Ilyani Dakroh Ilyani Dakroh: May 2010

Thursday, May 27, 2010

Dekat Dihati

Topik 2: Berbicara dengan Tuhan

Bismillahirahmanirahim..

Kali ni kita trus masuk terus apa yang ada dlm topik ni..


BENTUK-BENTUK HUBUNGAN DENGAN ALLAH


1. Melalui perasaan dan fikiran.



  • Iaitu bila mana merasakan keagungan tuhan dengan merenung dan melihat ciptaanNya. Sentiasa menyebut Subhanallah atas kebesaranNya, Alhamdulillah atas nikmat kurniaanNya. Dengan rasa syukur itu juga akan menambahkan lagi rasa cinta kita kepadanya. Jadi fikiran kita akan sentiasa akan mengingatiNya.


2.Melalui doa dan munajat.




  • Sesungguhnya doa itu senjata orang mukmin.


  • Ibadah berdoa sekali gus merangkumi ibadah-ibadah lain khususnya dalam konteks pencapaian ciri-ciri seorang penghambaan (ubudiyah) seorang hamba kepadaNya.


  • Sekali gus mewujudkan komunikasi terus antara makhluk dengan khaliq (amalan taqarrub dengan Allah).


  • Merupakan pengharapan atau menunjukkan sikap pasrah kepadanya.


  • Hamba yang berdoa adalah hamba Allah yang merendah diri, daif, khusyuk dan tawadduk.


Dan Tuhan kamu berfirman,

"Berdoalah kamu kepadaKu, nescaya Aku perkenankan bagimu"


(Al-Mu'min)


Rasulullah s.a.w bersabda, mafhumnya:


"Berdoalah kepada Allah dalam keadaan kamu penuh keyakinan bahawa permohonan kamu akan dikabulkan Allah, dan ketahuilah bahawasanya Allah 'Azza wa Jalla tidak akan mengabulkan doa orang yang lalai hatinya"


3. Melalui istighfar.


  • Merupakan usaha untuk memahami hakikat kebesaran Allah dan memahami hakikat kerdilnya insan ciptaanNya.

  • Istighfar untuk memohon atas segala dosa dan kesalahan. Seandainya dosa yang kita lakukan itu besar,bertaubatlah disamping istighfar kerana kedua-dua ini saling berkaitan.

  • Jadikan ia sebagai amalan harian kita kerana kita hanya hambanya yang lemah, tidak terlepas melakukan dosa kerana kita semua bukanlah sempurna.

  • Ia juga dapat melembutkan hati dan menenangkan jiwa kita sekali gus memberikan kita kekuatan. Iatan yang kuat dengan pencipta kita.

4. Melalui solat.



  • Solat merupakan ibadah wajib kita dan merupakan perkara yang pertama yang akan disoal diakhirat kelak, jadi jangan sesekali kita tinggalkan. Jika tertinggal secara tidak sengaja, cepat2 lar "khado" balik.

  • Salah satu bentuk dialog atau komunikasi antara hamba dengan kahliq.

  • Sebab itu, solat dengan khusyuk adalah sangat dituntut. Dengan menhadirkan diri, merasakan Allah sedang melihat kita menjadikan solat kita sangat sempurna. Tetapi sangat lar susah untuk mendapat khusyuk dalam solat kerana iblis telah berjanji yang ia akan menggoda umat manusia dari segala penjuru.

  • Sebab tu lar ada ja benda yang diingat taim tengah solat. Benda yang dilupa pon taim tu lar da nak ingat. yes, we will try our best, right?

  • Tapi sama-sama lar kita cuba untuk dapat khusyuk tu sebab taim solat lar waktu kita dengan Allah sangat dekat.

Khusyuk:


Sikap tenang, tenteram, pelahan, penhormatan dan ketundukkan serta sikap yang disertai perasaan takut kepada Allah dan perasaan selalu diawasiNya.


Ganjaran khusyuk:


Allah berfirman,


"Sesungguhya beruntunglah orang yang beriman, iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya. Mereka itulah yang akan mewarisi syurga Firdaus dan mereka kekal di dalamnya"


~hati tenang mengingati tuhan~

Continue Reading

Monday, May 24, 2010

Martabat Cinta

Bismillahirahmanirahim..

Topik satu: buku rahsia & keajaiban cinta Allah.

Semoga Allah permudahkan saya meneruskan operation buku ni, ya la hampir seminggu jugak la tak terupdate blog saya ni.. nak kata busy tak jugak, tak taw nak kata lar..hehehe lepas edit2 bagi cantik sket, jadi semangat ditamdah pulak dengan selepas beberapa insiden..

First of all nak ucap terima kasih lar,kat sahabat saya, saudara faiz sbb da bagi nasihat jgn banyak short form, insyaAllah saya akan improve kan dari masa ke semasa. kepada sapa juga sila-sila la komen kalu baca ek..huhu yg tak komen pon xpa sbb sudi baca.. sangat terharu dah kot.. baca blog orang yang tak hebat ni, just nak share ni..

Saya ni just hamba yang lemah lagi hina ni, yg sentiasa mengharapkn pertolongan Ilahi, jadi saya cuma dapat berdoa la agar apa yg saya tulis, catat dan luah ni dapat bagi orang kefahaman dan sama-sama la kita dapat pengajaran dan muhasabah diri kita ni.. hati kita cuma kita yang taw, so masing2 dah besaq, so fikir lar mana bagus, mana xbagus, yang baguih amik, yang dak, xyah dok heran lar kn??

aduihh.. nak operation jadi communication plak!! cilap pulokk.. maahh deh.. Tapi sebelum tu, sebelum saya nak simpulkan topik satu, org putih kata "love" ni bagi jadi kuih siput.. ehh jgn silap pulak, satgi kot2 ada yg teruja nak baca sbb ingat saya cita kisah jiwang saya plak kan.. so baca yg post lama dulu.. satgi xpaham pulak sbb ni kesinambungan.. macam episod drama kat tb tu..hehe saya tengah cita mcm mana kita nak semai cinta kita kepada Allah, kita teragung kita!!

hmm tgok.. xmasuk g pon, k so jom lar buat kuih siput sama2.. kita share lar apa yang saya dapat dan saya cuba bagi jadi ringkas seringkas-ringkasnya lar.. walaupun tak pandai sangat summary2 ni, kay ni pon dah kira habis ringkas dah lar mukadimah saya ni.
oke let's us start with the doa first:

Jom baca doa ni sama-sama oke!! doa ni ada dpn buku ni taw..
maksud da ja lar..

"Ya Allah, jadikan cintaku padaMu sebagai suatu yang paling kucintai dan jadikanlah kecemasanku terhadapMu sebagai suatu yang paling kucemaskan.Putuskanlah dari segala urusan dunia demi kerinduanku padaMu."
Amin ya rabbal 'alamin

Apa tu cinta dengan Allah?? hmm macam mana kita nak cinta dan berdailog dengan Allah??, kalu ngan manusia senang lar, baru feel.. hmm feel?? betui ka? Mengikut pemahaman saya lar, hmm maksud berdialog dgn Allah ni sgt luas kerana mencintai Allah s.w.t ni bererti mencintai sesuatu yang hakiki.

Saya hurai sket pasai cinta ni, dia da tiga martabat 1) cinta agung 2) cinta sederhana 3) cinta bawahan. Martabat cinta ni difirmankan dalam firaman Allah :

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa2 kamu, dan anak2 kamu, dan saudara2 kamu, dan isteri2 (atau suami2) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda ynag kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah2 tmpat tingal yang kamu sukai(jika semua itu) menjadi pekara2 yg kamu cintai lebih drpd Allah dan RasulNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya) kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang2 yang fasik(derhaka)."
(AT-TAUBAH:24)

Justeru cinta agung adalah cinta kepada Allah, Rasul dan jihad dijalanNya. Manakala cinta sederhana ialah cinta terhadap ibu bapa, anak2, saudara mara, para isteri dan keluarga. Cinta bawahan pula ialah sifat melebihkan cinta kepada keluarga, harta, tempat tinggal, mengatasi cinta agung tadi.

Jadi disitu, kita dah dapat bukti lar, bahawa agama islam ni agama fitrah, yang menganggap cinta ni sebagai satu unsur pelengkap dan penyeri kehidupan kita semua.

~kita bersama bersemi cinta padaNya~
Continue Reading

Lambaian Cintaku.


Duhai Kasih kau dengarkan..
luahan ni hanya padaMu..



Dari dulu hingga kini, tidak terhitung
kurniaMu, ujianMu padMu,
Betapa kasihMu padaku,
Sungguh tidak dapatku hitung semuanya,
Tapi dimanakah syukurku...
Dimana??


Apa yg terlintas dibenakku,
Dengan izinmu akan kuterima,
Hatiku berbunga riang,
Tak dapatku bayangkan saat itu,
Begitu asyik,
Betapa Kau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


Tapi masa senangku,
Berlalu bagaikan air mengalir,
Disiakan bagai tiada guna,
Aku bersenang lenang,
Bersuka-suka,
Bergelak tawa,
Memang asyik tika itu,


Ketika ini,
Tubuh kecil ini merasa kekosongan,
Alunan lagu itu bawa aku mengingati zat kebesaranMu,
sangat menginsafkan diri ini,
Bait kata ketuhanan, keinsafan,kehambaan,
membuat diri ini tenang dan sayu sekali..


Aku suka, Aku rindu,
Satu cara bagaimana utkku dekatimu juga,
Aku mahu mencintaimu,
Sepenuh hatiku,

Aku mahu, Aku perlu,
kerana kutahu hanya padaMulah,
Kekuatan sebenar-benarnya,
Kaulah sumber kekuatan dan ketenangan.


Perasaan yg tidak sepatutnya,
Ingin kubuang satu persatu,
Seperti gugurnya kelopak mawar merah,
biar berganti baru,
ya seperti seindah mawar berduri.


Ya Allah..
Jadikanlah cintaku hanya padaMu,
Inginku semai ia menjadi milikku,
Inginku sentiasa memadu kasihMu,
Walauku tahu aku hanya hamba yg banyak berdosa.


Tuhanku..
Tika ini bagaikan embun hidayah
bertandang lagi,
Seperti disaatku merasa kematian hampir,
sangat hampir,
kerana disitu permulaan diri bagaikan ditarbiyah,
disini jalan yang sangat luas,
tapi kau tunjukkan jua jalan lurusMu,


Jalan juangku yang penuh liku-liku,
amat berat tapi,
Kuharap disini kutemuiMu,


Ya Allah,
disaat ini juga,
aku merasakan mutiara cintaku jatuh belenangan,
tapi atas kekuatan yg Kau berikan padaku,
Ingin kutitip dan kuikat kuat dalam genggaman,
agar ia
menjadi butiran tasbih cintaku buatMu.

~hamba sayu menginsaf diri~
Continue Reading

Wednesday, May 12, 2010

Rahsia & Keajaiban Cinta Dengan Allah s.w.t

Bismillahirahmanirahim..

hmm tiba la msa saya nak kupas buku tapi dah lewat ni..
intro cket lar..

karangan Dr. Abdullah Aidh Al-Qarni..

saya amat tetarik dgn buku ni.. sgt2 teruja.. i like it's cover.. nice colour n picture actually..
i think this is my first book, i bought since i stay at my uni.. taim da jualan.. anjuran sapa tak ingt..

First of all, utk pemulaan jadi baik la kiranya saya mulakn kupasan @ operation saya ni dgn buku ni.. kerana bgi saya Allah is the 1st one bila apa2 ja la kita nak wat(menda bek la) mksud saya niat or kita akan ingat bila kta nak wat something.. and i know, u all pon sama cam saya.. betoi ak?
saya rasa bersyukur dilahirkan sebgai umat islam. Diberi nikmat islam dan iman.. syukur sgt2..
ALHAMDULILLAH.. thank you ALLAH!!

Sbb utama saya beli buku ni adalah utk menyemai rasa cinta saya hanya utk Allah, kemudian dari situ la kita akan jmpa cinta yg lain..betui x pndpt saya ni?
Jadi saya pon belek2 gak sblum beli.. bkn takat cinta Allah bnyak input menarik dalam ni.. da ajaq cara2 nak merasai cinta Allah..

kalu sblum ni kita sebut ja..tp kali ni sebut siap amal lagi.. insyaAllah sama2 kita aplikasikan apa yg kita dpt.. da gak motivasi.. ayat2 Quran.. bnyk g lar.. t saya akan kupas ikut topik.. bnyk topik da smpai 13 then dlm tu da g.. hmm pndai2 lar baget.. insyaAllah akan ringkas dan padat.. khusus utk diri sndiri dan saudara saudari.. takat tu dulu. insyaAllah dlm masa terdekat saya update..

~jalan menemui cintaNya~
Continue Reading

Tuesday, May 11, 2010

Piramid terbalik dan Unta

PIRAMID BACAAN


Apa bhn bacaan yg perlu dibaca mengikut prioriti?

ofcourse lar Al-Quran ranking pertama.. sumber rujukan utama kita sebagai umat islam.

Just nak tekankan 4 bahan bacaan utama yg perlu kita lebih fokus ialah Al-Quran,hadis, buku2 syariah... bagi saya tiga benda ni sgt berkait rapat ngan kehidupan kita..

Ingtlah "dgn membaca Al-Quran hati akan menjadi tenang seperti mana bila kita mengingayi ALLAH dan KEMATIAN.





UNTA (UNTUK TAHU)
ILMU lebih baik daripada HARTA
Text Color
  • Ilmu diwariskan kpd para Nabi vs Harta diwariskan kepada Qarun dan Firaun.
  • Ilmu akan bertambah bila kita guna tp Harta akn berkurang bila dibelanjakan kecuali harta yg digunakn utk dimanfaatkan di jalan Allah.
  • Ilmu akan melindungi pemiliknya vs Harta perlukan perlindungan pemiliknya.
  • Ilmu dan Harta dimiliki org beriman dan tidak beriman tapi Ilmu yg membawa kpd kenal dan rasa takut kpd Allah hanya dimilik oleh org yg beriman.
  • Ilmu dan amal akan bantu pemiliknya meniti titian sirat.
  • Alim ulama' sentiasa diperlukn oleh manusia utk menunjukkan jalan yg lurus vs Org kaya tidak selalunya diperlukan masyarakat.
  • Ilmu yg dimanfaatkan (amal jariah) dpt menemani kita hingga ke liang lahad vs Harta akn segera terpisah setelah kita meninggal.

~hakikat bahagia adalah ketenangan~

Continue Reading

Kupasan isu dalam solusi isu18..

Bismillahirahmanirahim..


Disini saya ingin berkongsi mengenai tajuk utama majalah solusi isu 18. Saya amat tertarik dgn isu ini kerana ia amat berkait rapat mengapa terciptanya blog saya ini. lagipun bagi sya majalah solusi sgt bagus dan byk ilmu yg kta dpt kalau membacany.. jom pakat beli, pinjam dan baca solusi..mmg best lar..

Apa yg saya baca akan saya kongsikan bersama shbt2 suma krn saya nak..apa yg saya dpt, org len pon dapat..

Saya dpt menyimpulkan sedikit sbnyak lar..mai sama kita renung dan baca lar apa yg saya tulis neh..hehehe then kalu sapa2 nak tmbh silakan...


Membaca bknlah satu hobi kalau nk diikutkan..tapi sbnaqnya ia adalah satu tuntutan dan keperluan utk kita semua. sedarlah wahai insan yg malas membaca ya!! Bacalah krn ia merupakan kunci kpd ilmu, ilmu itu imam kpd sgla amal dan amal itu akan membawa kpd taqwa(sumber kekuatan kita di dunia dan akhirat).


Allah jga mmilih kalimah iqra' utk mentarbiayah umat Muhammad krn amaln ini pekara pertama dan utama yg mesti ada krn tujuan utama kita didunia ini adalah sbgi hamba dan khalifah muka bumi. Jadi dari situ amat jelas peranan ilmu kn?


Kat sini saya jgk nak share apa yg terkandung @ maksud surah al-'alaq krn Allah telah menunjukkan dgn jelas. Allah tidak hanya mdorong tp Dia jga mengatur apa dan bgaimana proses membaca harus dilakukan. Dalam 5 ayat surah ni pulak ada 2 syarat agar membaca tu dpt capai matlamatnya :



PERTAMA: "Bacalah dgn Rab-mu yg telah menciptakan."

Mean: kita kena baca sesuatu yg diredhai dan disukai Allah s.w.t So, kita kena elak @ jgn sesekali baca benda yg dimurkai Allah. Bila kta baca kena didasari niat krn Allah utk bg kebaikan kpd diri, alam dan org kat sesekeliling kita.

KEDUA: "Bacalah dgn Rab-mu yg Maha Pemurah, yg mengajar manusia dgn pena. Dialah yang mengajar manusia dgn pena. Dialah yg mengajar manusia apa yg mereka tidak ketahui."

Mean: kita jgnlah angkuh bila dpt ilmu sbb ilmu tu dtgnya dari Allah dan pula jgn sombong dgn manusia krn ilmu tu betujuan utk bg khidmat kt manusia dan bkn utk dibangga2kan. So, sama-samalah kita guna ilmu yg kita ada tu sebaiknya dan jgn jd org sombong kay..

Jom hayatilah firman Allah s.w.t yg bermaksud :


"Bertaqwalah kpd Allah dan Dialah yg telah mengajarimu."

(Surah Al-Baqarah 2:282)


InsyaAllah, saya ingin menjadi..
~insan mulia kerana ilmu~
























Continue Reading

Monday, May 10, 2010

setulus hati sebersih sanubari..


Alhamdullilah dgn nama Allah yg maha pengasih lagi maha penyayang


akhirnya tercipta jua blog ini..





Juga terima kasih buat teman2 yg membantu, fatin hasanah khususnya.. akak2 yg memberi semangat dan dorongan,kak teha,kak shidat,kak hana' yg xjemu2 menanyakan tentang blogku ini..serta buat sahabat2 yg dikasihi sekalian.. "saya syg sahabat" XD I MISS YOU ALL..





Saya bknlah seorg penulis tp atas usaha utk mendalami ilmu, jdi tercetusnya ilham dari seorg saudari yg amat disegani kak teha khususnya..terima kasih akak!! menberi idea agar saya membuat blog.. bedah buku? mcm mn tu?? adakah sprti bedah cik bedah? ohhh..tidak sama sekali.. nama pon buku...jadi kita koyak buku lar nohh.. no! no! no! kupas mcm bwg? hmm lebey kurang.. hmm mcm ni lar.. penah wat pojek nilam? haaa..gitu lar lebey kurang..


kita kena baca dulu then kta explain lar apa yg kta paham.. cm wat sinopsis, bhsa sastera nya..


oooo..gitu!! oke i'll try my best chaiyok2..hehehe (antara pebualan2 ku)





Di ruangan ini jga saya menyeru agar saudara saudari untuk memberi komen, pendpat, perkongsian krn saya sgt suka share "sharing is caring" trutama blm blog ini lar.. teguran dan pandangan saudara saudari,ustaz ustazah,tuan puan, encik cik, tuan puan, dato' datin, mak ayah, abg kkak, tokwan tok, moyang tokyang huhu telebey sudah!! maapp..amat2 lar di alu2kan.. tak kira lar baik@ buruk,saya terima krna saya mahu belajar dan trus belajar insyaAllah..ya la tok mntapkan lg pmahaman dan gaya penulisan saya jgak,yg masih lemah ni dan sbenaqnya seorg yg malas membaca (pendedahan esklusif tuh)..insyaAllah mudahan lepas akan lebih ghajin dan ALLAH akn bg saya kekuatan dan pmudahkannya..doa2 kn saya ya shbt2 suma..



kecik tapak tgn nyiru saya tadahkan..maceh adik ilyas..bley lupa peribhsa ni.. xley blah punya org.. pasni kna mantap peribhasa plak! insyaAllah Aja2 figthing..yakkkk!
sila2 kan ya komen..

"BACALAH KRN MEMBACA ITU ANAK KUNCI KPD ILMU,
ILMU ITU PULA IMAM KPD SEGALA AMALAN,
DAN AMALAN ITU AKAN MEMBAWA KPD TAQWA"
(majalah solusi isu 18)
Akhir kalam, saya harap blog saya ini juga akan menjadi madah/laluan kpda saudara saudari untuk sama2 kita menambah ilmua pengetahuan.. sama2 lar kiata saling memberi dan menerima insyaAllah.. agar kita mnjadi insan yg berilmu lg disegani insyaAllah.
Saya juga menyeru saudara saudari utk mcdgkan buku yg menarik utk dibaca khususnya bahan bacaan agama tidak kira lar majalah,buku motivasi,buka haraki..whatever lar.. insyaAllah saya akan cuba lar sikit2.. sikit2 lama2 jadi bukit..(guna ja lar) so bnyk lar ilmu kita dpt kn? ya tak?
hmmm byk plak saya beceloteh..rupa2nya saya ni byk idea gak noh..hahaha haa tgok!! ish3x anak saapa taw..
sekadar itu dulu lar kata aluan baru neh..
next? tunggu kemunculannya!!
~insan kerdil cuba mencari~


Continue Reading