Ilyani Dakroh Ilyani Dakroh: Dekat Dihatiku????

Monday, March 7, 2011

Dekat Dihatiku????


~CINTAILAH DIRIMU SEBELUM

KAMU SEBARKAN CINTAMU UNTUK ORANG LAIN

KENALILAH DIRIMU SEBELUM

KAMU DEKATI ORANG LAIN,

FAHAMILAH DIRIMU SEBELUM

KAMUMENILAI ORANG LAIN.

SAYANGILAH APA YANG KAMU ADA KERANA

SEMUA ITU HANYA PINJAMAN SEMENTARA,

DAN JAGALAH IA SEBAIK-BAIKNYA KERANA

KELAK AKAN DIPERSOALKAN

BAGAIMANA KAMU MENJAGANYA~

( iman_nurkasih 07032011 0225a.m )


Peribadi seseorang itu boleh kita lihat melalui tingkah laku dan perbuatan orang itu.

“Behavior of somebody is the mirror of his personality”.

So, kita boleh kenal seseorang melalui tingkah laku seseorang. Kita tak boleh nilai seseorang melalui percakapan dan perkataan yang dituturkannya saja kerana kadang-kadang perkataan dan percakapan selalu tak seiring dengan perbuatan orang itu. Kadang orang itu suka bercakap besar padahal, tapi dia tidak pula seperti itu dan suma itu omong kosong, sumanya hanya untuk membangga diri mengatakan dialah yang baik dan hebat. Padahal dia itu biasa-biasa saja. Tapi ada juga orang yang biasa-biasa tetapi sebenarnya dialah hebat pada pandangan Allah, ini orang yang zuhud, merendah diri dan sentiasa mengagungkan Allah. Semua yang diceritakan mengingatkan kita dengan kebesaran Tuhan. SUBHANALLAH.. siapakah orang zuhud itu? Adakah kita sahabat-sahabat? Ketuk MINDA Tanya IMAN sahabat-sahabat? Mungkin para ulama’. Suma itu kita boleh lihat pada peribadi mereka. Tetapi orang zaman sekarang lebih suka condem orang baik kan? Kenapa suma sudah terbalik.. Bagaimanakah diri ini, cakap supa bikin kah? hmmm (gaya berfikir)

Okay berbalik pada personality atau peribadi. Unggulkah peribadi kita? Adakah orang suka atau menyampah dekat kita. Sumanya berbalik pada diri sendiri. How to influence others? Bagi saya first sekali , yang utama sekali, paling penting, kita jaga hubungan kita dengan Allah, segala pergantungan dan pengharapan HANYA PADA ALLAH. Mengapa sesuatu yang kita hajati belum kesampaian atau tercapai? mungkin kerana ada sesuatu yang menghalang. Adakah kita ni selalu alpa dan lalai? So muhasabah diri balik atau mungkin jugak, ia sebagai ujian seorang hamba dimana Allah nak menguji tahap keimanannya, apakah kita melenting atau bersabar? Mungkin jugak nak melihat apakah kita mudah berputus asa or lemah? Ketuk QALBI Tanya DIRI sahabat-sahabat!

Kedua, jaga hubungan dengan family, mak ayah dan adik-beradik, jangan suka bergaduh, gaduh-gaduh manja tak pa. Hormati mak ayah, bercakap sopan dan bila bercakap dengan mereka, tenung muka mereka dengan penuh kasih sayang. Redha Allah terletak pada redha kedua ibubapa. Sayangi mereka selagi mereka masih disisi anda, selagi mereka masih ada. Jangan menyesal dikemudian hari. Balas jasa mereka seadanya, jangan pernah tinggalkan mereka. Hubungan sesama adik-beradik, sepupu sepapat, mak sedara, pak sedara. Suma kena jaga. Barulah keluarga bahagia dan diri anda diselebungi kebahagiaan.mungkin kebahagiaan sementara tetapi inilah yang dinamakan salah satu nikmat dunia yang perlu disyukuri ALHAMDULILLAH. Hubungan adik-beradik kenalah saling berkasih sayang, saling hormat-menghormati, tolong-menolong ketika susah dan senang. Jangan dok berkira sangat walaupun kadang-kadang berkira jugak hahaha, itu perkara biasa. Tapi jangan pernah benci menbenci. Jagalah hubungan sesama keluarga supaya hubungan yang erat itu dapat membawa kepada jalinan yang lain means hubungan sesama manusia yang lain. Dan jika dari institusi kekeluargaan kita telah di latih berkasih sayang, jadi, kita tak segan or gugup untuk menjalin kasih sayang sesame muslim pula tapi berbatas , tapi kena jaga la adab dan etika antara lelaki dan perempuan, aihhh dah belajaq suma, malaih nak cita bagi panjang lebaq lagi.

Ketiga, menjaga hubungan sesama muslim, bagi saya hubungan sesama muslim ini sangat penting. Kerana disinilah kita akan dinilai dimana segala tingkah laku perbuatan akan dilihat dan terpancarlah personaliti sebenar individu tersebut. Tak kira la kebaikan atau keburukan. Semua orang itu kan, tak sempurna, masing-masing boleh menilai. Dan yang paling baik bila kita melihat kelemahan seseorang itu, kita ucapkan kepadanya agar si dia boleh berubah untuk kebaikan diri orang itu sendiri. Tapi ia memerlukan kekuatan agar tidak pula menyakitkan hati individu terbabit. Mungkin dengan cara pendekatan nasihat yang berhikmah kita boleh gunakan, itu juga bergantung bagaimana individu yang kita mahu diberi teguran dan nasihat itu, pandai-pandai la kan. Masing-masing dah besaq panjang, bukan dok bawah ketiak mak abah lagi kan..hehehe dan saya pon suka gak kalu orang bagi tau keburukkan diri saya ni, everybody is not perfect kan, wahai anda-anda yang dekat dihatiku, tolonglah nasihati diri ini, please la come to me and say what you want to say. I promise, I will never hate you but i will really appreciate if you say that to me.. I’m really desperate toward it. I want to change whatever wrong in my life, I want to be good person “ ALLAH TAK AKAN MENGUBAH NASIB SESUATU KAUM MELAINKAN MEREKA SENDIRI YANG MENGHENDAKINYA” BUT I NEED YOUR..YOUR.. AND YOUR HELP.. huhu desperate housewife hahahaha

Dan saya juga akan bantu mereka-mereka yang menanyakan kepada saya dengan ikhlas hehehe mungkin juga yang dekat dengan saya. Hey kamu, please la talk to me.. what im wrong.. im not good person but but desperate to be good person.. please please… somebody help me, I don’t want to hear what is good about myself, hmmm adik-beradik sangat di alukan-alukan… kak long, kak teh, abang and kakak, yang dua lagi tunggu besaq sket.. baru cakap.. tapi kalu segan bley tulis surat letak bawah bantai, tak yah letak nama.. mama dan baba pon lagi boleh, tapi kena face to face dengan parent baru best hihi.. sangat2 dialukan hahaha rasanya boley ulang benda or kesalahan yang sama banyak kali. Perkara yang di tulis or diucapkan insyaAllah akan diperbaharui sket-sket.. Ishhh nampaknya penulis sudah banyak mengarut maybe sebab tengah desperate pasai ni. Maybe jugak dia tensen dengan esaimen yang kena antaq esok (hari ni 6hb, ahad, esok la 7hb 3 kena antaq) hihi

BAGAIMANA MEMBINA PERIBADI SEORANG MUSLIM?

  • · Beriman dan beramal Soleh
  • · Beribadat kepada Allah( menjaga hubungan dengan Allah)
  • · Beristiqamah dalam hidup (jangan pernah berputus asa dengan hidup)
  • · Memanfaatkan masa
  • · Berjihad di jalan Allah
  • · Berilmu
  • · Sentiasa bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah
  • · Berzikir disetiap waktu
  • · Bertawakal kepada Allah
  • · Bersabar dalam ujian hidup
  • · Suci zahir dan batin
  • · Bersikap positif dalam kehidupan
  • · Sentiasa bermuhasabah diri
  • · Bersifat malu
  • · Bersifat rahmat (berkasih sayang dan berbelas kasihan sesame muslim)
  • · Bersifat amanah
  • · Menafkahkan harta pada jalan Allah
  • · Bersifat ikhlas
  • · Bersederhana dalam kehidupan
  • · Menjauhi perkara yang sia-sia
  • · SENTIASA MENGINGATI MATI
  • · MENERIMA ISLAM SECARA KESELURUHAN SERTA MENGAMALKANNYA

CIRI-CIRI diatas ini diambil dari BUKU MEMBINA PERIBADI MUSLIM

(muhasabah diri kea rah kehidupan yang diredhai)

penulis ENGKU AHMAD ZAKI ENGKU ALWI.

Amik kat content ja neh. Sapa nak taw lebih lanjut, p cari beli dan baca… beli dan baca ingat tu, jangan pandai beli ja, tapi tak baca-baca. Rak buku yang baca, rak buku la pandai dan berubah (giloo sudah) p buat esaimen lar ilyani oiiiiiii!!! Baik hatilah hatiku~~~ jasad pon bergerak melaksanakan suruhan HATI!!

URUS MASA ANDA, ITULAH SEBAIK-BAIK PERANCANGAN DIRI DALAM KEHIDUPAN, DAN JADILAH MANUSIA YANG BERDISIPLIN!!!! JANGAN PANDAI CAKAP SAJA, BUAT LA.. NI BUKAN CAKAP TAPI TULIS HAHAHA apa-apa ja la ilyani.. ang ni omong kosong, mana ada, aku tengah buat peningkatan hidup ni… baiklah hatiku ~~~~

~HATI NAK DIRI BERUBAH TUAN, BAIKLAH hatiku~


0 comments:

Post a Comment