Ilyani Dakroh Ilyani Dakroh: Bersih 2.0

Sunday, July 10, 2011

Bersih 2.0



"Anak muda usah menjadi orang jahil, kaji, kaji dan terus gali, bukan menentang sambrono sahaja" status fb kak Elany Yahya

baik akak! hehehe

Saya tak salah kan siapa-siapa. Saya ada juga mengikuti perkembangan BERSIH ni, tetapi tiba saat yang ditunggu-tunggu, diri pula tidak sihat, apakan daya. Takpa la, perkara sudah lepas. Bagi siapa yang dapat pergi, mungkin satu pengembaraan yang tak mungkin dapat dilupakan, Biar apa halangan, cubaan, demi perjuangan dalam mencapai demokrasi yang adil lagi bersih, mereka semua sedia bersatu hati. Biar difitnah, dilemparkan tuduhan serta ditangkap. Perjuangan pada mereka perlu diteruskan.

Alhamdulillah pada dasarnya kita lihat negara kita sudah berada dalam keadaan aman, tapi tiada siapa yang tahu, corak pimpinan negara kita. Biarlah apa pun yang mereka lakukan pasti akan mendapat balasan jua ganjaran jika kebaikan yang mereka lakukan.

Apabila berbicara mengenai ciri kepimpinan dari seorang pemimpin dari perspektif islam, makaia tidak dapat lari daripada prinsip kepimpinan dalam Islam. Iaitu kita semua adalah pemimpin,dan setiap daripada kita akan dipersoalkan di akhirat kelak atas apa yang dilakukan atas kepimpinan kita. Bukan itu sahaja kita juga akan dipersoalkan mengenai siapa yang kita pilih dan dijadikan panduan sebagai pemimpin.

Firman Allah bermaksud: "Dan Allah telah melantik kamu sebagai khalifah diatas muka bumi, maka Dia akan melihat apakah yang kamu kerjakan." (AL-A'ARAF: 129)

Ini disokong oleh hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud : " Setiap daripada kamu adalah pemimpin, dan setiap pemimpin akan disoal mengenai apayang dipimpinnya."


Mengenai tuntutan BERSIH kali ini ada baiknya.Mengapa mereka tidak hanya menggunakan parlimen? Mungkin juga perkara ini sudah berkali-kali dibentangkan? Mungkin. Dan mungkin juga disebabkan itu mereka masu bangkit bersama-sama rakyat sama-sama menyokong apa yang mereka nakubah. Kita dapat lihat dalam perhimpunan bersih, beribu-ribu oarang ramai dan mungkin juga mencecah jutaan mungkin yang sanggup turun dari serata pelusuk tanah air. Mereka juga yang mahukan keadilan dan perubahan. Tuntutan ini bukan sahaja untukparti-parti yang akan bertanding malahan dasarnya adalah untuk kebaikan rakyat juga sebenarnya.

Media digunakan untuk menyampai berita-berita yang benar, Sangat sedih sebenarnya, perhimpunan sebegini boleh dilakukan dalam akta malaysia, iaitu boleh mengajurkan perhimpunan secara aman. Bagaimanapun, akibat tidak disahkan ia menjadi haram? mengapa tidak boleh? Mengapa? Tidak bolehkah pihak polis hanya menjaga dan mendengar, tidak perlulah melancarkan semburan yang menyebabkan kekecohan yang terjadi sebenarnya. Sebenarnya tiada apa yang akan berlaku jika semua pihak berlapang dada dan bertolak ansur. Disebabkan permulaan yang tidak disahkan, jadi beginilah, Niat mereka hanya satu BERSIH!!

Kita perlu membuka minda agar kita dapat membezakan yang mana benar dan yang mana palsu. Sudah jelas dan makin jelas sebenarnya, tiada siapa mampu mengubahnya melainkan kita. Mungkin diri ini terlalu muda untuk bercakap soal politik, semakin hari semakin dewasa mungkin dan hidup ini dari dulu hingga sekarang membesar dalam politik dan sudah lama terdedah dengan politik kehidupan.

Dan disini juga, saya bercakap bukan dasar emosi tapi semuanya ini ada luahan dari sudut pandangan peribadi. Biarlah Allah yang tentukan dan Dia tahu yang mana lebih baik. Yang pasti kemenangan itu pasti, bersabarlah diatas jalanNya. Kepada semua yang terlibat dalam perhimpanan semalam, anda semua terbaik, biarlah apa orang nak kata, tapi kita tahu matlamat kita, DAULAH ISLAMIAH!!

~Perjuangan perlu diteruskan~

0 comments:

Post a Comment