Ilyani Dakroh Ilyani Dakroh: Cinta Suci

Monday, July 25, 2011

Cinta Suci


Assalamualaikum.. syaaban menanti pengakhiran, mudah-mudahan Ramadhan sudi menjemputku setelah Syaaban menghantarku.. Menghitung detik Ramadhan mulia, tambahan pulak, Ramadhan kali ni, InsyaAllah adalah full ramadhan, sebulan berpuasa dirumah setelah setiap kali puasa sejak 9 tahun setiap ramadhan, 30hari tu dibahagikan pula berbuka dihostel bersama teman-teman dan dirumah. Sudah lama merindui detik berpuasa dirumah. InsyaAllah, moga sempat ku bertemu Ramadhan kali ini. 5hari lagi. Bila kat rumah takyah nak pk study ka apa. Tarawih tahun ni insyaAllah penuh bukan 8 lagi insyaAllah. Target ramadhan kali ini mudah-mudahan berjaya.. Chaiyok2~

Ehhhh mukhadimah Ramadhan tapi sebenarnya nak cakap pasai Cinta. Muhasabah dalam cinta.
Hari ni adalah hari jiwang sedunia. Sila layan plez jiwang saya ok.

Cinta adalah fitrah insani, yang perasaan itu hadir atas kurniaan Ilahi. Cinta ini suci lagi murni sebenarnya. Apa yang difahami dengan cinta adalah perasaan kasih sayang, rindu-rinduan, kasih mengasihani. Cinta antara keluarga, ayah dan bonda, adik beradik. cinta kepada sahabat. Semua ini perasaan kasih sayang yang suci lagi abadi ini terjalin atas dasar kerana Allah. Dari situ barulah lahirnya keberkatan cinta yang sebenarnya.

Dalam sebuah hadis qudsi Allah swt berfirman :

“KecintaanKu pasti akan diberikan kepada orang-orang yang saling mencintai keranaKu, KecintaanKu berhak diperoleh untuk orang-orang yang saling mengunjungi keranaKu, KecintaanKu berhak diperoleh untuk orang-orang yang saling memberi keranaKu, KecintaanKu berhak diperoleh untuk orang-orang yang saling menjalin persaudaraan keranaKu” (Riyadhus Salihin)

Tapi sekarang ini lain jadinya. Cinta lelaki dan perempuan yang tanpa ikatan, seolah-olah trend, sudah menjadi perkara biasa bagi muda mudi. Yakinilah wahai saudaraku semua itu adalah cinta berdasarkan nafsu semata-mata. Mungkin juga ujian buat kita sebagai hambanya. Jika kita mahukan hubungan itu mendapat keberkatan, cepat-cepatlah sambutnya dengan akad yang suci semoga cinta kita tidak dirosakkan lagi merosakkan. fikir-fikirkan dan sama-sam buat renungkan. Jom kita baca luahan seorang sahabat yang memutuskan hubungan yang disebut kapel demi meraih redha dan cinta Ilahi.

Luahan seorang sahabatku,
seorang muslimah yang pernah mengecewakan insan yang mencintainya.

Kepada si dia, Aku hanya insan biasa, aku tidak sempurna, aku juga pernah melakukan kesilapan lagi banyak dosa. Aku tahu kita pernah keluar bersama walaupun bersama teman-teman. Tapi aku baru mengerti. itu semua rontaan nafsu dan hasutan durjana, Kita jahil dan kita masih lemah iman. tapi kita mampu berfikir sebenarnya. Aku melakukan itu (putus) kerana aku kasih kepadamu sahabatku, jua kerana aku takut kepada Dia. Aku teringat pada dosa pahala, syurga neraka. bukan niatku untuk menghancurkan perasaan dan kasih sayangmu.

Biarlah dosa semalam kita basuhkan dengan sujud taubat kepadaNya. Kerana Dialah yang Maha Mengerti apa yang berlaku sebenarnya dan tahu apa segala isi hati kecilku, walaupun tak mampu aku luahkan semua kepadamu. Mungkin saja kata-kataku menusuk tajam kepadamu, tapi anggaplah kita tiada ada jodoh mungkin.

Aku mahu kau jadi lelaki yang soleh, yang mempunyai matlamat hidup yang jelas, yang tahu membezakan yang mana betul dan mana yang salah, mahu mengejar amal kebaikan hidup di dunia hanya kepadaNya, bukan dengan membuang masa denganku, membuang kredit topupmu untuk aku, juga dengan hadiah-hadiah untukku. aku tidak mahu semua itu. Aku menyesal atas apa yang berlaku. Memang asyik bercinta terkadang lupa padanya. Azab sebenarnya,pedih jika kita nampak dosa dan neraka, panas tidak terkira. Aku tidak mahu lagi kita terbuai dek perasaan itu. Aku mahu kita jadi hamba yang soleh lagi beriman kepadaNya. InsyaAllah, semoga Allah pengukir perjalanan lurusNya buat kita. Ameen.

Ada juga kita pernah bincang cinta islamik. huh tidak mungkin. Kerana disebalik itu mesti ada dosa juga akhirnya. Aku tidak mahu. Biarlah masa menentukan segalanya. Andai ada jodoh, kita akan disatukan. Jika ada muslimah yang lebih baik dariku. Terimalah dia.

Mungkin juga, ikatan yang terbina dahulunya sebagai ujian atas kasih sayang Allah kepada kita. Kerana mahu kita menilai kasih sayang dan cinta kita kepadaNya. Dan itulah yang paling mutlak sebenarnya. Bagiku, cintaku pada suamiku kelak adalah cinta suciku kerana akad itu atas namaNya. Dan aku berjanji akan mengutip segala corak kehidupan baruku sebaiknya berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah dan moga aku dipertemukan suamiku atas dasar cinta dan perjuangan keranaNya. Aku yakin jika umurku panjang, jari manisku akan disarungkan cincin kasih sayang dari suamiKu. Aku tahu agak sukar, tapi aku tahu Dialah yang mengaturkan perjalanan hidup kita selama ini. KepadaNya tempat aku bergantung dan memohon pertolangan dan Hanya kepadaNya aku berserah.

Dan aku doakan kamu juga akan berjaya mengukir perjalanan hidupmu dengan penuh bersemangat kerana Dia ada disisi kita tiap saat dan ketika. Maafkanku. Lupakanku. Kerana itulah yang terbaik buat kita. Berdoalah moga dipertemukan jodoh yang baik. InsyaAllah

"Allah telah mentakdirkan setiap saat dan inci dalam kehidupan kita, kita hanya merancang walhal Dialah menentukan setiap takdir itu yang merupakan sesuatu yang terbaik buat kita, Dan kita kena yakin kerana setiap sesuatu yang berlaku itu ada hikmah disebaliknya, Yakinlah"
Muslimah yang Tagih CINTA SUCI


"Mungkin Dia menemukan orang yang salah sebelum kita bertemu yang sebenarnya itu mungkin atas bertujuan untuk berkenalan, bersilaturahim. Agar kita sedar bahawa beruntungnya kita ataupun beruntungnya kita punya kenangan untuk dicipta. Agar kita mengerti hidup ini penuh onak duri. Ataupun rendahnya kita berbanding manusia lain, untuk kita berlumba-lumba menggapai taqwa tanpa membeza-bezakan, kerana setiap manusia yang kita temu itu tentunya memberi sesuatu makna kepada kehidupan kita"

Enjoy this video too: KernaNya Aku Menolakmu

~Cinta itu tidak salah, tapi cara itu yang salah~

0 comments:

Post a Comment