Ilyani Dakroh Ilyani Dakroh: Listen...Listen...Listen...

Thursday, January 17, 2013

Listen...Listen...Listen...

Assalamualaikum w.b.t

Mungkin ada yang tertanya-tanya apa yang listen..listen..listen ni kan? Oh, ini adalah Isu mengenai Forum Suara Mahasiswa yang diadakan di UUM pada 8 Disember 2013 yang lalu. Click disini----> VIDEO YOUTUBE. Untuk dengar sendiri. Nice Video =) Pertama kali mendengar, saya tidak mengerti, apakah yang ingin disampaikan Puan Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin ini, mengaitkan persoalan Miss Bawani mengenai isu pendidikan percuma dan Bersih itu, dengan haiwan? Ikan, josh, lembu, kucing? Dia langsung tidak menjawap dan hanya mengulas dengan panjang lebar seperti tidak ada kena mengena langsung dengan persoalan miss Bawani. =( So, sad.

Lepas itu, cakap pula mngenai 'respect' dan keluarkan beberapa statement salah satunya 'when I speak,you listen. Let's me speak'. Sangat 'annoying' diulang banyak-banyak kali. Mungkin dia nak bagi semua pelajar ingat, jangan "masuk telinga kiri, keluar telinga kanan" ya? Baik =). Sampai hati, dia rampas mikrofon untuk menghentikan percakapan Miss Bawani padahal Miss Bawani belum habis bercakap lagi kan. Dia cakap dia tidak mengaibkan miss Bawani tetapi pada masa yang sama telah mengaibkan Miss tu dihadapan ribuan orang. Mungkin dia tidak sedar, mungkin! Huh ku keliru dengan Puan Sharifah ini, apa yang dia nak sampaikan sebenarnya? Keliru lagi. (saja buat-buat keliru). Lepas dengar Penjelasan dari Miss Bawani. Baru clear, ya la kita tak duduk disana, kita tidak mengetahui keadaan disana. Ya dak?  Mungkin kita perlukan penjelasan dari Puan Sharifah pulak? Ya!! Ya!! mungkin. Nak dengar pula penjelasan dari pihak dia macam mana. =)
 Ok, cukup dulu, saya tidak mahu mengulas mengenai video ini sebab sudah pasti ramai sudah menonton dan memahami isu dalam video ini. ^_^ Boleh baca ulasan disini juga. The Star.


Fenomena LISTEN ini sejak seminggu ini kian menjadi-jadi. Apa LISTEN ini? Dengar, dengar dan dengar. Jangan bercakap bila saya bercakap, sila dengar,dengar dan dengar. Mahasiswa seperti saya dan anda perlu membuka minda dan jiwa untuk menilai yang mana benar dan mana salah. Kita tidak perlu mengikut telunjuk 'mereka' lagi kerana 'media kita' hanya dihujung jari dan kita sudah matang dan bijak menilai yang mata kaca dan yang mana permata. Kita bukan lagi alat mainan mereka. Kita punya akal untuk berfikir dengan sewarasnya.
 "It's hard to listen with a big, sticky ego". So, kita jangan jadi macam ini, sebab semua orang berhak bersuara dan ia bukanlah suatu masalah seperti haiwan dengan bersuara jika kita dipihak yang benar. Dan kita ini makhluk ciptaan Allah yang berbeza dengan haiwan kerana kita boleh bersuara dan dikurniakan akal oleh Allah Taala.
Sangat kagum dengan keberanian Miss Bawani, dia mempunyai keistimewaan untuk lancar berkata-kata dan mempunyai 'point-point' yang bernas untuk dipersoalkan. Mungkin isu ini adalah petunjuk dan ada hikmah disebalik semua ini untuk kita semua. Kita semua perlu celik ilmu dan perlu lebih peka dengan isu semasa sebagai seorang mahasiswa di zaman ini. Kita semua mempunyai kelebihan dan kekurangan sebagai makhluk ciptaanNya. Oleh itu, kita perlu gilap dan tingkatkan peribadi dan jati diri sebagai seorang mahasiswa dengan apa yang Allah kurniakan buat kita. ^_^

Komunikasi dua hala amatlah penting. Jadinya, untuk orang hormat kita, kita perlu dengar dahulu apa yang ingin disampaikan kemudian baru menjawap atau respon. begitulah yang sebaiknya. Barulah ada kefahaman dan toleransi yang baik. Jangan sesekali memburukkan orang lain diharapan orang lain, kelak aib kamu pula akan diBONGKARkan. Akhir kata, buang yang keruh dan ambillah yang jernih. Kita perlu belajar dari pengalaman 'peristiwa yang telah berlaku ini' dan jadikan ia sebagai pengajaran dan pedoman buat kita semua. =)
"Hormat menghormati amalan mulia
Jadikan ia pegangan kita
Isu 'listen' membuka minda
Buat kita seorang MAHASISWA"

Hidangan 'santai' untuk anda.
Semuanya mengenai LISTEN OK!! Enjoy =)

p/s: Maaf atas ketidakformalan kata-kata dan keterlanjuran budi bicara.

0 comments:

Post a Comment