Ilyani Dakroh Ilyani Dakroh: FIQH WANITA SIRI 1

Wednesday, January 19, 2011

FIQH WANITA SIRI 1

PENGENALAN~

Alhamdulillah sahabat-sahabat kerana diberi hidayah untuk mengikuti kelas pengajian yang satu-satunya khusus buat muslimah SAHAJA. Sem lepas just dengaq tapi sem ni, hati yang kering ni amat tergerak untuk mengikuti kelas-kelas pengajian agama. Alhamdulillah, TERIMA KASIH YA ALLAH.. Alhamdulillah hidup di kampus yang dibanjiri dengan pelbagai kelas-kelas tambahan untuk hati rohani dalaman kita danFREE plak tu. Wahai sahabat-sahabat uiam yang dikasihi suma, tahukah anda, betapa untungnya kita digelar Mahasiswi UIAM? Sangat beruntung kot!! Sangat-sangat yer!! Antara mau and tak mau ja.. tu ja persoalannya kan? Jadi, disini saya nak menyeru sahabat-sahabat mahasiswi suma, jom la kita ikuti pengajian FIQH WANITA ni, disampaikan oleh USTAZAH NAZIRAH. ANJURAN IRKHS and MARUF CLUB.. dan mudahan beristiqamah sebab setiap tajuknya amat penting dalam kehidupan kita sebagai wanita asasnya. Dan masih belum terlambat lagi bagi sapa-sapa yang berminat nak join, takat ni HARI AhAD malam isnin, pukul 9 MALAM dekat ADM LR5, level 3 naik tangga tepi mosque female entrance.

APA ITU FIQH?

Fiqh @ fekah amatlah luas:

  • Fiqh Ibadah yang perlu diutamakan (aulawiyat)
  • Fiqh muamalat berkenaan dengan jual-beli, kewangan, ekonomi dsb)
  • Fiqh nizamul usrah (munakahat)lebih kepada perkahwinan
  • Fiqh jinayat jenayah (undang-undang dan hukuman)
  • Fiqh hukm wa siasahpolitik
  • Fiqh tatasusila (hubungan internasional)→muslim dengan muslim, muslim dengan non-muslim
  • Fiqh akhlakmengenai adab seorang muslim

Okay la, disebabkan siri 1, memang pengenalan la, TAJUK BESAR : FIQH MAR’AH, bukan marah kay, kenapa Mar’ah?

Sebab ia berkisar dalam kontek kewanitaan. Kenapa kita kena belajaq fiqh ni? Untuk meningkatkan kefahaman mengenai hukum-hukum Allah, merujuk kepada Al-Quran dan As-Sunnah.

Jom Hayati tafsir dari surah Al-Baqarah, ayat 269,

"Allah menganugerahkan al hikmah (kefahaman yang dalam tentang Al Quran dan As Sunnah) kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan barangsiapa yang dianugerahi hikmah, ia benar-benar telah dianugerahi karunia yang banyak. Dan hanya orang-orang yang berakallah yang dapat mengambil pelajaran (dari firman Allah)"

Dan jangan jadi seperti satu golongan ni, dizaman Rasulullah, mereka ni yang tak faham hal-hal kenabian tetapi mereka tetap juga dengan sikap mereka itu (ego), tak faham tapi enggan jugak memahami, Jadi, jangan lah kita jadi macam golongan ni, (nauzubillah) Kita tak faham tapi tak pulak mencari sesuatu untuk belajar atau bertanya, terutama mengenai fiqh-fiqh wanita ni. Yang amat berkaita rapat dengan kehidupan kita.

Kefahaman itu amat penting dalam kehidupan kita, moga dengan sedikit kefahaman yang kita ada atau dapat, kita dapat pula berkongsi dengan kawan-kawan kita pulak. InsyaAllah

HUBUNGAN FIQH DENGAN KEIMANAN

Akidah ikatan@ simpulanan tali. Tunjang utama sebagai seorang muslim

Iman dan IslamsyariahAkhlak

Akidah ataupun keimanan itu adalan keikatan yang kuat terhadap Allah Taala, bilamana kita terikat dengan hubungan dengan Allah, berpegang teguh dengan syariatnya (hukum-hukumnya), jadi kita akan memdekatkan diri kepada Allah dan berusaha menjauhi larangnya kerana ia termasuk dalam konsep Ihsan dimana Rasulullah s.a.w pernah bersabda:

Beribadahlah kepada Allah seolah-olah kamu melihatNya, dan jika kamu tidak melihat Allah, maka sesunggunya, Allah melihat kamu

Hubungan akhlak dengan iman

Kemulian akhlak adalah tanda keimanan seseorang kerana ia adalah buah dari keimanannya Rasulullah s.a.w bersabda:

Bukanlah iman itu hanya dengan cita-cita tetapi iman itu ialah keyakinan yang tertanam di dalam hati dan dibuktikan dengan amalan

Kita buat sesuatu atas sebab kepercayaan dan keyakinan kita pada Allah Taala, jadi jelaslah dengan akidah yang kuat, akan melahirkan ketaatan kepada Allah Taala.

Akhlakhubungan kita dengan Allah (IBADAH)

Hubungan sesama Manusia

(Suma yang ditetapkan Allah tidak ada langsung yang bercanggah dengan fitrah kita) sangat complete!

Antara tajuk-tajuk yang akan dipelajari dalam kelas ni:

  • TAHARAH (Kebersihan diri dan bersuci)
  • WUDHUK DAN TAYAMUM
  • MANDI SUNAT
  • MANDI WAJIB
  • MANDI JANABAH
  • SOLAT

Dan ustazah juga ada kaitkan dengan ISLAM:

APA ADA DENGAN ISLAM? antara kelebihan Islam:

  • Islam agama fitrah (kita diraikan oleh Islam)
  • Tak munyusahkan
  • Mudah tapi tak pula boleh dipermudahkan sewenang-wenangnya
  • Fleksibel dengan keperluan manusia sepanjang zaman dan tempat
  • Untuk semua bangsa

Pesanan ustazah sebelum bersurai:

Solat: menjadi penghubung antara Allah dan hambaNya dan memberi kekuatan dalam diri.

Contoh: perempuan tengah uzur (tak boleh solat), apa yang kita rasa? Walaupun relek ja, tak payah solat tapi macam lost contact ja kan. Sebab tu kita perlukan keterikatan kita dengan Allah, tak boleh solat tapi diganti dengan zikrullah, pasang ayat-ayat quran supaya kita tak rasa jauh dariNya. Supaya kekuatan dalaman tetap ada dalam diri kita.

Takat tu dulu yang dapat saya kongsi untuk siri pertama ni, kalau nak taw lebih lagi.. jom la kita ramai-ramai serbu kelas ni.. MEMANG BEST!! Saya mohon maaf, jika apa yang nak saya sampakan agak berterabur , saya harap sedikit sebanyak dapat memberi kefahaman buat kita semua, InsyaAllah.

~peringatan buat diri dan orang lain~

2 comments:

  1. Assalamualaikum buat pemilik blog dan pembaca sekelian, terima kasih atas ilmu yang diberikan. Di sini terdapat perbincangan berkaitan dengan TAHARAH oleh Ustazah Norhafizah Musa. Semoga perkongsian ini bermanfaat
    Fiqh Wanita: Taharah (Bahagian 1)
    Fiqh Wanita: Taharah (Bahagian 2)

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum. Terima kasih atas perkongsian. Semoga Allah swt membalas jasa baik. Izin share ye

    ReplyDelete