Ilyani Dakroh Ilyani Dakroh: HaNyA uNtUkMU

Wednesday, August 24, 2011

HaNyA uNtUkMU

::aDaM dAn HaWa::

Jangan ditanya mengapa?
Jangan disoal untuk siapa?
Biarlah DIRI terasa
Bila kata tertanya

~Perkongsian seorang sahabat dari group fbku~
tapi ayat ada diubah sikit-sikit, maafkan aku sahabatku =)


~Untukmu Wahai Adam paling kukasihi,
andai mahu menyunting Hawa~



1. Jangan dilihat pada purdah mahupun tudung semata-mata kerna hawa hari ini tidak lagi seperti dulu. Tetapi lihatlah pada telapak tangannya. Andai mudah telapak lembut itu menghinggap pada kulit lelaki lain tanpa lapik. Fikirlah semasaknya untuk menyuntingnya. Sesungguhnya memegang anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita kahwini.


2. Jangan dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata. Tapi lihatlah pada sebujur bibirnya. Andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya. Fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya. dikhuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami. Menabur buruk diri si suami tercinta.

3. Jangan dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata.. Tapi lihatlah pada sepasang indah mata miliknya. Andai tidak redup menunduk pandangan. Fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya. Dikhuatir bila sudah bersuami, matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami.

~Untukmu Wahai Hawa yang paling kusayangi..
andai mahu menerima cinta Adam~



1. Jangan dilihat pada kereta mewahnya semata-mata. Tapi lihatlah pada aktiviti malamnya. Andai liar hidupnya tika malam menjelma. Fikirlah sebaiknya andai mahu menerima kerna maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba. Dikhuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah.

2. Jangan dilihat pada pakaian berjenama semata-mata. Tapi lihatlah pada bahagian kakinya. Andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah dipadang bola. Fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima kerna aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri.

3. Jangan dilihat pada tampan paras semata-mata. Tapi lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara.Andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah.Fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya. Dikhuatir pabila bersama kelak. Kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan. Lelaki dan wanita hari ini tidak lagi seperti mereka yang dahulu, yang sebelum ini.

Adam dan Hawa,
::buat diriku, kau dan kamu semua::
~muhasabah ini adalah muhasabah bersama~


Sekadar perkongsian bersama~

"Janganlah kita hanya pandai menilai orang sahaja tetapi yang paling penting sekali adalah perbaikilah diri dan hati sendiri dahulu, barulah kebaikan akan bertandang dalam diri tanpa dipaksa, dan kemudian wajarlah kiranya, insan yang bersama kita kelak adalah setaraf kita. "


Setiap manusia bukannya sempurna, tetapi kita diberi akal fikiran untuk membezakan yang mana baik yang mana buruk. Jika kita tahu memilih corak hidup kita, maka baiklah kehidupannya. Jangan hanya melihat pada pakaian dan penampilan semata-mata tapi lihatlah pada budi pekerti akhlaknya serta hatinya, kerana disitulah akan terpancar cara kehidupannya.

Buat adam dan hawa.. mujahadah ini adalah mujahadah bersama,

Jika kita mahukan seseorang baik, maka perelokkanlah diri sendiri dahulu, tambah amal dan tingkatkan keimanan serta ketaqwaan. Bukanlah penampilan, fizikal, status yang menentukan baik buruk seseorang, tetapi jika dia mengamalkan apa yang dituntut Allah yang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah, juga teguh pegangan akidah keimanan sudah tentu dia faham mengapa dia dilahirkan didunia ini.

Yang paling penting jaga hati, jaga diri, jaga iman dan tingkatkan amal. Jodoh itu ketentuannya, andai seorang yang jahil tapi berkeinginan akan yang beragama dan dijodohkan pula dengan orang alim maka BERUNTUNGlah dia. Tetapi andai ditakdirkan dengan sebaliknya, maka itu adalah UJIAN baginya untuk membentuk pasangannya kearah cara hidup Islam yang sempurna.

Tetapi yakinlah "Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik". Ia setaraf dengan diri kita,InsyaAllah, tidak perlu mengidam untuk bersama seorang alim dan andai diri bukan la alim, wahai diriku. =) Biar biasa-biasa tapi dapat membimbing kehidupan berkeluarga kearah mencapai keredhaan Allah, dan pilihlah yang beragama agar dia dapat membimbing dirimu yang masih terkapai-kapal itu.

::Jaga diri dan jaga hati, maka terpancarlah nurkasih Ilahi::

0 comments:

Post a Comment