Ilyani Dakroh Ilyani Dakroh: June 2011

Monday, June 27, 2011

BERFIKIRAN POSITIF

Assalamualaikum sahabat-sahabatku sekalian. Dalam kesibukan diri mengulangkaji ni terasa nak menulis pula. Walaupun tak berapa nak pandai mana menulis ni,tapi atas RASA nak menulis tu ada, so izinkan saya menulis ya. Harap dapat menberi manfaat untuk kita semua, InsyaAllah

Dalam meneruskan kehidupan seharian, sedar tak sedar, kadang-kadang ada rasa putus asa, lemah semangat, tidak yakin dengan diri, semua keadaanlah yang menyebabkan diri lesu dan tak bermaya. Bertambah malas pun ada, rasa nak tidur ja. Semua ini adalah mingkin disebabkan kita selalu berfikiran negatif, selalu berkata TIDAK, dan JANGAN. Contohnya, “Tidak akan Berjaya jika aku malas”, seharusnya katakana la “ Ya aku akan Berjaya jika aku rajin”. Nampak dak berbezaan kedua-dua ayat diatas? Nampakkan? Ayat kedua tampak lebih bersemangat dan mendorong kita terus melakukan kerja, seperti belajar. Memang kita tak sedar, tetapi selalunya perkataan atau percakapan kitalah yang mendorong kita melakukan sesuatu. Kita cakap lain tapi lain yang kita buat. Ya dak? Saya pun selalu macam tu. =)

“Kenapalah dapat result teruk sangat ni?” ni pon salah satu masalah iaitu kita tak bersyukur dengan apa yang kita dapat, seharusnya kita letakkan dalam minda selalu, Alhamdulillah ini setimpal dengan usaha yang aku lakukan, lain kali aku nak improve lagi!! Bersemangatkan. Jadi kita pun rasa lebih bersemangat, ya la perkara dah lepas, kita dah buat, dah terjadi, NASI DAH JADI BUBUR, TAK MUNGKIN JADI BERAS SEMULA DAH. Jadi apa yang kita harapkan kita akan berusaha lagi dan lagi untuk yang akan yang datang. Selain bersyukur, kita juga akan bersemangat, berkeyakinan dan berpandangan jauh kehadapan.

Bila terima musibah pula. Selalu sahaja tak dak mood,emo tak tentu pasal, stress, rasa nak tidur ja seharian. Tapi jika sebaliknya jika kita amalkan berfikiran positif, letakkan dalam minda dan hati kita, Yakin dan pasti ada hikmah disebalik semua yang berlaku itu. Kita akan mudah rasa tenang dan berpuas hati. Dan kita juga akan cuba sedaya upaya mencari solusi atas kelemahan diatas permasalahan yang berlaku itu. Alangkah baiknya setiap tika dan saatnya kita berfikiran positif bukan? Dan semestinya keceriaan dan ketenangan akan terpancar diwajah kita walaupun kadang-kadang hanya diri yang lebih tahu. Salah satu cara untuk berfikiran positif juga kita perlu selalu bermuhasabah diri. InsyaAllah kita akan temui jalan yang terbaik. InsyaAllah. (^____^)


“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamulah orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang yang beriman.”

(Ali-Imran 139)


Itulah serba sedikit mengenai berfikiran positif, just nak tekankan

“SESUATU YANG BERLAKU ITU PASTI ADA HIKMAHNYA”

“CARI SOLUSI SETIAP MUSIBAH, MOMENTUM DIRI MENCARI ILAHI

KETENANGAN DIRAIH PENGUAT JASADI

ITU KUASA POSITIF DIRI”

~Special My Sweet sis, Kak Teh~

Jom bermujahadah!!!

“To all student of IIUM, Espeacially to all my friends, All The Best in Final Examination, Sama-sama kita buat yang terbaik. Gunakan masa yang ada dengan sebaiknya, usaha dan terus usaha tanpa jemu, disamping dekatkan diri kepadaNya setiap waktu, Dan mohonlah restu kedua ibubapa agar kita sentiasa tenang. Selebihnya serahkan segala ketentuan kepada yang Maha Esa, ALLAH TUHAN KITA”

::Semoga Berjaya di dunia dan di akhirat, Amin ya Rabbal ‘Alamin::

~Tiada yang lebih bernilai, dari masa kita~






Continue Reading

Sepi yang Indah

Hijau itu menawan


TENANG DAN DAMAI

HEMBUSAN ANGIN TERASA DINGIN

MENYAPA DIRI BERTANDANG SEPI

BUNYI KICAUAN TERDENGAR MERDU


SEPI TERASING SENDIRI

BERTEMAN BURUNG BERTERBANGAN

MELAMBAI INDAH RIANG SEKALI

AKU MENUNGGU DAN TERUS MENANTI


MENANTI JAWAPAN SERIBU ERTI

MENCARI SINARAN DIGELAPAN HATI

MENANTI CAHAYA DITERANG ERTI

SAPAAN SEPI BERWAJAH TENANG


IDAMAN MIMPI JADI REALITI

MENCAPAI BINTANG DILANGIT TINGGI

TERUS DIGAPAI SATU PERSATU

MENGGEGAR SEMANGAT JIWA INSANI


SEPI INI TIADA SENDIRI

BERTEMAN CITA TINGGI MENGGUNUNG

BIAR MENGHITUNG DETIK KE DETIK

MENJADI HAKIKAT PENERUS KEHIDUPAN.

(iman_nur 26062011 1026pm)

~melihat kehijauan alam~

Continue Reading

Friday, June 24, 2011

Sayang saudaraku~


Lama tak update, ada semut la, nasib ikan emas ada jaga blog ni. thanks ikan emas!!~
Rasa nak update tapi tak dak idea, tapi macam dah ada ni.. actually baru ja abis test 2 finance tadi.. adoi lain yang study, lain yang keluaq, sabaq ja laa.. nasib sempat study pagi tadi yang keluaq tu.. Tapi Alhamdulillah la.. dah usaha sebaik mungkin, selebihnya serahkan pada Allah.

Minggu ni banyak sangat even kat uiam, yang paling best, dapat join operasi dakwah. Even sempat join yang malam ja kan, merasala jugak kan, memberi sedikit sumbangan dan pengalaman ketika dialam kampus ni.. Alhamdulillah tahniah pada SRC, KBS, DBS dan student-student yang begitu sayang dan cintakan dakwah ni, harapnya sem depan DTE V2.0 lagi mantap dan ramai lagi yang akan join..Lgi ramai lagi meriahkan? Gempak la!!! Ya la, Amal Maruf nahi mungkar ni bukan tugas sesetengah pihak ja.. tapi kita semua perlu, kerana bagaimana nak wujudkan biah yang baik jika hanya segelintir sahaja yang menyeru dan mencegah, padahal tugas ini merupakan tugas semua pihak. ya dak??

Sangat sedih sekiranya, berlaku perkara yang tidak baik di tempat yang baik ini kan, Ya la, Bala tak akan ditimpa kepada orang yang melakukannya sahaja tetapi kepada semua orang. " Disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga" abis jadi biru pastu dah tokleh minum, dah la susu mahal!!! sedih~ oppsss...
~Back to the topic~,

Perkara yang ditekankan dalam DTE V1.0 adalah isu coupling, iktilat( hubungan antara lelaki dan perempuan), aurat, safety (kecurian) dan solat.. Alhamdulillah, harapnya, kita sebagai student Universiti ISLAM Antarabangsa Malaysia dapat menunjukkan contoh terbaik sebagai Mahasiswa dan Mahasiswi Islam kepada sahabat-sahabat dan adik beradik kita yang lain, menjadi contoh terbaik InsyaAllah. Segala pembawakan isu-isu ini bukan saja-saja tapi atas syariat Islam dan sudah termaktub dalam Al-Quran, panduan hidup kita sebagai ummat Islam.

Sangat sedih sekiranya, kawan kita sendiri, saudara seislam kita melakukan maksiat, pendedahan aurat, tak pakai tudung, gambar-gambar mereka bersama pasangan masing-masing (belum bernikah) terpampang di laman-laman sosial.. apakah tanggungjawab kita? Wahai saudaraku yang amat aku sayangi, bukalah mata hati kalian, hidup kita didunia ini hanya persinggahan semata, bercucuk tanam, amalan pahala, meluruhkan daun kering (dosa), menjual hasil diakhirat kelak. Kita bukanlah hanya tanaman perhiasan dunia sahaja tetapi kita semua akan diperhitungkan segala amalan kebaikan dan keburukan di akhirat.. Sama-sama muhasabah diri, masih ada masa untuk kita berubah. InsyaAllah, Jangan tunggu kita tua atau ajal tiba kerana kita tidak tahu bilakah ajal kita semua kan. So, this is the right time for us to change, not for others but just for us.. for us!!! (^_____^)

Saya tahu, saya bukanlah insan selayaknya untuk berbicara soal kebaikan atau keburukan orang tapi atas dasar saudara sesama Islam, Saya tekad untuk berbicara soal ini. Kawan-kawanku yang disayangi, ingatlah dosa pahala, syurga neraka, yakinlah dengan adanya hari perhitungan, apakah yang kita nak bawak ketika bertemu dengannya kelak? Sebab tu kita kena berbalik dan belajaq soal akidah, IMAN, ISLAM dan IHSAN~ perkara asas dalam diri kita sebagai umat islam, akar umbi dalam diri~ Sama-sama belajaq yaa...

"Jangan hanya seronok ketika didunia, dan banyak pula menangis di akhirat kelak,
sesal dulu pendapatan, sesal kemudian, tiada guna.
" Jika kita cintakan dunia, tinggalkan akhirat, hanya dunialah yang kita dapat.
Tetapi jika kita ingat akhirat ketika didunia, maka kedua-duanya kita akan dapat"

Ya Allah, Ya Tuhan kami ampunkanlah dosa-dosa kami, terimalah amalan-amalan kami, Jauhkanlah bisikan-bisikan kejahatan dari telinga kami, Kau berikanlah Taufik dan HidayahMu kepada kami, Tenangkan kami dengan ayat-ayat suciMu, Jagalah pandangan, percakapan, pendengaran, dari perkara yang sia-sia lagi menambahkan dosa-dosa kami, Ya Allah, kami hambaMu yang lemah lagi hina ini, sangat perlukan bimbingan dan perhatian Ya Allah, Kami tagih kasih sayangMu Ya Allah. Jadikanlah kami anak yang soleh dan solehah. Jauhkanlah kami dari azab api nerakaMu dan Jadikanlah kami hamba-hambamu yang beriman dan bertaqwa. Amin Ya Rabbal 'Alamin..

~Ya Allah bantulah kami dalam melaksanakan kebaikan~
Continue Reading

Thursday, June 16, 2011

Wali Band-Aku Cinta Allah (Dgn Lirik Lagu)



Lirik Lagu Wali band
Judul: Aku Cinta Allah


Andaikan diriku bisa
Seperti yang lain
Yang Kau sayang
Yang Kau rindukan
Yang Kau cintai

*
Aku lemah tanpaMu aku lelah
Aku sungguh tak berdaya
Tolongku
Tolongku
Yaa Allah

Reff:
Setiap air mataku mengalir
Allah aku lemah dan tak berarti
Setiap derai tangis membasahi
Allah jangan tinggalkan aku lagi

**
Aku sayang Allah
Aku rindu Allah
Aku Cinta Allah

Back to *
Back to Reff
Back to **
Back to Reff
Continue Reading

Sunday, June 12, 2011

Surat untuk Calon Suamiku


Sekadar amik video ni dari youtube, bukan saya yang tulis, tapi kata-kata dia bagus, terdetik nak sampaikan kat calon suami saya.. ohoiiiii.... gatai!!!, masak pon tak pandai sangat.. nak kawin??? jgn berangan lagi la.... Mama kata pa? Belajar masak tu dulu, ni ikut mood n ikut rasa da ja nak masak... hihi Nak kawin camtu?" hihi nampaknya belum masanya lagi, tengah buat preparation untuk menjadi seorang isteri solehah dan taat buat suamiku tercinta nanti.. aiwahhhh!!!!

Hahahaha bukan senang taw bila kawin ni, banyak hati-hati yang nak kena jaga. tambah-tambah bertambah pula suatu keluarga besar, belah suami.. kawan kata " yanie ang nanti mesti senang kan, ang neh, suma boleh, letak ja kat mana, sure ang dapat masuk?" Ya la kawn ku. entah la... cek pon tak taw sempat dak nak kawin.. tah2 ajal yang jemput mendahului jempntan dari seorang suami!!!! Grrrrrrr takut-takut~ huhu

Bila dah berkeluarga ni tanggungjawab pun makin bertambah la kan. Hanya orang yang betul-betul bersedia ja dapat menghadapinya dan mantap pula ilmu rumahtangganya.. Memang tak dinafikan memang bahagia kan bila ada pendamping, tapi bagi saya la, selagi dapat mengawal diri, ada pula teman-teman sebagai pendamping hidup.. gunakan la sebaknya masa study neh, enjoy ur life as a student.. InsyaAllah tiba masa, saat dan waktu tika yang sesuai dia akan datang menyapa tanpa dipinta, hahahaha iacehhh...

So, Ingat pesan baba selalu, "Baba tak kisah ampa nak berkawan ka apa, tapi biar jaga batas syariat tu, tapi masa belajar, belajaq... kalu nak kawin, kawin, jangan campur adukkan" Ibu bapa lebih kenal anak mereka macam mana kan? Berat hati seorang bapa yang penyayang ini melepaskan anak kesayangannya, nanti bila sudah akad, maka tanggungjawab mendidik dan membimbing anak perempuan mereka, jatuh pula kebahu suami. Besar tanggungjawab tu.. Nama pun amanah, masing-masing ada tanggungjwab, dan suma perkara pula akan dikongsi bersama-sama. Apa pun sekarang ni, perbaiki diri dulu, mantapkan dengan ilmu.. InsyaAllah, jika dipanjangkan usia, jodoh akan datang menyapamu~

~bersediakan kita melangkah ke mahligai bahagia?~ sedia dah hahaha!
Continue Reading

Thursday, June 9, 2011

Tenangkanlah jiwa ini.. Ya Allah


Tenangkan la jiwa ni YA RAHMAN, YA RAHIM
Ketenangan yang amat kudamba
Aku takut dalam keadaan ini aku melupakanMu
Aku takut dalam kecerahanku ada kesamaran
MengingatiMu melebihi segala-gala
itu terbaik, pengharapanku
Itu penguatku
Itu kecintaanku
Itu ketenanganku

Tapi aku hamba yang lemah
Perlu banyak bimbingan
Aku mohon agar segala amalanku
Kau terima Ya Allah
Kau terima Ya Allah
Kau terima Ya Allah
Ikhlaskan hatiku dalam segalanya

Aku mohon jua agar diri ini kuat
senantiasa istiqamah dalam segala kebaikan
Mohon kau kuatkan diri ini, Ya Rabbi
Agar tidak pula merasa lemah dan gundah gulana diriku ini
Kau jauhkanlah bisik-bisikan jahat ketelingaku,Ya Allah
Agar tiada hijab antara aku denganMu

Aku mohon kasih sayang dariMu
Yang dapat membuai-buai jiwaku
Dalam penghambaanku padaMu
Untuk mengingatiMu
Tika susah senangku

KU HARAP
KU PINTA
KU MOHON
KECINTAAN, KETENANGAN DAN KEREDHAAN
DARIMU
YA ALLAH YA TUHANKU
TUHAN SEKALIAN 'ALAM

~Pengharapan hanya padamu, Wahai Tuhanku~
Continue Reading

Sunday, June 5, 2011

Nora - Pedoman


Satu lagi lagu yang telah menyentuh jiwa dan perasaan saya ketika mendengarnya tadi. Lagu baru nora neh, balik-balik terus cari..hehehe (^_^) nasib ada~ Jom kita dengar bersama-sama, bagi saya best, lirik pun mendalam maksudnya. Lagu ni maybe berkait rapat dengan diri nora sendiri yang telah berhijrah kepada kehidupan yang lebih baik.

PEDOMAN

Roda waktu tak pernah menunggu

Pergi terus berlalu

Segala dosa segala belenggu

Sesal menikam jiwa kuhiba, terasa

KebesaranMu.. Lantas kutadah, berdoa


Tuhan berikan pedoman

Tunjukkan aku arah jalan yang kau redhai

Tuhan berikan pedoman

Dan bila kumenjauh,

Kembali ke pangkal jalan


Cahaya rahmatmu menyinar bahagia

Syukur hatiku rasa

Bergetar tubuh kusebut namamu

Yang Maha Esa, Maha Pengasih Penyayang

KurniaanMu lantas kusujud, bersyukur


Tuhan berikan pedoman

Tunjukkan aku arah, jalan yang kau redhai

Tuhan berikan pedoman

Dan bila kumenjauh,

Kembali ke pangkal jalan

Oooooooooooo……


Biarkan pedoman ini

Berkekalan dihati, selamanya

Pengubat jiwa, penyinar bahagia

Inilah kasih yang kita damba


Tuhan berikan pedoman

Tunjukkan aku arah

Jalan yang kau redhai

Tuhan berikan pedoman

Dan bila kumenjauh,

Kembali ke pangkal jalan …


~Moga kita semua sentiasa mendapat pendoman dalam menjalani kehidupan didunia ini~
Mudahan-mudahan juga dari pedoman itu, kita dapat menilai kekurangan diri kita dan sentiasa pemberbaikinya ketahap yang lebih baik...InsyaAllah
Continue Reading

Saturday, June 4, 2011

Muhasabah- Aku Ingin Ke Syurga


DUA PERKARA YANG SAYA DAPAT HARI INI

`Jangan ingat kita sudah baik, kita akan dapat masuk syurga.. Syurga itu milik Allah. Dialah yang yang selayaknya memilih siapa yang sebenar-benarnya menjadi penghuni syurga. Apa yang terlintas di hati tu kena selalu dijaga agar tak timbul riak dan takabur dalam melakukan sesuatu. Bila kita berdakwah, kita perlu pandai mendekati orang itu, kita perlu selami jiwa dan perasaannya. So kita kena selalu menjaga hati agar tak timbul sedikit pun rasa diri kita hebat dari orang lain. Jangan ingat amal kita yang banyak tu dapat membawa ke syurga, tapi yang sebenarnya hati kitalah jawapannya, niat kita tu. Apa yang tersirat di dalam hati itulah yang memandu diri kita sebenarnya.

  • Andai seorang yang jahat, penzina, perompak, pencuri sekalipun, andai Allah berikan hidayah kepadanya dan waktu untuk dirinya untuk bertaubat nasuha (taubat yang sebenar-benarnya) maka Syurga lah miliknya. Dan andai bagi siapa yang Allah telah tunjukkan jalan itu, jagalah hati kita baik-baik agar tidak tersasar. Pesanan untuk diri sendiri sebenarnya.... masih bayak kelemahan dan kekurangan dalam diri ini. Jadi, disini saya menyeru sahabat-sahabat yang saya sayangi moga kita semua ditemukan jalan kepadaNya. "Jangan kita banyak bergembira di dunia, tetapi banyak pula menangis di akhirat kelak, tapi biarlah kita banyak menangis didunia atas banyaknya ujian kehidupan dan merasa sedikit gembira atas segala nikmat pemberianNya tapi adalah yang paling penting, kita semua bergembira selama-lamanya diakhirat kelak"

  • Berdoalah selalu agar kita diberi TAUFIQ dan HIDAYAH, Yakinlah, dimana ada kemahuan disitu ada jalan, yang pasti, kita kenalah tinggalkan segala yang lalu yang kita pernah buat.Letaklah ALLAH S.W.T sebagai MATLAMAT UTAMA hidup kita.. YAKINlah, sahabat-sahabatku sekalian, siapa yang tidak mahukan kebaikan sebenarnya, ketuk minda, tanya Iman kita sahabat-sahabat yang saya kasihi, diri kitalah yang tahu apa yang kita mahi sebenarnya didunia ini.

Selalulah merasa diri kita sentiasa kekurangan, moga kita sentiasa mencari Allah. Semoga Allah sentiasa dekat dengan kita, moga dia ada bersama kita. Bila terdetik sesuatu, dia akan beri kepada kita, nikmat itulah yang kita nak. Dia,Dia sentiasa di fikiran, hati dan diri kita. Subhanallah.Subhanallah.. Jangan terlalu takut pada pandangan manusia kepada kita kerana pandangan Allahlah yang lebih utama. Tapi jangan pula ada di fikiran kita, "kalu macam tu, buat dosa banyak-banyak dulu, nanti bertaubatla..." Jangan... Jangan dan Jangan sebab siapa yang tahu dia akan mati bila? siapa? cuba bagi taw! tiada siapa yang tahu.. selagi ada roh dijasad, selagi ada kudrat dibadan, gunakanlah sebaik-baiknya, biarlah orang nak kata kita ni macam mana pun, asal Allah tahu siapa diri kita sebenarnya. Apa yang kita nak, apa yang kita fikirkan dan rasa sebenarnya..

  • "Kita banyak kekurangan lagi, "depa suma orang hebat-hebat, depa lebih dahulu, banyak pula kelebihan yang Allah bagi kat depa" <--------Jangan iri hati dengan orang lain, tapi cuba sedikit demi sedikit menjadi seperti mereka, Allah lebih tahu apa yang tersirat kat hati kita~ hmm cuba perbaiki diri agar Dia sentiasa memberi kita kekuatan dan kemudahan.. Ya Allah senangnya aku bercakap.. Moga aku juga sentiasa dalam lindunganMu, Buanglah segala sifat-sifat dengki, kianat, iri hati, dan segala sifat-sifat mazmumah dalam diri ini dan gantikanlah ia dengan sifat-sifat mahmudahmu. Amin Ya Rabbal 'Alamin

( Terfikir nak cakap pasai ni sebab tengok cerita, Aku ingin ke syurga tadi)

Sinopsis sini~

"Tiada siapa tahu, adakah syurga miliknya, tetapi sentiasalah berdoa moga kita semua, bermula dengan permulaan yang baik dan berakhirnya juga dengan kesudahan yang baik"

"Buanglah segala sifat-sifat yang tidak elok dalam diri kita, Moga kita menjadi insan yang lebih baik dan disenangi semua orang"

"Segala yang baik datang dari Allah, dan yang buruk datang dari Allah jua tetapi melalui kelemahan diri ini"
Continue Reading

Thursday, June 2, 2011

Ujian Kehidupan


Ada apa pada nama,
pada nama ada maksud
maksud terbaik pemberian
mak ayah tercinta

Ada apa pada rupa
pada rupa ada perbezaan
untuk saling kenal mengenal
Pemberian Allah Taala
perlu disyukuri

Ada apa pada cinta
Cinta manusia tak kekal lama
tanpa ikatan yang sah, dosa saja sahamnya
Cinta Allah kekal abadi
Tanpa ikatan yang kuat, rugi semata

Ada apa pada sayang
pada sayang ada silaturrahim
mengikat kasih antara teman-teman
saudara mara, family tercinta

Ada apa pada kuasa
Andai amanah tidak terjaga
kuasa pada nama
tapi tak terlaksana adilnya
dan pada tempatnya

Ada apa pada harta
dengan harta hidup senang didunia
Andai harta diguna tanpa dikongsi
tidak bersyukur namanya

Ada apa pada rumah mewah
Andai tak dipenuhi kasih sayang keluarga
anak hilang kasih sayang
suami isteri sibuk kejar dunia
yang hidupnya bukan kerna Ilahi


Ada apa pada wanita
wanita perhiasan dunia
andai dia wanita solehah
menjaga maruah diri
jua dijaga auratnya
agama matlamat utama diri
Allah matlamat yang hakiki lagi abadi

Ada apa lelaki
andai mengajak wanita pada zina
tak pula membimbing wanita
malah sama-sama ke lembah durjana
Lelaki perkasa menyeru kebaikan
meninggalkan larangan

Ada apa pada dunia
Andai tidak melihat kebesaranNya
mensyukuri segala pemberianNya
Mengutip bekalan menuju akhirat sana
menggapai bahagia dunia
menuju syugaNya.

iman_nur 02062011 1538pm


~Sama-sama renungi, kita tiada apa-apa,
Yang kita ada cuma Allah matlamat kita~



Continue Reading

SeJuTa RaSa iLyAnI

Seminggu dah tak update kan.. berhabuk la sikit, ayat pun main cakap, sori kalu bercampuq aduk, suma rasa perlu dicampuq, agar sebati<------alasan!!

Macam tajuk sinetron plak kan, sejuta rasa ilyani,..hihi = ) SEJUTA CINTA MARSHADA even tak tengok pon cita neh, iklan punya pasai, taw la jugak hihi.. bukan nak cerita pasal sinetron neh.. Just nak berkongsi rasa sepanjang hujung minggu lepas… bukan apa, macam-macam rasa kot, ada sedih, ada sakit, ada duka, ada suka, ada gembira, ada rasa terbeban, membebankan orang suma ada lar.. Mohon Maaf dulu kat semua yang terlibat dalam cerita rasa ini ya.. Terima Kasih jugak!! =)

Bersama antara FC yang terlibat TM 11, menghirup udara pagi SMKAB yang nyaman

Sebenarnya hujung minggu lepas ada program Tunas Muda, start 27.05.2011-30.05.2011, dimana program ni merupakan program tahunan Alumni SMKA Baling khas hanya untuk form 2. Program ni, telah bermula pada tahun 2004 dimana ketika itu tak semua rasanya, saya dan sahabat-sahabat saya ketika itu berumur 14 tahun… wah kami jadi orang first dan program tu merupakan program yang sangat-sangat best, syadid..penuh pengisian kerohanian dan menjadi benteng ukhwah antara kami batch spm07, Generasi ke-7 SMKAB, penuh dengan pentarbiyahan!!

Tahun lepas punya, TM 10, batch kami yang menjadi AJK pelaksana, dan pada tahun ni TM 11, diterajui adik2 batch bawah kami, yang spm08.. dan begitu lah seterusnya.. Sebenarnya tak mula dulu tak rasa pon cam nak amik short sem neh, tapi takdir menentukan segalanya walaupon just dapat tilawah, tup2 jadi 3 subjek trus! tapi disebabkan janji dan amanah dari Allah mendahului, saya pun pergi, dan dah pun berjanji dengan pengarah TM 11, Izzat Amir Zakaria~

Mencari FC bukanlah tugas yang mudah, ia memerlukan kerjasama dari semua alumni.. Tetapi disebabkan kekangan masa, saya just mencari fasi untuk batch saya, dan senior spm06 (muslimat), Thanks kak zihah, banyak bantu yanie. Mohon maaf jugak kat Izzat Amir sebab tak banyak membantu dalam mencari Fasi.. Serba salah jugak dibuatnya, Janji harus ditepati, atas semangat juang yang tinggi dan rindu+sayang+cinta kat SMKAB, saya dengan rela hati ingin turun bersama-sama mereka, even maybe tak sampai habis program pon, dah taw dah!! huhu sedih2..

Alhamdulillah, Allah permudahkan perjalanan saya sebenarnya.. pelbagai dugaan melanda, yang sebelumnya, terpaksa postpone test, buat excuse letter, urusan tiket yang agak last minit.. Dan berkat dariNya. Tanggal 27.5.2011, 5.30 pagi selamat sampai di Baling, Kesian Pak Ndak ngan abang sebab tunggu agak lama, dari pukul 4 lebih tak silap.. Bas asik berenti, masalah kekurangan air kot.. ntah la.. Sabar ja la.. Baba plak p amik kakak yang turun kat SP dari Kelantan, kerana salah faham telah berlaku jadi la turun berlainan destinasi, sian pak ndak terbabit dalam cerita rasa Ilyani hehehe.. huhu Apa-apa pon thanks bagi siapa yang terbabit dalam sejuta rasa ini, yang paling penting kepada siapa yang telah diadukan masalah-masalah jiwa ini, selamat pok!! (^___^) hihi

Disebabkan sedikit masalah keluarga, mama ada usrah, dan nak p melawat mak sedara kat hospital petang tu, jadi terpaksa mendaftar lewat sedikit untuk program, sepatutnya pagi pendaftaran.. Hmm tahukah, beban saya bawak balik jugak merupakan asigment FM1.. 3 esaimen… termasuk test yang masih belum stadi kot!!… Sabar ja la.. Last2, balik KL jugak siapkan suma..saja ja nak memberatkan lagi beg, membawak buku teks ke hulu ke hilir..hahaha

Hmmmm, semasa program.. saya jumpa kenalan baru.. nak taw sapa? Mr n mrs hamster.. wow cute sangat!! kecik, comey lotei kot!! cer tengok, maybe tak nampak sangat, sebab ni spesis yang kecik molek~

Geli-geli, sebenarnya tak berani pon nak pegang neh, rasa macam tikus.. Dan tuan punya, kak yana, yang membawa 2 ekor hamsternya dari maktab neh, Dia cakap “ La.. buat la rasa seperti arnab, jgn la bayang seperti tikus, belai la seperti kucing” hahaha yang masalahnya geli2… kalu kucing, takat usap2 boleh.. nak riba, peluk cium.. haa seriyau kot.. adik2 len bukan main suka lagi, kucing arnab suma depa suka, siap cium2 pon ada, Cuma kak long ngan saya ja tak berani sket.. bukan tak penyayang kay hahaha apa yang merepek neh!!… ini adalah salah satu rasa.. iaitu GELI!!! LEMBEK2 semacam ja..

haa..adik2 tengah buat apa tu... asik ja depa ni dok menulis..

Bersama Aini Nabilah, Student UM, teman seperjuangan Team FC TM11

Mantan Timb. Pengarah TM10

Dalam program kali neh, kami jadi fasi, banyak bercakap ngan adik-adik, dapat la masuk LDK sebanyak 3 kali, tasmi’ adik2 n kuliah dasar, jalan2 bersenam, lupa plak nak bawak track shirt!! huhu berjoging dengan berjubah, MANTOP!!.. Alhamdulillah rasa puas jugak la.. dapat p sekolah, jumpa kawan2 dan adik2, paling penting dapat jumpa Ustaz Syam, Ustaz sporting! Ustaz Ya, Pengetua dari dulu sampai la lani, betapa cintanya Beliau dengan SMKAB.. Dan dan jugak jumpa Ustazah Ummu, mama at the school dan jurulatih kalam jamaie dulu hihi..

Adik-tengah bersenam tu, tempat kami berhimpun pagi-pagi before p sekolah,

dan terselit jugak, kantin sekolah, nyum..nyum


~ Kenangan TM 11~

Tapi apa kan daya, petang sabtu dah terpaksa pulang ke rumah. Sat ja p!! memang sangat sat! Disebabkan kena kata mengada-mengada dengan adikku, so balik sendiri ngan bas, thanks nadia, antaq akak kat stesen bas.. Yuhuuu.. Saya suka berdikari sebenarnya.. dalam mencari erti hidup, kena bersusah payah sikit, tak suka menyusahkan orang sebenaqnya, kalau boleh everything nak tanggung sengsorang… tapi sebenaqnya tak boleh jugak, sebab tu akan membuatkan kita rasa terbeban dan mungkin jugak stress.. solusinya, usaha dulu, kalu tak boleh baru mintak bantuan orang, ya dak??

Pastu, pagi tu, sebelum nak balik KL..sempat lagi bermanja2 ngan adik-adik… layan muvi dan bergedik santai!! Mama dah sediakan seksiap nasi atas meja, makan ja… tomyam plak tu.. bekal lagi? sandwich sardin bakar.. thanks ma.. demand gak sebenaqnya, mama tanya, nak biasa ka bakaq? “bakaq la sedap sikit…hehehe taim nak p antaq kat petronas tu, adik dua orang tu sibuk ja nak antaq.. walaupon tak mandi, berlari2, nek keta jugak, kasih depa neh kat saya, sbb kecik2 dulu dok jaga depa dua neh…belangkaih dua org tu.. taim dok tunggu tu, jumpa bas persatuan bola sepak kedah… betui ka neh, ada pemain2 bola kedah neh… rupanya depa mayang subuh n sarapan kat depan masjid tu, ma kata, bahana MB KEDAH, UST AZIZAN la ceramah kat depa, baguih2 dibawah pemimpin Kedah lani =)

Ni gambaq basnya...tu kat bawah tu..

|

|

V

First taim tengok, teruja la jugak taim tu...

nak jugak bergambaq ngan bas izudien neh, walaupon dari dlm keta hahaha

Alhamdulillah sampai duta pukul 4.30 petang, tunggu, punya tunggu rapid, rupanya perkhidmatan rapid telah pun ditamatkan, hampa!!.. terpaksa amik teksi, yang menyedihkan, teksi punya tambang sudah naik, ke masjid jamek RM 15, dulu RM6 ja… Ke UIA RM25, dulu 17-19 cmtu.. Mungkin tak bermeter sebab tu mahai sket.. setelah tawar menawar.. “ ok la dik RM22 tapi saya turunkan kat dpn pagaq ja, okay la dah lewat neh.. hampir pukul 6.. Sambil jari menaip mesej kak long, menginform segala gerak geri.. “ takpa la t aku amik ang kat bus stand first tu" Alhamdulillah, tak larat dah nak berjalan neh!

Sebelum tu, taim teksi tu nak unduq, dia langgaq keta orang, huh lama gak tunggu dlm teksi tu, dlm hati neh… “ aku kena turun pa..adoi, sabaq ja la..” naik2 teksi, saya pon sudah kena RM50… dia cerita la bla…bla…bla… dok mengeluh tak habis2.. maybe dok pikiaq something.. dia dok tanya macam-macam, selalu dak balik rumah? Tak, jarang… tak sayang sama mak ayah ka?.. Sayang la uncle… mana boleh tak sayang, "dah makan ka?" dah pagi tadi...bla…bla….

Ok la dik, saya pn kesian sama kamu, dok mahalah mana? Jauh tak? Maybe ada muka kasihan pada mimik muka yang cun neh hahahaha agak menjadi nampaknya!! kui..kui..kui~ tak pa la uncle, kak saya mai amik satgi.. kat sini ja la.. upsssss.. "tak de duit kecik ka dik," saya tak dak balance la uncle, sat2.. saya ada RM18 ja uncle.. hmm boleh dak? okay la RM18..huhu rasa lega.. selamat sampai selepas beberapa minit menunggu kak long...

Huh sampai ja bilik, rasa serabut… huh esaimen..esaimenku..yg online tu, yang telah terlepas due nya, test esok, emo emo.. exercise lagik!… msg kawan ptg tu, "ko tido bilik aku la" kita buat sama2.. ok SET!! bereh~…

Malam tu dia mai amik ngan keta dia.. huh akhirnya siap jugak suam even tidoq lewat sikit, “eh, mana nset neh?” ilang..ilang.. dok dalam keta ko kot, "ok esok aku tgokkan" subuhnya, "wey aku balik umah sat, t aku p kelas trusko buat la macam bilik sendiri ek", weh nset aku, tolong cari sat nah.. "ok2".. berdebar2 rasanya, jgn la ilang, nyawa jugak tu.. guna nset imah tnya “ ada dak nset?” “ada-ada, jatuh bawah keta aku” huh nasib baik la… ujian2.. taim kelas FM plak.. “ ok, sapa yg tak buat test lagi lepas kelas k… baik, madam dah kenal dah ilyani.. cuak2..

Menjawab test dengan tenang, berkejar2 pulak nanti nk p kelas IA… huhu habis test, mdm, saya tak sempat la nak buat esaimen online tu, ok, kamu guna nama apa? Hah ni nama saya MOHD DAKROH, ILYANI.. selama 2minit mencari2 di screen.. mmg tak nampak la, nama ayah dulu kat depan.. huh SETEL suma masalah dalam otak yang hampir 3hari memikirkan masalah neh!!

Huh panjang.. bagi sapa yang nak rasa apa yang saya rasa.. baca la.. tak mau baca pon tak pa.. hihi saya tetap saya “ SEJUTA RASA ILYANI” =) Hah satu lagi rasa terkilan, dah 2 usrah, tapi dua2 tak p.. huhu Yeay..esok usrah cintaku, kembali lagi.. WELCOME ILYANI…Aku merinduimu….

P/s: kepada sesiapa yang terasa dengan teguran malam sidang bulat tu, maaf ya, akak tak sengaja, hanya menegur untuk kebaikan bersama~


“Siapalah diri ini, hanya insan biasa, tak pernah sempurna da cuba mencari kesempurnaan”

Continue Reading