Ilyani Dakroh Ilyani Dakroh: 10 ciri peribadi muslim

Thursday, April 14, 2011

10 ciri peribadi muslim



Jom kita sama bina peribadi muslim (Fardu Muslim). Suka saya ingatkan diri saya pasai ni sbb diri ni pon still mencari dan sentiasa perlu diperbaiki, Alhamdulillah jalanNya terang walaupon penuh onak duri, tapi akan jua ku cuba jejaki, aku perlu bantuan dan sokongan dari semua. Dan alhamdulillah sebelum balik cuti sem aritu, taim tengah exam, my roommate piah cun telah bagi satu helaian kertas mengenai 10 ciri peribadi muslim dengan detailnya, katanya sahabatnya bagi kepadanya, mungkin jugak datang dari Allah. Dan niat di hati nak la kongsi dengan suma, So dimana lagi, disini la tempat yg sesuaikan? (^_^).. Tengok-tengok balik, rupanya ni la ciri yang 10 sifat, ciri peribadi muslim yang digariskan oleh As-Syahid Hasan Al-Banna:


cun punya picture kan...suka2

1. Aqidah yg Sejahtera

2. Ibadah yg sohih

3. Akhlak yg mantap

4. Berpengetahuan Luas

5.Memiliki tubuh badan yg sihat

6. Bermujahadah melawan hawa nafsu

7.Berdikari

8.Tersusun didalam urusan

9.Menepati masa

10.Bermanfaat utk orang lain.


1) SALIMUN AQIDAH (Aqidah yang sejahtera)

  • Akidah yang sejahtera ni means keyakinan yang teguh dalam beragama, iaitu yakin bahawa tiada Tuhan (Allah) yang wajib di sembah melainkan Dia.
  • Jangan meminta bantuan dari org yang berlindung pada jin.
  • Tidak berjampi melainkan dengan menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran.
  • Mengikhlaskan amal hanya kerana Allah
  • mengimani rukun Iman dan rukun Islam.
  • Sentiasa mensyukuri nikmat pemberian Allah s.w.t
  • Sentiasa sedar syaitan adalah musuh yang sentiasa menghalang kita berbuat kebaikan dan sentiasa menghasut utk melakukan kemungkaran
  • menerima dan patuh kepada suruhan Allah swt dan menjauhi apa yang dilarangNya.
2) SHAHIHUL IBADAH (Ibadah yang Betul)
  • tidak menolak bila diminta azan
  • bersuci dengan sempurna
  • bersemangat untuk solat berjemaah
  • sangat suka berjemaah dimasjid
  • sentiasa memperbaiki mutu solat
  • Qiam seminggu sekali
  • menunaikan amalan wajib, solat, puasa, zakat
  • berpuasa sunat sekurangnya sekali sebulan @ seminggu sekali
  • niat untuk melaksanakan haji
  • sentiasa membaca Al-Quran (bertadabur)
  • menutup hari dengan bertaubat dan istighfar
  • menjadikan setiap amalan mempunyai niat
  • menjauhi dosa besar
  • melazimi zikir setiap pagi dan petang (ma'thurat)
  • Mengingati Allah dalam setiap keadaan
  • sentiasa bersuci sedaya mungkin
  • memenuhi nadzar
3) MATIINUL KHULUQ (Akhlak yang Mantap)
  • tidak sombong (takabbur)
  • mempunyai pendirian
  • tidak bercakap bohong (berdusta)
  • tidak mencaci maki, mengadu domba, mengumpat,mengejek.
  • tidak mempelekehkan sesuatu kumpulan
  • tidak menjadikan orang buruk yg buruk akhlaknya sebagai teman/sahabat
  • menyayangi yang lebih muda dan menghormati yang lebih dewasa
  • memenuhi janji
  • menjaga pergaulan antara lelaki dan perempuan (jaga batasan)
  • menyimpan rahsia
  • menutupi aib atau dosa orang lain
  • memiliki ghiroh(rasa cemburu) pada keluarganya dan agamanya
4) MUTSAQQAFUL FIKRI (Luas Pengetahuan)
  • Mampu membaca dan menulis dengan baik
  • membaca 1 juz tafsir Al-Quran (Juz 30)
  • memerhati hukum-hukum tilawah
  • menghafal separuh Arba'in (1-20)- mampukah aku??
  • menghafal atau mengetahui 20hadis dari Riyadhush-solihin
  • mengetahui hukum-hukum yang telah Allah tetapkan, hukum thoharoh,solat,puas dsb
  • mengetahui 10 sahabat yang di jamin masuk syurga
  • mencaknakan diri dengan isu semasa, mengkaji kebenaran
  • memahirkan diri dengan wasilah-wasilah moden
  • mengetahui pertubuhan-pertubuhan yang menyeleweng
  • mengetahui bahaya perancang keluarga
  • mendengar dengan baik
  • mampu memberikan pandangan
  • bersedia menerima tugas-tugas kolektif
  • tidak menerima syubhat yang dilemparkan keatas kita
  • sentiasa ada rasa ingin menuntut ilmu
  • menghadiri majlis-masjis ilmu
5) QAWIYYUL JISMI (Tubuh Badan yang Kuat)
  • bersih badan, pakaian dan tempat tinggal
  • komitmen adab makan dan minum sesuai dengan sunnah
  • jaga cara pemakanan (makan makanan yang seimbang)
  • tidak berjaga malam berlebihan melainkan berQIAMULLAI
  • komitmen dengan senaman 2jam seminggu
  • bangun sebelum fajar
  • mematuhi kaedah membaca dari aspek kesihatan
  • meninggalkan tabiah merokok, shi sha pon sama, tak elok utk jantung dan paru-paru
  • menghindari tempat-tempat kotor dan berpenyakit
6) MUJAHIDUN LINAFSIHI (Bermujahadah melawan hawa nafsu)
  • menjauhi segala yang haram
  • mendekatkan diri dengan kebaikan
  • menjauhi tempat-tempat lalai yang diharamkan
  • menjauhi tempat-tempat maksiat
  • sentiasa bermuhasabah diri
  • sentiasa ingin memperbaiki diri kearah kebaikan
7) QADIRUN 'ALAL KASBI (Mampu Berdikari)
  • menjauhi sumber hasil yang haram
  • menjauhi riba', judi, dan penipuan
  • membayar zakat
  • membuat simpanan meskipun sedikit
  • merancang masa hadapan dengan teratur
  • tidak menangguh-nangguhkan tugasan yang diamanahkan
  • memelihara harta awam
  • menjaga harta peribadi
8) MUNAZHZHOM FI SSYUUNIHI (Berdisplin @ tersusun di dlm urusan)
  • penampilan yang elok
  • menyusun jadual harian dengan teratur
  • tidak menjalin hubungan dengan pihak-pihak yang menentang islam
  • mempunyai matlamat hidup yang jelas
9) HARISHUN ALA WAQTIHI ( Menjaga Masa)
  • sentiasa menghargai masa
  • mengisi masa dengan perkara-perkara bermanfaat
  • tidak membiarkan masa disia-siakan
  • pandai membahagikan masa
10) NAFIUN LI GHOIRIHI (Bermanfaat untuk orang lain)
  • melaksanakan hak kedua ibu bapa
  • menyertai majlis-majlis kegembiraan(kenduri) bila dijemput
  • membantu orang yang memerlukan
  • memberi petunjuk kepada orang yang sesat
  • saling nasihat menasihati kearah kebaikan
  • menikahi pasangan yang sesuai (sekufu)


~ jom sama-sama perbaiki diri demi kebaikan bersama~

0 comments:

Post a Comment