Ilyani Dakroh Ilyani Dakroh

Tuesday, April 3, 2012

Pesona Kasihmu


Pesona Kasihmu

Junjungan Mulia Muhammad s.a.w
Buat seluruh ummat manusia
Mulia pekerti akhlakmu
Santunmu lembut bicara
Sirahmu teladan  semua

Ujian hidupmu
 Penuh penderitaan
Penuh berliku
Kau tetap tabah dan sabar
Menghadapi perjalanan berduri
Ya Habiballah

Perjuangan Islammu
sungguh murni
sungguh suci
kami ummatmu kadang alpa mengingati
Bagaimanakah untuk meraih syafaatmu?

Akhlak mu pesonaanmu
Kasihmu tak bertepi
Perjuanganmu rantaian kami
Syafaatmu harapan kami

Salawat dan salam buatmu
Junjungan mulia
Ya Habiballah
Ya Rasulullah.


::iman_nurkasih::

~Moga diri kita tak lekang untuk salawat dan mengingati Baginda~
~Semoga Jalan kehidupan kita disusuli perjuangan Nabi Utusan Mulia
MUHAMMAD S.A.W, Kekasih Allah~

Dan dengarkan lagu ni
Terbaru dari Album Forgive Me
Maher Zain
Muhammad (pbuh)


Continue Reading

Friday, March 23, 2012

iMaN Di HaTi

Assalamualaikum.
Salam sejahtera, kepada anda semua,
 Moga berbahagia.
Dihari nan indah lagi mulia
Dipertemuan ini
Jalinkan kasih sayang.
(^_^)
Rapatkan la ukhwahh
Ikatan IMAN...la la la

Hampa suma,

Buat apa cuti-cuti ni?
Cuti-cuti MALAYSIA?
Makan, tidur, study?
Meeting, berkerja untuk Islam?
Ada exam?

Oh tidak?
Jugak bukan?
Hampir tepat?
Ikut demo, kome, hang, ampa, awak, kamu la nak wat apa pun.
ASALKAN...
Apa??

BERMANFAAT!!
DIRI TERUJA LAGI  TERHIBUR!!
DAN PALING PENTING
TIDAK BERCANGGAH DENGAN SYARIATULLAH!!!!!

Ada paham?
Pastikan anda angguk-angguk
dan bukannya geleng-geleng. hehehe
Yeppy!

Nak kongsikan ini =)

|
|
|
|
V


Serius kiut okeh,
 macam kamu,
ya kamu la~
Sonok latew..
=)
Tak perlu kata apa-apa
=)

Tapi kan bukan gambar tengah tu yang penting sangat
yang pentingnya
ISI dalam gambar ini
Semoga bermaafaatb untuk semua!

(Saya pun ambil dalam FB, Terima kasih tuan picture, arrigatooo..
Moga hamba Allah yang create picture ini mendapat manfaat berpanjanga, Amin)


EMOSI TERGANGGU??
Segala
Keserabutan kegelisahan, kerisauan
Bagaikan sesuatu agak yang sukar diungkap
Boleh jadi ia masalah
Boleh jadi ia juga ujian

Bagaimana kamu mentafsirnya??
Bergantung pada diri sendiri
Kelemahan bukan ukuran
kekuatan juga bukan sandaran

Yang penting kita cari solusi
pada permasalahan
Agar tersingkap
jendela hikmah yang tersembunyi

Itulah tanda pergantungan pada Tuhan
Menerima segala takdirNya
Penuh keredhaan dan ketaqwaan
Itulah indahnya hidup dalam keimanan.

::iman_nurkasih 23032012 ::

Oh ya, selamat bercuti buat teman-teman Uiam,
Semoga anda gembira disamping keluarga tercinta,
Manfaatkan masa dengan sebaiknya ok! <------(buat diriku jua)
~HAPPY HOLIDAY even just a week~

~Keimanan itu dapat menjana Istiqamah dalam kehidupan kita~
Mood- ::SEMANGAT::POSITIF::TENANG::
Continue Reading

Friday, March 16, 2012

Biar Sampai Ke Bintang


Biar mimpi mimpi kita
Jejak sampai ke bintang
Walau harus menggapai awan
Menongkah arus ini
Aku tahu bukan mudah
Tapi mimpi ini harus aku
Tiada gunung yang terlalu tinggi
Tiada laut yang terlalu luas
Tuk mereka memisahkan kita
Dari mimpi-mimpi kita ini
Jangan resah ini takdir
Tuhan mendengarnya
Tuk membawa mimpi-mimpi kita
Biar mimpi sampai ke bintang
Kerna kita semua tahu
Kerana ini impian
Setiap satu dari kita
Tiada gunung yang terlalu tinggi
Tiada laut yang terlalu luas
Tuk mereka memisahkan kita
Dari mimpi-mimpi kita ini
Jangan resah ini takdir
Tuhan mendengarnya
Tuk membawa mimpi-mimpi kita
Menuju ke bintang


~Mari terus gigih berusaha, biar mimpi a.k.a impian kita terlaksana~
~menuju jejak cita kita~
Continue Reading

Wednesday, March 14, 2012

Di HaRi iNi

Assalamualaikum w.b.t (^_^)



DOA AGAR MENSYUKURI NIKMAT ALLAH


Kami (Allah) mewasiatkan kepada manusia supaya dengan kedua-dua ibu bapanya, hendaklah berbuat baik. Ibunya mengandungkannya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah. Dan mengandungkannya dan memisahkan (susuan) adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila dia mencapai dewasa dan mencapai empat puluh tahun dia berkata:


 "Rabbi (wahai Tuhanku)! Tunjukilah daku untuk mensyukuri nikmat Engkau (Allah) yang telah Engkau (Allah) berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku berbuat amal yang salih yang Engkau (Allah) redai, dan perbaikilah bagiku pada keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau (Allah), dan sesungguhnya aku daripada golongan Muslimin (orang yang berserah diri).”
(Surah Al-Ahqaf:15)

Sangat merindui untuk pengupdate blog ini. Alhamdulillah hari ini aku masih lagi bernafas dan hari ini juga bertambah lagi umurku. Sudah 22 tahun aku diberi peluang oleh Allah Taala untuk menghuni dunia indah ciptaanNya, Masih lagi bernyawa untuk berbuat baik kepada mama dan baba, adik-beradik, sahabat handai. Alhamdulillah infiniti kesyukuran ku lafazkan agar diri ini tidak alpa dengan segala nikmat pemberianNya buatku selama ini. =)

Dalam melayari kembara kehidupan seorang hamba telah banyak yang aku pelajari, kesenangan, ujian dan rintangan hidup. Dan ku tahu segalanya nikmat dan kesusahan hidup adalah peringatan dariNya buatku sebagai makhluk ciptaanNya. Aku yakin lagi percaya atas takdir perjalanan hidupku ini berjalan atas aturanNya. Moga sinar hidayahNya disinari dengan istiqamah dariku. Amin =)

Aku tahu masih banyak kekurangan dan kelemahan diri ini. Kita tidak pernah sempurna tapi kita perlulah berjalan menyusuri kesempurnaan. Aku juga bukanlah baik, tetapi aku cuba untuk menjadi baik. Kadang kala nafsu dalam diri membuatkan kita meronta-ronta kelemasan dan mahukan kebebasan tetapi aku sentiasa bermohon pada Allah agar menunjukkan jalan lurusNya buatku. Aku tidak pasti bagaimana pengakhiran aku kelak, bagaimana dan dimana. Aku bermohon agar aku ditetapkan iman selalu dan semoga pengakhiranku nanti dalam husnul khotimah. 

Jika berbicara soal kematian, sudah pasti, dalam ungkapan, aku masih belum bersedia. Tapi layakkah aku mempersoalkan kesediaan bagi kematian. Kematian itu pasti dan kita tidak tahu, yang kita perlu tahu apakah yang akan dibawa bertemu denganNya. ya memang menggerunkan dan menakutkan. Aku sentiasa ingin hari-hariku mengingatkan soal kematian kerana dengan mengingatinya tidak lalai dan sentiasa ingin berbuat kebaikan tapi siapalah aku hanya hambaNya yang lemah.Yang ku harapkan aku sentiasa istiqamah dalam kebaikan dan sentiasa dalam petunjukNya. Moga kesediaanku di isi dengan amal kebaikan InsyaAllah. Moga diri ini istiqamah selalu. Kuat, kuat dan kuat =) 


Ya, ini semua mungkin harapanku dalam doaku di hari ini dan pengharapanku ini hanya kepadaNya kerana Dialah tempat aku berharap dan tempat aku bergantung memohon. Syukur atas segalanya =). Mungkin orang akan kata apa-apa saja tapi bagiku Dialah penilaiku. Biarlah apa pun yang aku lakukan hanya keranaNya. Semoga aku sentiasa kuat dan dipermudahkan segala urusanku didunia ini. Mendapat kejayaan didunia dan akhirat. Amin Ya Rabbal 'Alamin =)




:: Doaku dihari ini ::

"Sesungguhnya Tuhanku, tiada yang sebenarnya yang berhak disembah melainkanNya, ke atasNya aku bertawakal, dan Dialah Tuhan yang memiliki Arasy yang agung. Apa sahaja yang dikehendakiNya tentu akan berlaku, dan apa yang tidak dikehendakiNya tidak akan berlaku. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. Aku bersaksi bahawa Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu dan pengetahuanNya meliputi segala sesuatu. Aku memohon perlindungan kepadaNya yang Maha Berkuasa menahan langit daripada jatuh ke atas bumi melainkan dengan izinNya, aku memohon perlindunganNya daripada kejahatan segala makhluk yang bergerak di muka bumi yang berada di bawah kuasaNya. Sungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan yang lurus" (Riwayat Al-Baihaqi)


"Wahai Tuhan kami, berikanlah kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami daripada azab api neraka" (Surah Al-Baqarah:201)

p/s: Terima kasih buat semua yang mendoakan dan meng"wish" dihari ulangtahun kelahiran.
Dan saya juga disini ingin mengucapkan selamat ulangtahun kelahiran buat adikku, Mursyida. Dia berkongsi tarikh yang sama semasa saya berumur 7tahun lahirlah insan ini =) Semoga kakak berjaya didunia dan akhirat dan mendapat kecemerlangan dibumi Maahad Muhammadi.
Ya juga buat mereka2 yang lain yang dikenali dan tidak dikenali yang berkongsi tarikh lahir,
Happy BeSt DaY~ (^^,)

Apa ya azam untuk umur 22 tahun?? Tengah memikir, nak pandai dan rajin memasak XP

Umur tidak menjamin apa-apa, 
yang penting kita tahu matlamat dan hala tuju kita
Semoga kita semua mendapat keredhaan Allah Taala  InsyaAllah
Continue Reading

Tuesday, February 14, 2012

Say No to VD


Assalamualaikum w.b.t

Anda sihat? Alhamdulillah masih lagi bernafas dibumiNya.
Ooo ya VD? What means by VD?
VD=VALENTINE DAY~
Sebagai umat Islam (Muslim) , Kita sangat ditegah menyambutnya kerana?
kerana apa? Ini buktinya~

Hadis Rasulullah s.a.w,
"Barangsiapa yang meniru atau mengikuti sesuatu kaum (agama) maka dia termasuk kaum (agama) itu"
Firman Allah s.w.t,
"Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah diterima (agama itu) daripadanya dan dia diakhirat termasuk orang-orang yang rugi" 
(Surah Ali-Imran:85).

Kerana sejarah Hari Kekasih (Valentine's Day) merupakan  suatu perayaan yang berdasarkan kepada pesta jamuan 'supercalis' bangsa Romawi kuno di mana setelah mereka masuk Agama Nasrani (Kristian), maka berubah menjadi 'acara keagamaan' yang dikaitkan dengan kematian St. Valentino.
St. Valentino adalah nama seorang paderi. Namanya Pedro St. Valentino. 14 Februari 1492 adalah hari kejatuhan Kerajaan Islam Sepanyol. Paderi ini umumkan atau isytiharkan hari tersebut sebagai hari 'Kasih Sayang' kerana padanya Islam adalah Z...ALIM!!! Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Kekasih.

Jadi, Hari Kekasih tidak wajar disambut oleh insan yang bergelar Muslim kerana hari itu adalah hari jatuhnya kerajaan Islam kita di Sepanyol. Semoga kita semua ambil pengajaran!!! insyaAllah

 
Tak payah la nak romantik ka apa ka. Buang masa ja terutamanya yang kapel tu? Kapel tu dah la haram. Nak romantik-romantik sangat. Kahwin la wahai saudaraku semua dari buang masa berkapel tu. Bukan nak marah tapi harapnya niat berkapel itu mulia dan menjaga batasan (kita cuba memandang positif orang yang berkapel) supaya menjaga mereka dari melakukan maksiat dan zina. Ada sebab kenapa Islam menyuruh menjaga hubungan antara lelaki dan wanita tu. Masuk bab kapel plak!! hoho back to the point.

Kenapa kita meraikan pada yang belum pasti. Bukan perlunya hari-hari istimewa seperti ini yang bukannya dianjurkan Islam tapi dalam Islam itu sendiri kita boleh create setiap hari cinta dan kasih sayang terutamanya pada keluarga,sanak saudara dan teman-teman, Jadi tidak perlulah terlalu mengikut perayaan kaum lain ya~ Islam itu indah, dan yang akan mengindahkan agama itu adalah umatnya yang sentiasa mencari syurganya dan keredhaanNya. ^_^

Jauhilah apa yang Allah larang dan dekatkanlah diri kita dengan apa yang Allah sukai. Itulah tanda cinta sebenar lagi hakiki dan abadi.^_^

Cinta itu suatu yang Indah, berikanlah pada yang berhak dan selayaknya. Jangan terlalu murah untuk menjual cinta kita. Kerana cinta kita mahal, hanya layak kepada mereka yang layak menerimanya.

Cinta itu suci murni
Sebarkan cinta kasih Ilahi
Kerna
percikan kasihmu itu
akan subur mewangi
pada yang berhak kau miliki
dan kau sayangi

Sayang itu kasih mesra
Suburkan dihati dan dijiwa
kerna
akarnya itu akan membuahkan
rasa cinta sesama saudara
iman_nur
::14022012 1641pm::

                                                                                             ~Sebarkan cintamu pada yang selayaknya~
Continue Reading

Tuesday, February 7, 2012

Kau Yang Satu



Lagu ini kutujukan buat semua para pencari Ilahi. Allah yang Esa.
UNGU

 Hanya Satu

Dalam kesamaran
Aku terlihat sinarnya terang
Menyuluh hidup sekalian Alam
Merangkak menyusur
Meredah mencari jalan pulang

 Tangan kecil pemberianNya
Ku tadah Ku pinta
Pohon restu
Agar Rahmah dan Berkah
Menyinari kehidupanku
Pimpinlah tanganku
Bimbinglah driku
Sucikan hatiku
Kuatkanlah segalanya bagiku
Untuk menuju

Kau Yang Satu
~ALLAH TUHAN KITA~

iman_nurkasih
::020712 0140am::


~Tiada lain hanya Dia, Allah Taala~





Continue Reading

Thursday, January 5, 2012

::MeNjAdI LeBiH BaIK::


DOA AWAL TAHUN

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

"Segala pujI bagi Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w dan keluarga baginda dan sekalian para sahabatnya. Ya Allah Engkaulah yang kekal abadi, demi kelebihan Engkau yang Maha Agung dan kemurahan Engkau yang melimpah, sesungguhnya pada tahun baru ini aku memohon kepada Engkau perlindungan daripada syaitan, kuncu-kuncunya, tentera-tenteranya dan penolong-penolongnya. Dan aku memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan aku dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diri kepada Engkau. Wahai Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan. Wahai Tuhan yang lebih penyayang daripada segala yang penyayang.

Salawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w dan ke atas keluarga baginda dan sekalian para sahabatnya. Segala puji bagi Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian Alam." 

Alhamdulillah hari ini sudah masuk 05.12.2012, hmm sudah lima hari kita dalam tahun baru dan masih belum terlambat kiranya jika mahu mendoakan kebaikan untuk tahun ini. Sebenarnya, ingin juga post untuk akhir tahun lepas tetapi hajat tidak kesampaian =(. Tetapi Alhamdulillah diberi kesempatan pagi yang sunyi ini untuk menukilkan sesuatu di dalam ruangan ini.

Syukur tidak terhingga kerana diri ini masih dapat menghirup udaranya dan menikmati segala pemberianNya. Ya Allah sungguh tidak terhitung banyaknya. Terima Kasih wahai Tuhanku.  Akhir tahun 2011 kuharapkan ianya menjadi penutup tahun yang terbaik InsyaAllah. Dapat nikmat  Ilmu serta dapat berkumpul bersama-sama orang soleh dalam ertikata lain (menyambut tahun baru dengan cara Islamik). Mengalunkan nama-nama Allah kemudiannya dibuka tahun baru dengan DOA. 

Ya Allah semoga permulaan Doa itu menjadi tahun ini lebih baik dari tahun lepas. Perhimpunan Ummat  yang seramai ini, dapat ku bayangi beginilah keadaan di Mekah dan di padang Mahsyar kelak. Ribuan manusia yang tagih Ilmu Allah. Alhamdulillah. Begitu ramai sekali. Bukan sahaja dapat berhibur tapi yang penting dapat Ilmu, tak kiralah melalui ceramah santai atau lirik lagu. Tetapi mendapat pedoman dan mendapat keberkatan dariNya InsyaAllah. Tak kurang juga aktiviti ditempat lain. Semua telah membuat pilihan masing-masing kerana peluang itu sentiasa ada, cuma diri kita sahaja yang perlu memilih mana yang terbaik untuk kita =). Kalau tersalah pilih, itu adalah pilihan kita juga. SMILE!

Sekarang ini merupakan minggu peperiksaan Sem 1 2011/2012, sungguh cepat masa berlalu kan? Final Exam saya sem ini agak santai. Means ada gap yang terbaik punya. Kalau tak guna sebaiknya, memang satu  kerugianlah. Terima Kasih Ya Allah. Sudah berlalu 3 paper dan tinggal 3 paper lagi. Semoga segalanya dipermudahkan olehNya. Disini juga saya ingin mendoakan sahabat-sahabat yang dalam fatrah yang sama Semoga kalian mendapat kejayaan dan berusaha sebaik mungkin selagi masih punya waktu. Semoga Allah bersama-sama kita.(^_^)

Apa ya Azam saya tahun ini? Tak boleh detail sangat sebab it's too private ok!! (Bajet artis la tu) haaa mai dah bahasa tak formal dia. Bak kata ecah (my kazen yang cakap pandai tu) STOPPPPPP!!! Rindu ecah, minggu ni tak balik umah m.tam hehehe weeeeee rindu plak budak kecik tu.... Cukuplah saya katakan saya ingin menjadi lebih baik (baik kah saya???) Alhamdulillah mungkin berkat doa mama dan baba dulu kot. Jemaah ini adalah yang terbaik buat saya. Banyak sangat kekurangan diri ini berbanding mereka semua. Siapalah saya ini. Cuma hamba yang hina. Biarlah apa pun yang terjadi, saya tetap saya, cuma kena renovate sikit ja. Sudah baik nak jadi baik,untuk menjadi lebih baik, lebih baik dan lebih baik. Dalam erti kata lain Solehah~ PEACE NO WAR!!! 

“Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik”.
( Al-Ankabut 29 : 69)

Ok la. cukuplah setakat itu dulu. Semoga apa yang kita semua impikan merupakan pilihan yang terbaik untuk kita. Dan ianya mendapat Rahmat, Keberkatan dan Keredhaan darinya. Aminnn


.~Mujahadah adalah kunci (pintu) hidayah, tidak ada kunci hidayah selain mujahadah~
 "MUJAHADAH diri  mencari kebaikan dan sertai dengan  
MUHASABAH yang menjadi pedoman dalam kehidupan "
Continue Reading