Ilyani Dakroh Ilyani Dakroh: Ceritera cuti mid-break

Sunday, November 20, 2011

Ceritera cuti mid-break

Assalamualaikum w.b.t

Lama bebenor tak post apa. Ni ni 1st post tok bulan ni. Just nak kongsi cerita cuti mid-break. Cuti reraya yang berlangsung selama seminggu. =)

kakak and me
~kat Masjid Intan Shafinaz Kg.Lanai~

Hmm cuti aritu kawan, fiza a.k.a kakak, iaitu teman sepermainan masa kecik-kecik dulu telah selamat bernikah dengan pasangannya, Dan aritu 1st taim pegi masjid aritu dengan adik bongsu saya, si tasnim a.k.a anim comel dan suka mngomel tu =) p tengok orang 'akad nikah. Saya broom broom la ngan skuter saya yang cute tu, apa lagi ann amik peluang la, pengantin tak sampai g, saya ngan adik dah sampai, huh segannya..hehehe 

Oo mcm tu rupanya orang akad huhu dia yang sebaya saya dah kahwin? Saya? Masih menjadi tanda tanya, lambat lagi kot..
.
Eh taw dak kakak akad pada 11.11.11. Aritu ada dua pasangan nikah kat masjid. waaaa bestnya. Tengok kakak ni, memang dah layak dan wajib berkahwin dah. Lagipun dia dah abis diploma dan katanya dia nak terus bekerja dan ikut suami dia duduk kat penang.  Saya tak mau kawin lagi sebab saya nak berlagak seperti remaja lagi hehehe Ya la enjoy bujang la katakan. Wat kerja dakwah, study, enjoy paaa..^_^


Haaa ada lagi satu cerita, cuti aritu saya cuba menyiapkan esaimen subjek perenting, dimana subjek ni memang wajib bagi mereka yang berada di sem ke4 kat uia ni. Subjek ko-ko la lebih kurang, subjek ni kena amik lepas amik subjek halaqah 1 and 2, leadership pastu kena la amik parenting and family management ni. Baguih gak subjek ni, uia ni nak latih budak uia supaya jadi mak ayah yang baik, n banyak la yang saya dapat dalam kelas ni ok dengan madam nury maryam, lecturer mascom. Banyak tip yang dapat sampai boleh la kalu nak wat 1 post pasai kelas ni kalu ada yang sudi nak baca kan. 

Ok back to the point, saya pun pulun la buat esaimen dimana saya  kena buat budget plan dalam my dream wedding ni, pastu kami gak kena buat sendiri kad kahwin. Apa yang mencabarnya ialah, dengan internet tak ada, laptop plak baru format. So, saya yang selalunya guna photoscape terpaksa mencabar diri sendiri menggunakan photoshop untuk edit2 picture n border yang kena buat sendiri, huh bayangkan disaat mama baba n adik beradik sedang lena diulik mimpi, saya keseorangan kat ruang tamu rumah sedang menyiapkan kad jemputan yang memang kena detail la, kena ada nama pasangan, tarikh bila, plan lokasi rumah. Huh camna la nak wat plan tu, sebab mcm susah ja, huhu 

Saya dengan gigihnya tak tidur samapi subuh la tapi sebab penat memang lena la pagi tu, orang kedah kata “khado tidoq ”. At last dari guna greeting template yang susah tu, baik guna brochures sebab nak wat 3 lipatan. Saya gak telah me”recycle” satu sampul kahwin yang cantik. Hmm boleh guna gak tu dan sebelum ni dah beli reben kat kedai bunga, so leh la hias-hias kan. Actually memang suka art2 ni, boleh dikatakan kreatif jugak tapi besa-besa ja la. Untuk lokasi plan plak, memang tak taw nak wat apa dah, terpaksa lukis sendiri, pastu scan n lukis balik line yang tak clear guna paint..huhu ^_^

Jom tengok kat kahwin saya.. 
Argghh malu nya, tapi ada hamba Allah tu cakap dia nak tengok. huhu tengok la
Jemput-jemput la datang yer~!!




Taw dak, ada gak conflict ngan kad ni, perasaan segan ngan mama ngan baba, masa nak kemas stor kat belakang rumah tu, mama n baba dok bisik something, pastu dok keling-keling pelik, arghhhh malu nya, mesti baba baca kad kawin semalam yang buat tu sebab tinggal kat bilik komputer lepas print, then baba plak dok mengemas bilik da tu, mesti la jumpa kan, mesti dia tertanya-tanya, siapakah gerangan nama dot dot dot ni... huhu

Semestinya dok perli la sebab anak dara depa yang sorang ni memang suka tidur and malas memasak, sampai mama nak test la petang tu taim p umah baru tok wan, kena masak maggi yang sudah direbus +tom yam, dan kak long jadi pemantau. Ala takat tom yam tu apa saagat la kan hahahaha

Hmm tapi memang kena explain balik la pasai kad kawin tu, bukan sesuka gatai ja nak wat, ni esaimen la, lebih kurang camtu la cara explain nya kiki sambil senyum tersipuh malu. =)  “ya la, mesti la k.ngah ingat pesan baba tu, ngaji dulu, jangan campur adukkan belajar ngan kahwin” dok bobel dalam hati sendiri. Hehehe okay la, kak ngah pun belum bersedia okay. =)

Masa odw nak p stesen bas, dengan bangganya aku tanya baba, bayar tok kadi berapa ya ba? Hehehe yes i did it, dora explorer~ hehehe Best la sebab dapat mama n baba yang sporting cam ni... Syukur padamu Allah, kami sentiasa gembira dengan gurau senda baba yang memang lawak king tu and mama yang memahami and supportive what ever i do here, at IIUM.

~THE END~

PUISI CAMPURAN
Diri kenapa membisu
Diri kenapa menyanyi girang
Diri kemana arah dan tujumu
Majulah dikau untuk masa senangmu

Hati kenapa meronta-ronta
Cinta kemana dikau menghilang
Datang la dikau bersama insan
Membuatkan hati ku berbunga riang

Manis itu bersama keluarga tercinta
Disana juga kita senantiasa bersama
Meneroka keindahan dunia ciptaanNya
Semoga hidup kita dalam rahmat dan kasihNya.

"Bila kita luah "something" kat orang , kita akan rasa lega, begitu la jugak, bila kita dilanda ujian dan musibah bersujudlah kepadanya, mohon pertolongan dan pengharapan hanyalah  kepadaNya"

0 comments:

Post a Comment