Ilyani Dakroh Ilyani Dakroh: Duit ooooo Duit

Tuesday, December 21, 2010

Duit ooooo Duit


Tak lambat lagi duit ptptn akan masuk..banyak betoi perancangan kewangan yang saya dok fikir, sebelum terlebih belanja.. baik rancang baik-baik wang tu..ya la takut over bajet orang kata~

Seseorang ahli falsafah pernah berkata:

“ Wang bukan segala-galanya tetapi hampir segala-galanya memerlukan wang” atau dalam bahasa org putihnya “money is not everything but money is everything"

haaa dengaq tu.. so apa lagi..kita kena la bijak berbelanja, jangan boros sangat nanti padah jadinya..sian pulak kat mak ayah kita, dah besaq-besaq ni, pandai la hidup berdikari, ramai lagi tanggungan depa kat rumah tu..macam saya ni, adik da lagi 4, 2 orang sekolah menengah, 2 orang sekolah rendah, cukup-cukup la pau bila cuti..hehehe bila dok university tu, pepandai la cari makan..huhu peringatan buat diri la... sbb kadang tu terpaksa jugak mintak..sori ek mama baba..huhu

1. Kena la ada matlamat kewangan

· Sebagai panduan bagi plan dan tindakan sebab wang adalah terhad manakala kehendak pula tidak terhad, tu yang kadang-kadang jadi berbelanja lebih tu sebab tidak ada perancangan awal

2. Apa keperluan kita?

· Keperluan asas

· Keperluan sampingan

3. Apa pula kehendak kita?

· Ingin hidup lebih selesa.

· Kalu tak dak pon bley hidup lar orang kata.

TIP-TIP KEWANGAN:

1. Kalu bley buat buku catatan keluar masuk bagi yang rajin lar.

· Saya ada buat...hmm malu nya, kalu orang tau memang orang kata kedekut, bukan kedekut tapi nak taw, dalam sebulan berapa wang yang telah keluar. Ni saya amalkan dari sekolah menengah lagi. Hehehe malunya~

2. Pastikan anda membuat perbandingan harga dan berbelanja mengikut keperluan.

3. Amalkan sikap berjimat cermat, jujur dan amanah.

4. Amalkan sikap suka membantu

· contohnya suka menderma, tolong kawan dalam kesusahan, sebab nanti kalu kita pinjamkan duit kita, maybe duit yang kita pinjamkan tu bley bantu kita plak. Kononnya kawan kita ni jadi tabung sementara la.

5. Elakkan sikap suka berhutang.

· Kalu berhutang, cepat-cepat bayar bila dah ada duit, tak baik berhutang lama-lama, lagipon orang yang dihutang tu segan nak mintak balik taw!! So bila dapat duit bayar terus ek kawan-kawan~ saya pon xsuka jadi org berhutang sebab tenson memikirkan duit itu, jadi bila kita bayaq tu, selesai satu masalah,LEGA, bagi saya lar!

6. Simpan resit bila draw duit. Untuk memudahkan penyemakkan duit yang kita keluarkan dan baki kat dalam tu, kalu bleh tulis kat atas resit tu, tujuan pengeluaran.

7. Simpan jugak resit-resit perbelanjaan. Untuk semakan selepas pembelian dan catatan kita.

8. Sediakan bank khas untuk tabungan. So kena ada dua bank. Satu utk kemudahan keluar duit satu lagi untuk bank simpanan.

9. Simpan syiling lebihan makanan dalam bekas asing sebagai tabungan sampingan.

10. Berpakat dengan sahabat untuk menabung seminggu RM10, dia simpan untuk saya, saya simpan untuk dia. Ukhuwwah kan namanya~

· Bayangkan 14minggu bersamaaan 14x10=rm140 LUMAYAN JUGAK TU!!

· bley simpan dalam bank simpanan.hehehehe

Matlamat kewangan saya kali ni..

Sem ni bajet-bajet dapat RM32oo.

Ptptn-simpanan=perbelanjaan

Balance sem lepas rm150

SIMPANAN:

· Lebihan sem lepas RM150

· Hutang bank simpanan

o Buku- RM55

o Belanja taim takdak duit-RM30

o Guna duit tabung syiling sem lepas-RM45

o So, kena masukkan balik RM130

· RM150+130= RM280

PTPTN-YURAN-SIMPANAN-HUTANG=PERBELANJAAN & UTK SHORT SEM

BAJET SIMPANAN RM600+rm130=RM730

HUTANG DENGAN MAMA= RM100

HUTANG DIRI SENDIRI: PERFUME RM60

YURAN: RM1130

=RM2020

Wow 2020 tu, amazing hehehe semangat tahun 2020!! (^_^)

RM3200-RM2020=RM1180

Adoiii cik mek molek, hmm cmna ni, kehendak pulak sem lepas, Alhamdulillah terlaksana, jam dan kasut. Kira puas hati lar. Sem ni kalu diikutkan hati berkehendak nset baru, kamera digital, or hard disk.. so nampaknya kena korbankan dulu la, maybe beli kamera dulu kot. Sebab nset still okay, hard disk bukan keperluan sangat!! Bajet kamera dalam RM500, hmm nampaknya kena ada keja sampingan macam ni...hehehe

PERBELANJAAN BULANAN: RM150x4=RM600

SO, RM1180-RM500-RM600=RM80

RM80???? untuk sotsem...immpossible!!! apa-apa pon ni just anggaran, kena kurengkan yang mana patut, maybe kamera, lagipon ada duit simpanan utk sotsem dalam bank simpananan~hehehe

~berbelanjaan la dengan berhemah~

0 comments:

Post a Comment