang maka bersyukurlah kerana ia telah membasahi pepasir hati yang gersang, moga-moga hati ini terus dibasahi iman selamanya”

~Suburkan iman didalam hati~

Continue Reading

Monday, October 25, 2010

Final exam~


~Buat yang terbaik ya~

Assalamualaikum suma, harap suma sihat la hendaknya..rasanya sekarang ni ramai dlm fatrah peperiksaan akhir semester kan, sama la cam saya.. macam mana persediaan anda suma untuk penghadapinya?, bak kata seorang sahabat saya, kat depan kita dah ada tangga kejayaan, cuma tunggu untuk naik ja, bagi sapa yang gayat, just pandang ke puncak, tepis segala rintangan dan halangan, tapi besa la kita manusia biasa kan, selalu lalai dan alpa, pastu bila dah nak exam baru pakat kalut nak studi, saya pon cmtu..ishhh3.. hmm xpa, stadi la selagi kita ada masa ni, jangan menyesal dikemudian hari, kalu result xberapa memuaskan pon, kita akan rasa puas sebab dah usaha sedaya mungkin..tapi jangan la..biaq suma berjaya dengan cemerlang..hehehe


Creating Your Ideal Study Environment

Tarikh final exam saya:
HALAQAH (stadi bulat) : sabtu, 23.10.2010, 11pagi
(sudah setel satu)
MAF : sabtu, 30.10.2010, 9 pagi
FIQH 1: sabtu, 30.10.2010, 2.30 petang
UNGS : isnin, 1.11.2010, 9 pagi
MATH 2: sabtu, 6.11.2010, 9 pagi
MICRO : ahad, 7.11.2010, 9 pagi

Tengok pada jadual saya ni agak padat gak la, orang len gap tu punya la lama.. yang bestnya dapat balik umah awai, kawan-kawan yang len jangan jeles ya, saya cuti sebulan lebih tu.. tapi tu la...kalu tgok dari sini sepatutnya, kena lebih prepare awai2, tapi kita jgn ckap benda yang dah berlalu, tapi perlu pandang kedepan..fokus!! ya fokus!!
Kat sini jugak, saya nak amik kesempatan, nak wish good luck kat semua kawan2, sahabat sahabiah, tak lupa jugak pada my sis, kak long buat yang terbaik ya..kita kena ingat pesan mama ngan baba..hihi hmm kat kezen yang dah final sem pon, buat yang terbaik noh awa.. taun dpn bley kami bagi bunga taim konvo.. hehehe Kita suma kena buat la yang terbaik, jawab dengan tenang, dan jangan pernah sesekali-kali lupa berdoa kepada Allah, mohon agar segala usaha kita diberkati dan agar dipermudahkan segalanya terutamanya ketika nak jawap soklan nanti, dan jangan lupa doa kat sahabat-sahabat kita jugak..
ALL THE BEST, chaiyok..chaiyok!!

wassalam~

~usaha+doa+tawakal~



Continue Reading

Tuesday, October 19, 2010

Buat sahabatku

Salam dihulur, membuka kata, izinkan saya untuk berkongsi cerita~

~just for you~

Hari ni 18.10.2010, ulangtahun sahabat saya, namanya FATIN HASANAH BT ABDUL RONI aka hasan yang genap la umurnya 20tahun hehehe.. semoga dipanjangkan umur dan
dimurahkan rezeki olehNYA.. dan mudah-mudahan jugak hidupmu diberkati Allah..Amin

Nak cita la apa ek?? k, saya nak cita hari sebelum nya, pagi tadi, 17.10.2010,adoi terlewat ke kelaih, tu la sapa suruh tdoq lepaih subuh kan ish ish ish.. so nasib la.. bangun 9.49 am, then pa lagi, p la lari, mandi cepat-cepat, then p siap-siap, pick la baju yg xyah iron..tapi siap suma, yg peliknya sampai kelaih 10.30 jgak, hehehe adoi xpenah plak masuk kelaih lewat cmni sorang2, nasib ada gak kekuatan nak p.. kalu dak,alamatnya ponteng dah! hehehe AMARAN : jangan ikut perangai ini yea...

Then after that class, pegi kelaih micro plak, dapat paper midterm, adoyai teruk nya, "apa yg aku jawap ni".. tapi xpa la, cakap lam hati, nak sedapkan jiwa yang sedih ni," final masih ada, so aku kena cover balik, so prepare kena awai2 neh". haisy dah kuaq tajuk ni.. sat..sat.. okay after class micro," hmm malaihnya nk balik jalan kaki.. tunggu bas uia ja.." so p la bas stand kat kenms tu... tunggu punya tunggu, mana la pakcik bas ni, pastu tetiba, dlm hati "esok, besday hasan, p jaya jusco(jj), okay gak ni, awai g ni, gpon petang ni xdak kelaih, kalu bas rapid mai, saya naik ja la", then tak disangka-sangka, bas tu mai.. saya pon naik, ni perancangan last minit namanya, hihihi kat tengah jalan plak bas tu xhidup..sangat-sangat menguji la, nasib tak lama, ya la nak cepat ni, satgi bilik lewat plak, dah la sorang2..hehehe berani la plak ann, len kali xbuat dah, dari mana la keberanian tu mai.. pon xtaw,hehehe dah ar xpandai silat cam hasan hehehe, silat selendang merah pon belajaq xhabis, huhu ingat g taim form 1, sampai teyak-teyak, taim nak mintak kat baba sbb nak msuk silat, last2 saya yang lari..hehehe haisy melalut lagi~

~Ni la hadiah dan kek yang saya beli petang tadi~


Hmm sebab pa taw p jj??, hmm nak beli kek and hadiah kat hasan, saya ni bkan boley kalu orang yang saya rasa rapat, nak ja saya bagi macam-macam kat da.. cara saya bagitau saya ni suka and maybe jugak rasa menghargai dia~ hehehe then p kedai nu, p kedai ni, last2 beli hadiah kat kedai yang first masuk tadi jugak..hihi selalu ca
mtu~ ingat nak beli yang bekas yg ada kata-kata se
mangat dlm tu, yang tiap hari bukak satu tu, tapi p mph, cari-cari, dah takdak, sedih T_T huhu xpa la, harap ang suka la hadiah aku yang tak seberapa tu.. comey ak hasan?? kek? chek tak mampu g nak beli yang besaq.. wahaha

DEAR HASANAH,
adoi, thanks hasan, atas kiss tangan ke pipi tu..bley plak, tapi seyes la wey, aku syok gila kawan ngan ang, aku tak mintak apa-apa pon, asai hubu
ngan ni kekal ke akhirnya, insyaAllah.. kita ni macam da chemistry..wahahaha even aku ni tak la seceria ang kan, tapi aku jadi ceria bila ngan ang, abis watak2 kat umah tu aku wat keluaq, hmm satu g, kalu ang terasa ngan aku sorry nah, kadang-kadang aku ni emo sket, tiba-tiba ja masam, xmaw senyum, dah la xreti-reti nak senyum... tapi harap ang paham la ot perangai aku neh.. apa-apa, yang ang tak puas hati gtaw la aku, a
ku sgt suka orang peringat aku, tambah-tambah gtaw perangai buruk aku, ya la kadang-kadang kita ni rasa kita okay, perasan ja lebey, tapi hampeh..kikiki aku suka orang tegur and nasihat aku apatah lagi bagi kata-kata semangat (^_^)~

Hmm cmna ek kami jadi rapat ek?? hehehe haa sbb sem first kami kelaih mgt sekali, then taim final, study sama-sama, lepak-lepak study kat musolla, kat library la , macam-macam la kami wat sesama.. pastu taim shortsem plak kami kongsi bilik yang sama then kita p keja kat nelson la, jadi fasilitator untuk creative solution of qalbu, tq ustaz zul..hehehe mmg best la..

GAMBAR DI SK TAMAN KERAMAT

Tu laa cita kami, then sem ni, dok plak bilik sekali, bertambah rapat la kami an, apa-apa pon saya bersyukur sangat sebab Allah berikan saya sahabat yang paham keadaan diri ini dan boley kongsi suka dan duka bersama.. TERIMA KASIH YA ALLAH.. baru first taim rasa kehadiran seorang sahabat rapat, dulu ada gak tapi xpenah kekal.. maybe ni yang di namakan ukhuwwah fillah.. dulu maybe saya ni ada niat lain kot, tak taw maksud teman rapat or tak dak keserasian, ntah lar..

Hopefully, hubungan kami yang terbina atas dasar akidah perjuangan yang satu ni kekal ke akhirnya, insyaAllah, tak lupa jugak buat suma teman-teman seperjuangan yang lain, tanpa kalian yanie dah lama rebah, dan doakanlah semoga yanie sentiasa thabat dan tabah menempuhi onak dan duri sepanjang perjalanan hidup ini... baru di sini, diri ini terasa amat bermaknanya dan apa itu UKHUWWAH sebenarnya..kuharap, aku akan sentiasa menghargai sahabat-sahabat dan kenalan-kenalanku.. Tak lupa jugak buat kawan-kawan rapat SMKAB esp cg.zahidah, thanks for being my friend, friendship forever, modah, ifah, nisah, zirah, kinah, pkah hasni, pkah mat zambi, najwa, hmm sapa-sapa g la..hehehe tu ja perkongsian hari ni, sekian.~


~SAYA SAYANG SAHABAT~
Continue Reading

Sunday, October 17, 2010

Rimbun Keampunan

Rimbun Keampunan






Ku mengintai ketenangan di antara kekalutan
Kerana keinginan tidak pernah kesampaian
Ku kutip sisa-sisa dari segala keruntuhan
Bangkit semula meneruskan baki perjalanan

Ku menghimpun kekuatan ku memohon ketabahan
Meredah gelombang hidup dan dugaan mencabar
Ku anggap kegagalan bukan suatu kekalahan
Tapi suatu kejayaan yang masih tertunda

Ku meminta diberikan sejenak kesempatan
Untuk ku ulangi kembali langkah pertama
Keperitan yang ku rasa mengajar erti kesabaran
Menyedarkan ku insan memerlukan Mu Oh Tuhan

Di rimbun keampunan ku mencari keredhaan
Melerai segala kusut dan kecamuk dihati
Ku cari kejernihan di segenap ruang maya
Masih ku sedar ku sedang diperhatikan Mu Oh Tuhan

Lagu: Putra Aiman (Hijjaz Records)
Lirik: Itolara (Gurindam Entertainment)


Continue Reading

Wednesday, October 6, 2010

Satu Amanah

Ku tujukan khas buat teman-teman seperjuangan, mai sama-sama kita hayati bait-bait kata lagu hijjaz ni.. memang best dan menyentuh kalbu.. mai2 pakat-pakat dengaq hehehe


Dengan Bismillah ku bermula
Bingkisan hati buatmu teman
Yang dikasihi
Kita bersama dalam satu ikatan
Bermula episod hidup di dunia ini

Ku harap hanyalah di dunia
Dirahmati dan diredhai
Selamat sejahtera di Syurgawi

Oh Tuhan satukanlah
Hati kami dalam mencintai
Redha atas ujian diberi
Jauhkanlah kami
Dari rakus mengejar duniawi
Hidup mati biarlah untukMu
Harap dunia hanya di tangan
Bukannya di hati 'tuk dicintai

Kita dicipta sebagai khalifah
Bersama kita hidup untukNya
Kita dicipta di dunia fana
Ada amanah yang tersedia

"Oh Tuhan..
Kita laksana bersama
Amanah dariNya demi
Memburu cinta dan harapan"

Tuhan itu harus diutama
Dari segala kepentingan dunia
Bergandingan kita untuk
Memburu cintaNya
Oh cintaNya

"Tuhan .. Kau satukanlah hati-hati
Memohon kasihMu oh Tuhan
Dalam mengharap redha
DariMu.."

"Hanya di dunia
Kita harapkan, kita dambakan
Selamat sejahtera, bahagia.."

Lagu: Faizal Os
Lirik: Faizal Os
Continue Reading

Saturday, October 2, 2010

Sem 1 10/11

Assalamualaikum suma, salam syawal dan harap suma bahagia selalu

Terima kasih kerana ada juga yang sudi jadi follower even blog ni dah lama tak diupdate.. memang niat nak smbung tu ada tapi... insyaAllah saya akan sedaya mungkin habiskan buku yg dah lama saya bedah, kalu org lama mati ot hahaha sebab tu tak sesuai jadi doktor tu hehehe (^_^).. sbenarnya byk g yang nak kongsi, macam kategori-kategori bahan bacaan la, konon nak start dari menda asas akidah ibadah then sambung dengan yang lebih complikated cam politik ka.. cita-cita tinggi tu.. tapi biaq la buat masa ni, mula dengan yang mudah dan mungkin dalam blog ni jugak saya nak share pengalaman, perasaan, luahan rasa yang boleh dikongsi dan dijadikan pengajaran sekali gus sebagai kenangan hidup saya... "Ya Allah kau permudahkanlah segala gerak kerjaku (saudari ini) dimuka bumimu ini"...amin kawan-kawan, sokongan anda amat-amat diperlukan dan dihargai.. kau baca komen la tak pun bagi pandangan saudara saudari sekalian yang mungkin lebih arif...dan ia sangat-sangat dialukan..I'M REALY APPRECIETE ITS AND FEEL HAPPY ABOUT THAT!!

Kali ni saya tak mau sambung buku lagi tapi nak share sesuatu dengan suma, sem ni saya ada join war program MAARUF CLUB uia la kan... bawah public relation, iaitu MC SPORT'S DAY, hmm mula-mula cam nak mau, tapi dijemput lagi untuk jadi ajk program kan.. pastu p la meeting..then lepaih-lepaih taaruf tak semena-mena (bahasa pa taw, kedah la ott) disuruh jadi bendahari disebabkan budak ekonomi dan belajaq akaun..huh apakah? padahai diri ni tak dak pengalaman g buat kerja dekat uia gombak ni.. procedure financial report (FR) terutamanya hmm nanti saya cita bab ni...

Okay bermula la gerak kerja kami suma untuk menjayakan program ni, macam-macam masalah la, sumanya ada kaitan dengan duit, proposal asai letak income RM2000 mak aiii byk gila ott,sponsor yang banyak dan kami yang kena cari, dah xdak masa la dan suma anggaran program 2000 lebih la ann... mana nak cari, sampai kena discus khas pasai ni...padahai SDEF just approve RM600...hmm pa-pa pun alhamdulillah la an..tapi mana dapat g.. adoi, so kena la pinjam dari Bendahari MC RM600 tu,tima kasih la kat cg.helmi sebab nak bagi, t bla sdef bagi duit kami bayaq nah.. dan duit dari fees student, tu pon tok makan2 dan banyak g la brg yang kami dan fees pon bukan ada suma kat tangan ni..hmm baru la taw susah ott, tapi ni yang mencabar dan bagi pengalaman berharga buat diri ni.. tapi dengan duit rm600 tu la kami guna beli barang dan sebagainya.. dan terima kasih jugak kepada yang sudi sponsor bukan sket-sket banyak jugak..Allah saja yang dapat membalas tangan baik itu~

Masuk hari program, suma berjalan lancar cuma muslimin punya perlawanan habis lewat sikit so tentetif berubah la sket, dari perancangan awal penutup sekali tapi buat asing, tapi ok jugak.. asing lagi baik kot.. dan suma nya best, masing-masing main dengan fun la, even tak menang kan, yang menang wok balik hamper la.. dah ada g hamper yang tak dituntut, badminton double (muslimat) no.3 berabuk dah plastik dalam bilik saya tu.. ada gak contact da,tapi tak mai-mai jugak, kalu sapa tau sapa punya mai la amik, kalu ikutkan nafsu jahat, lama la mamam tuh..wahaha..

Dan bermulalah task untuk ilyani buat FR, p la sdef amik borang dan mintak resit-resit kat setiap unit, tima kasih suma sebab bagi kerjasama.. then 2week after that program, saya pon antaq la, ehh s/u anas al-kedahi yang antaq.. dan sebelum raya dapat kabaran kata kena wat len.. tahukah berapa lama reminder tu melekat kat board saya dfan perasan ni.. adoi.. redo again plez.. sabaq ja la.. then seminggu mai sini memang busy gila la, exam 2paper, assigment dan presentation yg must redo again jugak, hanya Allah ja la tempatku mengadu masa tu.. dan orang-orang yang dihatilah..wahaha thanks kalian geng usrah srikandi sakinah dan my dear friend, hasan..hehehe luv you all!

Pastu pegi la sdef tekedek-kedek sorang diri bawak FR, tanya mana nak kena ubah, memang salah diri sebab tak tanya pakar..ya la first taim jadi bendahari program.. then "oooo kena ubah tu ek, just letak revenue dari sdef?ya jwp akak tu.. yg resit lunch you xpayah masuk sebab over rm600, nnti byk deficit.. okay.. saya pon bwk balik, buat la malam tu.. esok p antaq..
keesokkan harinya, lepaih kelaih fiqh, p la jumpa akak tu,
akak sdef_"ni byk amount yang xdak resit ni, amik satu ja sekurangnya rm50"
me_"okay xpa sat saya ubah, ni confirm kat akan dapat 600?"
akak sdef_"ya kita akan claim ikut tu la" smabil tunjuk surat approved dari sdef..
saya pon buat len, dekat sdef, teh p kat akak tu, da check, ok 436.70 ok kita akan claim ikut ni la, haiii..tadi kata dpt 600..hancur hati, rasa tertipu lar.. org nak bayaq utang tu ja tgh pk.. tapi diri dah tak larat malaih pikir..okay la.. tapi pas tu call pengarah program, da marah la..
"okay xpa2, sat ana p, kita tanya akak tu, mana boley cmtu"
dan saya pon call hasan,
"wey, mai teman aku, ada masalah cket ni pasai FR tu"
lama gak tunggu akak tu hilang la, pengarah amik FR yg dicop dah kami wat keputusan letak yg resit lunch tu ja.. balik buat lagi...sebelum tu dah ubah 3kali kot... ya la sebab masuk kelaih mate pon lambat pasai menda ni...huhu
"esok pkoi 9 kita antaq kat sdef tanya boley dak mcm ni?" ok la..

esoknya, aku berdoa pada Allah didalam hati semoga dipermudahkan dan Allah lembutkan hati akak tu..
akak sdef_"eh tak boley cmni dik, ya la bkn dlm program ada catering ja, ada unit len jugak, mana boley da resit ni saja" dlm hati kena wat lagi la ni.. xpa-xpa sabaq..
me_"akak, boley dak kalu buat surat mintak dari kedai kami beli brg tu?" bagi yang tak dak resit tu dlm 100 lebih jgk..kira-kira xla smpai 600, 500 lebey..ok la sket..
akak sdef_"xboley dik, skrang org baru yang jaga, cmni la kamu pegi kedai tu minta resit balik kat da, pengajaran bagi org yang tak simpan resit dengan baik, suruh da p semula"
me_"ok, so xpa ka ni kalu antaq lambat lagi?"
akak sdef_"xpa2, lagipon kami tengah busy ngan hal-hal konvo"

Alhamdulillah, Allah permudahkan dan dia maha mendengar, mood akak tu baik.. harap-harap minggu depan nak hantaq, suma sete lal..cuma tunggu resit 2 tu ja.. cian kat catering, sori membebankan saudara tapi boley la noh bagi ahad ni..paham2 la noh~

sabar kunci segalanya~
Continue Reading

Monday, August 23, 2010

sekadar hadir, Menyapa sepi

Assalamualaikum, dan harap-harap suma sihat-sihat belaka!

Kononnya, entry sebelum ni semangat nak smbung bedah buku tapi maaf, busy!! busy la sangat tapi tu lar, insyaAllah akan try habiskan jgak..maybe wat sinopsis for the whole book... doakan moga saya diberi kekuatan untuk habiskan buku tu..

Sedaq tak sedaq dah 13 hari posa kn? pejam celik, pejam celik..daaaah nk dekat 2minggu kita posa ann?

Hmm tah la, macam-macam dugaan la bulan posa ni kn, sumanya adalah utk menguji diri kita suma.. harap2 kita suma kuat la nak lawan nafsu n diri yg telah dididik syaitan sebelum da tinggaikan kita pada bulan ni an ? tapi yang pasti kita kena la lawan n jadikan bulan ni, bulan utk kita istiqamah dengan amal-amalan kita tu.. bukan senang nk jumpa bulan ramadhan, xtaw la jumpa ka dak g, bln ramadhan akan dtg, ni pon xpasti boley smpai habis ka x..hmm sbb tu kita kena buat sehabis baik, dan jangan biarkan ramadhan kali ni berlalu mcm tu ja.. but we must grab the opportunity in this month! cheeee BI xpandai pon nk speaking gak...xley blah!! (^_^) senyum kambing!

hmm pasai ramandan, ni pasai satu lagu nasyid plak, hmm hmm asyik gila dengar lagu ni, nk taw lagu pa? kumpulan pa? hmm xlain dan xbukan my pebret team nasyid hijjaz, mmg xjemu dgaq lagu2 depa ni..syahdu ja.. hmm lagu yang dimaksudkan RIMBUN KEAMPUNAN... cari punya cari xdak la pulak lirik nya..xpa len kali lar, kita ganti yang ni... tp mmg best lagu tu, bagi saya la, sedap didengaq dan liriknya yang penuh bermakna~

Kala SUBUH..
http://www.senikata.com/lirik-lagu-nasyid/hijjaz/kala-subuh.html

Continue Reading

Tuesday, June 15, 2010

Kini Kembali


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Setelah sekian lama tak post apa-apa kat blog ni, rasanya sudah tiba masanya untuk kembali aktif dan habiskan buku rahsia dan keajaiban cinta Allah, insyaAllah!! chaiyok!! hehehe

Sem 1 10/11 telah bermula pada 12 julai 2010.. so, nmpaknya sudah masanya kembalikan diri utk blog yg hmpir sebulan tak diupdate ni hehehe malu ngat aih!! cuti lepas short sem pon berakhir mcm tu ja walhal ada ja tenet kat umah tu, ishhh!! sian sungguh jadi blog kepada blogger macam ni.. nak kata pemalas tu xjugak~ sapa2 boley lar gtaw apa masalah bloggers ni hahaha (^_^)

So, untuk refreshment kat suma yang sudi singgah bacakn, before saya start bedah lagi, topik 3 plak, buku rahsia dan keajaiban cinta Allah ni, saya nak kongsi lar sket, mengenai peristiwa israk mikraj.. hmmm dah 7hari berlalu bulan rejab kan? dan sekarang ni plak dah masuk 7 syaaban 1431H., Sat ja kan? dan tak lama lagi plak, dah nak masuk bulan ramadhan.. hmm moga2 kita sempat la bertemu dengan ramadhan tahun ni insyaAllah.. haaa sebenaqnya nak kongsi satu peristiwa besaq yang berlaku pada bulan rejab neh, iaitu peristiwa israk mikraj yang mana berlaku pada 27 rejab tahun ke-11 kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. okay nak cita lar sket an, sebelum baginda bertemu dengan Allah taala, baginda telah didatangi malaikat jibril yang kemudiannya melakukan sedikit pembedahan terhadap baginda dengan membuang kotaran yang ada pada hati Rasulullah.. ckp pasai kotoran kat hati ni an, Rasulullah yang perfect pon ada sikit kotoran kat hati baginda then cuba la bayangkan, mace mana keadaan hati kita noh~mesti sgt kotor, itam legam pa... xtaw lar, sbb tu la kita kena sentiasa muhasabah diri kita atau sentiasa amalkan zikir, paling ringkas astagfirullah hal a'zim or sapa2 da cdangan macamana nk buang kotoran kat hati kita neh??..

Ok, Kat sini jugak, suka saya kaitkan dengan solat. Seperti mana yang kita semua tau kan, sebenaqnya israk mikraj ni adalah peristiwa yang boleh dan sangat2 menginsafkan kita, banyak lar pengajaran yang Rasulullah tengok dan diceritakan pulak kepada sahabat2 zaman baginda dan sampai jugak peringatan tu kat kita sekarang ni.. yang ingin saya tekankan kat sini ni, salah satunya, Rasulullah s.a.w telah melihat seorang manusia dimana kepalanya sangat lar berat dan tidak mampu dipikulnya~ini adalah balasan dimana orang yang enggan sujud @ org yang malas sembahyang. Pada asalnya, solat yang diperintahkan kepada kita adalah sebanyak 50 waktu! huhu banyak kan kawan-kawan?, tetapi diatas pengorbanan dan kasih sayang Nabi Muhammad s.a.w terhadap ummatnya, Baginda telah memohon kepada Allah untuk mengurangkan waktu solat yang 50 tadi sampai jadi 5 waktu, sbb pa taw dak? sbb baginda tahu yang ummatnya tidak akan mampu melakukan solat sebanyak tu.. dan hal ini sangat jelas pada hari ni yang mana kita dapat lihat ramai sangat yang mengaku dia muslim dan sayangkan Rasulullah tetapi tidak pula melaksanakan perintah wajib orang islam iaitu solat yang hanya 5waktu sahaja sehari semalam.

Jadi disini dapat saya simpulkan bahawa barangsiapa tidak solat bererti dia tidak mengasihi Rasulullah dan tidak tahu menghargai pengorbanan Rasulullah. Sangat sedih sekali walaupun hanya 5 waktu, masih ramai muslim yang tak dapat penuhi kelima-limanya. Cuba la kita bayangkan, bagaimana kalau kita diwajibkan solat 50waktu, huh!! mungkin seharian kita berada diatas sejadah lar kot, bagi yang betoi-betoi mau solat lar, tapi terdayakah kita? mampukah kita?, saya pon rasa saya tak mampu lar, kawan-kawan cmna? mampu dak? sedangkan yang 5 waktu itu pun, penuh dengan ujian dan rintangannya, jadi macam mana nak penuhi yang 50 waktu tu~renung-renungkan lah!!

Kita pon tau kan? Solat jugak akan menjadi perkara pertama yang akan disoal diakhirat kelak. Jadi perlulah kita mengambil berat mengenai solat kita masing2 kerana bukan orang lain yang akan menanggung siksaan tu nanti, tetapi diri kita sendiri . Jadi, sama-samalah kita beringat, renungkan dan beramal lah selagi nyawa masih dijasad~



~muhasabah diri kunci kebaikan~
















Continue Reading

Thursday, May 27, 2010

Dekat Dihati

Topik 2: Berbicara dengan Tuhan

Bismillahirahmanirahim..

Kali ni kita trus masuk terus apa yang ada dlm topik ni..


BENTUK-BENTUK HUBUNGAN DENGAN ALLAH


1. Melalui perasaan dan fikiran.



  • Iaitu bila mana merasakan keagungan tuhan dengan merenung dan melihat ciptaanNya. Sentiasa menyebut Subhanallah atas kebesaranNya, Alhamdulillah atas nikmat kurniaanNya. Dengan rasa syukur itu juga akan menambahkan lagi rasa cinta kita kepadanya. Jadi fikiran kita akan sentiasa akan mengingatiNya.


2.Melalui doa dan munajat.




  • Sesungguhnya doa itu senjata orang mukmin.


  • Ibadah berdoa sekali gus merangkumi ibadah-ibadah lain khususnya dalam konteks pencapaian ciri-ciri seorang penghambaan (ubudiyah) seorang hamba kepadaNya.


  • Sekali gus mewujudkan komunikasi terus antara makhluk dengan khaliq (amalan taqarrub dengan Allah).


  • Merupakan pengharapan atau menunjukkan sikap pasrah kepadanya.


  • Hamba yang berdoa adalah hamba Allah yang merendah diri, daif, khusyuk dan tawadduk.


Dan Tuhan kamu berfirman,

"Berdoalah kamu kepadaKu, nescaya Aku perkenankan bagimu"


(Al-Mu'min)


Rasulullah s.a.w bersabda, mafhumnya:


"Berdoalah kepada Allah dalam keadaan kamu penuh keyakinan bahawa permohonan kamu akan dikabulkan Allah, dan ketahuilah bahawasanya Allah 'Azza wa Jalla tidak akan mengabulkan doa orang yang lalai hatinya"


3. Melalui istighfar.


  • Merupakan usaha untuk memahami hakikat kebesaran Allah dan memahami hakikat kerdilnya insan ciptaanNya.

  • Istighfar untuk memohon atas segala dosa dan kesalahan. Seandainya dosa yang kita lakukan itu besar,bertaubatlah disamping istighfar kerana kedua-dua ini saling berkaitan.

  • Jadikan ia sebagai amalan harian kita kerana kita hanya hambanya yang lemah, tidak terlepas melakukan dosa kerana kita semua bukanlah sempurna.

  • Ia juga dapat melembutkan hati dan menenangkan jiwa kita sekali gus memberikan kita kekuatan. Iatan yang kuat dengan pencipta kita.

4. Melalui solat.



  • Solat merupakan ibadah wajib kita dan merupakan perkara yang pertama yang akan disoal diakhirat kelak, jadi jangan sesekali kita tinggalkan. Jika tertinggal secara tidak sengaja, cepat2 lar "khado" balik.

  • Salah satu bentuk dialog atau komunikasi antara hamba dengan kahliq.

  • Sebab itu, solat dengan khusyuk adalah sangat dituntut. Dengan menhadirkan diri, merasakan Allah sedang melihat kita menjadikan solat kita sangat sempurna. Tetapi sangat lar susah untuk mendapat khusyuk dalam solat kerana iblis telah berjanji yang ia akan menggoda umat manusia dari segala penjuru.

  • Sebab tu lar ada ja benda yang diingat taim tengah solat. Benda yang dilupa pon taim tu lar da nak ingat. yes, we will try our best, right?

  • Tapi sama-sama lar kita cuba untuk dapat khusyuk tu sebab taim solat lar waktu kita dengan Allah sangat dekat.

Khusyuk:


Sikap tenang, tenteram, pelahan, penhormatan dan ketundukkan serta sikap yang disertai perasaan takut kepada Allah dan perasaan selalu diawasiNya.


Ganjaran khusyuk:


Allah berfirman,


"Sesungguhya beruntunglah orang yang beriman, iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya. Mereka itulah yang akan mewarisi syurga Firdaus dan mereka kekal di dalamnya"


~hati tenang mengingati tuhan~

Continue Reading