Ilyani Dakroh Ilyani Dakroh: sahabat
Showing posts with label sahabat. Show all posts
Showing posts with label sahabat. Show all posts

Tuesday, November 5, 2013

Dua Hati Menjadi Satu

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah
Lagi Maha Penyayang.

Sabda Rasulullah S.A.W
“Sesiapa yang berkahwin seperti dia telah
menyempurnakan sebahagian daripada agamanya.
Maka hendaklah dia bertakwa kepada Allah
bagi sebahagian yang lain yang masih tinggal”
(Riwayat Al-Bauhaqi)


Ya Allah Ya Tuhan Kami
Andai kau berkenan, limpahkanlah kepada mereka
Cinta yang Kau jadikan pengikat rindu,
Rasulullah dan Khadijah Al-Qubra yang Kau
Jadikan penghias keluarga Nabi-Mu yang suci.

Ya Tuhan kami Yang Maha Pengasih
Andai semua itu tak layak bagi mereka, maka
Cukuplah dengan redha-Mu,
Jadikanlah mereka sebagai suami isteri yang saling
Mencinta di kala dekat dan jauh,
Saling menjaga kehormatan dikala jauh,
Saling menghibur dikala duka,
Saling mengingat di kala bahagia,
Saling mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan,
Saling menyempurnakan dalam ibadah.

Ya Tuhan kami Yang Maha Penyayang
Sempurnakanlah kebahagiaan mereka dengan menjadikan
Perkahwinan mereka ini sebagai ibadah kepada-Mu
dan bukti pengikutan dan cinta mereka kepada sunnah Rasul-Mu
Sesungguhnya Kaulah Yang Maha Pemurah
Lagi Maha Penyayang

Jadikanlah pasangan ini yang berbahagia
dan berkekalan hingga ke akhir hayat dan kurniakanlah kepada mereka
zuriat yang sempurna, beriman dan beramal soleh
sesungguhnya engkau maha berkuasa atas segala sesuatu.

Amin Ya Rabbal Alamin.


Terimalah lagu nasyid dari kak ngah:
HIJJAZ
MESTICA
DEHEARTY
RABBANI
~Apabila dua hati bertemu atas satu matlamat kerana Allah
maka dari situlah lahirnya kebahagiaan, ketenangan dan kasih sayang~
Continue Reading

Sunday, August 14, 2011

KaTa-KaTa UnTuK sAhAbAt

Khas Buat Sahabat-sahabatku

Amat sukar dicari apa itu sahabat
Inikan pula sahabat sejati
Tetapi sepanjang perjalanan kehidupan ini
Aku mula mengerti siapa sahabat
Sahabat yang sentiasa membimbing aku ke jalanNya
Aku gembira, rasa hiba tiada dirasa
Jika ada sahabat bersamaku

Sejak dulu dibangku sekolah lagi
Aku bersama-sama kalian
menuntut ilmu tiada penghabisan
Disitu aku mengenali yang mana kawan dan yang mana lawan
Bukan aku memilih tapi aku cuba melakar corak kehidupan
agar aku dapat menjaga akhlak serta disiplin diri tatkala jauh dimata ibu dan ayah
Dan aku yakin kerna sahabat yang baik dapat membimbing aku ke jalan Ilahi

Dan kian dewasanya aku
Aku bertemu dengan lebih ramai Sahabat
Hidupku penuh warna
Bagai pelangi yang cantik coraknya
Menghiasi awan biru kehidupanku
Aku hargai setiap mereka yang hadir mewarnai dan menghiasi keindahanku
Terima kasih kepada mereka semua kerena tidak jemu bersamaku
Dari dulu, kini dan hingga keakhirnya
Moga kita sentiasa bersama hanya keranaNya

Disini sahabatku semuaya yang kukenali
walau dimanapun kita kenali
Kalian sentiasa bertahta disanubariku
Aku memohon kemaafan atas segala salah silapku sepanjang perkenalan kita
Aku tahu banyak salahku dan banyak jua kesalahanku selaku
sahabat dan temanmu, maafkan diri yang tidak pernah sempurna ini.

Aku kian merindui sahabat yang jauh dariku
Teringat kenangan bersama yang telah kita coretkan
Yang kininya hanya bisa dikenang
Aku harap kalian juga masih terkenang masa lalu kita bersama
suka dan duka, yang tidak mungkin pernah padam dari ingatan
Biar ia bersemi untuk selamanya sahabatku.

Di hari lebaran yang kian menjelma
Ku harap kalian akan berbahagia bersama keluarga, sanak saudara tercinta
Aku dikejauhan ini sentiasa mendoakan
kehidupan kita mendapat rahmat dan keberkatanNya
Semoga akan masih ada Ramadhan buat kita
Yang merupakan madrasah tarbiyah kita
Semoga kita semua istiqamah dengan amalan-amalan yang telah terlatih dalam madrasah ini
dan semoga sinaran kehidupan kita lebih terpancar untuk hari-hari yang menjelma

Salam Ramadhan terakhir tahun ini
Selamat Hari Raya AildilFitri
Maaf Zahir Dan Batin
Tulus Ikhlas Daripada
Ilyani Mohd Dakroh sekeluarga
Untuk sesiapa yang pernah mengenali diri ini
Terima Kasih atas kesudian menjadi sebahagian daripada kehidupanku.

~iman_nur~

Kata-kata dibawah ini untuk kamu-kamu semua
yang telah berada dihatiku sejak sekian lama
Moga persahabatan kita berkekalan hingga ke hujung nyawa.

!
!
!
V


  1. Kita berjumpa kerana takdir.
    Kita berkawan kerana kasih sayang.
    Kita bersama kerana hati.
    Kita bergaduh kerana harga satu ikatan.
    TAPI yang paling penting, SEMUANYA KERANA ALLAH TAALA.
    TanpaNya tak mungkin sekarang terjadinya 1 Jalinan Hati. 1 Rahsia Rasa.
    Yang mempunyai sejuta maksud pada jiwa-jiwa yang memahami erti persahabatan.

  2. THANK YOU, TERIMA KASIH, Tiada yang lebih indah dalam kehidupan ini untuk dikenangkan melainkan dapat mengenalimu, sahabatku.

  3. Mengingati teman tanda persahabatan.
    Mengingati mati sumber kekuatan iman.
    Mengingati hari akhirat semulia-mulia ingatan.
    Mengingati ALLAH itulah ketenangan.

  4. Indah "PELANGI" kerana "WARNA".
    Indah "TAMAN" kerana "BUNGA".
    Indah "HATI" kerana "AKHLAK".
    Indah "HIDUP" kerana "KEJUJURAN.
    Indah "DUNIA" kerana "UKHUWWAH" antara kita.

  5. TRUE FRIENDS are like morning,
    You can't have THEM the whole day,
    But You can be sure THEY will be there
    when you wake up tomorrow, next week, next year and forever.

  6. Bila ucapan salam dikirim dari jauh,
    tiada kata dapat didengar.
    tiada senyumana yang dapat dilihat.
    TAPI apa yang dapat dirasai,
    CUMA doa ikhlas dari hati yang mengingati.

  7. Teman yang bertahta dihatiku bukanlah yang aku khaskan ciri-cirinya agar ideal segala-galanya dimata. Tetapi Teman yang kuhargai dan kusayangi yang bertahta dihatiku adalah yang dirinya berjiwa hamba kepada Ilahi, kerana sifat kehambaannya itu umpama takzirah bergerak yang selalu mengingatkanku padaNya. Membuat hatiku tak upaya melupakannya. Subhanallah~

  8. Secebis senyum membawa seribu makna, Sedetik rindu adalah satu perjuangan,
    Satu ingatan bersemi didalam doa dari sahabat untuk sahabatnya~

  9. Ukhti, sebutir airmata yang jatuh kerana keinsafan adalah 1000x lebih baik daripada sejuta mutiara dilautan. Sesaat bersedih kerana redha Allah adalah lebih mulia dari seharian bersedih kerana cinta manusia. Sejernih wajah kerana wudhuk yang sempurna adalah lebih bercahaya daripada kilauan segunung permata. Sesuci hati hanya kerana Ilahi itulah hakikat cinta abadi. Uhibbuki fillah ya ukhti, Semoga ikatan ini membawa pada satu perjuangan hakiki.

  10. Ya Rabbi, selimuti istirehat sahabatku ini dengan kemuliaanMu, Hapuskan segala kesusahan dari hatinya. Bangunkan dirinya saat tahajudMu tiba, Rahmati dirinya kala waktu subuhMu menyapa, Hamparkan waktu-waktu yang diinfakkan keranaMu dengan sebaik-baik amalan. Perkenankanlah Ya Allah.

  11. Aku mungkin sekadar pelangi dalam hidupmu. Hadir ku tanpa disapa, hilangku tak membawa apa-apa, tapi mengenalimu satu anugerah berharga dari "Yang Maha Esa".

  12. Sahabatku sayang, Cinta Allah tak akan hadir kedalam hati kita jika masih ada walaupun sedikit cinta manusia. Caranya, kena bersungguh-sungguh berazam untuk tinggalkan 'si dia' kerana kita takutkan Allah. Jika kita berusaha menjaga hati kita. Allah akan campakkan rasa nikmat dan puas dalam melaksanakan 'MUJAHADAH' ini. Hatimu akan merasa betapa nikmatnya mensucikan hati.
    Sahabatku sayang, jika terus juga bergelumang dalam maksiat (cinta yang tak diredhai Allah). Kita bimbang jika Allah tak nak pedulikan kita.

  13. Ya Allah, andai sahabatku resah, tenangkanlah hatinya dengan teduhan ma'rifahMu,
    andai dirinya terancam, lindungilah jasadnya dengan kebesaranMu.
    andai tubuhnya kedinginan, selimutkanlah kehangatan kasih sayangMu.
    Rindukan jiwanya dengan saat bertemu denganMu.
    Ya Allah, jangan kau biarkan hati,jiwa,jasadnya terpesona dengan duniawi,
    Khusyukkan hatinya dalam rukuk dan sujudnya menghadapMu.
    Berikanlah kejayaan dunia dan akhirat kepadanya. Ameen.

  14. I ask Allah to.. make you happy, make you smile,guide you safely through every mile, grant you wealth, give you health and most of all grant you a successful life. InsyaAllah.

  15. Kubina hubungan kita atas keimanan. Aku cintakanmu kerana Allah. Maka kau lebih daripada diriku kulebihkan walau itu menuntut pengorbanan. "Kerana Ukhuwah itu indah"

  16. Semoga Allah jadikan Subuhmu cahaya, Zohormu gembira, Asarmu bahagia, Maghribmu keampunan, Isyakmu keberkatan dan doamu diterima dan diluaskan rezekimu serta ianya tidak diambil semula dan dibuka padamu pintu SYURGA tanpa sempadan. Ameen.

  17. Ya Allah, aku rindu mujahidahku ini, sampaikan ingatan dan rindu dari jauh ini, setulus hati buat sahabat pada jalanMu, pelihara ukhuwah kami agar kekal mekar berpaksikan cintaMu, bertemu kami dalam takdirMu, berpisah kami dengan izinMu, Moga bertemu di Jannah FirdausMu.

  18. Ya Allah kiranya Rasulmu hidup berteman, kurniakan jua kepadaku teman, tapi biarlah teman-teman dari lorong-lorong yang membenarkanMu seperti kebenaran As-Siddiq. Biarlah teman-teman dari pintu-pintu ilmuMu seperti Saidina Ali. Ya Allah, kiranya semua itu tidak layak buatku, aku tetap bersyukur ditemukan dengan teman seperti sahabatku ini, mungkin padanya ada segalanya yang tak pernah ku selami. Mungkin padanya letaknya apa yang kuimpikan selama ini. Tapi jika aku seorang teman yang tak menghargai, ampunilah dosaku Ya Allah, dan kurniakanlah kegembiraan dan rahmatMu kepada temanku ini.

  19. Dijalan Allah persahabatan ini bukan milikku, dan bukan jua milikmu, Persahabatan ini adalah perancangan Allah yang mengetahui segala rahsia. Kerana Dialah aku mengenalimu dan kerana Dia juga telah menetapkan kita mengukir kenangan. Persahabatan ini sudah pasti terisi dengan kasih sayang, Moga persahabatan ini berkekalan untuk selamanya. InsyaAllah.

  20. Ukhwah itu bukan letaknya pada manisnya ucapan dibibir atau pada indahnya pertemuan, tetapi dalam ingatan seseorang kepada temannya dalam doanya (IMAM AL-GHAZALI)

  21. Siang akan sepi tanpa mentari,
    Malam tiadaseri tanpa rembulan,
    Hidup akan sunyi tanpa teman,
    Hati tiada erti tanpa IMAN.

  22. Tatkala hati teringatkan teman, terfikir diminda adakah aku juga ada didalam hati-hatimu, tatkala hati rindukan teman, terfikir diminda adakah aku juga dirindui, tatkala kaki berat untuk melangkah pergi, hati tertanya, adakah kau ingin bersamaku lagi meniti kejayaan, Mengapa aku rindu benar padamu. Moga doaku diterima agar aku tak kan kehilangan teman sepertimu.. Semoga bertemu dan berpisah kita kerana YANG MAHA ESA.

  23. Ya Allah, tika Kau hadiahkan aku sahabat, Kau jadikanlah hatiku bersyukur atas kurniaanMu, Kau jadikanlah hatinya berlapang dada menerimaku, Kau jadikanlah sahabatku ini sebagai teman seperjuangan, peniup semangat jihadku, saling membantu memikul amanah dakwah agamaMu, Kau jadikanlah ukhuwwah ini disemai atas redhaMU, teguhkan atas Cinta PadaMu, Lindungi dari maksiat dan hal-hal yang melalaikan kami dari mengingatiMu. Ya Allah bahagiakanlah hatiku dan hati seluruh sahabatku dengan cinta kepadaMu. Amin.

  24. You're true blue, I'm ragging red, together we're passionate purple, we clash at time, but we also mixed when we oppose each other, but when we work together, we blend like beautiful music, I guess that why we're friend until the end.

  25. Alangkah bahagianya bila bersahabat sering menghargai, Bila bersama saling menyayangi, Bila terluka selalu memaafi, Bila berjauhan saling merindui, Bila keliru tetap memahami, Bila terleka kerap menasihati, Bila tersilap terus menegur. Maka bertambah manis bila kerna Ilahi.

  26. Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwaku. Sahabat yang baik adalah seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika hidup atau selepas mati. Kuhulur tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan merasa senang. Semakin ramai sahabat semakin aku percaya diri. Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tidak luntur baiknya dalam suka dan duka. Jika aku dapat, aku ingin setia padanya.

    ::Saya sayang sahabat saya::
    ::Kita semua sahabat selamanya::
Continue Reading

Saturday, March 26, 2011

Salam Imtihan

SALAM IMTIHAN BUAT SEMUA, sahabat-sahabatku…

Bahangnya makin terasa, apakah kita semua telah bersedia? Bagaimana persediaan kita untuk pengakhiran sem ini.. sungguh cepat masa berlalu kan? sudah hampir 4 bulan aku berada di sem 1 11/12. Dan sem ni pon, aku dah masuk tahun dua 1st sem, kalau aku masih tak berubah tak tau la kan, masih tak amik pengajaran, tak amik tindakan lagi atas apa yang terjadi sebelum ni tak taw la… nak hampakan lagi harapan mama dan baba..tak mau dah!! Dah insaf! aku dan kak long akan sama-sama bersaing insyaAllah.. Apa-apa pon usaha tu penting sekali. Ya ALLAH PEMUDAHKAN SEGALA URUSAN KAMI~


Saya tak mau cakap pasai diri ini, cuma di kesempatan ni, saya dengan tulus seikhlas hati nurani ni, memohon kemaafan dari semua, halalkan segalanya, andai tutur kata, perbuatan ini telah menyakit dan melukaan hati dan diri semua, maafkan diri ini.

My schedule exam, 31.3, 2.4, 3.4, 4.4, 6.4 dan 7hb... semua2 kat rumah tu wait for me kay!! oyeay!

cHaiyok2 anda boleh melakukan!!!

Dan nak ingatkan jugak, yang utama niat kita, ingat belajar bukanlah semata-mata nak grad @ nak exam, nak dapat result gempak, tapi sebenarnya semua ni adalah sebagai lumrah kehidupan kita sebagai seorang khalifah di muka bumi ini yang memiliki Pencipta, niatlah segalanya hanya untuk mencari ilmu kerana Allah Taala dan untuk mendapat redhaNya. Jangan tersasar dari landasan sebenar, mungkin kalu kita belum berjaya sebelum ni, ada kemungkinan sebab niat kita tak ikhlas dan mungkin jugak niat kita tersasar, sentiasalah perbaharui niat masing-masing dan penting ilmu yang kita dapat dan ada ini mungkin akan berguna pada masa hadapan.. InsyaAllah

Yang kedua, nak exam ni, mesti suma pakat dok ingat kat umah kan, sapa yang duk dekat-dekat tu balik la jenguk mak ayah noh, pohon restu, yang dok jauh pon kalu ada masa, balik la, kalu itu yang terbaik,.. tapi bagi saya, ikut la camna pon, telefon pon dah okay, lagipon lagi 2minggu abis la exam, sabar sat noh ilyani… huhu balik pon satgi ang stadi ka hahaa.. call sudeyyyyy~ jangan sedey2 taw… hmm sahabat2ku, jangan lupa call mak ayah minta restu dan pohon maaf kat depa.. dan jangan lupa pesan kat mak ayah kita supaya mendoakan kita tapi kalu kita tak minta pon rasanya tiap-tiap hari depa berdoa untuk kita kot. Tiap kali nak masuk exam pon call… hehehe lagu ni saya tujukan buat mama dan baba nun jauh kat utara nuh, maafla dah dua bulan tak balik, lepas raya cina ritu, tak balik lagi lar…huhu

AKU MERINDUIMU- DEVOTEES

Tidak Dapat Ku Gambarkan

Rindu Yang Lahir Dari Hati Ini

Hanya Yang Mampu Tuk Kulafazkan

Aku Merinduimu


Terasa Amat Jauh Diri Ini

Kerna Keu Tiada Disisi

Bergenang Airmataku

Bila Terkenangkan Wajahmu


Ayah Ibu Dari Jauh Kupohon Restu

Doamu Titian Kejayaanku

Nasihat Darimu Kuingat Selalu

Tersemat Dikalbu


Oh Tuhan,

Berkatilah Ku Dalam Mencari Ilmu

Dengan Redhamu

Moga Ku Jejaki tempat Yang Dituju


Jangan teyak plak sob3, lap ayaq mata tu wat malu ja..huhu Redha Allah terletak pada redha kedua ibubapa kita, so mohon lah restu mereka, dan mohon agar di ampunkan salah silap kita pada mereke sebelum ini, kalu malu nak cakap, send mesej kay, kalu dua2 lagi baik!! BAIKKK PUNYAA!! Hihi


Selagi ada masa ni, gunalah sebaik-baiknya, plan masa anda sebaiknya, pastikan setiap subjek dimasukan dalam jadual, kawan saya cakap, kalu boleh dlm sehari tu, dua subjek lagi ok, sbb tak boring sangat, tapi saya punya stail, habis 1 subjek, tutup, bukak yang len plak, buat list setiap topic setiap subjek. Dan start dengan subjek yang last exam kepada yang first exam untuk memyenangkan kita, kalu boleh revision tu, kita buat note, takpa la kita usaha la sehabis baik, yang lain kita berserah pada ALLAH, Moga dapat yang terbaik la kan.. Lepas kelas semalam, bermula la study week utk budak-budak uia… dan just 5 days to go tu exam hall… semoga semuanya dipermudahkan.


Lagi, saya nak nasihat kat semua, tolong la jaga kesihatan masing-masing ya, lani kan hujan tak menentu, kalu kena hujan terus balik mandi tau, kena minum air masak banyak-banyak, kalu rasa nak demam tu terus p klinik yer. Kita kena kuat, kena lawan perasaan LEMAH tu.. Kalu ada masa pagi-pagi lepas subuh tu ajak la kengkawan jogging sat..hehehe (^_____^)


Haaa yang penting jugak, stadi, stadi jugak tapi tidur kena cukup sekurangnya 6-8jam masa untuk tidur, kurang tidur pon tak elok jugak, sebab nanti kita akan rasa mengantuk dan letih. Pandai la suma noh, atuq masa masing-masing, not for myself but for you!! Just for you! Dan makan?? Kena makan makanan yang berkhasiat taw, jangan tak makan plak, pagi-pagi breakfast dengan susu ka apa ka. Okay jugak.. jangan asik studi sampai lupa makan, tapi jangan lebih plak, satgi mengantuk plak, apa-apa pon berpada-pada.. fikirlah apa yang terbaik buat diri masing-masing.


~jom berdoa~

Dan yang PALING DAN AMAT PENTING, jaga hubungan kita dengan ALLAH, kita sebagai hamba hanya mampu berusaha sebaik mungkin tetapi hasilnya DIAlah yang akan menentukannya. Ibadah wajib jangan tinggal dan buat la baik sesama kita, dengan kawan-kawan, bertanya khabar mereka. Cari ketenangan abadi dengan mendekatkan diri kepadaNya. USAHA+ DOA+ TAWAKAL= KEJAYAAN InsyaAllah RABBI YASIR WALA TU ‘ASSIR, RABBI TAMIM BI KHAIR YA KARIM.


ALLAH DOES NOT REQUIRE YOU

“TO BE THE BEST”

HE JUST WANT YOU

TO “DO YOUR BEST”

AND

HE WILL TAKE CARE

“OF THE REST”

DO YOUR BEST IN THE FINAL EXAM

GOOD LUCK AND ALL THE BEST.

SEMOGA KITA BERJUMPA LAGI INSYAALLAH

~Semoga Berjaya Semua~
Continue Reading

Sunday, February 27, 2011

Jom Mendaki~


~JOM LAYAN GAMBAR DULU~


nampak uiam dari atas bukit ni


tu dia, ada yang terselit dalam batu, bahaya kalu tak berhati-hati


Subhanallah pemandangan yang cantik sekali, di snap jurugambar profesional hehe
GAMBAR YANG PALING SAYA SUKA SEKALI



Subhanallah, Alhamdulillah wa Lailahaillallah wa Allahu Akbar.. Subhanallah hidup ini dikurniakan nikmat iman dan islam... Ya Allah, sungguh banyak nikmat kurniaanMu sepanjang hidup ini.. ITU MEMANG TAK DAPAT NAK DISANGKAL LAGI. not only for me, but for others also, KAU MAHA KAYA.. MAHA BERKUASA!!

Sebenarnya terlalu kagum dengan ciptaan Allah, rasanya dah lama tak panjat @ mendaki ni, rasanya last taim form 4, program BADAR.. sangat best, walaupun penat tu memang la penat. bertolak dari uia pukul 8 pagi naik bas rapid dan turun depan kawasan perumahan before stesen LRT PUTRA, dalam 9 pagi baru ada kereta mai amik menuju ke destinasi, tapi terlupa plak nama apa tempat tu, tapi memang ramai gak yang suka mendaki neh especially orang cina, nampak sangat orang cina ni memang suka exercise kan.. healthy life style..huhu baguih..baguih..


ukhuwwah kita disana dan disini

camna... best kan.. ni baru sket gmbar, sahabat yang nak tengok gambar2 lagi, mai la bilik yanie!

continue my story~

Then bahagi kumpulan, 2 group lelaki dan 3 group perempuan, tapi yang lawaknya sampai ja atas abis berterabur groupnya... sebab cabaran gak kat ataih tu, kalu sapa yang gayat, tak yah dok berangan la nak nek.. tinggi ooo.. ish tak reti nak cita, bahaya pon bahaya... memang mata memang kena tengok betoi-betoi.. step kena jaga, mana nak jijak dulu, nak guna kaki mana dulu nak daki tu.. ish... kira saya ni kuat gak la.. hehe Alhamdulillah tak dak apa-apa sangat sakit.. cuma pening sket bila dah sampai puncak terakhir.. and tercunggap2 penat dan lapaq hahaha.. ayaq plak memang dah tak dak.. kehabisan.. cabaran cabaran.. berenti rehat tak yah nak cakap la.. lepas ja panjat puncak, apa lagi sementara tunggu sahabat2 yang lain mendaki, amik gambar and rehat-rehat menikmati ciptaan Allah.. selepas macam-macam yang dilalui, akhirnya kami selamat mendarat pada pukul 3.30 petang, tapi disebabkan tunggu turn balik kampus, so sampai 4.30 kat bilik tercinta~ terima kasih sahabat sahabiah suma, yang guide, yang bagi tumpang keta, macam-macam la, apa-apa pon i'm happy today! ^_^

Sebenarnya sedikit terkilan sebab tak p meeting persatuan mahasiswa islam kedah (PMIK) dengan persatuan mahasiswa Kedah (PERMADAH UM), sebenarnya dalam dilema, antara excited nak mendaki @ meeting.. Tetapi atas takdir Illahi, saya memilih untuk rock climbing..hahaha betoi la rock sebab taim nak panjat rock tu yang mencabar...

Lama benar tak post kat blog ni.. hihi sibuk sangat.. harapan yang belum kesampaian.. untuk habiskan buku untuk dibedah.. awat susah sangat nak membaca... asik beli buku, dah nak penuh rak tu.. baca tak jugak, terkilan dengan diri sendiri.. post ni macam banyak ja nak cita, habis suma terkeluar.. PRK sudah tamat.. tahniah kepada PRO MAHASISWA, tunaikan tanggungjawab anda sebaiknya~ We SUPPORT YOU!!! GO GO ORANGE hihi

Sementara tunggu BBQ di bawa pulang, jom setelkan esaimen.. SELAMAT MAJU JAYA SUMA!!


~jaga kesihatan diri kita~

Continue Reading

Thursday, January 6, 2011

Mesej Dari SahaBatKu


From zahidah, nice mesej, thanks cikgu~

ANGIN, jika kau berhembus lembut melaluinya,
katakan padanya " aku teman dia selamanya"

AIR, jika kau mengalir disisinya,
beritahulah padanya "aku memohon maaf atas segalanya"

BURUNG, jika kau terbang melintasinya,
Sampaikan kataku ini padanya,
"kita dipertemukan atas takdir Tuhan,
kita bersama atas kasih persaudaraan,
kita dipisahkan kerana batas waktu seharian,
namun kasih kita subur berpanjangan.."

Salam rindu dari kejauhan mata namun dekat di hati

~ukhuwwah selamanya, bersama semaikannya~
Continue Reading

Wednesday, December 15, 2010

Chatting with someone~


Selepas saya dapat result yang lalu saya telah chat dengan seorang sahabat untuk meluahkan perasaan saya, result yang saya perolehi membuatkan saya termenung sejenak, muhasabah diri saya, saya rasa Allah msih sayangkan saya kerana dia sentiasa menguji saya dengan akedemik, membuatkan hati saya berbolak-balik, tetapi saya akan tetap yakin, kemenangan dan kejayaan sentiasa ada untuk saya suatu hari nanti, janji saya jangan cepat putus asa, sentiasa meletakan ALLAH yang pertama, pengharapan dah pergantungan hanya padaNya... saya selalu berharap supaya saya tidak hanya pandai berkata-kata tetapi saya berdoa apa yang saya kata ini sentiasa saya ingat dan mempratikkannya.. SEMOGA SAYA TERUS KUAT DAN BERTAHAN... Saya mohon sangat-sangat! saya juga merasa bertuah kerana mpunyai keluarga yang sentiasa menyokong saya, tidak pernah melarang saya aktif untuk buat perkara yang bermanfaat utk diri terutamanya dalam soal menimba ilmu.. saya pon tidak pernah salahkan apa-apa, tetapi diri sendirilah yg menjadi penyebabnya. Saya sangat-sangat bertuah kerana ada keluarga yang sentiasa faham dan support..tak lupa jugak pada sahabat-sahabat yang sentiasa memberi semangat, care ngan saya dan membantu dalam study saya.. terima kasih bebanyak sahabat semua.. saya just nak kongsi apa yang telah disembangkan bersama seorang sahabat saya, Sakinah, doktor wanna be insyaAllah..thanks sgt2 ek kinah.. lagi pon malam tu saya just pick ja sapa yg online, tengok2 sahabat lama online, apa lagikan, saya pon menyapanya, alhamdulillah respon yang baik dari kinah~
Antaranya:

Kinah: yani kena cocentrate dan rajin
insyaAllah
start dgn positif thinking
dan terus kuat

Saya : cmna nk naik kna balik ni?

Kinah: yani,
yg lepas jadikan teladan
tak gna klau nak nyesal sgt2
cuba muhasabah
apa yg ang kurang
pastu pastikan sem depan
ang tak ulang benda yg sama
jgn risau
kalau kita usaha
insyaAllah boleh
jgn risau

Saya : hmm terima kasih kinah atas nasihat ang

Kinah: tak da apa2
kita kan kawan
yani, ang kuat kan..
insyaAllah
aku yakin ang boleh
ang kena kawal perasaan

Saya : insyaAllah

Kinah: dan kuatkan semangat
perjalanan kita jauh lagi
dan setiap kali kita jatuh
cuba bangkit balik

Saya : cmna ang bhgi masa ek?
Dengan persatuan, stadi, masa sendiri?

Kinah: tak perlu ada jadual sgt pun
yg penting
peruntukan masa utk belajar
contoh 3jam sehari
camna pun
pastikan ang belajar 3jam
sejam lepas subuh
masa free
b4 tidur
taupun tgh naik bas
janji dengan diri bg cukup 3jam
masa sendiri
utk telefon family
check email
amiklah lepas asar
sebab time tu tak sesuai nk belajar
cukuplah sejam
tak yah lama2
pastu pegi lah riadah sket
nk bg badan sihat n fresh
hehe

Saya : ok tq
ang tdoq poki bpa?

Kinah: 12mlm smpai 5
cukuplah 5jam
tak leh lebih sgt
nti letih
tp jgn kurang
nti ang cepat letih n ingatan tak kuat

Saya : lepaih tu tak tdoq dah?

Kinah: selalunya tak dah
sampai lah malam pulak
tak sempat lah yani
kelas pack
ari ni pun 8 sampai 4
full
tak rehat
ni baru balik kelas
jgn tidur lepas subuh
nti ang rasa tak segar

Saya: Aku selalu gak tdoq lwt
aku nk kena stat tdoq awai la cmni?

Kinah: awat tidoq lewat?
fb kena kurgkn
pukul 12 ang dah kena tidoq
Janji kat aku

Saya : hmm nk kena muhasabah diri balik ni
yap janji
janji

Kinah: nanti ang akan lebih fokus
lepas subuh cuba study
insyaAllah fresh

Saya : kalu tak dak apa2 berkaitan@xpenting aku tdoq
awai
hmm ok
tq
sayang ang
tq kinah

Kinah: sayang ang jugak

Saya : aku xtaw nk luah sapa
kwn aku yg uia tkut depa pon da mslh
bek aku cari kwn len
tba2 tgok ang on9
hehehe

Kinah: hehe
ang kuat
dulu kan ang rajin study
teruskan
cari semangat
ingat mak ngan ayah ang
insyaAllah

Kinah: okeh yani
aku ada kerja lepas ni
hehe
all da best
semangat tau
assalamualaikum
sayang ang

Saya: waalaikummussalam
sayang kinah^_^
ok tqvm

22:43 (06122010)

Hmm ari tu saya ada janji nak bagitaw plan saya @ apa yang perubahan yang saya rancang kan, Alhamdulillah dah ada tapi saya tak akan post sini.. dan suma tu saya rangkulkan untuk polisi diri, peningkatan akedemik dan peningkatan ibadat dan its private too hehehe~ rasanya melalui chat ni pon ada gak skit2 ja lar.. i hope i can do it insyaAllah, semoga dipermudahkan segalanya Amin...

~Hidup ini memerlukan Matlamat dan Tujuan~
Continue Reading

Tuesday, October 19, 2010

Buat sahabatku

Salam dihulur, membuka kata, izinkan saya untuk berkongsi cerita~

~just for you~

Hari ni 18.10.2010, ulangtahun sahabat saya, namanya FATIN HASANAH BT ABDUL RONI aka hasan yang genap la umurnya 20tahun hehehe.. semoga dipanjangkan umur dan
dimurahkan rezeki olehNYA.. dan mudah-mudahan jugak hidupmu diberkati Allah..Amin

Nak cita la apa ek?? k, saya nak cita hari sebelum nya, pagi tadi, 17.10.2010,adoi terlewat ke kelaih, tu la sapa suruh tdoq lepaih subuh kan ish ish ish.. so nasib la.. bangun 9.49 am, then pa lagi, p la lari, mandi cepat-cepat, then p siap-siap, pick la baju yg xyah iron..tapi siap suma, yg peliknya sampai kelaih 10.30 jgak, hehehe adoi xpenah plak masuk kelaih lewat cmni sorang2, nasib ada gak kekuatan nak p.. kalu dak,alamatnya ponteng dah! hehehe AMARAN : jangan ikut perangai ini yea...

Then after that class, pegi kelaih micro plak, dapat paper midterm, adoyai teruk nya, "apa yg aku jawap ni".. tapi xpa la, cakap lam hati, nak sedapkan jiwa yang sedih ni," final masih ada, so aku kena cover balik, so prepare kena awai2 neh". haisy dah kuaq tajuk ni.. sat..sat.. okay after class micro," hmm malaihnya nk balik jalan kaki.. tunggu bas uia ja.." so p la bas stand kat kenms tu... tunggu punya tunggu, mana la pakcik bas ni, pastu tetiba, dlm hati "esok, besday hasan, p jaya jusco(jj), okay gak ni, awai g ni, gpon petang ni xdak kelaih, kalu bas rapid mai, saya naik ja la", then tak disangka-sangka, bas tu mai.. saya pon naik, ni perancangan last minit namanya, hihihi kat tengah jalan plak bas tu xhidup..sangat-sangat menguji la, nasib tak lama, ya la nak cepat ni, satgi bilik lewat plak, dah la sorang2..hehehe berani la plak ann, len kali xbuat dah, dari mana la keberanian tu mai.. pon xtaw,hehehe dah ar xpandai silat cam hasan hehehe, silat selendang merah pon belajaq xhabis, huhu ingat g taim form 1, sampai teyak-teyak, taim nak mintak kat baba sbb nak msuk silat, last2 saya yang lari..hehehe haisy melalut lagi~

~Ni la hadiah dan kek yang saya beli petang tadi~


Hmm sebab pa taw p jj??, hmm nak beli kek and hadiah kat hasan, saya ni bkan boley kalu orang yang saya rasa rapat, nak ja saya bagi macam-macam kat da.. cara saya bagitau saya ni suka and maybe jugak rasa menghargai dia~ hehehe then p kedai nu, p kedai ni, last2 beli hadiah kat kedai yang first masuk tadi jugak..hihi selalu ca
mtu~ ingat nak beli yang bekas yg ada kata-kata se
mangat dlm tu, yang tiap hari bukak satu tu, tapi p mph, cari-cari, dah takdak, sedih T_T huhu xpa la, harap ang suka la hadiah aku yang tak seberapa tu.. comey ak hasan?? kek? chek tak mampu g nak beli yang besaq.. wahaha

DEAR HASANAH,
adoi, thanks hasan, atas kiss tangan ke pipi tu..bley plak, tapi seyes la wey, aku syok gila kawan ngan ang, aku tak mintak apa-apa pon, asai hubu
ngan ni kekal ke akhirnya, insyaAllah.. kita ni macam da chemistry..wahahaha even aku ni tak la seceria ang kan, tapi aku jadi ceria bila ngan ang, abis watak2 kat umah tu aku wat keluaq, hmm satu g, kalu ang terasa ngan aku sorry nah, kadang-kadang aku ni emo sket, tiba-tiba ja masam, xmaw senyum, dah la xreti-reti nak senyum... tapi harap ang paham la ot perangai aku neh.. apa-apa, yang ang tak puas hati gtaw la aku, a
ku sgt suka orang peringat aku, tambah-tambah gtaw perangai buruk aku, ya la kadang-kadang kita ni rasa kita okay, perasan ja lebey, tapi hampeh..kikiki aku suka orang tegur and nasihat aku apatah lagi bagi kata-kata semangat (^_^)~

Hmm cmna ek kami jadi rapat ek?? hehehe haa sbb sem first kami kelaih mgt sekali, then taim final, study sama-sama, lepak-lepak study kat musolla, kat library la , macam-macam la kami wat sesama.. pastu taim shortsem plak kami kongsi bilik yang sama then kita p keja kat nelson la, jadi fasilitator untuk creative solution of qalbu, tq ustaz zul..hehehe mmg best la..

GAMBAR DI SK TAMAN KERAMAT

Tu laa cita kami, then sem ni, dok plak bilik sekali, bertambah rapat la kami an, apa-apa pon saya bersyukur sangat sebab Allah berikan saya sahabat yang paham keadaan diri ini dan boley kongsi suka dan duka bersama.. TERIMA KASIH YA ALLAH.. baru first taim rasa kehadiran seorang sahabat rapat, dulu ada gak tapi xpenah kekal.. maybe ni yang di namakan ukhuwwah fillah.. dulu maybe saya ni ada niat lain kot, tak taw maksud teman rapat or tak dak keserasian, ntah lar..

Hopefully, hubungan kami yang terbina atas dasar akidah perjuangan yang satu ni kekal ke akhirnya, insyaAllah, tak lupa jugak buat suma teman-teman seperjuangan yang lain, tanpa kalian yanie dah lama rebah, dan doakanlah semoga yanie sentiasa thabat dan tabah menempuhi onak dan duri sepanjang perjalanan hidup ini... baru di sini, diri ini terasa amat bermaknanya dan apa itu UKHUWWAH sebenarnya..kuharap, aku akan sentiasa menghargai sahabat-sahabat dan kenalan-kenalanku.. Tak lupa jugak buat kawan-kawan rapat SMKAB esp cg.zahidah, thanks for being my friend, friendship forever, modah, ifah, nisah, zirah, kinah, pkah hasni, pkah mat zambi, najwa, hmm sapa-sapa g la..hehehe tu ja perkongsian hari ni, sekian.~


~SAYA SAYANG SAHABAT~
Continue Reading