Ilyani Dakroh Ilyani Dakroh: Selamat Hari Pekerja

Sunday, May 1, 2011

Selamat Hari Pekerja


Assalamualaikum..hari ini hari pekerja kan? even today is labor day but ada jugak yang tak cuti kan? takpa la... kerja tu biaq la ikhlas hehehe...besa la nak jadi pekerja yang hebat, cara bekerja pon mestila hebat kan... cehhh macam dah kerja plak!! tapi penah jugak bekerja taim lepas spm dulu..rasa jugak la... kena rajin, amanah, punctual..baru la dpt bonus lebihhh..ya dak boss hehehe
Alhamdulillah takat neh suma pengalaman bekerja dapat bos yang pemurah.... hihi kepada bos saya, selamat bercuti boss!!!

Dulu before study about economics, ingatkan buruh tu just pekerja-pekerja binaan ka yang angkut2 barang...rupa-rupanya, buruh itu ada kata ganti untuk pekerja..hihi (^___^),and in economics, labor is one of the factor of economics....patut la ada dalam kalender, selamat hari buruh..lawak2...kiki

Sebagai pekerja Muslim, kita mesti menerapkan nilai Islam dalam pekerjaan seperti jujur, amanah, taat, tekun, dedikasi dan bijak. Kita juga mesti mempunyai tekad serta keazaman bagi menghadapi masa depan dengan lebih baik bermula dari hari ini.

Jom baca artikel diambil dari beritaharian (29/4/11)...(just sebahagian ja)

Islam sentiasa mendorong, memotivasi dan menganjurkan umatnya berusaha serta berikhtiar penuh ketekunan bagi mencapai kesejahteraan dan kegemilangan dalam kehidupan seharian.

Ingatlah, perubahan menuju hasanah (kebaikan) bermula dari dalam diri setiap individu. Pekerja kurang berkemahiran perlu mempertingkatkan keupayaan mereka. Jika tidak, mungkin ada antara mereka ini tidak lagi diperlukan dalam perkhidmatan.

Sebagai pekerja, kita juga mesti berusaha memberi sumbangan kepada kemajuan negara dan kesejahteraan masyarakat. Kita mestilah memainkan peranan dalam mencapai kesejahteraan bukan beban yang menyusahkan orang lain.

Tingkatkan kemahiran, tambahkan pengetahuan, hanya dengan cara ini kita mampu melaksanakan tugas sebenar sebagai khalifah di muka bumi. Allah menetapkan dalam sunnah kehidupan kejayaan itu hasil daripada kerja tekun dan dedikasi. Inilah jihad dituntut Islam.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Sesungguhnya Allah sangat suka (bahkan cinta) jika seseorang daripada kamu, melakukan kerja, maka dia bekerja dengan tekun.” (Hadis riwayat al-Baihaqi)

Umumnya, manusia berperibadi cemerlang berjaya menyempurnakan tugasnya berdasarkan kekayaan ilmu pengetahuan, penghayatan, pengamalan ilmu serta melaksanakan tugas mencapai atau melepasi ukuran cemerlang.

Mereka juga digambarkan melalui tingkah laku berhemah, berbudi pekerti mulia dan menerima tanggungjawab sebagai amanah seperti firman Allah bermaksud:
“Katakanlah: Mahukah kami khabarkan kepada kamu akan orang yang rugi amal perbuatannya? Orang yang sia-sia usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul pada apa yang mereka lakukan. Merekalah orang yang ingkar akan ayat Tuhan mereka dan pertemuan dengan-Nya; maka gugurlah amal mereka; maka Kami tidak akan memberi timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari Kiamat kelak.” (Surah al-Kahfi, ayat 103-105)

Berdasarkan maksud ayat ini dapat difahami ‘mereka yang rugi’ itu termasuklah yang tidak amanah. Sifat amanah adalah pakaian khalifah Allah. Sebagai khalifah kita bertanggungjawab mengurus alam dan segala isinya supaya keberkatannya dapat dinikmati.

Justeru, bagi memakmurkannya, kualiti pengurusan dalam pelbagai aspek kehidupan sangat diperlukan. Kualiti itu adalah tuntutan bekerja secara profesional melalui perancangan strategik dari sudut masa, wang dan tenaga yang semuanya berteraskan nilai amanah serta integriti. Rasulullah SAW adalah contoh pekerja dan pengurus unggul berkeperibadian tinggi yang sentiasa melakukan perubahan untuk maju.

~SeLaMaT hArI pEkErjA~


~Jadilah pekerja yang amanah dan menjadikan Rasulullah sebagai teladan~

0 comments:

Post a Comment