Ilyani Dakroh Ilyani Dakroh: PRK 2012

Sunday, September 23, 2012

PRK 2012

Assalamualaikum w.b.t.

Kehidupan  di alam kampus ini sememang banyak yang 'fun' dan erti kebebasan sebagai seorang mahasiswa. Tapi di dalam tempat yang kecil inilah kita diasuh, dididik dan juga ditarbiyah sebenarnya untuk mengharungi kehidupan diluar sana yang lebih mencabar kelak =). 

Apakah yang dinamakan kebebasan seorang mahasiswa jika tidak dapat memilih dan melontarkan idea dan pandangan?. Jadi disinilah tempat yang mana bukan sahaja tempat untuk kita menimba ilmu malah tempat untuk mencari pelbagai pengalaman. Oh ya. Sekarang ini merupakan fatrah Pilihanraya Kampus atau nama glamornya PRK. Sudah pastinya kemeriahan prk tidak asing lagi dalam kehidupan seorang mahasiswa dimana jika diberi kesempatan serta kebebasan untuk mengundi calon-calon pilhan kita untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan kita terbela lagi terjaga. Ya itu hak kita sebagai seorang mahasiswa yang cemerlang bilamana kita tahu kita mempunyai pelbagai tanggungjawab untuk menjamin kesejahteraan dan 'keberkatan' suasana kampus kita dengan mengundi calon yang selayaknya untuk memegang amanah yang berat itu.

Mungkin bagi sesetengah pelajar hanya memandang enteng perkara ini, tidak merasakan kepentingan untuk turun mengundi. Itu adalah tanggapan yang amat salah sekali kerana dengan adanya para pemimpin yang amanah inilah suara-suara kecil kita dapat didengari ooleh pentadbiran kampus kita dengan begitu lantang sekali. Takbir ^_^

Pada pendapat peribadi saya yang juga seorang mahasiswa di IIUM, sudah pasti saya mempunyai calon pilihan saya yang sudah semestinya mempunyai kriterianya tersendiri. Seorang yang berkepimpinan, secara generalnya pembawakan yang Islamik, mudah dan mesra rakyat, kalu dia special pun mungkin dia merupakan (seorang Al-hafizah dan Al-Hafiz) Mungkin tapi itu cuma pendapat peribadi saya sahaja. Mereka menjaga tingkah laku a.k.a adab sebagai seorang muslim. Menjaga batas pergaulan tetapi tidaklah terlalu menjaga means tidak jumud dalam berdakwah. Mereka mempunyai cara masing-masing untuk dekat dengan semua orang. Setakat yang saya lihat mereka mempunyai karisma dan aura masing-masing.^_^

Buat calon kuliyah ekonomi dan sains manusia. Bakal-bakal YB Aisyah Jauhara, Hamidi Zamri, Norol Aiman dan Zubir Wong. Selamat berkempen dan berjuang. Adat bertanding mesti ada menang atau kalah. Tapi janganlah terlalu berharap untuk menang dan jangan pula berharap untuk kalah tetapi letaklah pergantungan hanya kepada Allah Taala kerana Allahlah sebaik-baik penilai. Sememangnya student yang akan memilih anda tetapi yakinlah bahawa itu adalah ilham dari Allah melalui diri kami dan inilah takdir pemberian Allah kepada anda. Andai amanah itu diberi, tunaikanlah dengaan sebaiknya dan seikhlas hati, kerana kami sebagai mahasiswa percayakan pemimpin yang kami pilih. Anda adalah suara-suara kami. =)

Ya lagi satu isu yang tidak sihat ketika PRK adalah fitnah memfitnah untuk menjatuhkan calon lawan. Alhamdulillah dari segi pemerhatian saya, calon-calon di KENMS hubungannya sangatlah baik kerana masing-masing pernah bekerja dalam satu pasukan. Saya juga mempunyai pengalaman bekerja dengan setiap calon dan saya kenali mereka. Tetapi saya sebagai penyokong tegar Aishah sangat lah terkecewa dengan sikap sesetengah individu yang cuba mencari kesalahan pihak lawan (di kuliyah lain). Ada yang tidak puas hati dan ada yang sanggup menconteng poster calon. Alangkah sedihnya, adakah mahasiswa namanya jika berpelakuan seperti itu. Ingatlah Allah megetahui dalang-dalang atau individu yang melaukan itu semua. Mungkin disini kita tidak tahu tapi ingatlah dikiri dan kanan kita ada malaikat mencatat amalan kita dan Allah juga sedang melihat kita. Peace!

Akhir kalam. Jangan lupa untuk turun mengundi (bila ada gap antara kelas) pada Hari Selasa, 25/9/2012 dari jam 9 pagi hingga 5petang, dan pastikan anda mengundi kerana ini pengalaman berharga buat mahasiswa, hanya sekali setahun. Hanya undi 2 orang calon setiap kuliah. kalu lebih atau kurang, undi akan rosak dan tidak akan dikira. Dan jnagan lupa untuk membawa kad matrik semasa pengundian. Tempat mengundi adalah di setiap lab kuliyah dan juga ITD.

Bukan tak adil ka apa, kalu boleh suma saya nakpilih, sebab keempat orang ini juga sahabat saya.
Tapi lebih selesa rasanya bila ada wakil perempuan =)
VOTE FOR 'Aishah Jauhara



VOTE For AISYAH!! =)

0 comments:

Post a Comment