Ilyani Dakroh Ilyani Dakroh

Friday, December 2, 2011

Hadiah Untukmu

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi hingga ke hari ini, diri ini masih lagi diberi kesempatan untuk menghirup udara segar dan melihat keindahan ciptaanNya. Tiada kata yang dapat kugambarkan melainkan Alhamdulillah, sujud syukur ku setiap hari tanda terima kasihku padaMu.

Last week, Alhamdulillah tanpa diduga kad saya terpilih diantara yang tercantik dan menerima hadiah dari madam, huhu sungguh terharu, kesusahan kemarin dibalas dengan kegembiraan. Ada 6 orang yang mendapat hadiah dari madam, 2 lelaki dan 4 perempuan. huh sungguh tak percaya kad lelaki sangat cantik. Beriben-riben lagi. Kreatif juga. Bak kata madam juga, dah terbukti apa yang saya katakan, lelaki uga kreatif dan hadiah ini tanda saya ingin membalas kerja kamu yang bertungkus lumus itu. "Aikkk, tahu plak madam aku tak tidur malam". Tapi fikir-fikir balik, bukan madam yang nak bagi tapi Allah yang mengilhamkan kepada madam, hehehe ^_^

Jadi saya terfikir, tidak perlu ragu lagi kerna Allah mengetahui segala perkerjaan kita, apa yang kita buat ikhlas atau tidak. Hadiah itu tidak perlu kisah sangat kerana ia mungkin dapat segera dan mungkin juga lambat. Macam tu jugak la pemberian Allah Taala kepada kita, barang siapa yang berusaha dengan ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa, nescaya dia akan menganugerahkan kita pahala yang besar disisinya. Kita tak perlu meminta-minta tetapi sentiasa berdoa berharap agar segala penat lelah kita mendapat keredhaan dan rahmat dariNya. =)

Cubalah untuk menerima dan redha terhadap apa yang ditakdirkan oleh Allah kerana Allah itu Maha Adil dan tidak mungkin melakukan kezaliman terhadap makhlukNya. Apa yangb ditentukan kepada manusia di luar dari pilihan manusia adalh kebijaksanaan dan keadilan Allah. Ada sesuatu hikmah disebalik ketentuan itu. Mungkin apa yang kita rasa baik sebenarnya adalah buruk bagi kita dan yang buruk itu sebenarnya baik bagi kita. Allah lebih mengetahui apa yang tidak ketahui. So, BE POSITIVE!!

Jadi, ada sebab kenapa apa yang kita impikan belum kita perolehi, bersabarlah!! Mungkin sebab kita terlalu leka urusan dunia hingga terkadang lupa padanya, Mungkin juga kita sering melengahkan kewajiban  kita kepadaNya atau Dia hanya meguji kita sebagai hambaNya. Dan jika Dia memberikan segala yang kita impikan itu juga merupakan  ujian buat kita, untuk melihat adakah kita seorang yang bersyukur ataupun terus alpa leka bila mendapat kesenangan.

 Jadi disini kita boleh berfikir sebenarnya, kita akan dapat apa yang kita impikan, jika kita senantiasa berdoa dan bersabardan terus bersabar kerana disitula kita akan rasa kemanisannya jika kita mendapatkan sesuatu yang diidamkan. Dan yakinlah  Allah akan sentiasa menguji tahap keimanan dan ketaqwaan kita terhadapNya dalam apa keadaan pun =).

Saya sentiasa mengimpikan kehidupan yang baik dan semoga jalan hidup yang dipilih ini merupakan jalan yang terbaik menuju Ilahi. Saya sentiasa mengharapkan diri ini sentiasa kuat dan tabah dalam menghadapi sebarang keadaan didunia penuh pancarobani ini, iaitu DUNIA AKHIR ZAMAN, ya zaman yang kita sedang lalui ini. Dan saya sangat takut menghadapi nerakaNya itu yang penuh azab itu. Apakah nasib saya nanti, merasa takut dan terfikir juga adakah diri ini layak menghuni Syurganya. Diri ini bukanlah baik, banyak, banyak, dan banyak sangat kekurangannya. (T_T)

Tetapi apa yang saya tahu, hidup perlu diteruskan, bersahabat dengan mereka-mereka yang dapat membawa diri kita kepadaNya, sahabat-sahabat yang sentiasa mengingatkan kita kepadaNya. Disamping terus menimba ilmu sebanyak mungkin. Motivasi diri yang tinggi dan bersikap positif amatlah perlu kerana itulah kekuatan yang Allah kurniakan buat hambanya yang sentiasa berfikir. Dan jangan sesekali berputus asa dengan rahmatNya. Kerana Dia sentiasa ada bersama-sama kita, cuma terkadang kitalah yang selalu melupakanNya. Pintu taubat sentiasa terbuka untuk hamba-hambaNya.

Dan itulah hadiah terbesar buat kita. SYURGA bagi mereka yang beriman denganNya. Apakah kita berpeluang?? Adakah kita akan menghuni Syurga itu? Semuanya berbalik pada diri masing-masing. Tanya iman masing-masaing. Salam Muhasabah!!

~Baiki Diri, Tingkatkan Rohani~




Continue Reading

Wednesday, November 23, 2011

ISU DTE: SOLAT


MASA UNTUK TURUN KE BUMI 
(DOWN TO THE EARTH)

*23/11/2011

*Sesungguhnya benar, YA HARI INI (RABU)

*BERKUMPUL DI BAS STOP KAED

*5.30 Petang


Jom la reremai memeriah kan DTE ini.
Jangan lepaskan peluang mengajak orang kearah kebaikan.
~GRAB THIS GREAT OPPORTUNITY~

P/S: Jangan lupa tukar profile picture untuk menunjukkan tanda sokongan anda.
SAY YES TO DAKWAH!!







TAZKIRAH:


BAGAIMANA SOLAT PARA SAHABAT  YA?

Mujahid r.a meriwayatkan keadaan Abu Bakar r.a dan ‘Abdullah Bin Zubair r.a’ bahawa apabila mereka berdiri seolah-seolah sebatang kayu yang terpacak. [Tarikh Khulafa’] Iaitu tidak ada sebarang pergerakan langsung. Seseorang telah berkata, “apabila ‘ Abdullah bin Zubair r.anhuma bersujud, sujud beliau begitu lama dan beliau langsung tidak bergerak-gerak sehingga burung-burung datang hinggap di belakang beliau. Kadang-kadang beliau rukuk begitu panjang. Ada kalanya seluruh malam hingga ke subuh beliau habiskan hanya dalam rukuk. Kadang-kadang beliau sujud sehingga seluruh malam berlalu.

‘Umar r.a telah ditikam dengan pisau bermata dua yang menyebabkan beliau meninggal dunia. Sungguhpun darah sentiasa mengalir dan beliau kerapkali tidak sedarkan diri pada saat-saat akhir hayat beliau, namun dalam keadaan itu pun apabila diperingatkan tentang solah, beliau terus mengerjakan solah dan berkata,”Tiada bahagian dalam Islam bagi seseorang yang meninggalkan solah.”

‘Uthman r.a akan berjaga sepanjang malam dan akan mengkhatamkan seluruh al-Quran dalam satu rakaat solah.

‘Ali r.a pula, apabila menjelang waktu solah badan beliau akan menggigil dan wajah beliau akan menjadi pucat. Seseorang telah bertanya apakah yang menyebabkan berlaku demikian? Beliau menjawab, “Telah tiba masa untuk menunaikan satu amanah yang Allah s.w.t telah tawarkan kepada langit,bumi dan bukit-bukau,tetapi saya telah menanggung amanah itu.”

Seorang telah bertanya kepada Hatim Asom r.a perihal solah beliau. Beliau menjawab, “ Apabila tiba waktu solah,setelah berwudhu’ aku akan pergi ke tempat solah.Aku akan duduk seketika sehingga seluruh badan aku tenang.Kemudian aku akan berdiri untuk bersolah dengan membayangkan bahawa Baitullah di hadapan mataku,jambatan sirat di bawah kakiku,syurga di kananku dan neraka dikiriku serta Malaikat Maut sedang berdiri di belakangku. Aku menganggap inilah solahku yang terakhir. Selepas itu aku akan tunaikan solah dengan penuh khusyuk dan khuduk.Kemudian aku akan berada dalam keadaan pengharapan dan ketakutan. Tidak diketahui sama solahku itu diterima atau tidak.
                                                                                                       ( IHYA’ ‘ULUMUDDIN)


Kelebihan-kelebihan solah berjemaah :
*Diriwayatkan daripada ‘Abdullah bin ‘Umar r.anhuma bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :    “Sesungguhnya solah berjemaah 27 kali ganda lebih afdal daripada solah bersendirian.”
                                                                           (Hadith riwayat Imam Malik, Bukhari dan Muslim)

*Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “ Seseorang yang berwudhuk dengan sempurna lalu pergi (ke masjid untuk solah berjemaah) lalu mendapati orang ramai telah selesai solah berjemaah, Allah s.w.t akan memberi kepadanya ganjaran pahala yang sama sebagaimana mereka yang telah solah berjemaah,tanpa mengurangkan sedikitpun daripada pahala mereka.”
                                                                         (Hadith riwayat Imam Abu Daud,Nasai dan Hakim)


JOM SOLAT JEMAAH

Kelebihan-kelebihan solah berjemaah :


*Diriwayatkan daripada ‘Abdullah bin ‘Umar r.anhuma bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :    “Sesungguhnya solah berjemaah 27 kali ganda lebih afdal daripada solah bersendirian.”

                                                                           (Hadith riwayat Imam Malik, Bukhari dan Muslim)



*Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “ Seseorang yang berwudhuk dengan sempurna lalu pergi (ke masjid untuk solah berjemaah) lalu mendapati orang ramai telah selesai solah berjemaah, Allah s.w.t akan memberi kepadanya ganjaran pahala yang sama sebagaimana mereka yang telah solah berjemaah,tanpa mengurangkan sedikitpun daripada pahala mereka.”
                                                                         (Hadith riwayat Imam Abu Daud,Nasai dan Hakim)



Peringatan kerana meninggalkan solah berjemaah :

*Diriwayatkan daripada Mu’az bin Anas r.s daripada Rasulullah s.a.w bahawa Baginda telah bersabda : “Sungguh-sungguh zalim,kufur dan nifaq mereka  yang mendengar penyeru Allah s.w.t yakni muazzin kepada solah tetapi mereka tidak pergi menyertai solah berjemaah.”
                                                                           (Hadith riwayat Imam Ahmad dan Tabarani)

Via : MARUF CLUB





Continue Reading

Sunday, November 20, 2011

Ceritera cuti mid-break

Assalamualaikum w.b.t

Lama bebenor tak post apa. Ni ni 1st post tok bulan ni. Just nak kongsi cerita cuti mid-break. Cuti reraya yang berlangsung selama seminggu. =)

kakak and me
~kat Masjid Intan Shafinaz Kg.Lanai~

Hmm cuti aritu kawan, fiza a.k.a kakak, iaitu teman sepermainan masa kecik-kecik dulu telah selamat bernikah dengan pasangannya, Dan aritu 1st taim pegi masjid aritu dengan adik bongsu saya, si tasnim a.k.a anim comel dan suka mngomel tu =) p tengok orang 'akad nikah. Saya broom broom la ngan skuter saya yang cute tu, apa lagi ann amik peluang la, pengantin tak sampai g, saya ngan adik dah sampai, huh segannya..hehehe 

Oo mcm tu rupanya orang akad huhu dia yang sebaya saya dah kahwin? Saya? Masih menjadi tanda tanya, lambat lagi kot..
.
Eh taw dak kakak akad pada 11.11.11. Aritu ada dua pasangan nikah kat masjid. waaaa bestnya. Tengok kakak ni, memang dah layak dan wajib berkahwin dah. Lagipun dia dah abis diploma dan katanya dia nak terus bekerja dan ikut suami dia duduk kat penang.  Saya tak mau kawin lagi sebab saya nak berlagak seperti remaja lagi hehehe Ya la enjoy bujang la katakan. Wat kerja dakwah, study, enjoy paaa..^_^


Haaa ada lagi satu cerita, cuti aritu saya cuba menyiapkan esaimen subjek perenting, dimana subjek ni memang wajib bagi mereka yang berada di sem ke4 kat uia ni. Subjek ko-ko la lebih kurang, subjek ni kena amik lepas amik subjek halaqah 1 and 2, leadership pastu kena la amik parenting and family management ni. Baguih gak subjek ni, uia ni nak latih budak uia supaya jadi mak ayah yang baik, n banyak la yang saya dapat dalam kelas ni ok dengan madam nury maryam, lecturer mascom. Banyak tip yang dapat sampai boleh la kalu nak wat 1 post pasai kelas ni kalu ada yang sudi nak baca kan. 

Ok back to the point, saya pun pulun la buat esaimen dimana saya  kena buat budget plan dalam my dream wedding ni, pastu kami gak kena buat sendiri kad kahwin. Apa yang mencabarnya ialah, dengan internet tak ada, laptop plak baru format. So, saya yang selalunya guna photoscape terpaksa mencabar diri sendiri menggunakan photoshop untuk edit2 picture n border yang kena buat sendiri, huh bayangkan disaat mama baba n adik beradik sedang lena diulik mimpi, saya keseorangan kat ruang tamu rumah sedang menyiapkan kad jemputan yang memang kena detail la, kena ada nama pasangan, tarikh bila, plan lokasi rumah. Huh camna la nak wat plan tu, sebab mcm susah ja, huhu 

Saya dengan gigihnya tak tidur samapi subuh la tapi sebab penat memang lena la pagi tu, orang kedah kata “khado tidoq ”. At last dari guna greeting template yang susah tu, baik guna brochures sebab nak wat 3 lipatan. Saya gak telah me”recycle” satu sampul kahwin yang cantik. Hmm boleh guna gak tu dan sebelum ni dah beli reben kat kedai bunga, so leh la hias-hias kan. Actually memang suka art2 ni, boleh dikatakan kreatif jugak tapi besa-besa ja la. Untuk lokasi plan plak, memang tak taw nak wat apa dah, terpaksa lukis sendiri, pastu scan n lukis balik line yang tak clear guna paint..huhu ^_^

Jom tengok kat kahwin saya.. 
Argghh malu nya, tapi ada hamba Allah tu cakap dia nak tengok. huhu tengok la
Jemput-jemput la datang yer~!!




Taw dak, ada gak conflict ngan kad ni, perasaan segan ngan mama ngan baba, masa nak kemas stor kat belakang rumah tu, mama n baba dok bisik something, pastu dok keling-keling pelik, arghhhh malu nya, mesti baba baca kad kawin semalam yang buat tu sebab tinggal kat bilik komputer lepas print, then baba plak dok mengemas bilik da tu, mesti la jumpa kan, mesti dia tertanya-tanya, siapakah gerangan nama dot dot dot ni... huhu

Semestinya dok perli la sebab anak dara depa yang sorang ni memang suka tidur and malas memasak, sampai mama nak test la petang tu taim p umah baru tok wan, kena masak maggi yang sudah direbus +tom yam, dan kak long jadi pemantau. Ala takat tom yam tu apa saagat la kan hahahaha

Hmm tapi memang kena explain balik la pasai kad kawin tu, bukan sesuka gatai ja nak wat, ni esaimen la, lebih kurang camtu la cara explain nya kiki sambil senyum tersipuh malu. =)  “ya la, mesti la k.ngah ingat pesan baba tu, ngaji dulu, jangan campur adukkan belajar ngan kahwin” dok bobel dalam hati sendiri. Hehehe okay la, kak ngah pun belum bersedia okay. =)

Masa odw nak p stesen bas, dengan bangganya aku tanya baba, bayar tok kadi berapa ya ba? Hehehe yes i did it, dora explorer~ hehehe Best la sebab dapat mama n baba yang sporting cam ni... Syukur padamu Allah, kami sentiasa gembira dengan gurau senda baba yang memang lawak king tu and mama yang memahami and supportive what ever i do here, at IIUM.

~THE END~

PUISI CAMPURAN
Diri kenapa membisu
Diri kenapa menyanyi girang
Diri kemana arah dan tujumu
Majulah dikau untuk masa senangmu

Hati kenapa meronta-ronta
Cinta kemana dikau menghilang
Datang la dikau bersama insan
Membuatkan hati ku berbunga riang

Manis itu bersama keluarga tercinta
Disana juga kita senantiasa bersama
Meneroka keindahan dunia ciptaanNya
Semoga hidup kita dalam rahmat dan kasihNya.

"Bila kita luah "something" kat orang , kita akan rasa lega, begitu la jugak, bila kita dilanda ujian dan musibah bersujudlah kepadanya, mohon pertolongan dan pengharapan hanyalah  kepadaNya"

Continue Reading

Monday, October 31, 2011

I'M YOUR SECRET ADMIRER

SaHaBaT, 
"I'M YOUR SECRET ADMIRER"


Tanpa undangan, kau menjadi pujaanku
Tanpa keinginan kau menjadi inspirasiku
Tanpa diduga, mungkin ini jodoh dariNya
Tanpa paksaan, kusambut namamu
menjadi dari sebahagian hidupku.

Kau disana dan aku disini
mungkin berbeda sedikit cuma
tapi kita dijalan yang sama
berjalan meredah laluan pencarian Ilahi

Inspirasi ini hanya dedikasi buatmu
Buatmu sahabat seperjuanganku
Biar kau tidak tahu siapa aku
Aku akan terus menjadi penguat dirimu.

Adakah kau tahu dirimu akan kuperhati selalu
gerak langkah dalam kehidupanmu
akan cuba ku ambil tahu
kerna "tanggungjawabku"
dan kerna aku meng"admirer"mu

p/s:
~Semoga kau cekal dan tabah setiap kali mendapat "something" dariku~
Awwwwww

~nanti kau kan tahu bila masanya~
i'm wanna be sweet secret admirer =)
Continue Reading

Tuesday, October 18, 2011

KaTa - KaTa PeRjUaNgAn



"Hadiah yang paling berharga dari Allah kepada hambaNya adalah apabila Dia mengurniakan kita insan-insan yang hatinya berkehendak kepada Tuhan. Insan-insan inilah yang akan bersama-sama meniti denai kehidupan yang akan berjalan seiringan, saling berpesan pada kebenaran dan kesabaran, saling menjana iman dan kekuatan, setiap gerak tindakan senantiasa menyedarkan erti hidup bertuhan dan insan-insan ini hatinya rindu pada kebenaran dalam mengatur langkah meniti kehidupan mencari redha Tuhan. Moga rahmat Allah sentiasa menyelubungi hidup kita."

HaDiAh BuAt Mu TeMaN
Lagu: Amar, Saffone dan Saujana

Jalinan persahabatan kita abadikan
sepanjang zaman
Berpanjangan dan berkekalan
Manisnya iman hidup didalam perjuangan

Kasih sayang ku hadiahkan buatmu teman
Untuk kau simpan ingat-ingatan
Jadinya bekalan, 
Perjalanan, hidup di dalam perantauan

Gunung di daki, lembah sama dituruni
Kita di uji 
berulang kali
Tetap setia semati

Gelap ditempuhi,
Cerah sama disusuri
Cinta yang murni 
Rahmat Ilahi
Hanya kita kecapi

Jalinan persahabatan kita abadikan
sepanjang zaman
Berpanjangan dan berkekalan
Manisnya iman hidup didalam perjuangan

Syukur padaMu Tuhan
Syukur kita dihadiahkan
Hadiah IMAN
Hadiah KASIH SAYANG
CINTA seorang teman

Dan syukur buatmu teman
Syukur kita dipertemukan
Pergorbanan dan kesetian
Tak mungkin ku lupakan

Allah..Allah..Allah..Allah 2x
Allah Allah..Allahu Allah 2x
Allah..Allah..Allah..Allah 2x
Allah Allah..Allahu Allah 2x

"Tiada kata yang lebih bermakna melainkan kalimah Alhamdulillah dikurniakan sahabat yang sentiasa mengingatkan kita tentang ALLAH dan perjuangan ISLAM"
"Dan Lagu diatas dan kata-kata, doa dibawah ini adalah KHAS dan ISTIMEWA untuk kalian"

  1. Ya Allah, jadikan kami tenteraMu, Sesungguhnya tenteraMu adalah mereka yang menang, jadikan kami perantaiMu, Sesungguhnya perantaiMu adalah mereka yang berhasil, jadikan kami auliya'Mu keran auliya'Mu adalah mereka yang tidaka ada takut dan sedih padanya.

  2. "Pabila jalan ini yang engkau dan aku tempuhi maka ikatan antara kita telah terpateri, bersaudaranya kita lahir dari hati, hati yang merindui kebenaran yang hakiki, hati yang berjuang kerana Ilahi, namun begitu badai yang menimpa tidak akan berhenti. Aku memerlukan engkau untuk sentiasa mengingati, agar langkah yang diatur tidak kan berhenti, agar aku yang merangkak bisa kan berlari, matlamat yang satu demi mardhatillah pasti kan dikecapi."

  3. "Padamu ukhti, kupinta, peganglah tanganku ini agar ku bisa melangkah lagi hingga ke akhirnya tidak akan berhenti. Maafkan daku, ku tak mampu mengharunginya tanpamu disisi, mari bersama-sama berganding bahu, susah senang bersama, ku sayangmu kerana Allah"

  4. "Sinarkan hati kami dengan hidayahMu, Kukuhkan hati kami, Kuatkan jiwa kami, Kuatkan ingatan kami, Berikan sedikit kebijaksanaanMu pada akal kami untuk mentadbir alam ini. Ya Allah, ceriakanlah hati-hati kami pada setiap hari.

  5. Ya Allah, perindahkanlah insan ini dengan hiasan ketakwaan, cantikkanlah dirinya dengan sepenuh keimanan, pimpinlah jalannya pada kebenaran, hindarkanlah hatinya dari belenggu hasutan syaitan, istiqamahkan dirinya pada kebaikan. Semoga dirinya dalam jagaanmu selalu.

  6. "Ya Allah, izinkan sahabatku ini menjadi sekuntum bunga yang dihiasi dengan kelopak akhlak mulia, harum wanginya dengan ilmu agama, cantiknya kerana keimanan nan takwa, namun keindahan zahirnya disimpan rapi, biar menjadi rahsia yang kekal abadi bahkan perhatian mata ajnabi, yang menjadi punca fitnah hati dari lelaki berjiwa sepi. Wajahnya bukan mengundang dosa, kuharap Engkau tumbuhkan duri yang memagari diri agar terpelihara dari noda duniawi yang menghilangkan harum sejati untuk KAU mencalonkan dirinya sebagai BIDADARI syurgamu dan istiqamah serta kuatkan dia menjalani dakwah ini."

  7. Bukan mudah mempersiapkan diri menjadi seorang pejuang, tenang sebagai perisai duka, segala derita dalam perjuangan hadapi tanpa riak sangsi. Allah menjadi tempat mengadu, AlQuran sebagai menawar kalbu, Rasul menjadi qudwah hasanah, sahabat-sahabat menjadi peneman hikmah, tiada keluhan dan paksaan, hadapi dugaan penuh kerelaan, itulah resam orang berjuang, segala kemenangan perlu pengorbanan, demi menyambung perjuangan nabi, semoga kita terus istiqamah dijalanNya.

  8. Kadang-kadang langkah ini akan rasa terhenti, dugaan datang melemahkan diri, rasa kecewa dan berputus asa menyerang qolbi, tak terdaya dan lemah lumrah insani. Wahai diri, kenapa mengeluh tidak pasti? Bukan Allah tidak tahu niat dan usahamu yang suci, jangan bersedih dan kecewa kerana gelora naluri, teruskan perjuangan nan murni, kelak kecermerlangan akan mendatang, biar lambat asal bermanfaat.

  9. Menjadi sebaik-baik hamba dan khalifah bukan semudah memetik jari, Itupun belum pasti bisa berbunyi, Hakikat insan memang penuh dengan kekurangan. Namun tidak menjadi suatu kesalahan untuk memperbaiki diri menjadi sebaik-baik hamba Allah. Kita harus terus melangkah meskipun dalam kepayahan. Kita kan khalifah, Mengapa mesti diuji dengan perkara-perkara mudah, sedang kepayahan itu perkara wajib sebelum tiba di Jannah. Lalu, haruskah mengalah pada takdir yang sering menghadiahi kita dengan kesukaran yang membuatkan kita terduduk menangis hiba? Ku cuba memujuk diri "Belajarlah untuk tabah duhai hati seorang pejuang!! Tangisan itu pasti tidak akan sia-sia andai langkahmu terus teguh menuju jalanNya.

  10. Sesungguhnya qalbu itu amat sukar untuk dijaga dengan sebaik-baiknya. Ya Allah jauhkanlah kami dari segala kegelisahan hati. Jika kami dalam keadaan sedih dan kecewa, Engkau sedarkanlah kami dengar kebesaranMu. Engkau lindungilah kami daripada segala hasutan syaitan laknatullah dan Engkau jauhkanlah kami dari segala fitnah manusia. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar tangisan hamba-hambaMu.

  11. Selami jalan PERJUANGAN dengan benang UKHUWAH dan rasa KEHAMBAAN, nescaya kau akan MERASAI betapa kau tidak KESEORANGAN dalam meniti ranjau DURInya. Nescaya kau akan mendapati disebalik RACUN ada nikmatnya. Dekatkan diri dengan Allah.

  12. Setiap sesuatu yang terjadi dalam hidup kita merupakan satu kebaikan yang Allah tiupkan dalam diri manusia itu, untuk menilai sejauh mana diri hambaNya mencariNya tika kesedihan, kesusahan dan tika beroleh kesenangan. Carilah Dia didalam sujudMu, Pastinya Dia tidak akan mempersiakan apa yang dihajati dalam hatimu.

  13. Tarbiyyah Allah amat mahal, Tidak semua kasih sayangNya terzahir melalui belaian. Adakalanya ketegasan mampu mendidik kita lebih daripada kelembutan. Allah lebih memahami kita lebih daripada segala makhluk didunia. Justeru, mengadulah padaNya, setiap titisan airmata yang mengalir amat bernilai dan berharga disisi Allah.

  14. "Insan yang membawa Islam sangat besar amanahnya, seringkali diuji dan dibolak-balikkakn hatinya, seringkali diragu-ragukan hatinya, Maka pintalah pada Allah agar ditetapkan hati kita agar segala mehnahdan tribulasi mampu kita hadapi. Sekali berjuang, selamanya berjuang!"

  15. Ukhti, ku bangga melihatmu derita dalam perjuangan dari melihatmu gembira dalam kelalaian,
    Ku bangga mendengar tangisanmu kerana pengorbanan dari melihat tawamu dalam pengkhiantan,
    Ku tangisanmu kerana takutkan Allah dari tangisanmu kerana percintaan, Ku bangga andai dikau syahid di medan kebenaran dari hidup dalam kesesatan, kerana jangan lupa wahai ukhti, muliamu bukan kerana pangkat, harta dan paras rupa atau populariti, tapi pada KETAQWAAN & KEPATUHAN kepada Allah, kerana Islam yang kau junjung tinggi, semarakkanlah perjuanganmu ya ukhti.

  16. YA ALLAH.. tika Kau hadiahkan aku sahabat, Kau jadikanlah hatiku bersyukur atas kurniaanMu, Kau jadikanlah hatinya berlapang dada menerimaku, Kau jadikanlah sahabatku ini sebagai teman seperjuanganku, peniup semangat jihadku, saling membantu memikul amanah dakwah agamaMu,
    Kau jadikanlah ukhwah ini disemai atas redhaMu, Teguhkann ats cinta padaMu, dilindungi dari maksiat dan hal-hal yang melalaikan kami dari mengingatiMu, Ya Allah, Bahagiakanlah hatiku dan hati seluruh sahabatku dengan cinta kepadaMu. Amin ya Rabbal 'Alamin.

  17. Jika Allah selalu bersamamu dihatimu, tak siapa dan apa-apa yang patut digusarkan. Sesungguhnya segala sesuatu yang menimpamu tatkala berjuang dijalanNya pebus dosa-dosanya. Bergembiralah kerana kini dirimu terpilih untukNya. Ikhlaskan jiwamu, selagi hayat dikandung badan, selagi sihat seluruh jasad, selagi ajal belum mengundang, wakafkanlah dirimu, jiwamu serta hayatmu FISABILILLAH. Sungguh hidupmu dan nyawamu hanya sekalicuma. Jadikan ia ladang pelaburan terbaik buat membeli A-JANNAH.


    Sebenarnya, kata-kata diatas adalah kata-kata semangat dan doa dari sahabat-sahabat saya yang dikirim melalui mesej, tetapi disebabkan inbox yang full jadi, saya rasa blog tersayang adalah tempat yang sesuai untuk disimpan dan dikongsi bersama-sama mereka yang lain. Sebenarnya banyak lagi, InsyaAllah mungkin akan diupdate lagi.

    Kata-kata inilah yang membuatkan hati dan diri ini bersemangat tatkala rasa "down". Kata-kata inilah yang sentiasa memotivasikan diri tatkala jiwa runsing dan buntu. Terima kasih atas mesej yang dikirim.
    Semoga apa yang dikongsi dipost ini, bermanfaat untuk seluruh makhluk ciptaannya.
    Siapa lah saya, saya hanya hambaNya yang kerdil lagi hina lagi insan yang serba kekurangan. Jika ada kesalahan tegurlah diri ini. PEACE~

    "Aku bukanlah terbaik dikalangan kalian, tapi aku cuba untuk menjadi terbaik demi kehidupanku kelak, aku sangat takut dengan dunia akhir zaman ini, yang penuh tipu daya, ujian pancaroba, aku perlukan kekuatan, hati ini kadang lemah, cepat pula berbolak balik, kadang mula resah memikirkan ketidakrelevenan dalam membuat keputusan. Masih banyak yang perlu aku belajar.  TAPI yang aku pasti aku tahu matlamat dan tujuan hidup ini dan aku sangat-sangat memerlukan sahabat-sahabat yang sentiasa mengingatkanku tentang matlamat hidupku" ^_^ 

~Perjuangan ini indah jika ada MEREKA bersama-sama kita~
Continue Reading

Friday, October 14, 2011

Devotees-Berjalan tanpa henti


Assalamualaikum
Buat semua pembaca setia blogku... (ada ka?) dalam hati berkata-kata...=)

Sudah lama rasanya tak update blog ini. Actually rindu jugak, tapi terlalu busy (uppppsss busy sangat ka? ka saja wat-wat busy?) huhu lalalalalalala....

Berjalan tanpa henti, sungguh penat kan? tapi inilah lumrah kehidupan kita.
Ingatlah setiap langkah menuju kebaikkan, pasti ada ganjarannya.
Bersabar dan terus lah bersabar.

Moga diri ini sentiasa istiqomah dalam perjalanan kehidupan ini.
Tiada siapa tahu penghujungnya, yang pasti kita cuba lah buat yang terbaik
sebelum nyawa dicabut dari jasad.InsyaAllah, semoga kita semua diberi kekuatan dariNya. Amin ya Rabbal 'Alamin..

Sebelum kata diri kita penat kan, fikirkan dulu apa yang penat sangat tu?
Tapi selalu ja terkeluar kan, huh penat ar, tak larat ar, apa la.. suma tu normal sebenarnya,
sebab tu kita kena selalu muhasabah diri, bila dok sorang tu, fikir la, muhasabah la..
Ni dak dok men game angry bird!! Pastu bila lastik tak kena burung, kita mula marah2.. hahaha
Apa daaa~ ^^

cer pikir, penat apa sangat la kan??

Assignment yang melambak, kerja bertimbun?
midterm dan kuiz yang berderet-deret bagaikan gerabak kereta api?
serabut ingat nak balik rumah sebab ingat kat rumah dengan orang-orang disana?
Discussion yang tak henti-henti?
Komitmen yang menjadi amanahmu?
stresss sehingga jatuh sakit?

TAPI ingatlah itu semua adalah ujian buat kita,
dan sudah pastinya terselit pelbagai hikmahnya buat kita,
kita perlu sentiasa positif, percaya pada takdirnya,
Dan anggap jugalah, ujian-ujian itu sebagai penebus dosa-dosa kita,
ya. kita yang tidak pernah sempurna ini.

Dan lagu ini saya tujukan buat anda semua..
Ya kamu la..ya awak la, ya antum la, ya enti dan enta la..
JUST FOR YOU~

Sama-sama dengar dan hayati ya=)

LIRIK- BERJALAN TANPA HENTI
BY: DEVOTEES

Bagaikan jauh jalan yang kutempuh
Langkah demi langkah akan kugagah
Hari demi hari berjalan tanpa henti
Yakinku ada sinar yang menanti

Bila bertemu arah
Yakin penuh pasrah
PadaNya yang kuasa dikau berserah
Jika kau rebah
Jika kau kalah
Bersaksilah rahmatNya akan terserlah

Segala kepahitan
Segala keperitan
Terima bagai penghapus dosa
Malang yang menimpa
Duka yang melara
Mungkin dibaliknya ada bahgia

Jangan, jangan berputus asa
Dari rahmatNya yang Maha Esa
Jangan, jangan kita lupa
Ujian lumrahnya dunia

ulangan

Bila bertemu arah
Yakin penuh pasrah
PadaNya yang kuasa dikau berserah
Jika kau rebah
Jika kau kalah
Bersaksilah rahmatNya akan terserlah

Segala kepahitan
Segala keperitan
Terima bagai penghapus dosa
Malang yang menimpa
Duka yang melara
Mungkin dibaliknya ada bahgia

Jangan, jangan berputus asa
Dari rahmatNya yang Maha Esa
Jangan, jangan kita lupa
Ujian lumrahnya dunia


~Teruskan bertabah wahai diri ^^~


Continue Reading

Tuesday, October 4, 2011

KAU KUNCI SYURGAKU


  MAMA,
Kau Yang Cantik
Kau Yang Ramah
Kau Yang Penyayang
Kau Segalanya Bagi Ku

Tiada lain hanya kamu mamaku didunia ini
InsyaAllah jua diakhirat sana
Kaulah ibuku selamanya
 
Syukurku Kepada Allah kerna
Kami dikurnakan mama sepertimu
MAMA...
Segala pengorbananmu tidak dapat kami hitung
Hanya Dialah yang lebih mengetahui
Dan Dia jualah yang akan membalas
Segala jasamu itu

Disini aku ingin coretkan kenangan dan
memohon jutaan kemaafan
Atas khilafku selama 22tahun menjadi anakmu
Tidak terhitung banyaknya salahku
Maafkanku kerna aku tidak pernah sempurna
Setelah diberi kesempatan untuk menjadi anakmu

Tapi selagi ada nafasku ini
Akanku cuba membalas jasamu kelak
Semoga kita semua sentiasa diberi kekuatan olehNya
Untuk melakukan segala  kebaikan kepada ibubapa
cc: kak long, kak teh, abang, kakak, bang chik n adik
InsyaAllah~


MAMA,
Syurga kami dibawah telapak kakimu
Kerna kau mengandungkan, melahirkan, menyusu,
Menjaga kami jua mengajar kami 
Hingga kini kami mampu berdikari sendiri
Tiada kau mengenal erti penat lelah membesarkan kami
anak-anakmu,

Bukan hanya dirimu TAPI juga ada Baba disebalik dirimu
yang kami tahu Baba menjadi kekuatan terbesarmu
Kalianlah yang sentiasa berganding bahu membesarkan kami 7 beradik.

TERIMA KASIH TIDAK TERHINGGA DARI KAMI SEMUA
ANAK-ANAKMU
"SWEET COULPE EVERYDAY"


VERSI ENGLISH SKET (^______________^)

You’re the only one we have mama
You’re caring, loving and understanding
I really proud have a mother like you
You lead a community with usrah
You’re  the super mama who expert everything for us
Cooking like a Master Chef
Sewing like a professional tailor and good fashion designer
Can manage money well like an accountant
Also your contribution in business such as super businesswomen
Baba are very lucky married with you 24th year ago
hehehehe ^_^

 LAST BUT NOT LEAST,
Just for you, mama~
We ARE PROUD HAVING MAMA LIKE YOU
YOU’RE ARE THE ONLY MOTHER I HAVE IN THIS WORLD
I LOVE YOU FOREVER AND EVER
THANK YOU FOR EVERYTHING
AND SORRY IF I CAN’T BE A GOOD DAUGHTER AS YOU WISH
BUT I WILL TRY MY BEST TO BE “ANAK YANG SOLEHAH”
BECAUSE I REALLY NEED THAT KEY~
SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN YANG 46TAHUN
SEMOGA DIPANJANGKAN UMUR DAN DIMURAHKAN REZEKI
TERUSKAN PERJUANGANMU UNTUK ISLAM TERCINTA (^_^).

~Kak Ngah sayang mama selamanya~

Continue Reading