Ilyani Dakroh Ilyani Dakroh: Muhasabah- Aku Ingin Ke Syurga

Saturday, June 4, 2011

Muhasabah- Aku Ingin Ke Syurga


DUA PERKARA YANG SAYA DAPAT HARI INI

`Jangan ingat kita sudah baik, kita akan dapat masuk syurga.. Syurga itu milik Allah. Dialah yang yang selayaknya memilih siapa yang sebenar-benarnya menjadi penghuni syurga. Apa yang terlintas di hati tu kena selalu dijaga agar tak timbul riak dan takabur dalam melakukan sesuatu. Bila kita berdakwah, kita perlu pandai mendekati orang itu, kita perlu selami jiwa dan perasaannya. So kita kena selalu menjaga hati agar tak timbul sedikit pun rasa diri kita hebat dari orang lain. Jangan ingat amal kita yang banyak tu dapat membawa ke syurga, tapi yang sebenarnya hati kitalah jawapannya, niat kita tu. Apa yang tersirat di dalam hati itulah yang memandu diri kita sebenarnya.

  • Andai seorang yang jahat, penzina, perompak, pencuri sekalipun, andai Allah berikan hidayah kepadanya dan waktu untuk dirinya untuk bertaubat nasuha (taubat yang sebenar-benarnya) maka Syurga lah miliknya. Dan andai bagi siapa yang Allah telah tunjukkan jalan itu, jagalah hati kita baik-baik agar tidak tersasar. Pesanan untuk diri sendiri sebenarnya.... masih bayak kelemahan dan kekurangan dalam diri ini. Jadi, disini saya menyeru sahabat-sahabat yang saya sayangi moga kita semua ditemukan jalan kepadaNya. "Jangan kita banyak bergembira di dunia, tetapi banyak pula menangis di akhirat kelak, tapi biarlah kita banyak menangis didunia atas banyaknya ujian kehidupan dan merasa sedikit gembira atas segala nikmat pemberianNya tapi adalah yang paling penting, kita semua bergembira selama-lamanya diakhirat kelak"

  • Berdoalah selalu agar kita diberi TAUFIQ dan HIDAYAH, Yakinlah, dimana ada kemahuan disitu ada jalan, yang pasti, kita kenalah tinggalkan segala yang lalu yang kita pernah buat.Letaklah ALLAH S.W.T sebagai MATLAMAT UTAMA hidup kita.. YAKINlah, sahabat-sahabatku sekalian, siapa yang tidak mahukan kebaikan sebenarnya, ketuk minda, tanya Iman kita sahabat-sahabat yang saya kasihi, diri kitalah yang tahu apa yang kita mahi sebenarnya didunia ini.

Selalulah merasa diri kita sentiasa kekurangan, moga kita sentiasa mencari Allah. Semoga Allah sentiasa dekat dengan kita, moga dia ada bersama kita. Bila terdetik sesuatu, dia akan beri kepada kita, nikmat itulah yang kita nak. Dia,Dia sentiasa di fikiran, hati dan diri kita. Subhanallah.Subhanallah.. Jangan terlalu takut pada pandangan manusia kepada kita kerana pandangan Allahlah yang lebih utama. Tapi jangan pula ada di fikiran kita, "kalu macam tu, buat dosa banyak-banyak dulu, nanti bertaubatla..." Jangan... Jangan dan Jangan sebab siapa yang tahu dia akan mati bila? siapa? cuba bagi taw! tiada siapa yang tahu.. selagi ada roh dijasad, selagi ada kudrat dibadan, gunakanlah sebaik-baiknya, biarlah orang nak kata kita ni macam mana pun, asal Allah tahu siapa diri kita sebenarnya. Apa yang kita nak, apa yang kita fikirkan dan rasa sebenarnya..

  • "Kita banyak kekurangan lagi, "depa suma orang hebat-hebat, depa lebih dahulu, banyak pula kelebihan yang Allah bagi kat depa" <--------Jangan iri hati dengan orang lain, tapi cuba sedikit demi sedikit menjadi seperti mereka, Allah lebih tahu apa yang tersirat kat hati kita~ hmm cuba perbaiki diri agar Dia sentiasa memberi kita kekuatan dan kemudahan.. Ya Allah senangnya aku bercakap.. Moga aku juga sentiasa dalam lindunganMu, Buanglah segala sifat-sifat dengki, kianat, iri hati, dan segala sifat-sifat mazmumah dalam diri ini dan gantikanlah ia dengan sifat-sifat mahmudahmu. Amin Ya Rabbal 'Alamin

( Terfikir nak cakap pasai ni sebab tengok cerita, Aku ingin ke syurga tadi)

Sinopsis sini~

"Tiada siapa tahu, adakah syurga miliknya, tetapi sentiasalah berdoa moga kita semua, bermula dengan permulaan yang baik dan berakhirnya juga dengan kesudahan yang baik"

"Buanglah segala sifat-sifat yang tidak elok dalam diri kita, Moga kita menjadi insan yang lebih baik dan disenangi semua orang"

"Segala yang baik datang dari Allah, dan yang buruk datang dari Allah jua tetapi melalui kelemahan diri ini"

0 comments:

Post a Comment