Ilyani Dakroh Ilyani Dakroh: Dekat Dihati

Thursday, May 27, 2010

Dekat Dihati

Topik 2: Berbicara dengan Tuhan

Bismillahirahmanirahim..

Kali ni kita trus masuk terus apa yang ada dlm topik ni..


BENTUK-BENTUK HUBUNGAN DENGAN ALLAH


1. Melalui perasaan dan fikiran.



  • Iaitu bila mana merasakan keagungan tuhan dengan merenung dan melihat ciptaanNya. Sentiasa menyebut Subhanallah atas kebesaranNya, Alhamdulillah atas nikmat kurniaanNya. Dengan rasa syukur itu juga akan menambahkan lagi rasa cinta kita kepadanya. Jadi fikiran kita akan sentiasa akan mengingatiNya.


2.Melalui doa dan munajat.




  • Sesungguhnya doa itu senjata orang mukmin.


  • Ibadah berdoa sekali gus merangkumi ibadah-ibadah lain khususnya dalam konteks pencapaian ciri-ciri seorang penghambaan (ubudiyah) seorang hamba kepadaNya.


  • Sekali gus mewujudkan komunikasi terus antara makhluk dengan khaliq (amalan taqarrub dengan Allah).


  • Merupakan pengharapan atau menunjukkan sikap pasrah kepadanya.


  • Hamba yang berdoa adalah hamba Allah yang merendah diri, daif, khusyuk dan tawadduk.


Dan Tuhan kamu berfirman,

"Berdoalah kamu kepadaKu, nescaya Aku perkenankan bagimu"


(Al-Mu'min)


Rasulullah s.a.w bersabda, mafhumnya:


"Berdoalah kepada Allah dalam keadaan kamu penuh keyakinan bahawa permohonan kamu akan dikabulkan Allah, dan ketahuilah bahawasanya Allah 'Azza wa Jalla tidak akan mengabulkan doa orang yang lalai hatinya"


3. Melalui istighfar.


  • Merupakan usaha untuk memahami hakikat kebesaran Allah dan memahami hakikat kerdilnya insan ciptaanNya.

  • Istighfar untuk memohon atas segala dosa dan kesalahan. Seandainya dosa yang kita lakukan itu besar,bertaubatlah disamping istighfar kerana kedua-dua ini saling berkaitan.

  • Jadikan ia sebagai amalan harian kita kerana kita hanya hambanya yang lemah, tidak terlepas melakukan dosa kerana kita semua bukanlah sempurna.

  • Ia juga dapat melembutkan hati dan menenangkan jiwa kita sekali gus memberikan kita kekuatan. Iatan yang kuat dengan pencipta kita.

4. Melalui solat.



  • Solat merupakan ibadah wajib kita dan merupakan perkara yang pertama yang akan disoal diakhirat kelak, jadi jangan sesekali kita tinggalkan. Jika tertinggal secara tidak sengaja, cepat2 lar "khado" balik.

  • Salah satu bentuk dialog atau komunikasi antara hamba dengan kahliq.

  • Sebab itu, solat dengan khusyuk adalah sangat dituntut. Dengan menhadirkan diri, merasakan Allah sedang melihat kita menjadikan solat kita sangat sempurna. Tetapi sangat lar susah untuk mendapat khusyuk dalam solat kerana iblis telah berjanji yang ia akan menggoda umat manusia dari segala penjuru.

  • Sebab tu lar ada ja benda yang diingat taim tengah solat. Benda yang dilupa pon taim tu lar da nak ingat. yes, we will try our best, right?

  • Tapi sama-sama lar kita cuba untuk dapat khusyuk tu sebab taim solat lar waktu kita dengan Allah sangat dekat.

Khusyuk:


Sikap tenang, tenteram, pelahan, penhormatan dan ketundukkan serta sikap yang disertai perasaan takut kepada Allah dan perasaan selalu diawasiNya.


Ganjaran khusyuk:


Allah berfirman,


"Sesungguhya beruntunglah orang yang beriman, iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya. Mereka itulah yang akan mewarisi syurga Firdaus dan mereka kekal di dalamnya"


~hati tenang mengingati tuhan~

0 comments:

Post a Comment