Ilyani Dakroh Ilyani Dakroh: Salam Imtihan

Saturday, March 26, 2011

Salam Imtihan

SALAM IMTIHAN BUAT SEMUA, sahabat-sahabatku…

Bahangnya makin terasa, apakah kita semua telah bersedia? Bagaimana persediaan kita untuk pengakhiran sem ini.. sungguh cepat masa berlalu kan? sudah hampir 4 bulan aku berada di sem 1 11/12. Dan sem ni pon, aku dah masuk tahun dua 1st sem, kalau aku masih tak berubah tak tau la kan, masih tak amik pengajaran, tak amik tindakan lagi atas apa yang terjadi sebelum ni tak taw la… nak hampakan lagi harapan mama dan baba..tak mau dah!! Dah insaf! aku dan kak long akan sama-sama bersaing insyaAllah.. Apa-apa pon usaha tu penting sekali. Ya ALLAH PEMUDAHKAN SEGALA URUSAN KAMI~


Saya tak mau cakap pasai diri ini, cuma di kesempatan ni, saya dengan tulus seikhlas hati nurani ni, memohon kemaafan dari semua, halalkan segalanya, andai tutur kata, perbuatan ini telah menyakit dan melukaan hati dan diri semua, maafkan diri ini.

My schedule exam, 31.3, 2.4, 3.4, 4.4, 6.4 dan 7hb... semua2 kat rumah tu wait for me kay!! oyeay!

cHaiyok2 anda boleh melakukan!!!

Dan nak ingatkan jugak, yang utama niat kita, ingat belajar bukanlah semata-mata nak grad @ nak exam, nak dapat result gempak, tapi sebenarnya semua ni adalah sebagai lumrah kehidupan kita sebagai seorang khalifah di muka bumi ini yang memiliki Pencipta, niatlah segalanya hanya untuk mencari ilmu kerana Allah Taala dan untuk mendapat redhaNya. Jangan tersasar dari landasan sebenar, mungkin kalu kita belum berjaya sebelum ni, ada kemungkinan sebab niat kita tak ikhlas dan mungkin jugak niat kita tersasar, sentiasalah perbaharui niat masing-masing dan penting ilmu yang kita dapat dan ada ini mungkin akan berguna pada masa hadapan.. InsyaAllah

Yang kedua, nak exam ni, mesti suma pakat dok ingat kat umah kan, sapa yang duk dekat-dekat tu balik la jenguk mak ayah noh, pohon restu, yang dok jauh pon kalu ada masa, balik la, kalu itu yang terbaik,.. tapi bagi saya, ikut la camna pon, telefon pon dah okay, lagipon lagi 2minggu abis la exam, sabar sat noh ilyani… huhu balik pon satgi ang stadi ka hahaa.. call sudeyyyyy~ jangan sedey2 taw… hmm sahabat2ku, jangan lupa call mak ayah minta restu dan pohon maaf kat depa.. dan jangan lupa pesan kat mak ayah kita supaya mendoakan kita tapi kalu kita tak minta pon rasanya tiap-tiap hari depa berdoa untuk kita kot. Tiap kali nak masuk exam pon call… hehehe lagu ni saya tujukan buat mama dan baba nun jauh kat utara nuh, maafla dah dua bulan tak balik, lepas raya cina ritu, tak balik lagi lar…huhu

AKU MERINDUIMU- DEVOTEES

Tidak Dapat Ku Gambarkan

Rindu Yang Lahir Dari Hati Ini

Hanya Yang Mampu Tuk Kulafazkan

Aku Merinduimu


Terasa Amat Jauh Diri Ini

Kerna Keu Tiada Disisi

Bergenang Airmataku

Bila Terkenangkan Wajahmu


Ayah Ibu Dari Jauh Kupohon Restu

Doamu Titian Kejayaanku

Nasihat Darimu Kuingat Selalu

Tersemat Dikalbu


Oh Tuhan,

Berkatilah Ku Dalam Mencari Ilmu

Dengan Redhamu

Moga Ku Jejaki tempat Yang Dituju


Jangan teyak plak sob3, lap ayaq mata tu wat malu ja..huhu Redha Allah terletak pada redha kedua ibubapa kita, so mohon lah restu mereka, dan mohon agar di ampunkan salah silap kita pada mereke sebelum ini, kalu malu nak cakap, send mesej kay, kalu dua2 lagi baik!! BAIKKK PUNYAA!! Hihi


Selagi ada masa ni, gunalah sebaik-baiknya, plan masa anda sebaiknya, pastikan setiap subjek dimasukan dalam jadual, kawan saya cakap, kalu boleh dlm sehari tu, dua subjek lagi ok, sbb tak boring sangat, tapi saya punya stail, habis 1 subjek, tutup, bukak yang len plak, buat list setiap topic setiap subjek. Dan start dengan subjek yang last exam kepada yang first exam untuk memyenangkan kita, kalu boleh revision tu, kita buat note, takpa la kita usaha la sehabis baik, yang lain kita berserah pada ALLAH, Moga dapat yang terbaik la kan.. Lepas kelas semalam, bermula la study week utk budak-budak uia… dan just 5 days to go tu exam hall… semoga semuanya dipermudahkan.


Lagi, saya nak nasihat kat semua, tolong la jaga kesihatan masing-masing ya, lani kan hujan tak menentu, kalu kena hujan terus balik mandi tau, kena minum air masak banyak-banyak, kalu rasa nak demam tu terus p klinik yer. Kita kena kuat, kena lawan perasaan LEMAH tu.. Kalu ada masa pagi-pagi lepas subuh tu ajak la kengkawan jogging sat..hehehe (^_____^)


Haaa yang penting jugak, stadi, stadi jugak tapi tidur kena cukup sekurangnya 6-8jam masa untuk tidur, kurang tidur pon tak elok jugak, sebab nanti kita akan rasa mengantuk dan letih. Pandai la suma noh, atuq masa masing-masing, not for myself but for you!! Just for you! Dan makan?? Kena makan makanan yang berkhasiat taw, jangan tak makan plak, pagi-pagi breakfast dengan susu ka apa ka. Okay jugak.. jangan asik studi sampai lupa makan, tapi jangan lebih plak, satgi mengantuk plak, apa-apa pon berpada-pada.. fikirlah apa yang terbaik buat diri masing-masing.


~jom berdoa~

Dan yang PALING DAN AMAT PENTING, jaga hubungan kita dengan ALLAH, kita sebagai hamba hanya mampu berusaha sebaik mungkin tetapi hasilnya DIAlah yang akan menentukannya. Ibadah wajib jangan tinggal dan buat la baik sesama kita, dengan kawan-kawan, bertanya khabar mereka. Cari ketenangan abadi dengan mendekatkan diri kepadaNya. USAHA+ DOA+ TAWAKAL= KEJAYAAN InsyaAllah RABBI YASIR WALA TU ‘ASSIR, RABBI TAMIM BI KHAIR YA KARIM.


ALLAH DOES NOT REQUIRE YOU

“TO BE THE BEST”

HE JUST WANT YOU

TO “DO YOUR BEST”

AND

HE WILL TAKE CARE

“OF THE REST”

DO YOUR BEST IN THE FINAL EXAM

GOOD LUCK AND ALL THE BEST.

SEMOGA KITA BERJUMPA LAGI INSYAALLAH

~Semoga Berjaya Semua~

0 comments:

Post a Comment