Ilyani Dakroh Ilyani Dakroh: April 2011

Friday, April 29, 2011

Cuti vs Holiday!!!

Ada apa dengan cuti aku ek? stat cuti dari 8hb 4 sampai 9hh 5... sekarang dah 29hb 4... jadi dah 17 hari kat rumah, 3minggu lebih..thats mean just tinggai beberapa hari lagi kat umah..huhu kejap ja..pejam celik pejam celik..pejam lebih byk dari celiknya..hahaha macam2 la jadi kat umah ni, ada best ada sedih..yang sedihnya... aku merajuk sekerat hari..sebab apa? kena marah ngan mama sbb lambat bertindak..ayooo nak marah kat org lain aku jadi mangsa..huhu masa tu plak tengah nak masukkan suapan pertama... dlm kepala nk makan ka nak basuh tangan masuk bilik..macam kurang ajaq plak.. makan la cepat2 sambil air mata berlinangan...huhu macam budak2... makan pon dah tak lalu jadinya..just mkn ubi ngan kuah..kunyah toksah nk kata la.... telan trus ja.. aku pon tak taw..jadi sensitip sangat..lama tak teyak kot, last2 masuk bilik la,... tapi lama sungguh tak wat perangai budak2 neh.. dulu ingat lagi kalu aku kata tak mau..tak mau la... tak suka paksa.. lebih suka kalu diri sendiri nak buat..so aku akan buat sungguh-sungguh... stoppppp!!! last sekali, mama pujuk beli sesuatu yang aku just niat dlm hati sengsorang..adik, k.long ada... aku?? hehehe esoknya... mama beli... selalu camtu... dalam kepala ni, hmmmm.. depa leh dengaq ka kata hati aku?? arrrghhh tak kan la cam muvi kata hati tu...tak mau2....dan yang sebenarnya... Allah lebih mengetahui kan2?...

Apa lagi ek aku buat?? lepas exam ritu aku trus p umah mak tam.. balik kedah dengan mak tam..yang kebetulannya mai KL... then teman da p parit buntaq n jadik bbsiter sat... pastu bila dok umah.. hmmm besa la kemas rumah, tu aku suka berbanding masak... tak suka tengok sepah-sepah neh... hmmmm kalu bleh suma nak kemas... masak tu cket2 boleh la.. cuma malas nak tunjuk ja.. sbb da lagi terer.. so merendah diri sket!! hahaha aku yakin, lama2 terer la... ko hoo ko hooo la (org kelate kata) hahaha

haaa minggu lepas kat sekolah baba ada check kesihatan oleh yayasan buah pinggang malaysia tu.. aku pon p chek gak... huhu alhamdulillah suma okay, sihat alhamdulillah.. setakat neh.. syukur sangat family tak dak sakit keturunan ka apa... hmm so dari sekarang pemakanan dh kena jaga sebab kolestrol dlm darah tinggi jugak...hmm nasib la bmi normal... berat naik 1kg selalunya maintain ja 45kg, sekarang dh naik jadi 46kg hahaha tinggi naik 1m, jadi 146m...hihi gula dalam darah okay.. org kesihatan tu nasihatkan kena makan byk sayuq, buah, kurangkan makanan laut, yang bergoreng..hmmm elok la tu... aku pon resdung kuat jugak... sampai penuh jerawat kat dahi neh..adoiiiii ada jugak chek mata.. power mata makin bertambah... silap selama ni sepatutnya dia cakap.. kalu rabun jauh..pakai just bila nak tengok objek jauh tapi aku neh.. jauh dekat suma pakai spek... mmg sayang la.. sekarang bila tengok dekat pon kena pakai sebab dah tak nmpak..effect da, 24jam kena pakai spek la.. dah 4.00 dua2 belah..huhu takat neh, 4kali buat spek...huhu nikmat mata dah ditarik..dah jadi tak normal hihi

so bila ada chek kesihatan ni... baba pon kena stat bersenam.. pa lagi petang2 aku ngan baba main badminton la.. hehe memang best... lama sungguh tak main.. terer jugak aku ngan baba, mama pon main sampai sakit kepala la mama kata.. besa la bila lama tak bersenam, otot2 tangan rasa la sakit sket..hehehe ni abang balik cuti bleh la main ngan dia plak..

sabtu minggu lepas 23hb 4, ada mesyuarat agung tahunan pas kawasan kali ke-52.. lat minit jugak join tu, pagi tu baba tanya, k.ngah nak ikut dak mama, kalu nak ikut baba buh nama jadi pemerhati. aku dengan bersemangatnya.. nak nak... hmmm first taim, nak la jugak tengok.. even aku taw, mesti ramai mak cik2 n pak cik2... memang best la.. perasmian plak oleh Mat Sabu.. sapa tak kenai kan.. dengaq la ceramah.. jumpa dekat yb Cg Jo.. dun kupang.. Ust Taib tak dak sebab p kelantan ada program apa tah.. hmm macam2 la usul masalah berbangkit.. yang lawaknya, tak larat pengerusi nak remind.. suh pendekkan apa yang nak di cakap tu.. dari pagi sampai petang jugak la.. pengumuman organisasi kawasan yang baru pon umum 10mlm.. so tak larat nk tunggu aihh.. kami balik dulu.. malam tu ada la wakil yang p... hmmm macam tu rupanya, cakap ngan mama.. nanti k.ngah nk buat usrah kat org muda2 kat kampung kita plak la... hehehe bila la tu.. mama kata jom ikut usrah mama dulu...hehehe senyum sampai telinga aku...

hmm takat tu dulu la kot nak kongsi cuti saya...hmmm harapan bila p sotsem nanti... harapnya dapat add satu subjek core la.. tak kan nak amik tilawah ja kot..macam rugi... apa2 pon p dulu, kalu tak dapat tahu la macam mana nak uruskan cuti nanti hihi (^______^)

###tengah cari mood untuk habihkan pembacaan buku###
Continue Reading

Friday, April 15, 2011

solehkah kita??


Salam Jumaat yang penuh Barakah~

Beruntungnya mereka ada anak-anak yang soleh dan solehah, setiap ari jumaat atau dalam seminggu tu, semasa hidup telefon mak ayah tatkala berjauhan, bagi yang dah meninggal dan rumah berdekatan, setiap jumaat menziarahi kuburan, membacakan yassin dan tahlil... Ya Allah, sejuk perut mak yang mengandung 9bulan 10hari tu.. disetiap doanya pula tak pula putus-putus mendoakan kebahagiaan dan kebaikan buat ibubapa mereka, ketika hidupnya sentiasa membantu kedua orang tuanya semoga kita semua menjadi anak yang soleh dan solehah

ada satu cerita nak dikongsikan dengan sahabat-sahabat:
Citanya macam ni~

Nabi musa telah bertanya kepada Allah Taala semasa dia bertemu dengan Allah di bukit Tursina, ini kerana Nabi Musa satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah swt. Baginda bertnya " siapakah gerangan yang akan berjiran denganku di syurga kelak?" Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang tu, kampung dan tempat tinggalnya.

Setelah turun dari bukit Tursina selepas bermunajat, baginda pun pergi ke kampung tersebut untuk menemukan orang yang dimaksudkan. dipendekkan cerita, didalam rumah itu, baginda melihat lelaki itu memandikan babi jantan dan babi betina, orang itu membelai binatang itu dengan penuh kasih sayang, memandikan, kemudian dilap sampai kering kemudian di ciumnya. dia menggendong binatang tersebut dengan begitu cermat sekali.

Kemudian, Nabi Musa bertanya, " apa agamamu, kenapa kamu membela binatang haram ini?" lelaki itu menjawap "ya agamaku tauhid" yakni islam, "aku membela binatang ini kerana, keduanya merupakan kedua orang tuaku, wahai tuan hamba" Allah Taala telah menukarkan mereka menjadi babi yang hodoh kerana mereka berdua telah melakukan dosa besar.

Walaupun ibubapanya telah bertukar menjadi babi yang hodoh, lelaki tersebut tetap menjaga kedua orang tuanya engan penuh kasih sayang dan sentiasa berdoa agar Allah mengampunkan dosa-dosa mereka serta dia bermohon agar Allah menukarkan ibubapanua menjadi manusia semula tetapi belum dimakbulkan. dia tidak pernah berputus asa.

Kemudian Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa, "wahai Musa, saudara ini akan menjadi jiranmu di syurga kelak keran baktinya kepada kedua orang tuanya, walaupun ibubapanya ditukar menjadi babi yang hodoh, tetap juga dia berbakti kepada mereka, oleh itu Allah tinggikan maqamnya, sebagai anak ya g soleh disisi Allah.

Allah juga berfirman, "Oleh kerana dia telah berada dimaqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya, tempat kedua ibubapanya yg Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga."

Itulah kisah seorang anak yang soleh, even mak ayah da telah melakukan dosa yang besar, atas sebab berkat doany dan kasih syangnya, Allah tempatkan dia di syurga dan berjiran dengan Nabi Musa, Mak Ayahnya pula dari neraka ditepatkan ke dalam Syurga. Walaupun buruk mana pun ibubapa kita, sentiasalah berdoa kepada mereka agar diampunkan dosa-dosa mereka. Itu seua urusana meraka dengan Allah, tapi sebagai anak, Kita perllah membalas jasa dan pengorbanan mereka mendidik dan membesarkan kita dari kita kecik hingga kita dewasa. kalu kita mempunyai ayah ibu yang baik, jadikan mereka sebagai contoh teladan, ambillah contoh atas kebaikan yang telah mereka berikan.

~Moga kita menjadi anak soleh dan solehah yang sentiasa berbakti kepada ibubapa kita~

Continue Reading

Thursday, April 14, 2011

10 ciri peribadi muslim



Jom kita sama bina peribadi muslim (Fardu Muslim). Suka saya ingatkan diri saya pasai ni sbb diri ni pon still mencari dan sentiasa perlu diperbaiki, Alhamdulillah jalanNya terang walaupon penuh onak duri, tapi akan jua ku cuba jejaki, aku perlu bantuan dan sokongan dari semua. Dan alhamdulillah sebelum balik cuti sem aritu, taim tengah exam, my roommate piah cun telah bagi satu helaian kertas mengenai 10 ciri peribadi muslim dengan detailnya, katanya sahabatnya bagi kepadanya, mungkin jugak datang dari Allah. Dan niat di hati nak la kongsi dengan suma, So dimana lagi, disini la tempat yg sesuaikan? (^_^).. Tengok-tengok balik, rupanya ni la ciri yang 10 sifat, ciri peribadi muslim yang digariskan oleh As-Syahid Hasan Al-Banna:


cun punya picture kan...suka2

1. Aqidah yg Sejahtera

2. Ibadah yg sohih

3. Akhlak yg mantap

4. Berpengetahuan Luas

5.Memiliki tubuh badan yg sihat

6. Bermujahadah melawan hawa nafsu

7.Berdikari

8.Tersusun didalam urusan

9.Menepati masa

10.Bermanfaat utk orang lain.


1) SALIMUN AQIDAH (Aqidah yang sejahtera)

  • Akidah yang sejahtera ni means keyakinan yang teguh dalam beragama, iaitu yakin bahawa tiada Tuhan (Allah) yang wajib di sembah melainkan Dia.
  • Jangan meminta bantuan dari org yang berlindung pada jin.
  • Tidak berjampi melainkan dengan menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran.
  • Mengikhlaskan amal hanya kerana Allah
  • mengimani rukun Iman dan rukun Islam.
  • Sentiasa mensyukuri nikmat pemberian Allah s.w.t
  • Sentiasa sedar syaitan adalah musuh yang sentiasa menghalang kita berbuat kebaikan dan sentiasa menghasut utk melakukan kemungkaran
  • menerima dan patuh kepada suruhan Allah swt dan menjauhi apa yang dilarangNya.
2) SHAHIHUL IBADAH (Ibadah yang Betul)
  • tidak menolak bila diminta azan
  • bersuci dengan sempurna
  • bersemangat untuk solat berjemaah
  • sangat suka berjemaah dimasjid
  • sentiasa memperbaiki mutu solat
  • Qiam seminggu sekali
  • menunaikan amalan wajib, solat, puasa, zakat
  • berpuasa sunat sekurangnya sekali sebulan @ seminggu sekali
  • niat untuk melaksanakan haji
  • sentiasa membaca Al-Quran (bertadabur)
  • menutup hari dengan bertaubat dan istighfar
  • menjadikan setiap amalan mempunyai niat
  • menjauhi dosa besar
  • melazimi zikir setiap pagi dan petang (ma'thurat)
  • Mengingati Allah dalam setiap keadaan
  • sentiasa bersuci sedaya mungkin
  • memenuhi nadzar
3) MATIINUL KHULUQ (Akhlak yang Mantap)
  • tidak sombong (takabbur)
  • mempunyai pendirian
  • tidak bercakap bohong (berdusta)
  • tidak mencaci maki, mengadu domba, mengumpat,mengejek.
  • tidak mempelekehkan sesuatu kumpulan
  • tidak menjadikan orang buruk yg buruk akhlaknya sebagai teman/sahabat
  • menyayangi yang lebih muda dan menghormati yang lebih dewasa
  • memenuhi janji
  • menjaga pergaulan antara lelaki dan perempuan (jaga batasan)
  • menyimpan rahsia
  • menutupi aib atau dosa orang lain
  • memiliki ghiroh(rasa cemburu) pada keluarganya dan agamanya
4) MUTSAQQAFUL FIKRI (Luas Pengetahuan)
  • Mampu membaca dan menulis dengan baik
  • membaca 1 juz tafsir Al-Quran (Juz 30)
  • memerhati hukum-hukum tilawah
  • menghafal separuh Arba'in (1-20)- mampukah aku??
  • menghafal atau mengetahui 20hadis dari Riyadhush-solihin
  • mengetahui hukum-hukum yang telah Allah tetapkan, hukum thoharoh,solat,puas dsb
  • mengetahui 10 sahabat yang di jamin masuk syurga
  • mencaknakan diri dengan isu semasa, mengkaji kebenaran
  • memahirkan diri dengan wasilah-wasilah moden
  • mengetahui pertubuhan-pertubuhan yang menyeleweng
  • mengetahui bahaya perancang keluarga
  • mendengar dengan baik
  • mampu memberikan pandangan
  • bersedia menerima tugas-tugas kolektif
  • tidak menerima syubhat yang dilemparkan keatas kita
  • sentiasa ada rasa ingin menuntut ilmu
  • menghadiri majlis-masjis ilmu
5) QAWIYYUL JISMI (Tubuh Badan yang Kuat)
  • bersih badan, pakaian dan tempat tinggal
  • komitmen adab makan dan minum sesuai dengan sunnah
  • jaga cara pemakanan (makan makanan yang seimbang)
  • tidak berjaga malam berlebihan melainkan berQIAMULLAI
  • komitmen dengan senaman 2jam seminggu
  • bangun sebelum fajar
  • mematuhi kaedah membaca dari aspek kesihatan
  • meninggalkan tabiah merokok, shi sha pon sama, tak elok utk jantung dan paru-paru
  • menghindari tempat-tempat kotor dan berpenyakit
6) MUJAHIDUN LINAFSIHI (Bermujahadah melawan hawa nafsu)
  • menjauhi segala yang haram
  • mendekatkan diri dengan kebaikan
  • menjauhi tempat-tempat lalai yang diharamkan
  • menjauhi tempat-tempat maksiat
  • sentiasa bermuhasabah diri
  • sentiasa ingin memperbaiki diri kearah kebaikan
7) QADIRUN 'ALAL KASBI (Mampu Berdikari)
  • menjauhi sumber hasil yang haram
  • menjauhi riba', judi, dan penipuan
  • membayar zakat
  • membuat simpanan meskipun sedikit
  • merancang masa hadapan dengan teratur
  • tidak menangguh-nangguhkan tugasan yang diamanahkan
  • memelihara harta awam
  • menjaga harta peribadi
8) MUNAZHZHOM FI SSYUUNIHI (Berdisplin @ tersusun di dlm urusan)
  • penampilan yang elok
  • menyusun jadual harian dengan teratur
  • tidak menjalin hubungan dengan pihak-pihak yang menentang islam
  • mempunyai matlamat hidup yang jelas
9) HARISHUN ALA WAQTIHI ( Menjaga Masa)
  • sentiasa menghargai masa
  • mengisi masa dengan perkara-perkara bermanfaat
  • tidak membiarkan masa disia-siakan
  • pandai membahagikan masa
10) NAFIUN LI GHOIRIHI (Bermanfaat untuk orang lain)
  • melaksanakan hak kedua ibu bapa
  • menyertai majlis-majlis kegembiraan(kenduri) bila dijemput
  • membantu orang yang memerlukan
  • memberi petunjuk kepada orang yang sesat
  • saling nasihat menasihati kearah kebaikan
  • menikahi pasangan yang sesuai (sekufu)


~ jom sama-sama perbaiki diri demi kebaikan bersama~

Continue Reading

Jodoh ketentuanNya~

Salam 'alaik, lamanya tak update rindu~

Bestnya Family camni kan?
Wahai wanita, ku ingatkan diriku dan dirimu, peliharalah diri dan jagalah kesucian. semoga redha Allah akan sentiasa mengiringi dan memberkati perjalanan hidup kita.

Yang dicari walau bukan putera raja,
biarlah putera Agama.
Yang diimpi, biarlah tak punya rupa,
asal sedap dipandang mata.
Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani,
asalkan sihat rohani dan hati.
Yang diharap, bukan jihad pada semangat,
asal perjuangannya ada matlamat.
Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang,
kerana diri ini serikandi dengan silam yang kelam.
Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata,
cukuplah akad dan janji setia.
Dan yg akan terjadi, andai tak sama dgn kehendak hati,
insyaAllah ku redha ketetapan Ilahi..


Kalu kita nak yang soleh, kita kena jadi solehah dulu, so kena la didik diri dulu, perbaiki diri kita dulu. Bina fardu muslim sebelum membina baitul muslim. Kalu nak bina baitul muslim, asasnya adalah Agama (ISLAM). Sebagai dasar atau asas dalam rumahtangga kerana agama itu adalah tunjang dalam kehidupan berkeluarga disamping dapat memelihara diri dari melakukan perkara yang Allah larang, Dalam agama Islam, kita kena ingat asasnya adalah akidah. Akidah ni la tersangat penting, tercabang pada tiga bahagian pulak, islam, iman dan ihsan. So, banyak la kita nak kena kaji dan selidik.. ish bkn senang nak senang, pulun sikit jaa..Sebab tu, dalam pemilihan jodoh kita jugak kena pilih yang beragama, tak kira la laki atau perempuan.

Rasulullah saw telah bersabda "Seseorang wanita dinikahi kerana empat sebab: kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah engkau mengutamakan yang beragama, itulah pilihan yang terbaik."

"Apabila datang kepada kamu peminang (lelaki) yang engkau puas hati dengan agamanya dan kelakuannya, maka terimalah dia"
(Hadis Riwayat Tarmizi)

Perempuan pulak bila ada seorang lelaki soleh merisik yang mana baik agama dan akhlaknya, terimalah, sungguh rugi seorang perempuan itu, andai melihat dari sudut yang berbeza dan tak menerima lelaki itu. Setiap orang dalam hidup perlu ada perancangan yang jelas, apa matlamat hidup, apa yang kita mahu capai dalam hidup, adakah ianya selari dengan tuntutan agama. Kita perlu kaji selidik dari setiap aspek, ni bukan memilih tapi demi kehidupan yang lebih sempurna dan masa depan di dunia dan akhirat. saya ada baca artikel sini Sapa tak mau kebaikan dalam hidup da kan? So Bila nak pilih jodoh, kena la pilih yang boleh didik anak2nya kelak, ya la bukan senang nak mendidik budak2 ni kan? hmmm

Keluarga Impian

Kalu saya, saya dah ada plan saya, sekarang just tumpu pada pelajaran, kutip ilmu dunia akhirat sebanyak mungkin, bina fardu muslim dalam diri. insyaAllah panjang umur, jodoh tu akan datang sendiri, jangan kusut2kan kepala, kalu tak dak sangat, mama dan baba boleh tolong carikan. Pasrah ja tp yang penting kena la dengan diri neh. hahaha means sekufu~ pastu lepaih grad cari pengalaman, ada modal bukak business idaman then beli keta yang menjadi first idaman, kalu maju sket maybe boleh tkaq suzuki swift ka hahaha

cantik kan keta neh?? toyota yaris pon ok paa

tapi duduk rumah sewa dulu la kot, atau pon duduk ngan ma&ba, di samping berkhidmat untuk mereka hihi hmmmmm adoi cakap macam senang ja kan.. bukan senang nk senang!!! suma tu perlukan usaha yang kuat, gigih dan istiqamah.

Subhanallah, bahagianya mereka

aku bukanlah sehebat KHADIJAH yg begitu sempurna
aku juga tak setabah RABIATUL ADAWIYAH yg begitu setia dlm sengsara
dan aku juga taksekuat & seteguh SARAH
apatah lagi secantik BALQIS
malah kasihku jua tak setulus ZULAIKHA
lalu bantulah aku Ya ALLAH, mencari jalan pulang ke sisi MU..


~keluarga bahagia idaman semua~

Continue Reading

Friday, April 1, 2011

Mesej ringkas


Telah jauh aku mengembara
Mencari erti hidup di dunia ini
Yang selamaini sering disalah erti
Oleh mereka yang bertuhankan hati

Ku musafir ke pelusuk dunia
Memerhatikan gelagat manusia
Ada yang gembira hingga terlupa
Ada yang berduka tetapi gembira

Terasa lelah menempuh jalanan beronak duri
Kekadang sesat tanpa haluan
Sehingga punca hilang di mata
Kuturutkan jua hati yang buta

Kupasrahkan padaMu Tuhan
Segala yang akan berlaku
Kerana Engkaulah menentu segala
Menciptakan dunia penuh pancaroba
Tak terdaya rasanya kaki melangkah

Kau pimpinlah langkahku Tuhan
Agar tidakku kesesatan dari jalan SyurgaMu yang diidamkan
Kerana tidakku terdaya menahan seksa neraka
Tidak pula layakku ke syurga

Ku hanya hamba yang diciptakan dengan kelemahan
Sering daku terlupa sering jua daku terleka
Dengan nikmatMu yang melimpah didepan mata

post ringkas insyaAllah~

Sebenarnya ni lirik lagu dehearty, tajuknya kembara hidup.. sangat kena la dengan diri kita, kadang lalai leka dari mengingatinya, masih tak taw tujuan sebenar hidup kat dunia, suka menyalahkan diri atas nasib menimpa, tapi sebenarnya,itu suma adalah pilihan kita, semua orang tak sempurna, apa yang boleh buat adalah cuba sebaik mungkin untuk mencari kebaikkan dan berubah. Jagalah diri dan maruah diri dan keluarga. rasa tak layak nak nasihat orang, tapi kita boleh saling berpesan-pesan untuk kebaikkan. Gunakan akal untuk kebaikkan. Jangan pernah rasa lemah dan berputus asa dalam membina hidup yang lebih sempurna, Ingatlah ALLAH sentiasa ada bersamamu tika susah senang.

~jom-jom sambung stadi esok exam neh!~
Continue Reading