Ilyani Dakroh Ilyani Dakroh: Buku R D K cinta dengan Allah
Showing posts with label Buku R D K cinta dengan Allah. Show all posts
Showing posts with label Buku R D K cinta dengan Allah. Show all posts

Thursday, May 27, 2010

Dekat Dihati

Topik 2: Berbicara dengan Tuhan

Bismillahirahmanirahim..

Kali ni kita trus masuk terus apa yang ada dlm topik ni..


BENTUK-BENTUK HUBUNGAN DENGAN ALLAH


1. Melalui perasaan dan fikiran.



  • Iaitu bila mana merasakan keagungan tuhan dengan merenung dan melihat ciptaanNya. Sentiasa menyebut Subhanallah atas kebesaranNya, Alhamdulillah atas nikmat kurniaanNya. Dengan rasa syukur itu juga akan menambahkan lagi rasa cinta kita kepadanya. Jadi fikiran kita akan sentiasa akan mengingatiNya.


2.Melalui doa dan munajat.




  • Sesungguhnya doa itu senjata orang mukmin.


  • Ibadah berdoa sekali gus merangkumi ibadah-ibadah lain khususnya dalam konteks pencapaian ciri-ciri seorang penghambaan (ubudiyah) seorang hamba kepadaNya.


  • Sekali gus mewujudkan komunikasi terus antara makhluk dengan khaliq (amalan taqarrub dengan Allah).


  • Merupakan pengharapan atau menunjukkan sikap pasrah kepadanya.


  • Hamba yang berdoa adalah hamba Allah yang merendah diri, daif, khusyuk dan tawadduk.


Dan Tuhan kamu berfirman,

"Berdoalah kamu kepadaKu, nescaya Aku perkenankan bagimu"


(Al-Mu'min)


Rasulullah s.a.w bersabda, mafhumnya:


"Berdoalah kepada Allah dalam keadaan kamu penuh keyakinan bahawa permohonan kamu akan dikabulkan Allah, dan ketahuilah bahawasanya Allah 'Azza wa Jalla tidak akan mengabulkan doa orang yang lalai hatinya"


3. Melalui istighfar.


  • Merupakan usaha untuk memahami hakikat kebesaran Allah dan memahami hakikat kerdilnya insan ciptaanNya.

  • Istighfar untuk memohon atas segala dosa dan kesalahan. Seandainya dosa yang kita lakukan itu besar,bertaubatlah disamping istighfar kerana kedua-dua ini saling berkaitan.

  • Jadikan ia sebagai amalan harian kita kerana kita hanya hambanya yang lemah, tidak terlepas melakukan dosa kerana kita semua bukanlah sempurna.

  • Ia juga dapat melembutkan hati dan menenangkan jiwa kita sekali gus memberikan kita kekuatan. Iatan yang kuat dengan pencipta kita.

4. Melalui solat.



  • Solat merupakan ibadah wajib kita dan merupakan perkara yang pertama yang akan disoal diakhirat kelak, jadi jangan sesekali kita tinggalkan. Jika tertinggal secara tidak sengaja, cepat2 lar "khado" balik.

  • Salah satu bentuk dialog atau komunikasi antara hamba dengan kahliq.

  • Sebab itu, solat dengan khusyuk adalah sangat dituntut. Dengan menhadirkan diri, merasakan Allah sedang melihat kita menjadikan solat kita sangat sempurna. Tetapi sangat lar susah untuk mendapat khusyuk dalam solat kerana iblis telah berjanji yang ia akan menggoda umat manusia dari segala penjuru.

  • Sebab tu lar ada ja benda yang diingat taim tengah solat. Benda yang dilupa pon taim tu lar da nak ingat. yes, we will try our best, right?

  • Tapi sama-sama lar kita cuba untuk dapat khusyuk tu sebab taim solat lar waktu kita dengan Allah sangat dekat.

Khusyuk:


Sikap tenang, tenteram, pelahan, penhormatan dan ketundukkan serta sikap yang disertai perasaan takut kepada Allah dan perasaan selalu diawasiNya.


Ganjaran khusyuk:


Allah berfirman,


"Sesungguhya beruntunglah orang yang beriman, iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya. Mereka itulah yang akan mewarisi syurga Firdaus dan mereka kekal di dalamnya"


~hati tenang mengingati tuhan~

Continue Reading

Monday, May 24, 2010

Martabat Cinta

Bismillahirahmanirahim..

Topik satu: buku rahsia & keajaiban cinta Allah.

Semoga Allah permudahkan saya meneruskan operation buku ni, ya la hampir seminggu jugak la tak terupdate blog saya ni.. nak kata busy tak jugak, tak taw nak kata lar..hehehe lepas edit2 bagi cantik sket, jadi semangat ditamdah pulak dengan selepas beberapa insiden..

First of all nak ucap terima kasih lar,kat sahabat saya, saudara faiz sbb da bagi nasihat jgn banyak short form, insyaAllah saya akan improve kan dari masa ke semasa. kepada sapa juga sila-sila la komen kalu baca ek..huhu yg tak komen pon xpa sbb sudi baca.. sangat terharu dah kot.. baca blog orang yang tak hebat ni, just nak share ni..

Saya ni just hamba yang lemah lagi hina ni, yg sentiasa mengharapkn pertolongan Ilahi, jadi saya cuma dapat berdoa la agar apa yg saya tulis, catat dan luah ni dapat bagi orang kefahaman dan sama-sama la kita dapat pengajaran dan muhasabah diri kita ni.. hati kita cuma kita yang taw, so masing2 dah besaq, so fikir lar mana bagus, mana xbagus, yang baguih amik, yang dak, xyah dok heran lar kn??

aduihh.. nak operation jadi communication plak!! cilap pulokk.. maahh deh.. Tapi sebelum tu, sebelum saya nak simpulkan topik satu, org putih kata "love" ni bagi jadi kuih siput.. ehh jgn silap pulak, satgi kot2 ada yg teruja nak baca sbb ingat saya cita kisah jiwang saya plak kan.. so baca yg post lama dulu.. satgi xpaham pulak sbb ni kesinambungan.. macam episod drama kat tb tu..hehe saya tengah cita mcm mana kita nak semai cinta kita kepada Allah, kita teragung kita!!

hmm tgok.. xmasuk g pon, k so jom lar buat kuih siput sama2.. kita share lar apa yang saya dapat dan saya cuba bagi jadi ringkas seringkas-ringkasnya lar.. walaupun tak pandai sangat summary2 ni, kay ni pon dah kira habis ringkas dah lar mukadimah saya ni.
oke let's us start with the doa first:

Jom baca doa ni sama-sama oke!! doa ni ada dpn buku ni taw..
maksud da ja lar..

"Ya Allah, jadikan cintaku padaMu sebagai suatu yang paling kucintai dan jadikanlah kecemasanku terhadapMu sebagai suatu yang paling kucemaskan.Putuskanlah dari segala urusan dunia demi kerinduanku padaMu."
Amin ya rabbal 'alamin

Apa tu cinta dengan Allah?? hmm macam mana kita nak cinta dan berdailog dengan Allah??, kalu ngan manusia senang lar, baru feel.. hmm feel?? betui ka? Mengikut pemahaman saya lar, hmm maksud berdialog dgn Allah ni sgt luas kerana mencintai Allah s.w.t ni bererti mencintai sesuatu yang hakiki.

Saya hurai sket pasai cinta ni, dia da tiga martabat 1) cinta agung 2) cinta sederhana 3) cinta bawahan. Martabat cinta ni difirmankan dalam firaman Allah :

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa2 kamu, dan anak2 kamu, dan saudara2 kamu, dan isteri2 (atau suami2) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda ynag kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah2 tmpat tingal yang kamu sukai(jika semua itu) menjadi pekara2 yg kamu cintai lebih drpd Allah dan RasulNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya) kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang2 yang fasik(derhaka)."
(AT-TAUBAH:24)

Justeru cinta agung adalah cinta kepada Allah, Rasul dan jihad dijalanNya. Manakala cinta sederhana ialah cinta terhadap ibu bapa, anak2, saudara mara, para isteri dan keluarga. Cinta bawahan pula ialah sifat melebihkan cinta kepada keluarga, harta, tempat tinggal, mengatasi cinta agung tadi.

Jadi disitu, kita dah dapat bukti lar, bahawa agama islam ni agama fitrah, yang menganggap cinta ni sebagai satu unsur pelengkap dan penyeri kehidupan kita semua.

~kita bersama bersemi cinta padaNya~
Continue Reading

Wednesday, May 12, 2010

Rahsia & Keajaiban Cinta Dengan Allah s.w.t

Bismillahirahmanirahim..

hmm tiba la msa saya nak kupas buku tapi dah lewat ni..
intro cket lar..

karangan Dr. Abdullah Aidh Al-Qarni..

saya amat tetarik dgn buku ni.. sgt2 teruja.. i like it's cover.. nice colour n picture actually..
i think this is my first book, i bought since i stay at my uni.. taim da jualan.. anjuran sapa tak ingt..

First of all, utk pemulaan jadi baik la kiranya saya mulakn kupasan @ operation saya ni dgn buku ni.. kerana bgi saya Allah is the 1st one bila apa2 ja la kita nak wat(menda bek la) mksud saya niat or kita akan ingat bila kta nak wat something.. and i know, u all pon sama cam saya.. betoi ak?
saya rasa bersyukur dilahirkan sebgai umat islam. Diberi nikmat islam dan iman.. syukur sgt2..
ALHAMDULILLAH.. thank you ALLAH!!

Sbb utama saya beli buku ni adalah utk menyemai rasa cinta saya hanya utk Allah, kemudian dari situ la kita akan jmpa cinta yg lain..betui x pndpt saya ni?
Jadi saya pon belek2 gak sblum beli.. bkn takat cinta Allah bnyak input menarik dalam ni.. da ajaq cara2 nak merasai cinta Allah..

kalu sblum ni kita sebut ja..tp kali ni sebut siap amal lagi.. insyaAllah sama2 kita aplikasikan apa yg kita dpt.. da gak motivasi.. ayat2 Quran.. bnyk g lar.. t saya akan kupas ikut topik.. bnyk topik da smpai 13 then dlm tu da g.. hmm pndai2 lar baget.. insyaAllah akan ringkas dan padat.. khusus utk diri sndiri dan saudara saudari.. takat tu dulu. insyaAllah dlm masa terdekat saya update..

~jalan menemui cintaNya~
Continue Reading