Ilyani Dakroh Ilyani Dakroh: BiDaDaRi ImPiAn

Tuesday, September 6, 2011

BiDaDaRi ImPiAn

BIDADARI IMPIAN

 Dia cantik jika dia bersahabat dengan sahabat yang baik
Dia lagi cantik jika dia punya akhlak mulia
Dia bertambah cantik jika kehormatan dan maruahnya terjaga
Dia tersangat cantik jika imannya sentiasa istiqamah lagi bertambah

Dia indah jika matanya selalu melihat perkara yang baik
Dia lagi indah jika bicaranya bertempat bukannya mengumpat
Dia bertambah indah jika kaki tangannya beramal kerana Allah
Dia tersangatlah cantik jika peribadinya sentiasa terjaga.

Dia comel jika hatinya diberikan pada yang berhak
Dia lagi comel jika sayangnya dicurahkan pada keluarga tercinta
Dia bertambah comel jika cintakan hanya pada suaminya
Dia tersangatlah comel jika rindu kasihnya pada Ilahi 


Dia jelita jika rambutnya tidak terdedah dan seperti aslinya
Dia lagi jelita jika wajahnya semulajadi, tidak bermekap tebal
Dia bertambah jelita jika tubuhnya bukan berpakaian seperti bertelanjang
Dia tersangat jelita jika auratnya sentiasa terpelihara

Dia anggun jika ramah bicaranya tapi malunya terjaga
Dia lagi anggun jika bicaranya sopan dan penuh beradab
Dia bertambah anggun jika ilmu penuh didada dan diminda
Dia tersangat anggun jika katanya boleh menjadi pedoman

Wanita banyak mengundang fitnah
Banyak juga yang terseksa dineraka
Tapi banyak juga yang menghuni syurga
Namun segala pilihan terletak ditangan kita
Bidadari dunia atau syurga diakhirat kelak
Biar Didunia tecemuh tetapi diakhirat kelak diri kita terbela

Bidadari bukan sekadar bidadari biasa
Tapi bagai bidadari syurga
Biar susah menjadi bidadari impian
Moga impian kita tercapai jua
InsyaAllah

::iman_nur::
(06092011 1459pm)

~Perjalanan ini penuh onak duri,
andai tersilap langkah dia bukan lagi Bidadari~
~Peringatan untuk diri yang sentiasa tidak pernah sempurna
tetapi ingin mencari kesempurnaan~ 



0 comments:

Post a Comment