Ilyani Dakroh Ilyani Dakroh

Monday, October 14, 2013

Make me strong



I know I’m waiting
Waiting for something
Something to happen to me
But this waiting comes with
Trials and challenges
Nothing in life is free
I wish that somehow
You’d tell me out aloud
That on that day I’ll be ok
But we’ll never know cause
That’s not the way it works
Help me find my way

My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
I know the road is long
Make me strong

I know I’m waiting
Yearning for something
Something known only to me
This waiting comes with
Trials and challenges
Life is one mystery
I wish that somehow

You’d tell me out aloud
That on that day you’ll forgive me
But we’ll never know cause
That’s not the way it works
I beg for your mercy

My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
I know the road is long
Make me strong



Continue Reading

Friday, June 28, 2013

KIRIMKAN AKU AL-QAWWAM


Kata bijak pandai,
"If Allah is all you have, you have all you need" maksudnya, 
"jika kita memiliki cinta kepada Allah, kita akan memiliki segala-galanya"
~Nice quote~

Ya Allah kurniakanlah kepadaku Al-Qawwam, pendamping hidup yang dapat membimbingku ke jalan redhamu yakni syurga-Mu. Si dia yang sedia mengajarku tentang ilmu-ilmu mu, yang dapat berkongsi susah senang denganku, yang dapat menerima segala kekuranganku ketika bersamaku.Ya Allah, hanya Engkaulah lebih mengetahui apa yang terbaik buatku. Ameen.

Si dia, siapakah si dia?
Hanya Tuhan yang tahu
bak lirik unic.
Muslimah ini, setia dan sedia menanti cinta hati yang ditakdirkan Ilahi
Pesan sahabat, teruskan istikharah.

"Jika ALLAH tidak memberikan seseorang yg kamu impikan..
Semoga ALLAH menghadiahkan seseorang yg mengimpikan dirimu..

Bila ALLAH tidak memberimu seseorang yg kamu rindukan...
Semoga ALLAH menghadiahkan seseorang yg merindukan dirimu..

Bila ALLAH tidak memberimu seseorang yg kamu dambakan...
semoga ALLAH memberimu seseorang yg mendambakan dirimu..

Bila ALLAH tidak menyatukanmu dgn seseorang yg kamu cintai..
Semoga dia menghadiahkan seseorang yg mencintai dirimu.."

~Checklists~
1. Solat
2.Cintai Ilmu
3. Bermanfaat kepada orang lain
4. Akhlak
5. Hubungan dengan Allah




اللهم سخرلي زوجا صالحا وأن يخطبني ويتزوجبي وأن يكون صاحبا في الدنيا والأخرة


allahumma sakkhorli zaujan soolihan, wa an yakhtubni wa yatazau wajubi wa an yakuu na soohiban fid dunya wal akhirat

"YA ALLAH YA TUHANKU, PILIHKAN DAKU SUAMI YANG SOLEH, DIA MEMINANGKU DAN MENGAHWINIKU SERTA JADIKAN DIA SAHABATKU DI DUNIA DAN DI SYURGA."

MARRIAGE IS NOT ABOUT LOVE, IT'S ABOUT MAKING UMMAH.. :)
Continue Reading

Tuesday, June 4, 2013

Yang Terindah Buatmu

Baba,
Anugerah terindah buat kami sekeluarga,
Dialah ketua, imam kami sekeluarga,
Dialah pendidik, di rumah juga di sekolah,
Dia adalah seorang ayah dan suami.
Yang memikul amanah Allah.
Membimbing kami ke jalan Allah.

Peribadinya yang luhur dan sangat disenangi,
Seorang yang cool dan kelakar
Buat kami sentiasa terhibur.

Orang kata, seorang bapa perlu bersikap garang,
tapi tidak dengan baba

Baba seorang yang ceria
Dia tahu bila situasi
Ada ketika perlu menghibur
Ada ketika perlu mendidik dan mengajar
mengajar dengan caranya

walaupun misai macam Dato. K, nampak garang
tapi baba penyayang orangnya
Tapi
Bila sekali marah, bertempiaran lari anak-anaknya
waaaa lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiii~

Ku syukuri adanya dia
Anugerah terindah
Dialah babaku dan aku anaknya
Kami, aku dan dia, Allah punya
Kami sekeluarga saling cinta
Semoga kasih ini hingga ke syurga.


To my hensem baba, Mohd Dakroh Yaso
Selamat UlangTahun kelahiran ke-51
Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.
Semoga Allah beri kekuatan dan istikhamah~terus berkerja utk Islam.
You are my super duper man in this world.
Terima kasih membesarkan kami adik-beradik dgn sebaiknya.
Love You Selamanya.
"Happy Birthday, Semoga Allah merahmati dan memberkati hidup baba"

"SURPRISE"

tadaaaa
|
|
|
V
Al-Quran, hadiah dihari lahirmu
Dapat gambar dulu, nanti akan dikirimkan
^_^

"Merindukan alunan suara merdumu mengalunkan ayat-ayat Allah
Nah, hadiah untuk ramadhan dan hari-harimu"
~Baba, dialah teman, dialah sahabat, dialah cinta kasih kami sekeluarga~
Continue Reading

Saturday, May 25, 2013

Coretan Hati

.
 Aku menulis.....

bukan lah kerana, 
aku seorang yang bijak menulis,
bukan juga seorang penulis terkenal,
tetapi dengan kudrat jua minatku,
aku cuba untuk menulis,

menulis dengan isi hatiku,
menulis dengan pengetahuan, pengalamanku,
dan menulis dengan ilham yang Allah kurniakan buatku.

Aku berkarya bukanlah kerana aku sesiapa,
aku menulis hanya kerana Allah,
kerana aku ingin berdakwah,
walaupun aku bukanlah seorang ustazah atau sesiapa pun,

Tetapi kerana.....
Aku ingin jadikan wadah ini kenangan terindah dalam hidupku,
aku ingin setiap coretan aku bermanfaat untuk semua,
Aku ingin keluargaku tahu isi hatiku dan betapa kasihnya aku kepada mereka,
Aku ingin sahabat-sahabatku tahu,
 mereka amat bermakna dalam hidupku.

Dan yang teramat penting,
Aku ingin memdidik diri ku ini dan orang lain untuk menjadi lebih baik
kerana ilmu itu amat penting
ilmu itu cahaya dan bekalan sebuah kehidupan

Kehidupan ini adalah sebuah perjalanan
Yang tidak tahu kesudahan
Penuh halangan dan rintangan jua ragamnya
Setiap hari adalah pelajaran dan ujian.

Aku menulis..............
Bukan kerana aku mahukan nama
Bukan kerana aku mahukan kemahsyuran
Bukan juga untuk bermegah-megah

Aku menulis..............
Kerana aku hanyalah HAMBA
Aku hanya hamba Allah yang lemah
yang senantiasa ingin mencari hikmah perjalanan kehidupan ini.

25052013 2100pm
iman_nurkasih



~Biarlah nanti bila aku mati
Kehadiran aku dirasai disini
Kerana disini aku tetap hidup.
Bernafas dengan setiap coretan qalbi~
Continue Reading

Wednesday, May 15, 2013

Revision Week

Assalamualaikum.w.b.t


Minggu terakhir "Lecture" amat sayu sekali rasanya, bakal merindui suasana itu. bersama-sama teman-teman menimba Ilmu, dari guru-guru yang tidak bisa mengenal erti penat jemu, mendidik memberi Ilmu.
"SELAMAT HARI GURU"

MY EXAMINATION'S SCHEDULE

Organizational Theory 
21 May 2013 (Tuesday)
9.00 am - 12.00 pm

Industrial Relations
23 May 2013 (Thursday)
   2.30 pm- 5.30 pm

English for Occupational Purpose
29 May 2013 (Wednesday)
9.00 am - 12.00 pm

Training Management 
31 May 2013 (Friday)
9.00 am- 12.00 pm

Quality Management
5 June 2013 (Wednesday)
9.00 am- 12.00 pm

Di sini, saya ingin memohon maaf kepada semua yang mengenali diri ini andai ada salah silap, tutur bicara menguris hati dan perasaan dsb. Maafkan diri ini. Saya juga ingin mengucapkan selamat mengulangkaji buat sahabat IIUM, di luar IIUM yang bakal menduduki periksaan dan yang mengenali diri ini. Semoga dipermudahkan menjawab soalan-soalan peperiksaan anda nanti. Semoga berjaya didunia dan akhirat.
ALL THE BEST
"Semoga Beroleh Kejayaan"


~Menuntut ILMU itu tiada pengakhiran,
biarlah dimanapun, saat jua ketika, 
carilah ilmu, kutiplah ia kerana ilmu itu adalah
 NUR yang menerangi hidup insani didunia ini~
Continue Reading

Thursday, March 21, 2013

Doaku untuk semua =)

سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم
"Ya الله ,sahabat saya yang membaca ini adalah sahabat yang soleh dan solehah, kuat, sabar, sayangilah dia serta kasihilah dia. Engkau bantulah dia tingkatkan kehidupannya, mudahkan rezekinya,sihatkan badannya. Jika dia melangkah, selamatkanlah dia, mudahkan langkahnya"
  
أَمِيْن يَا رَبَّ العَلَمِينْ


Saya doakan semoga semua orang diberi kemudahan dan kekuatan dalam segala-galanya, Allah bersama kita, kalau kita letak Allah bersama-sama kita. InsyaAllah. ^_^

ALL THE BEST, for assignment, midterm exam, final exam, ujian-ujian hidup sama ada masalah atau nikmat duniawi.. kita suma kuat, dan mampu menghadapinya!

" Allah tidak membebani seseorang memembebankan melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat (pahala) dari (kebajikan) yang dikerjakannya dan dia mendapat (siksa) dari (kejahatan) yang diperbuatnya."

(Mereka berdoa), "  Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika lupa atau kami melakukan kesalahan. Ya Tuhan kami, janganlah Kau bebani kami dengan bebanan yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang sebelum kami. Ya Tuhan kami,janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah pelindung kami, maka tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir."  

(Al-Baqarah 2:286)

~Kita ada Allah, tempat kita mengadu~ 
"Tetapkanlah kami( istiqhamah) dijalanMu ini, Ya Allah"
Continue Reading

Tuesday, March 19, 2013

Nikmat Kurnia Ilahi

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah syukur atas rahmat kasih Ilahi kerana diri ini masih bisa bernafas diatas muka bumi ciptaanNya ini. Alhamdulillah nikmat yang sering kita lupa, yakni nikmat usia pemberianNya. Masa yang berlalu bagaikan air mengalir yang sering kita persiakan. Astagfirullah hal'azim, ampunilah kami Ya Allah atas kealpaan kami atas urusan duniawi, kami tahu, banyaknya dosa kami tapi tak pula sering sujud taubat kepadaMu, peluang yang diberikan kekadang tidak diendahkan. Ya Allah ampunilah dosa-dosa kami. Berikanlah bimbingan, petunjukMu dan kuatkan langkah kaki kami menuju syurgaMu dengan mecapai keredhaan dariMu.

Sesungguhnya apa yang kamu sembah selain Allah itu adalah berhala, dan kamu membuat dusta. Sesungguhnya yang kamu sembah selain Allah itu tidak mampu memberikan rezki kepadamu; maka mintalah rezki itu di sisi Allah, dan sembahlah Dia dan bersyukurlah kepada-Nya. Hanya kepada- Nyalah kamu akan dikembalikan.”
 ( Al Ankabut : 17)
  

Buat Birthday Girl, ini kad untuk awak ^_^
Semoga mendapat inspirasi untuk lebih maju kehadapan. Ameen.



Nikmat usia buatku kerana aku masih diberi kesempatan untuk sampai ke tarikh 14032013 (masihi) yakni genaplah umurku 23tahun. Alhamdulillah, semoga peningkatan umur ini menjadi pemangkin untuk membuat peningkatan dalam amal ibadah jua kebaikan Ameen. =)

Dan apa saja nikmat yang ada pada kamu, maka dari Allah-lah (datangnya), dan bila kamu ditimpa oleh kemudharatan, maka hanya kepada-Nya-lah kamu meminta pertolongan.”
 (An Nahl :16)
Hadiah terindah buatku diusiaku ini untuk lebih merasa dekat denganMu
Banyaknya nikmatMu buat ku Ya Allah.
Semoga ia menjadi pemangkin untuk kejayaan dimasa hadapan Insya ALLAH,

~Lambaian CintaMU memanggilku demi meraih redhaMu~
.
Continue Reading